• Samad Said - Janda Setinggan

    Katanya: Derita itu aku. Dirinya cemas diterjah usia dalam kabus belasungkawa, dia tergigau hampir seminggu diancam lipan, angin dan debu yang sama. Desa bahagia, derita.

  • Samad Said - Nikmat

    Segala yang dihasrat, tapi tak didapat adalah nikmat yang paling padat.

  • Samad Said - Ombak

    Ombak yang menjamah kakiku sekali takkan dapat kukenali lagi..

  • Samad Said - Bahasa Terindah

    Sesudah demikian lama dicintai, sukarlah dilupakan. Inti pengalaman, kepedihan; akar kerinduan keresahan… Memang begitu banyak diperlukan kekuatan, kepangkalan batin, rakit ditambatkan bara kenangan dikuatkan .

  • Samad Said - Tetamu Senja

    Kita datang ini satu roh satu jasad, Bila pulang nanti bawa bakti padat berkat, Kita datang ini satu roh satu jasad Bila pulang nanti bawa bakti padat berkat .

Kawalan Nyamuk Aedes Secara Biologi Dengan Menggunakan BACTIVEC

EXECUTIVE SUMMARY

BACTIVEC® is produced by a Labiofam, a company from Cuba. It is produced in aqueous formulas containing spores and protein crystals of Bacillus thuringiensis, var israelensis, serotype H-14, strain 266/2. It also contains more than 1200 ITU / mg, which is an index toxicity unit to kill mosquito larvae. The control of mosquito bacteria has been used worldwide for over 30 years, the Bio-larvicide effectively controls the vector of many human diseases, including Dengue, Malaria and Encephalitis. Since 1970, WHO has recommended the establishment of biological methods in all vector control measures to be implemented for Malaria and other Disease Control Programs (WHO Resolution 23, 33, 1, 1970). WHO recommends microbial insecticides: Bacillus thuringiensis, var. israelensis (Bti-SH14). BACTIVEC® was registered in Malaysia with Pesticide Board, Ministry of Agriculture and Agro-based Industry Malaysia issued license number LRMP.R1 / 10028 under RCS Agri Supplies Sdn. Bhd., on February 1, 2019.

APPLICATIONS:
Directly used from the packaging drum. No dilution needed neither water mixing.
Dosage of 5 ml per 1 meter square area - sporadic spraying to target spot such as drains, roofing gutters, pots plant that contain water and all plants that able to trap rain water.
50 litres for 1 hectare area as blanket spraying - e.g. swampy are and river banks.
Equipment; normal knapsack sprayer, or hand-held sprayer or mist blower. - using mist blower is much efficient (dispensing liquid in ultra-low volume, ULV). 

MODE OF ACTION
  1. When the larvae consume BACTIVEC®, the BTi crystal protein toxin is released and upon entry into the acidic digestive system,
  2. The active crystal protein toxin attacks the stomach cells and causes the stomach to flutter.
  3. It comes out of the digestive system and causes the larvae to die after being infected with BTi within a few days.
  4. Although the larvae do not die quickly when attacked by BTi but within a few hours it is weak, inactive and in some cases the larvae stop eating.
  5. BTi serotype H-14, strain 266/2 susceptibility is specific to only mosquito larvae such as Aedes sp., Anopheles sp., and Culex sp.
  6. This serotype H-14, 266/2 does not cause any effect on other organism


ADVANTAGES

  1. One application kills Mosquito larvae in stages I-III and the beginning of stage IV through ingestion.
  2. It does not lead to resistance.
  3. It is effective in all cases, including mosquito populations resistant to chemical products. 
  4. No side effect and does not harm human or domestic animals.
  5. Biodegradable - does not harm the environment.
  6. It produces rapid results (within 24 hours) and affects a great number of mosquito species including the carriers of Dengue. It is very suitable for small breeding areas (less than one hectare) such as housing area, construction site, workers settlement/hostel in plantation and can be used in emergency epidemiological situations, knock out phase for controlling mosquito borne diseases such as dengue. Effective control is maintained by applications every 30 days outside and inside mosquito breeding areas.

PENGENALAN 

BACTIVEC® merupakan produk yang dikeluarkan oleh syarikat Labiofam yang berasal dari Cuba. Ia dihasilkan dalam formula ampaian berair yang mengandungi spora dan kristal protein Bacillus thuringiensis, var israelensis, serotype H-14, 266/2. Ia juga mengandungi lebih daripada 1200 ITU/mg iaitu unit yang mempunyai biopotensi toksik membunuh jentik-jentik nyamuk. Semburan terhadap kawasan pembiakan nyamuk secara semburan aerial seperti menggunakan pam biasa atau berperanti motor di kawasan terbuka terpilih atau di titik dalam balang tadahan air.

Kawalan bakteria nyamuk telah digunakan di dunia selama lebih dari 30 tahun, Bio-larvicida ini berkesan mengawal vektor banyak penyakit manusia, di antaranya Denggi, Malaria, Ensefalitis, dan banyak lagi.

Sejak tahun 1970, WHO mengesyorkan penubuhan kaedah biologi dalam semua langkah kawalan vektor yang akan dilaksanakan dalam Malaria dan Program Kawalan Penyakit lain (Resolusi WHO 23, 33, 1, 1970). WHO mencadangkan racun serangga bermikrob: Bacillus thuringiensis, var. israelensis (Bti-SH14)

BACTIVEC® telah didaftarkan sebagai racun makhluk perosak di Malaysia apabila Lembaga Racun Makhluk Perosak, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia mengeluarkan lesen bernombor LRMP.R1/10028 dan siri B 003101 pada Februari 2019. Pendartaran telah dilakukan seawal tahun 2017.

BACTIVEC® mengandungi

Bacillus thuringiensis, var israelensis, serotype H-14, 266/2 (BTi)

Boleh didapati dalam bekas: 20.0 Liter.

Kaedah Tindakan BACTIVEC®

  1. Apabila jentik-jentik memakan BACTIVEC®, toksin BTi yang ada dan dikeluarkan apabila masuk di dalam sistem penghadaman yang berasid menyebabkannya aktif. 
  2. Toksin yang aktif menyerang sel-sel perut dan menyebabkan perut jentik-jentik bocor. 
  3. Bti yang keluar dari sistem penghadaman bergerminasi dan menyebabkan jentik-jentik mati setelah terinfeksi dengan BTi dalam beberapa hari. 
  4. Walaupun jentik-jentik tidak mati dengan pantas apabila diserang BTi tapi dalam berapa jam sahaja menyebabkannya lemah, tidak aktif dan dalam beberapa hal menyebabkan jentik-jentik berhenti makan. 
  5. BTi yang telah tergerminasi berpotensi dimakan oleh jentik-jentik lain dan proses ini ada berulang beberapa kali. 
  6. Tindakan BTi serotype H-14, 266/2 ini adalah spesifik bertindak kepada 3 spesis khusus jentik-jentik nyamuk iaitu Anopheles spp, Aedes spp dan Culex spp.
  7. BTi serotype H-14, 266/2 ini tidak menyebabkan apa-apa kesan terhadap organisma lain. 



Kajian Keberkesanan


  1. Kajian efikasi telah dijalankan oleh WHOPES di 3 negara utama terpilih iaitu India, Malaysia dan Nigeria. 
  2. Menurut Ahmad et.al (2016) yang menjalankan kajian simulasi di Universiti Sains Malaysia, Penang, menentukan dos yang optima BACTIVEC® terhadap peringkat instar 2 dan 3 jentik-jentik. 
  3. Kajian di lapangan telah dijalankan di kawasan pembiakan nyamuk di Penang.
  4. Menurut Ahmad et.al (2016) lagi, dos 1 dan 2 ml/50 L BACTIVEC menghalang pembentukan nyamuk dewasa An. sinensis dan Ae. Aegypti sebanyak 100 % dalam tempoh 1 hari dan masih bertahan dalam tempoh 28 hari kesan kematiannya. 
  5. Kajian ini disambung dengan pemerhatian berskala besar di lapangan yang melibatkan kawasan takungan air semula jadi dan buatan seperti tangki air, saluran air di rumah dan saluran air ketika hujan (moonson drain). Hanya habitat yang menyimpan kandungan air dalam jangkamasa lama dipilih. 
  6. Aplikasi  adalah dengan menggunakan “Atomised sprayer” atau kawasan besar menggunakan “Pam Sandang” dengan dos sebanyak 1.0 dan 2.0 ml/50 L air. 
  7. Hasil kajian di kawasan terbuka mendapati kawalan secara berkesan dalam peratus 82 – 100% kematian jentik-jentik nyamuk dalam masa 21 hari. 
  8. Hasil kajian di tempat takungan air dengan dos 1 hingga 2 ml/m2 juga dapat mengawal dalam tempoh 21 hari. 
  9. Populasi jentik-jentik di kawasan saluran air di rumah, saluran air hujan (monsoon drain) juga menurun populasinya dengan kadar lebih daripada 90 % setelah dirawat dengan BACTIVEC® dengan kadar 4 dan 5 ml/m2. 

Kelebihan

  1. Kecekapan tinggi untuk mengawal sebarang spesies nyamuk
  2. Kadar Kematian hampir 100% ke atas jentik-jentik
  3. Kadar kematian pantas selepas semburan
  4. Satu semburan bertahan selama 30 hari
  5. Keberkesanan yang tinggi dalam iklim dan keadaan yang berbeza
  6. Kandungan bukan racun dan tidak merbahaya kepada manusia dan organisma bukan sasaran
  7. Tidak menyebabkan rintangan 
  8. Sesuai untuk kawasan pembiakan kecil atau luas 
  9. Selamat digunakan melalui konsep Kawalan bersepadu pengurusan nyamuk denggi (Integrated Pest Management / IPM)

Kaedah Aplikasi dan Kadar Dos

  1. Formulasi dalam bentuk ampaian berair spora dan kristal protein 
  2. Perlu digoncang dengan baik sebelum digunakan. 
  3. Sebaiknya semburan menggunakan penyemburan manual dengan Pam Sandang (“Knapsack Sprayer”) atau Pam Kabus (“Mist Blower”)
  4. Cadangan dos sebanyak 2-5 mL BACTIVEC® per m2 kawasan tersebut. 
  5. Dos yang lebih tinggi diperlukan apabila memohon produk di perairan dengan kandungan yang tinggi dalam bahan organik atau tumbuh-tumbuhan yang banyak. 
  6. Dalam simpanan air / takungan menggunakan botol penitik (“drop-dispenser:)
  7. Dos adalah 1 mL (20 titisan) / 50 l air atau setara, 2 titik / 5 liter air.
  8. Penyemburan udara di kawasan yang besar memerlukan 20 hingga 50 L / ha.
Share:

Keldai Bertopeng Singa

Dua ekor keldai, seekor betina dan seekor jantan bercakap-cakap tentang dunia keldai yang telah lama dihidupinya. “Mari kita pakai topeng singa dan kita takutkan haiwan-haiwan lain di dalam rimba belantara ini,” usul keldai betina kepada keldai jantan. “Marilah. Haiwan lain semuanya bodoh, hanya kita berdua yang cerdik.” Tambah keldai jantan. “Mari kita keluar dari kandang keldai, kita jadi singa.” Ujar keldai betina. Dua ekor keldai bijaksana itu pun keluar dari kandang kerana sudah tak ingin lagi berfikir di dalam kotak. “Iya, iya kita kena berfikir di luar kotak.” Kata keldai jantan.. Keldai berdua itu pun keluarlah dengan memakai topeng singa dan menakut-nakutkan sekalian haiwan yang lain.

Saya, tiba-tiba memasuki dunia keldai dengan niat yang baik. Saya kesian kepada sekian keldai yang sejak zaman dahulu kala kerjanya memikul kitab-kitab, tetapi tidak pernah membaca sebuah pun daripada kitab-kitab yang dipikulnya itu. Dan keldai dua ekor, betina dan jantan yang berasakan dirinya bijaksana itu tidak banyak berbeza dengan keldai zaman dahulu kala. Keldai tetaplah keldai meskipun memakai topeng singa. Saya cuba membawa keldai-keldai itu ke gigi air, dan seperti kata pepatah Arab, saya tidak mungkin memaksa keldai tersebut meminum air. Percayalah, keldai tetap juga keldai walaupun dia memakai topeng singa.

Saya seringkali mendengar analogi Allahyarham SN S. Othman Kelantan sewaktu hayatnya: “Samalah dengan manusia, kalau dia diam dan tak bercakap, kita anggaplah dia cerdik. Tetapi apabila dia bercakap, tahulah kita yang dia sebenarnya jenis yang bodoh amat.”
Share:

Jika melepasi umur 40 tahun

Petikan kuliah subuh 19 Jan 2018, Surau Al Islah, Bandar Tasik Kesuma

حَتَّى إَذَا بَلَغَ أَشُدَّهُ وَبَلَغَ أَرْبَعِيْنَ سَنَةً قَالَ رَبِّ أَوْزِعْنِى أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِى أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَصْلِحْ لِى فِى ذُرِّيَّتِى إِنِّى تُبْتُ إِلَيْكَ وَإِنِّى مِنَ الْمُسْلِمِيْنَ
"Apabila dia telah dewasa dan usianya sampai empat puluh tahun, ia berdoa, “Ya Tuhanku, tunjukkanlah aku jalan untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku dapat berbuat amal yang soleh yang engkau redhai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang muslim.”

(al-Ahqaf: 15)

Pada usia inilah manusia mencapai puncak kehidupannya baik dari segi fizikal, intelektual, emosi, mahupun spiritualnya. Benar-benar telah meninggalkan usia mudanya dan melangkah ke usia dewasa yang sebenar.

Doa yang terdapat dalam ayat tersebut dianjurkan untuk dibaca oleh mereka yang berusia 40 tahun dan ke atas. Di dalamnya terkandung penghuraian yang jelas bahawa mereka; telah menerima nikmat yang sempurna, kecenderungan untuk beramal yang positif, telah mempunyai keluarga yang harmoni, kecenderungan untuk bertaubat dan kembali kepada Allah.

Pada ayat yang lain, firman Allah;

أَوَلَمْ نُعَمِّرْكُمْ مَا يَتَذَكَّرُ فِيْهِ مَنْ تَذَكَّرَ وَجَاءَكُمُ النَّذِيْرُ
"Apakah Kami tidak memanjangkan umurmu dalam tempoh yang cukup untuk berfikir bagi orang-orang yang mahu berfikir, dan (apakah tidak) datang kepadamu pemberi peringatan?"
(al-Fathir: 37)

Menurut Ibnu Abbas, Hasan al-Bashri, al-Kalbi, Wahab bin Munabbih, dan Masruq, yang dimaksud dengan “umur panjang dalam tempoh yang cukup untuk berfikir” dalam ayat tersebut tidak lain adalah ketika berusia 40 tahun.

Menurut Ibn Kathir, ayat ini memberikan petunjuk bahawa manusia apabila menjelang usia 40 tahun hendaklah memperbaharui taubat dan kembali kepada Allah dengan bersungguh2.

Apabila itu berlaku menjelang usia 40 tahun, maka Allah memberikan janjiNya dalam ayat selepas itu: (maksudnya) Kematangan.

Usia 40 tahun adalah usia matang untuk kita bersungguh-sungguh dalam hidup. Mengumpulkan pengalaman, menajamkan hikmah dan kebijaksanaan, membuang kejahilan ketika usia muda, lebih berhati-hati, melihat sesuatu dengan hikmah dan penuh penelitian. Maka tidak hairan tokoh-tokoh pemimpin muncul secara matang pada usia ini. 

Bahkan Nabi s.a.w, seperti yang disebut oleh Ibn ‘Abbas:

“Dibangkitkan Rasulullah s.a.w pada usia 40 tahun” (riwayat al-Bukhari).
Nabi Muhammad saw. diutus menjadi nabi tepat pada usia 40 tahun. Begitu juga dengan nabi2 yang lain, kecuali Nabi Isa as. dan Nabi Yahya as.

Menurut Ibnu Qayyim Al-Jauziyah usia manusia diklasifikasikan menjadi 4 (empat) tahap, iaitu
  1. Kanak-kanak ( sejak lahir hingga akil baligh )
  2. Muda atau syabab ( sejak akil baligh hingga 40 tahun )
  3. Dewasa ( 40 tahun hingga 60 tahun )
  4. Tua atau syaikhukhah ( 60 tahun hingga mati )

Usia 40 tahun adalah usia ketika manusia benar-benar meninggalkan masa mudanya dan beralih kepada masa dewasa penuh. Kenyataan yang paling menarik pada usia 40 tahun ini adalah meningkatnya minat seseorang terhadap agama sedangkan semasa mudanya jauh sekali dengan agama. Seolah-olah macam satu fitrah di usia ini ramai yang mula menutup aurat dan mendekati kuliah-kuliah agama.

Salah satu keistimewaan usia 40 tahun tercermin dari sabda Rasulullah saw.,

"Seorang hamba muslim bila usianya mencapai 40 tahun, Allah akan meringankan hisabnya (perhitungan amalnya). Jika usianya mencapai 60 tahun, Allah akan memberikan anugerah berupa kemampuan kembali (bertaubat) kepadaNya. Bila usianya mencapai 70 tahun, para penduduk langit (malaikat) akan mencintainya. Jika usianya mencapai 80 tahun, Allah akan menetapkan amal kebaikannya dan menghapus amal keburukannya. Dan bila usianya mencapai 90 puluh tahun, Allah akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan dosa-dosanya yang dahulu, Allah juga akan memberikan pertolongan kepada anggota keluarganya, serta Allah akan mencatatnya sebagai tawanan Allah di bumi. (riwayat Ahmad)

Hadis ini menyebut usia 40 tahun paling awal memiliki komitmen terhadap penghambaan kepada Allah swt. sekaligus konsisten terhadap Islam, maka Allah swt. akan meringankan hisabnya. Mendapat keistimewaan berupa hisabnya diringankan. Tetapi umur 40 tahun merupakan saat harus berhati2 juga. Ibarat waktu, orang yang berumur 40 tahun mungkin sudah masuk senja.

Abdullah bin Abbas ra. dalam suatu riwayat berkata, “Barangsiapa mencapai usia 40 tahun dan amal kebajikannya tidak mantap dan tidak dpt mengalahkan amal keburukannya, maka hendaklah ia bersiap-siap ke neraka.” 

Imam asy-Syafi’i tatkala mencapai usia 40 tahun, beliau berjalan sambil memakai tongkat. Jika ditanya, jawab beliau, “Agar aku ingat bahwa aku adalah musafir. Demi Allah, aku melihat diriku sekarang ini seperti seekor burung yang dipenjara di dalam sangkar. Lalu burung itu lepas di udara, kecuali telapak kakinya saja yang masih tertambat dalam sangkar. Komitmenku sekarang seperti itu juga. Aku tidak memiliki sisa2 syahwat untuk menetap tinggal di dunia. Aku tidak berkenan sahabat-sahabatku memberiku sedikit pun sedekah dari dunia. Aku juga tidak berkenan mereka mengingatkanku sedikit pun tentang hiruk pikuk dunia, kecuali hal yang menurut syara’ lazim bagiku. Diantara aku dan dia ada Allah.”

Lantas, apa yang harus kita lakukan ketika menginjak usia 40 tahun?
  1. Meneguhkan tujuan hidup
  2. Tidak daya spiritual
  3. Menjadikan uban sebagai peringatan
  4. Memperbanyak bersyukur
  5. Menjaga makan dan tidur
  6. Menjaga istiqamah dalam ibadah.

Jika ada yang mengatakan bahawa: "Life began at forty", saya cenderung berpendapat kehidupan yang dimaksudkan ialah kehidupan terarah kepada mendekatkan diri kepada penciptaNya dengan sebenar-benarnya. Dari sirah juga mnunjukkab umur 50 adalah umur jihad, perjuangn kbnaran n mmpertahankn Islam mnuju kmenangn atau syahid.

Tetapi satu perkara yang kita harus sentiasa sedar bahawa kematian memanggil kita bila-bila masa tanpa tanda, tanpa alamat dan tanpa mengira usia. Jika kita beranggapan harus menunggu usia 40 tahun untuk baru memulakan kehidupan yang dimaksudkan di atas, maka rugi dan sia-sia lah hidup kita jika umur kita tidak panjang.

Maksud sabda Nabi Muhammad S.A.W ," Orang yang bijak adalah orang yang selalu mengingati mati'.
Share:

Q3: Spatial variability analysis is mostly use in precision agriculture. Discuss how spatial variability can use to enhance the modern agriculture practice compare to conventional.



Precision Agriculture is a collection of agricultural practices that focus on specific areas of the field at a particular moment in time. This is opposed to more traditional practices where the various crop treatments, such as irrigation, application of fertilizers, pesticides and herbicides were evenly applied to the entire field, ignoring any variability within the field. Having information on potential crop yield at an early stage, is very beneficial for the farmer, but also for countries that heavily rely on agricultural production, to satisfy the national needs for the crops and also for income through exports. There is lot of factor can affect the yield of the crop such as soil type, chlorophyll content, watering and irrigation, fertilizer application and agriculture practice itself. Some data, such as soil moisture, vegetation cover, and chlorophyll content can be measured through remote sensing (RS). Other soil properties however, require sampling of soil cores and analysis of those samples in a lab such as phosphorus (P) contamination, Potassium (K) and soil acidity (pH).  As long as the location of the samples is recorded through a GPS, it is possible to create a soil map of the field in GIS system. Then the soil map will show the distribution for each characteristic of the soil. Once we have collect all the necessary data (variable)from remote sensing, soil data from lab, we can now compile the data in GIS platform to study the relationship between those data.

There is a strong correlation between data such as soil type and watering system, and watering system and chlorophyll content. Based on the data, we can create the spatial variability model and study the correlation between each variable (data). Base on this model, we can adjust the variable (data) in according to the crop status. For example, we already know soil (variable) characteristic in the crop field, so we can adjust the fertilizer application based on the suitability of soil characteristic to supply the nutrient to the crop base on their need. So, the fertilizer apply is only on the curtain area needed compare to conventional practice that apply the same fertilizer for entire field area.

Share:

Total Pageviews

Labels

Teman Blog

Pengikut