• Samad Said - Janda Setinggan

    Katanya: Derita itu aku. Dirinya cemas diterjah usia dalam kabus belasungkawa, dia tergigau hampir seminggu diancam lipan, angin dan debu yang sama. Desa bahagia, derita.

  • Samad Said - Nikmat

    Segala yang dihasrat, tapi tak didapat adalah nikmat yang paling padat.

  • Samad Said - Ombak

    Ombak yang menjamah kakiku sekali takkan dapat kukenali lagi..

  • Samad Said - Bahasa Terindah

    Sesudah demikian lama dicintai, sukarlah dilupakan. Inti pengalaman, kepedihan; akar kerinduan keresahan… Memang begitu banyak diperlukan kekuatan, kepangkalan batin, rakit ditambatkan bara kenangan dikuatkan .

  • Samad Said - Tetamu Senja

    Kita datang ini satu roh satu jasad, Bila pulang nanti bawa bakti padat berkat, Kita datang ini satu roh satu jasad Bila pulang nanti bawa bakti padat berkat .

Syiah dan Peyelewengannya

PENGENALAN 

Perbezaan pendapat di kalangan umat islam dalam bidang syariah atau perundangan Islam dianggap satu rahmat kerana di sebalik perselisihan pendapat ini telah membawa kepada pertemuan, perbincangan dan perbahasan di antara alim ulama yang pakar dalam bidang tersebut sehingga satu keputusan dapat dibuat

Walaubagaimanapun perbezaan dalam bidang politik dan akidah lebih cenderung kepada malapetaka serta peperangan saudara umat islam. Ia mengakibatkan perpecahan di kalangan umat ISlam yang tidak diinginkan oleh Rasulullah SAW dan seluruh umat Islam. Demikianlah kewujudan fahaman Syiah telah menimbulkan perpecahan di kalangan umat Islam

Syiah Imam Dua Belas (Ja'afariah)

Kumpulan ini merupakan golongan Syiah yang terbesar di Iran dan merangkumi hampir 60 % daripada penduduk Iraq. Golongan ini juga menjadi kumulan minoriti di beberapa buah negara seperti Pakistan, Afganistan, Lebanon dan Syria

Syiah Zaidiyah

Kumpulan yang dikenali dengan nama Syiah Imam Lima dan ia berkembang di Yaman dan hampir 40% daripada penduduk negara tersebut adalah pengikut Syiah Zaidiyah.

Syiah Ismalilyah

Kumpulan ini mempunyai Imam tujuh dan pengikutnya dianggarkan seramai 2 juta orang. Kumpulan ini sekarang berpusat di India dan bertaburan di sekitar Asia Tengah, Iran, Syria dan Timur Afrika.


FAKTOR KEMUNCULAN SYIAH


1. Kewafatan Rasulullah SAW

Terdapat sesetengah pihak yang berpendapat bahawa Saidina Ali lebih berhak menjadi iman lalu bepihak oleh sebahagian kepadanya. Pendapat ini juga dipegang oleh sebahgian puak Syiah dengan penafsiran khas mereka sendiri. Sementara selain Syiah pula mengaitkan pendapat ini dengan pandangan yang mengatakan bahawa talian darah dengan Rasulullah SAW lebih berhak menjadi khalifah selepas Rasulullah SAW.

2. Kemunculan Pergerakan Abdullah B.SABA’ di Penghujung Zaman Uthman R.A.

Abdullah b.SABA’ adalah seorang yahudi dari Yaman dan pengasas golongan Syiah AL-SABA_iyah yang merupakan golongan Syiah pelampau. Dia telah memeluk islam pada zaman Uthman r.a dan menjelajah ke kota-kota islam dalam percubaannya untuk menyesatkan umat islam.


3. Peperangan Siffin dan Majlis Tahkim. 


Reaksi kepada puak Khawarij yang menentang Saidina Ali r.a dalam pristiwa Tahkim. Mereka melaungkan bahawa iman itu adalah hak umum bagi semuas kaum muslimin tanpa wujud keutamaan antara orng Arab dengan bukan Arab dan antara bangsa Parsi atau Habsyah. Puak Syiah dalam keadaan itu menjadikan iman hak di kalangan ahli bait Rasulullah SAW sahaja, dari keterunan Saidina Ali r.a .


4. Pembunuhan Hussein R.A. 


Selepas peristiwa menyayat hati ini, lafaz Syiah mula digunakan untuk merujuk kepada mereka yang digunakan untuk merujuk kepada mereka yang menykong Saidina Ai r.a dan keturunannya.

KESIMPULAN: Sebahagian prinsip akidah bagi Syiah telah lahir pasda tangan Abdullah b. SABA’ tetapi tidak timbul secara berkumpulan. Hanya selepas berlaku peristiwa di atas, terutam selepas pembunuhan kumpulan yang berkembang berdasarkan prinsip-prinsip tertentu yang dilontarkan oleh ibnu SABA’ di dalam suasana pemikiran bagi puak Syiah ketika itu.

SYIAH DI MALAYSIA

Syiah di Malaysia merupakan satu kelompok pecahan dari umat islam yang merangkumi lebih kurang 10% dari seluruh umat islam di dunia. Di Malaysia terdapat 3 kumpulan Syiah yang berkembang semenjak beberapa tahun yang lalu iaitu :

Syiah Taibi Bohra (Dawood Bohra). 

Kumpulan ini beraasal dari india dan di Malaysia ia dikenali dengan golonga yang memiliki Kedai Bombay. Kumpulan yang berpusat di daarah kelang ini mempunyai tanah perkuburan dan masjidnya sendiri dan pengikutnya dianggarkan seramai 200 hingga 400 orang.

Syiah Ismailiyah Agha Khan 

Kumpulan yang dikenali dengan nama Kedai Peerbhai ini bergerak di sekitar lembah kelang. Jumlah pengikut tidak diketahui tetapi bilangannya lebih kecil dari kelompok Bohra.

Syiah Ja’fariyah @ Imamah Ithna Assyariyyah (Iman Dua Belas)

Kumpulan Syiah ini dipercayai mula bertapak di Malaysia selepas kejayaan Revolusi Iran pada tahun 1979. Pengaruh ajaran dan fahaman kumpulan ini menular ke negara ini melalui bahan-bahan bacaan dan orang perseorangan sama ada yang ke Iran atau yang datang dari Iran.

Fahaman Syiah ini bertambah meruncing apabila beberapa orang Pensyarah universtiti tempatan telah memainkan perana untuk menyembarkan fahaman Syiah Ja’fariyah secara serius kepada para pelajar di institute pengajian Tinggi.

PENYELEWENGAN FAHAMAN SYIAH

1. Penyelewengan Dari sudut akidah.
  • Khalifah diwasiatkan secara Nas.
  • Imam adalah maksum.
  • Ilmu Allah berubah-ubah mengikut sesuatu peristiwa yang berlaku kepada manusia.
  • Kemunculan semula Imam Mahdi dan kumpulan orang yang telah mati untuk memberi keadilan.
  • Berpura-pura iaitu menyatakan dengan lisan yang menyalahi hati kerana takut kemudhratan diri walaupun yang disembunyikan itu perkara yang benar.
  • Konsep al –Mahdiah iaitu kepercayaan kepada Muhammad bin Hassan al-Askari sebagai Imam Mahdi al-Muntazar.
  • Penyanjungan yang keterlaluan kepada Sayidina Ali.
  • Mengkafirkan para sahabat Rasulullah SAW.
  • Menuduh Abu Bakar , Umar , Uthman dan Muawiyah sebagai empat berhala Quraisy serta pengikut- pengikut mereka adalah musuh Allah.
  • Hanya Ali dan para Iman sahaja yang Menghafal dan menghimpun al-Quran dengan sempurna.
  • Menghalalkan nikah mut’ah.
  • Menambah nama Sayidina Ali dalam Syahadah.
  • Menolak Hadis yang diriwayatkan oleh Ahlu Sunah Wal Jamaah sekalipun Hadis Mutawatir.
2. Penyelewengan Dari Sudut Syariat
  • Menolak Ijmak Ulama.
  • Menolak Qias.
  • Mengamalkan nikah mut’ah.
3. Pelbagai Penyelewangan Umum.
  • Menzirahi kubur Saidina Hussein , ganjarannya syurga.
  • Menyiksa tubuh badan sempena 10 Muharram bagi menangisi kematian Saidina Hussein.
  • Menghina isteri-isteri nabi SAW.
  • Mengharuskan jamak sembahyang dalam semua keadaan tanpa sebarang sebab.
  • Imamah dan Khalifah sebahagian daripada rukun islam dan ianya berlaku melalui nas.
  • Sembahyang dhuha adalah bidaah.
  • Islam buikanlah syarat wajib Haji.
  • Wajib menyapu kedua-dua kaki dan tidak memadai hanya dengan membasuh kedua-duanya

PERBANDINGAN AKIDAH ANTARA AHLI SUNAH DAN SYIAH 

                       AHLI SUNAH
                               SYIAH
AL-Quran adalah terpelihara dan bebas dari kekurangan mahupun penyelewengan.
Al-Quran ada sekarang ada kekurangannya dan terseleweng.
Beriktikad bahawa penafsiran al-Quran hendaklah berpandukan pada apa yang dating daripada Nabi SAW.
Berpendapat penafsiran al-Quran hendaklah berpendukan daripada apa yang telah diriwayatkan Aali-Bait dengan riwayat-riwayat yang mencela para sahabat dan mendakwa Imam Ali sebagai tuhan serta Imam selepasnya.
AL-Quran diturunkan sepenuhnya ke atas  Rasulullah SAW, tiada kekurangan padanya dan tiada kitab lain selepasnya.
Berktikad bahawa di sana ada mashaf yang diturunkan selepas kewafatan Nabi SAW dan dinamakan mashaf Fatimah.
Sunah Nabi adalah apa shaja y=ang dating daripada Nabi sama ada Percakapan, perbuatan mahupun taqrir.
Mengatakan bahawa percakapan Imam 12 seperti firman Allah Taalah dan sabda Rasulullah SAW. Meriwayatkan daripada Nabi kerana mereka juga adalah maksum.
Syariat islam adalah sempurna.
Bahawa Rasulullah SAW menyampaikan sebahagian daripada Syariat sahaja sedangkan sebahagiannya disembunyikan dan ditinggalkan pada Imam Ali.
Menerima periwayatan sahabat r.a kerana mereka adil dan thiqah.
Menolak periwayatan sahabat, meraka beriktikad bahawa para beriktikad bahawa para sahabat semuanya menipu seperti Abu Hurairah
Menerima semua hadis-hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim serta kitab-kitab hadis soheh yang lain.
Tidak berpegang dengan kitab-kitab hadis Ahli Sunah melainkan yang ada persamaan dengan akidah pegangan mereka.
Berpegang dengan al-Quran , Sunah dan Ijmak sebagai prinsip asas kepada syriat Islam.
Tidak percaya dengan Ijmak sama asa ada  dari sahabat mahupun selain mereka tanpa kewujudan orang yang maksum bersama mereka .
Tiada yang maksum melainkan Rasulullah SAW, para anbiya’ dan rasul-rasul terdahulu.
Para Imam-imam adalah maksum dan kemaksuman mereka adalah perkara dasar dalam prinsip Imamah. Imam tidak akan terkena dosa sama asa sengaja atau tidak.
Mukjizat yang dianugerahkan Allah kepada para Nabi dan Rasul adalh satu bukti tentang kebenaran.
Mukjizat hanya untuk para Imam, mereka mampu menghidupkan yang mati, menyebuhkan penyakit bisu, kusta serta mereka memiliki semua mukjizat yang dimiliki oleh para Nabi.
Tiada yang mengetahui perkara-perkara ghiab melainkan Allah.
Para Imam mengetahui perkara-pekara ghiab, tidak terhijab daripada mereka ilmu-ilmu apa yang di langit, di bumi, di syurga dan neraka.


Share:

Puisi - Aku akan pergi tak lama lagi

Aku akan pergi tak lama lagi

Bangsa yang merdeka
Bangsa yang mulia
Sekarang sanggup menjual hak yang sedikit
Hak memilih, hak mengundi
Untuk mendapat kesenangan
tanpa usaha
Kesenangan yang sedikit
Maruah dijual
bangsa dijual
Tanahair dijual
Segalanya dijual
Untuk nikmat yang tidak kekal
Nikmat yang sementara yang sedikit sahaja
Politik yang menyelamat
Menjadi politik yang menghancur
Pemimpin semakin tamak
Untuk tempat dan kedudukan tinggi
Perbuatan yang haram dihalalkan
Nama Allah diperalatkan
dijual untuk nikmat yang sementara di dunia
Akan kembalikah bangsaku ?
Menjadi bangsa dijajah, dihina dan diperhamba
Wahai bangsaku
Begitu mudahkah kamulupa
Aku akan pergi tak lama lagi
Dapatkah aku pejam mata dan hembus nafas terakhir
Kerana bangsaku
Negaraku
Masih mulia
Masih bermaruah
Masih dipandang tinggi
Atau mataku terbeliak
Nafasku tersesak terhenti
Kerana segala yang diperjuangkan luput ditelan nafsu
Ya Allah lindungilah bangsaku
Sedarkanlah mereka
Sedarkan mereka bahawa
Engkau tidak akan mengubah nasib bangsa
Melainkan bangsa itu cuba mengubahnya
Mengubah sendiri, membendung nafsu
Kerana Allah
Kerana Agama
Kerana Bangsa
Kerana Negara
Biarkan aku pergi
Mata terpejam rapat
Nafas perlahan berhenti

Dr Mahathir bin Mohamad
10 Julai 2015


Share:

Puisi - Untuk Dia berhati Walang

Khas untuk dia yang berhati walang

Terdengar gemersik rawan irama lagu
Entah siapa gerangan berhati walang
Nak dipujuk curiga kan membumbung pilu
Andai lafaz tidak semanis gula
nanti mencetus kacau menambah gelora
Gerun kerliru kian lasat rintihan nan membusung
lara yang tiada terawat dek ikhtiar manusia
Ampuhkanlah jiwa nan meratap padanya
Hakikat hidup ini di bawah kudratnya

Hayat ini punya riwayat terpencil
Analogi yang menjadi kiasan dalam mencari makna
Tentang harkat warga diri
Insani yang terpasak kemelut yang runyam luput
Mewarnai lorong musafir di bumi fana ini
Untuk ditakwil lali ditafsir buat mengungkap rasa syukur

Tanyakan pada diri
Empunya siapa sekujur tubuh ?
Mungkin kan kembali tersenyum jiwa nan lara
Astaka rela mintalah terbangun
Nah ! tiba detiknya kian ulet berdepan rencam dunia hidup

Namun bukan semudah bicara lalui segala
Seberat mata memandang berat lagi sang bahu memikul

karya Rozai Aznizah
http://penulisankarya-rozai.blogspot.com


Share:

Puisi - Seorang Ayah Sebatang Galah

kau seperti biasa
setelah cerah tanah lewat silau menyimbah
sedang langit menguntum kuning
perut kau telah pun dialas

kerana kau punya satu tugas
yang sudah lama kau galas
demi zuriat kau yang berbelas

kau memang cekal dan lantang
jasad kau berperang
urat leher kau timbul, tegang dan mengerang
kau seperti memikul beban
tapi,
tapi wajahmu dibasahi air tenang

rasa seperti peri lelah kau terpercik
terpercik ke dalam anak mataku
namun kau tetap begitu
terpacak, terpaku dan menahan jasadmu
tubuh kau menapak dan menongkat
kadang helai-helai hijau itu terselak
silau cahaya bola besar
menikam tajam anak matamu
berpinar tapi kau tegar

kau dongak lagi
pedih sekejap.
tapi kau terus berjuang tanpa peduli
bahu kau pasang gagah
tangan kau genggam kemas
demi sesisip rezeki
demi perut-perut yang lapar

tiba-tiba seperti biasa
genggaman kau pecah
jari-jari tangan kau lemah
galah hinamu rebah
menyembah kalah
kau tidak sekali mengalah
kau bernafas dalam penat dan lelah
kini diri kau penuh lopak-lopak sejarah
sebati nan likat dalam daging dan darah
seorang ayah dan sebatang galah

Seorang Ayah dan Sebatang Galah
WAN MOHD ZUHDI BIN WAN ABD RAHMAN
zuhdi_islamiah@yahoo.com


Share:

Tarik Songsang Rasa

Assalamualaikum awak

Sangkaan saya pada awak tentang saya:
  1. Awak memang benci gila pada saya.
  2. Awak sangat berharap yangg kita tak pernah jumpa.
  3. Kalau boleh awak padam saya dari sejarah hidup awak macam memadam lukisan, dah lama awak lakukan.
Saya yakin ianya bukan sangkaan tapi kenyataan.

Bagi saya...teruskan saja ... Padam terus saya dari sejarah awak agar tiada rasa benci kerana 'benci' itu akan hanya merosakkan diri awak.

Dan kebencian awak itu menyakitkan saya ... Sakit! 

..... Ops! Saya tiada hak mengeluh.
Hmm...tak apa...awak takkan baca pun sebab akaun awak ni dah lama tak aktif.

(Hmm...bagus gak). Boleh saya celoteh apa saja di sinikan...peliklah sebab awak guna nama Diah.

Dari mula lagi rasa nak tahu tapi saya bersabar untuk tidak tanya.....

(kagum ngan diri sendiri sebab dapat menahan diri).

Kalau saya boleh meneka ...pasti ada kaitan dengan 'Keranamu Diah'.
Hmm...apalah ada pada Diah, seorang perempuan yang sakit jiwanya. Menyeret kenangan silam dalam dunia hari ini.

Pasti Diah itu tidak seperti yang awak harapkan.

Upss!!!

Saya yakin kalau awak baca apa yang saya tulis ni , mesti awak akan kata- 'Jangan perasanlah!. Kau ingat aku minat ingat kau atau cerita merepek kau!'.

Hahaha...kelakar!!!

Suka hati awaklah.

Ditakdirkan saya kenal awak dan tak pernah mampu hilangkan awak. Pelik tapi benar...macam peliknya anjing dan kucing yang boleh berkawan baik atau ibu kucing yang ambil anak itik sebagai anak angkat.

Aduhhh!!! Merepek saja

Hmm...tak apalah. Mungkin ini kali terakhir saya merepek kerana awak.

Selamat hari lahir

Kalau awak sampai terbaca apa yang saya tuliskan ka atas mesti awak marah gilakan. :grin:

Kalau sampai itu terjadi...saya minta maaf.

Atas tu semua saya mengarut saja...jangan ambil hati ok !!!

Bukan apa ... Asalnya main-main aje....... tapi terhantarlah pulak. Tak boleh tarik balik.

Entah macam mana jadi merepeklah pulak. Sorry

Delete aje semuanya ok.

Saya tengok gambar awak berbasikal. Awak nampak happy. Lagi pula awak benar-benar sudah sedia membuka fasa baru dlm hidup. Alhamdulillah. Syukur sangat.

Rasanya saya harus mengundur sepenuhnya. Itu lebih baik buat awak. Mungkin satu kesilapan saya pinta untuk jadi kawan "facebook" awak.

Tak apalah...mungkin juga takdir.

Tak perlu difikirkan pasal hal itu. Saya tahu apa yang perlu saya lakukan.

Moga awak sentiasa bahagia dunia dan akhirat, tentunya harapan saya- awak bahagia dengan keluarga. Mereka juga harus mempunyai seorang suami dan ayah yang hatinya sepenuhnya buat mereka.


Maaflah awak

Saya terpanggil utk mencoretkan sesuatu di sini.

Satu perkara - berterus terang saja yang awak mahu mengjindari saya. Bukan susah...jangan awak fikir dengan berterus terang itu akan membuatkan saya sedih.

Tak awak ... Saya lebih suka org yg berani berterus terang. Ketika saya nak jadi kawan facebook awak pun saya tanya dulu. Kenapa tak kata jangan. Ini bukan caranya menghargai org lain.

Saya bukan sedih tapi rasa terhina dengan semua ini.

Sememangnya sikap awak dan saya memang jauh berbeza. Inilah hikmah terbesar kita tak ditakdirkan bersama.

Mungkin ada baiknya awak sendiri hapuskan segala yang ada kaitan dengan saya.


Maafkan saya kerana mengganggu kehidupan dan kebahagiaan awak. Harap tiada yang tertunggak di akhirat nanti. Saya sendiri maafkan awak atas segala2 nya.

Saya harap tiada lagi yang tidak beres antara kita.


Awak...kadang-kadang saya tak faham ngan kita ni. Ada masanya bagaikan rajuk panjang. Diam seribu bahasa...bagaikan Perang dingin.

Tiba-tiba macam ok...pelikkan ?.

Ruangan ini dah jadi mcm diary pulak...sebenarnya tiap kali kita berhubungan semula, ianya membuatkan saya rindukan awak.

Perasaan yang membuatkan saya resah. Sebab tulah sebolehnya saya memaksa diri menyepi tapi...awak pun kenal saya. Saya tetap saya...itulah kelemahan saya.

Hmm...hari ni saya rasa yakin...awak adalah teman.

Insya Allah...ianya akan kekal begitu.

Teman yang baik saling mendoakan kebahagiaan satu sama lain. Asal saja awak bahagia...saya pasti bahagia.
Share:

GAR / SMART Suspension

Statement:

TFT/PT SMART membership suspended


TFT has been working with Golden Agri Resources (PT SMART Division) since 2011, when pioneering work was started on the High Carbon Stock approach to forest conservation. However general progress has slowed recently and TFT is aware of several breaches of PT SMART’s Forest Conservation Policy (FCP) and Social and Community Engagement Policy (SCEP). As a result, we have suspended their membership with immediate effect.

TFT advise PT SMART that it needs to re-affirm its commitment to its current FCP and SCEP- review these to widen the scope and goals- and focus on credible and robust implementation.

TFT will work with PT SMART management on a time bound action plan addressing the key issues we identified, and will provide regular updates on progress.


Criteria for Lifting Suspension


1.    What company is actually suspended:

TFT have suspended the Upstream (US) (PT SMART) business which is GAR's plantation company- the Downstream (DS) business which is their trading arm is currently still working with us as members. This is because the DS work plan only started in Feb 15 and is proceeding well. Should US not respond however within 3-6 months we will be obliged to terminate the membership of both US and DS, as US is a 42% part of DS trade.

2.    Is it all bad news at PT SMART

When PT SMART joined TFT in 2011 they were the first plantation company to do so and led the
trial work on HCS. However apart from the HCS trial, progress on their overall FCP has been too slow although some progress has indeed been made.

3.    How long does suspension apply;

If satisfactory progress isn't being made at any point TFT will move to a full termination of GAR US and DS membership. Maximum we expect to see enough progress within 6 months.

4.    How frequently will you be reporting updates and in what form, where, who;

TFT will report monthly as a minimum and the update will be posted on the GAR dashboard.

5.    What action will TFT take if progress is not made being made in a reasonable timeframe;

At any point, if TFT feel insufficient progress is being made the suspension will become a termination. We expect all conditions for re engagement to have been met in a maximum period of 6 months.

6.    Will the lifting of the suspension be linked to a resolution of the RSPO grievance;

No, RSPO will make their own decision based on their own standards.

7.    Have we stopped all work with GAR (PT SMART)

All work has stopped on the general workplan whilst we work with PT SMART senior team on the criteria for re engagement.


Share:

Angin menderu dahan jatuh menimpa batu kuburan

Hari ini aku ingin memperhalus lirik lagu keroncong lama yang dinyanyikan oleh al marhum Kartina Dahari yang bertajuk Sayang di Sayang. Keroncong memang salah satu irama yang ku gemari. Lemah gemalai melodinya sering menjinakkan hati ku ketika memberontak. Aku tau dan faham perlunya mengingati Allah secara total dalam keadaan ini namun naluri manusia memang tidak dapat luput dari keinginan dari mengapresiasi seni lirik dan lagu.

Am D Am D G D

Angin menderu G
Dahan jatuh menimpa batu A D
Kuburan G D G D
( 2X )

Murai terkejut berkicau-kicau Am A D
langit mendung di liputi awan G F D
Alamat bumi di sirami hujan G D G
Sayang di sayang D G

G D G Am D G D

Hati ku rindu G
Orang jauh tak lupa dari A D
Kenangan G D G D
( 2X )

Fikiran kusut berisau-risauan Am A D
Sakit untung di tinggalkan orang G F D
Ibarat kapal tidak berhaluan G D G
Sayang di sayang D G

G D Am D G
Share:

Puisi - Gaza, bumimu tak pernah tenang

Di Antara Gaza dan Kita

Di sana.. di Gaza,
bumi gersangnya sedang rakus
diratah Yahudi,
Peluru turun menghembur,
bagaikan bertih ditabur.
Rakyatnya diheret jadi penonton
pembunuhan ,penyembelihan beramai-ramai
Hinggakan darah menganak sungai..

Kecil besar tua dan muda,
sudah tak ada beza,
anak-anak di pangkuan,
Ibu-ibu merangkak mencari perlindungan..
Larilah mereka bertempiaran
Ada yang kakinya sudah hancur,
ada jasad yang berterabur,
Di mana hendak dicari tempat berteduh?
di mana gerangan hendak tidur,
apabila mentari berlabuh ?

Maka menadahlah tangan,
anak-anak di persimpangan..
yang dipaksa menjadi yatim piatu,
Ibu-ibu menangis, meratap pilu,
kehilangan suami... menjadi balu

Emas sudah murah harganya,
daripada sebuku roti GARDENIA..

Sampai bilakah akan berlarutan derita ini?
akan jadikah mereka,
Bangsa tanpa negara..
sesudah dirampas hak abadi
mengemis ,merintih di negara sendiri.

"Peduli apa" kata kuasa besar,
mereka riang tersenyum lebar,
Rundingan dibuat juga,
tapi tetap tinggal ditakuk lama..

Dari dulu lagi
pemimpin silih berganti,
Dari Kennedy,Johnson
terus ke Nixon
kemudian Ford ,Carter dan Reagan,
Geoge Bush juga tidak kesampaian,
semua rundingan terlalu hampa,
Clinton dan Bush anaknya,
kini sehingga sampai sudah senja,
Kuasa Obama
tiada nampak sudahnya
Palestin terus ditindas selama-lama

Duhai bangsaku ..warga Malaysia
bangunlah daripada tidur lena
Jangan bercakaran sesama sendiri
jangan sampai negara MERDEKA ini
tiada kebebasan lagi
keamanan yang dikecapi
bukan barang dagangan
yang boleh dijual beli..
Janganah nanti,
Di kepuk padi mati kelaparan,
Di kolam sendiri mati kehausan..

DASIMA...31 Ogos


Share:

Berdaulatkah Undang-undang di Malaysia ?

Maksud Kedaulatan mengikut DBP

Menurut kamus DBP edisi ke -2, daulat adalah membenarkan manakala kedaulatan diertikan sebagai kekuasaan yang tertinggi.

Maksud Kedaulatan Undang-undang

Istilah kedaulatan mungkin adalah terjemahan dari bahasa Inggeris "Sovereignty".  Istilah-istilah itu diturunkan dari perkatan latin "superanus" yang berarti tertinggi. Kedaulatan berarti kekuasaan tertinggi atau kekuasaan yang tidak terletak di bawah kekuasaan lain.

Kedaulatan jika merujuk kepada sesuatu negara terletak kepada pelbagai faktor dan terkadang hanya sebagai slogan, mungkin memang diikuti tetapi secara konsekuen. Sesetengah negara  menganggap bahwa kedaulatan di tangan rakyat, ertinya suara rakyat memang didengar keluhan dan penderitaannya. Menurut mereka inilah contoh negara demokrasi, oleh rakyat dan untuk rakyat.

Negara-negara komunis sering mengatakan sebagai negara demokrasi, tetapi memaksa kehendaknya demi parti tunggal dan sosialisme. Negara liberal sering mengucapkan demokrasi, tetapi mereka menyebarluaskannya melalui paksaan. Mereka sendiri dulunya adalah penjajah. Oleh karena itu, bila ada yang mengatakan bahwa kedaulatan di tangan rakyat maka yang membuktikannya adalah sejauh mana tanggungjawab kerajaan kepada rakyatnya, baik langsung maupun melalui perwakilan pada badan legislatif.

Negara yang mengatakan bahwa kedaulatan berada di tangan undang-undang, bererti peraturan dijunjung tinggi. Hakikatnya undang-undang dibuat oleh manusia. Oleh karena itu, kalau ada negara yang kedaulatannya berdasarkan undang-undang, maka sejauhmana hukum itu dibuat oleh wakil rakyat untuk mengatur dan mengurus hubungan rakyat dengan kerajaan secara baik dan benar.  Kalau perlu dengan mencari kaitannya dengan moral agama.

Negara yang mengatakan bahwa kedaulatannya berada di tangan Pencipta.  Maka, undang-undang Tuhan  yang menentukan pemerintahan kerajaan. Jika undang-undang itu ditentukan oleh Pencipta, maka yang melanggarnya akan berdosa. Bagi tujuan pemantauan adalah perlu memerhatikan individu yang menjadi pelaksana pemerintahan itu sendiri.

Selain itu, ada pula yang mengatakan bahwa kedaulatan Negara berada di tangan raja/penguasa. Dan kedaulatan ini lah bentuk yang paling mengkultuskan manusia di muka bumi. Jika dikaji prinsip berhubung kedaulatan negara, pada dasarnya jika berlatarbelakang anggapan bahawa timbulnya adalah berdasarkan teori berikut:
  1. Teori ketuhanan ; anggapan yang menyatakan bahwa timbulnya suatu negara memang sudah kehendak yang Mahakuasa
  2. Teori sejarah ; teori yang menganggap bahwa negara itu memiliki lembaga sosial yang tidak dibuat dengan sengaja, tetapi tumbuh secara berevolusi sesuai dengan keperluan situasi, ruang dan waktu manusia. Sehingga secara sejarah berkembanglah sesebuah negara itu.
  3. Teori penaklukan ; teori yang menggangap bahwa timbulnya suatu negara karena adanya penaklukan
  4. Teori kekuatan ; teori yang menganggap bahwa timbulnya suatu negara karena adanya kekuatan. Yang kuat kemudian menentukan dan membuat undang-undang.
  5. Teori semulajadi ; teori yang menganggap bahwa negara itu adalah ciptaan semulajadi yang sudah terbentuk dan berkembang secara alamiah.
  6. Teori falsafah ; teori yang menganggap bahwa negara terbentuk berdasarkan renungan akan erti sebuah pemerintahan.
Hak Asasi Manusia

Konsep hak asasi manusia telah lama wujud dalam masyarakat dan agama. Sebelum undang-undang berkaitan dengan hak asasi manusia didokumenkan, masyarakat dan agama telah menerima dan mengiktiraf hak asasi manusia. Hak kemanusiaan ini dapat dilihat dari dua segi iaitu dari segi moral dan perundangan.

Dari segi perundangan, hak kemanusiaan ini merupakan satu bentuk hak yang dinikmati oleh seorang warganegara sebagaimana yang termaktub dalam undang-undang negara tersebut. Manakala dari segi moralnya, hak kemanusiaan merupakan satu tanggapan moral yang diterima dalam sekelompok masyarakat itu. Anggota-anggota masyarakat tersebut mangakui dan menerima hak-hak tertentu yang harus dinikmati oleh anggota masyarakat berkenaan walaupun perkara itu tidak terdapat dalam undang-undang.

Di Malaysia hak asasi manusia adalah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Penyertaan aktif negara dalam Suruhanjaya Bangsa- bangsa Bersatu bagi Hak Asasi Manusia (UNCHR) pada tahun 1993 merupakan titik permulaan untuk menubuhkan institusi hak asasi manusia. Di Malaysia,Suhakam bertanggungjawab dalam hal-hal pendidikan dan memupuk kesedaran rakyat berkaitan hak asasi manusia. Revolusi Pengisytiharan Hak Asasi Manusia sejagat pada tahun 1994 mendesak negara-negara anggotanya agar menegakkan sejumlah hak kemanusiaan termasuk hak sivil, hak ekonomi dan hak sosial.

Perlembagaan Persekutuan

Perlembagaan Persekutuan merupakan dokumen perundangan utama Malaysia yang telah didrafkan pada 1955 oleh sesebuah Jawatankuasa kerja yang dianggotai oleh perwakilan British, penasihat-penasihat Majlis Raja-raja dan ketua-ketua ahli politik. Draf itu kemudiannya telah dihalusi oleh Suruhajaya Reid yang membawa kepada kemerdekaan PersekutuanTanah Melayu. Hak asasi manusia telah disenaraikan di dalam Bahagian II Perlembagaan Malaysia dan mempunyai sembilan fasal. Antaranya adalah

Artikel 1 Hak untuk kebebasan dan sama rata dari segi maruah dan hak
Artikel 2 Bebas daripada diskriminasi
Artikel 3 Hak untuk hidup, kebebasan dan keselamatan diri terjamin
Artikel 4 Bebas daripada diperhambakan
Artikel 5 Bebas daripada seksaan atau layanan atau hukuman yang zalim, tidak berperikemanusiaan atau menghinakan.
Artikel 6 Hak kepada pengiktirafan di mana jua sebagai seorang insan di sisi undang-undang.
Artikel 7 Hak untuk pertimbangan sama rata di sisi undang-undang
Artikel 8 Hak untuk menuntut keadilan di mahkamah
Artikel 9 Bebas daripada ditangkap atau dipenjarakan tanpa sebab
Artikel 10 Hak perbicaraan mahkamah yang adil dan terbuka
Artikel 11 Hak dianggap tidak bersalah sehingga dibukti salah
Artikel 12 Bebas daripada diganggu kediaman, keluarga dan surat-menyurat
Artikel 13 Hak bebas bergerak dan bermastautin di dalam negara sendiri
Artikel 14 Hak mendapat perlindungan untuk pelarian
Artikel 15 Hak menjadi rakyat dalam sesebuah negara
Artikel 16 Hak untuk berkahwin dan perlindungan untuk keluarga
Artikel 17 Hak memiliki harta
Artikel 18 Kebebasan kepercayaan dan agama
Artikel 19 Kebebasan pendapat dan informasi
Artikel 20 Hak berhimpun secara aman dan persatuan
Artikel 21 Hak mengambil bahagian dalam kerajaan, mengundi dan menggunakan Kemudahan awam
Artikel 22 Hak keselamatan sosial
Artikel 23 Hak untuk bekerja dan mendapat upah yang setimpal
Artikel 24 Hak berehat dan bercuti
Artikel 25 Hak untuk taraf hidup yang sempurna untuk kesihatan dan keselesaan
Artikel 26 Hak mendapat pendidikan
Artikel 27 Hak mengambil bahagian didalam kehidupan bermasyarakat
Artikel 28 Hak untuk order sosial yang menjamin hak asasi manusia
Artikel 29 Bertanggungjawab terhadap masyarakat dalam perkembangan individu
Artikel 30 Kebebasan daripada campurtangan mana-mana pihak yang boleh memusnahkan hak dan kebebasan yang tersenarai .

Berdasarkan dari senarai di atas, dapat kita sebutkan, secara dasarnya Perlembagaan Persekutuan menyebut mengenai hak asasi manusia dan menjadi rujukan utama kepada hak asasi manusia di Malaysia.

Dalam kes-kes mahkamah yang melibatkan perlanggaran atau penafian hak-hak ini, dokumen asas perlembagaan negara inilah yang acapkal digunakan oleh pengamal-pengamal undang-undang. Keadaan ini seolah-olah negara kita terikat kepada hanya satu dokumen dan menolak tepi dokumen-dokumen antarabangsa yang lain, sedangkan Malaysia merupakan sebuah negara ahli dan menerima pakai dokumen seperti Perisytiharan Universal Hak Asasi Manusia, Konvensyen Anti Diskriminasi terhadap Pendidikan, Konvensyen Hak Kanak-kanak mahupun Konvensyen Penghapusan Diskriminasi terhadap Wanita.

Kajian kes hak asasi manusia di Malaysia

Dengan memantau kes-kes yang telah diputuskan di mahkamah Malaysia, kita dapat mengkaji pendekatan kehakiman terhadap imbangan antara hak ramai dan hak individu.

(a) Dalam kes Tunjuk perasaan di lebuhraya Kesas pada November 2000, penganjur Parti Pembangkang (PR) telah merancang mengadakan perhimpunan yang dijangka akan dihadiri sehingga 100.000 orang di tanah persendirian dan bukannya di kawasan awam dan dengan demikian tidak memerlukan permit polis. Walau bagaimanapun sejak awal-awal lagi polis telah memaklumkan tanpa permit perhimpunan tersebut adalah haram ,walau bagaimanapun demonrasi oleh golongan penduduk tempatan menentang perhimpunan yang akan diadakan itu dibenarkan polis tanpa membuat permohonan atau mendapat permit polis . Sebelum perhimpunan itu diadakan polis telah merancang bagi menghalang dan menguasai sepenuhnya termasuk menghalang orang ramai daripada sampai ke tempat perhimpunan dengan membuat sekatan jalanraya .Pada hari perhimpunan tersebut beratas-ratus kereta yang cuba masuk terperangkap dalam kesesakan lalu lintas di lebuhraya Kesas dan terpaksa meletakan kereta mereka ditepi jalan pada hari tersebut polis telah menyenbur air dan gas pemedih masa mengunakan hos untuk menyuraikan orang ramai semasa mereka cuba bergerak .Seramai 122 orang telah ditangkap dan mereka yang cedera tidak diberikan rawatan sehingga keesokan harinya dan direman selama 5 hari . Menurut pemerhati mendapati berhubung kebebasan berhimpun pihak polis wajar memberi kebebasan berhimpun, ekoran daripada itu dalam laporan siasatan Kesas 2001 Suhakam telah membuat beberapa cadangan antaranya
  1. undang-undang berkaitan dengan perhimpunan hendaklah dilaksanakan dengan saksama dan tiada diskriminasi ;
  2. Kaedah penyuraian orang ramai oleh PDRM perlu dikaji semula dan polis diminta mengawal diri semasa bertindak ;
  3. Orang ramai diberi masa secukupnya untuk bersurai dan bukanya dikejar dan atau dipukul dizalimi dan dilayan dengan tidak keperikemanusiaan dan rawatan perubatan perlu diberi segera.
(b) Dalam insiden yang lain pada feb 2004, seramai lebih kurang 60 orang termasuk wakil dari 46 NGO dalam parti politik telah berhimpun secara aman di hadapan pintu masuk pejabat Polis Bukit aman untuk menghantar memorandum berkenaan penyalahgunaan kuasa oleh polis hanya tiga orang wakil sahaja dibenarkan masuk dalam bangunan semasa menghantar memorandum tersebut sedangkan pihak penganjur telah meminta untuk menghantar sekurang-kurangnya 10 orang untuk masuk bagi membincangkan isu -isu yang akan dibangkitkan. Pegawai polis tidak mengendahkan permintaan ini dan mengarahkan supaya mereka bersurai , tanpa didengari oleh kebanyakan mereka dalam masa 3 minit trak penyembur air telah menyembur air yang dicampur dengan bahan kimia kearah orang ramai, semasa peserta melarikan diri dan terjatuh seramai 17 orang telah ditangkap dan dibebaskan dengan ikat jamin.

(c) Dalam satu kes yang lain, kes Hajjah Halimatussadiah, mahkamah memutuskan hak seorang kakitangan awam untuk memakai purdah adalah tertakhluk kepada perintah perkhidmatan awam. Dengan ini, hak ramai mengatasi hak individu seorang untuk memilih cara berpakaian demi alasan untuk mengekalkan disiplin di erkhidmatan awam. Menurut keputusan kes Susie Teoh dan kes Hajjah Halimatussadiah, adalah jelas terdapat kecenderungan untuk memberi tempat yang lebih utama kepada hak ramai daripada hak individu.

(d) Dalam kes Re Susie Teoh, Hakim Mahkamah Tinggi Yang Ariff Abdul Malek, memutuskan bahawa seorang bapa tidak mempunyai kuasa di bawah Akta Penjagaan Anak 1961 untuk memilih agama bagi anaknya. Anaknya mempunyai hak di bawah Perkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan untuk memilih agamanya sendiri. Ringkasnya, seseorang bukan Islam yang berumur di bawah umur 18 tahun boleh menentukan agamanya sendiri dan tidak tertakluk kepada kehendak penjaganya.Tetapi, keputusan ini dibalikkan di Mahkamah Agung. Di Mahkamah Agung telah diputuskan di bawah semua keadaan, demi kepentingan negara yang lebih utama (in the wider interests of the nation), seseorang minoriti tidak mempunyai hak automatik untuk menerima ajaran berkaitan sesuatu agama tanpa kebenaran ibu bapa atau penjaganya. Dalam keputusan ini, kepentingan ramai mengatasi hak seorang kanak-kanak untuk memilih agamanya yang dijamin di bawah Perkara 11.

Kesimpulan

Secara dasarnya, pegangan perundangan di Malaysia adalah berhubung kait dengan kepentingan masyarakat secara umum dan setelah berdekad dilihat  sangat berdaulat. Namun, pendaulatan undang-undang di Malaysia secara terpencil turut dipengaruhi oleh agenda politik dan sentimen agama. Hal ini dapat dilihat daripada beberapa kes seperti perhimpunan awam yang dihalang oleh pihak berkuasa atas tiket ketenteraman awam walhal mempunyai agenda politik.Undang-undang sepatutnya berada  pada neraca yang seimbang dan adil namun kadang kala tercemar  di tangan pihak yang berkepentingan. 

Share:

Apa yang anda tau pasal Korea ?

Kisah yang dikhabarkan oleh seorang teman pelajar Malaysia yang belajar di Korea. Bagi mengetahui sesuatu kebenaran seharusnya seseorang perlu berada di sana untuk masa yang agak lama. Beginilah kisahnya.

Dua tahun saya di Korea. Waktu mula-mula ke sana dulu, saya masih lagi seorang K-Popper. Dan masih lagi hanyut di dalam dunia hijabista.

"What do you like about Korea?" Satu hari professor saya yang berbangsa Korea berbasa-basi dengan saya.

"Oh, I really like the music. I'm a fan of Big Bang." Jawab saya beria-ia. Sambil tersengih macam kerang busuk. Waktu itu umur saya dalam 26 tahun.

"Really? I don't know that. I don't listen to the young people's music, because I cannot understand them." Sekali lagi saya tersengih. Rasa macam bom pulak jatuh atas kepala. Adehh..

Empat bulan pertama, saya mula dinampakkan dengan 'Korea yang sebenar'. Perasaan saya terhadap Korea, kalau dalam bahasa orang putihnya, mulai 'bitter'.

Tidak dinafikan, Korea ada kemajuan dan banyak kelebihan berbanding kebanyakan negara Islam sendiri, termasuklah Malaysia. Bab keselamatan, memang superb. Bab disiplin, memang power. Pengangkutan awam mereka, sangat reliable, selesa dan menepati masa. Dan mereka amat bangga sekali dengan produk keluaran negara mereka sendiri berbanding produk dari luar. Walaupun, ianya cuma sekeping pizza.

Dan pengalaman saya sendiri sebagai satu-satunya 'bunga' di dalam makmal di universiti saya, saya memang amat 'dimanjakan' oleh oppa-oppa dan dongsaeng saya. Mereka amat suka membantu, dan bila saya nampak macam bersedih (kadang-kadang ada jugak waktu monyok sebab homesick hihi), semua orang akan 'menyebok'. Itu, memang saya tidak nafikan.

Tetapi di sebalik semua itu, inilah satu lagi wajah Korea yang saya kenal.

'Why you are praying? You are wasting your time. Don't pray."

"You can go out with me if you want. But please remove this (sambil mencubit hujung tudung saya)."

Beberapa kali, agama saya diprovok. Kalau tak sabar, memang boleh bergaduh sebenarnya duduk di Korea ni. Hihi.

Paling saya tak gemar, dari hari Isnin sampailah ke hari Jumaat, mereka akan bekerja bermati-matian. Sampai ke tengah malam buta.

"You have to stay in the lab, you cannot go home, not until our professor goes home. If he goes at 1 am, then you can go. In the mean time if you already finished with your work, you can watch movie or do whatever you like. Just, don't go home early." Budaya kerja dan budaya bodek yang agak ekstrem pada pandangan saya. Kalau balik awal akan dianggap sebagai pemalas, tak guna dan tak buat kerja. Setahun kena umpat tak habis.

Senior di makmal sebelah saya pula, dah nampak macam kura-kura sebab hari-hari asyik kena tengking dan maki dengan profesor. Mujurlah, Allah beri saya profesor yang sangat baik. Alhamdulillah.

Tiba malam Jumaat, masa untuk mereka enjoyyyyy !!!. Waktu untuk minum (serta makan babi bakar; makanan kegemaran orang Korea) dan bergembira dengan kawan-kawan.

Yang lebih veteran dan ada anak bini, masuk kelab yang bercermin gelap. Layan perempuan juga mungkin. Apedehal dengan anak bini. Dah penat kerja, enjoylah pulak kan.

Lepas tengah malam, bersepah-sepah Korean yang mabuk. Membebel-bebel tak tahu butir bicara. Lembik kaki dipapah kawan-kawan. Akhirnya terlentang tidur atas jalan raya.

Hari Isnin nak ke makmal, sisa muntah bersepah-sepah. Tepi jalan. Dalam terowong. Geli!! Sampai di makmal, bau mulut sorang-sorang ya Rabbi!! Sebatu dah bau arak. Stres.

Dan jelak. Saya amat jelak sekali dengan semua itu. Mujur Allah hantar saya ke sana. Kalau tidak, mungkin sampai ke hari ini saya masih lagi hanyut. Sebagai K-popper dan hijabister tegar.

Universiti saya sendiri, memang terkenal sebagai universiti artis. Sebab universiti kami ada fakulti seni yang bagus. Jadi ramai artis yang belajar di sana.

Mungkin sekali atau dua kali setahun, akan ada mini konsert. Mujurlah, waktu itu hati saya sudah tawar dengan K-pop. Pernah juga diajak ke konsert artis Korea, tapi mujurlah Allah beri kekuatan kepada saya untuk menolak.

Entahlah. Saya jemu. Jemu dengan hidup yang sebenarnya penuh dengan ke'hipokrit'an. Totally plastik.

Bercakap pasal plastik, di fakulti saya, ada dua orang Korean yang rupakan sahabat saya sendiri yang telah melakukan pembedahan plastik. Bahkan dah jadi kebiasaan bila ibubapa hadiahkan anak mereka dengan tajaan pembedahan plastik di Korea.

Sebab dengan cantik, hidup akan jadi lebih mudah. Lebih ramai kawan. Lebih senang dapat kerja. Lebih ramai calon untuk dipilih sebagai suami atau isteri. Pendek kata bila cantik, hidup akan berubah lebih baik.

Dan tahukah anda? Boleh dikatakan 99% artis Korea yang 'comel' tu semuanya buat pembedahan plastik.

Bagi setiap artis Korea, paling tidak mereka memerlukan masa 1 ke 2 tahun untuk menyempurnakan diri sebelum mereka debut sebagai artis. Latihan tarian, nyanyian, lakonan dan juga pembedahan plastik. Kerana bagi mereka, entertainment is a serious business. And fast money. So everything must look perfect.

Jadi hidung yang mancung, dagu yang tirus, mata yang bulat, bibir yang mungil, itu semua sebenarnya FAKE!!

Jadi please... Mohon jangan buang masa tertipu dengan semua itu.

Lagi budaya orang Korea, mereka amat suka bergosip. Tidak kiralah samada lelaki mahupun perempuan. Boleh bayangkan tak, oppa-oppa tu semua bersidai ramai-ramai (kalau kat Malaysia ni macam makcik-makcik yang selalu mesyuarat tingkap kat tepi longkang di petang hari tu), pastu potpet potpet mengumpat. Ya Allah, buruknya rupa.. Sungguh gelimat. Dekat makmalpun jadi dorang ni.

Letih sebenarnya saya. Letih dengan semua itu. Sebab itulah saya kembali semula kepada Islam. Waktu itu mata saya betul-betul terbuka. Ceh, sebelum ni ingatkan best sangatlah Korea tu kannn..

Betapa, syukurnya saya dipilih oleh Allah dan dilahirkan sebagai seorang Islam. Alhamdulillah, syukur. Syukur saya tak perlu strive gila-gila untuk hidup semata-mata untuk diterima macam orang Korea. Tak perlu jadi cantik, pandai atau kurus.

Syukur sebab dengan Islam, kita cuma perlu jadi diri kita sendiri dan cuma perlu puaskan kehendak Allah sahaja untuk dapat syurgaNya.

Inilah, sedikit perkongsian tentang sebahagian daripada wajah Korea yang saya kenal. Renung-renungkanlah.

Mana yang baik datang daripada Allah. Yang buruk daripada saya. Wallahu'alam. Wassalam.
Share:

Total Pageviews

Labels

Teman Blog

Pengikut