Kata orang tua, melayu itu banyak petua dan gurindamnya. Meskipun aku dilahirkan di persekitaran masyarakat berketurunan Jawa di Johor, malah arwah embah berasal dari lingkungan Surabaya di kepulauan tanah jawa. Arwah embah ada pernah berkata beliau semasa mudanya menuntut ilmu di sebuah pesantren yang bernama "Gontor" (http://www.gontor.ac.id/). Waktu itu aku kecil lagi dan tidak mengerti apa-apa sehingga aku berkesempatan berada di Surabaya dan bertanya dengan teman di sana tentangnya.
Sudah beberapa kali aku ke Riau. Kali ini amat berlainan sekali kerana aku bertemu secara langsung dengan komuniti tempatan. Tidak seperti sebelumnya aku hanya berkisar di kawasan perkebunan kelapa sawit dan ladang hutan akasia yang dimiliki oleh PT Rara Abadi di Sorek dan Lipat Kain, terperuk di dalam kem dan tertumpu kepada pekerjaan. Sorek merupakan sebuah kawasan kecil yang padat boleh ditemui dalam perjalanan ke Indragiri hilir.
Tujuan ku pada kali ini lebih mendekati komuniti di Kabupaten Indragiri Hilir, Kecamatan Tempuling di Desa Harapan Jaya. Selain itu kawasan Kabupaten Bengkalis di Desa Sepahat, Tanjung Leban. Pelintung-Guntung dan kawasan sekitarnya menjadi pilihan atas tujuan projek yang telah dijalankan di kawasan tersebut.
Jelas sekali situasi di kawasan ini di dominasi oleh keturunan melayu. Jika dilihat dari kaca mata sejarah ini adalah kawasan asalnya kerajaan Johor-Riau yang telah diasaskan tetapi dipecahkan oleh perjanjian London 1824 di antara British dan Belanda. Perpecahan ini menyaksikan masyarakat melayu yang berkerajaan di Indragiri, Siak, Riau-Lingga terpisah walaupun secara geografinya kawasan kepulauan Riau dan Melaka hanya dipisahkan oleh Selat Melaka dengan jarak 60 batu dan boleh diseberangi dengan menggunakan bearing 30 darjah.
Hampir keseluruhan jajahan Riau ku lalui. Bermula dari Pekan Baru, kota bandar udara utama yang dinamakan Lapangan terbang Sultan Syarif Kassim II di kawasan ini sehingga Dumai, Pelalawan, Duri serta Langkat.
Aku sempat berbual dengan penduduk setempat yang bernama Dodi Fadlullah. Beliau yang tergolong dari kaum banjar amat senang ku dampingi lantaran keramahannya. Sederhana orangnya meskipun beliau adalah Pengarah kepada sebuah organisasi NGO yang ternama di Riau.
Aku sempat berbual dengan penduduk setempat yang bernama Dodi Fadlullah. Beliau yang tergolong dari kaum banjar amat senang ku dampingi lantaran keramahannya. Sederhana orangnya meskipun beliau adalah Pengarah kepada sebuah organisasi NGO yang ternama di Riau.
"Dodi itu kan macam nama jawa ?."
"Oh nama saya yang sebenar diberikan oleh arwah ayah adalah Fauzan Fadlullah tapi oleh kerana saya selalu sakit maka ayah mengambil nama teman rapatnya berbangsa jawa yang bernama "Dodi".
Jelas selanga ketika berbicara dalam bahasa melayu Riau, selanga yang dipraktikkan di Malaysia. Beliau berkongsi lagi istilah-istilah banjar yang diambil dari bahasa jawa seperti manuk. mangan, banyu dan sebagainya. Katanya lagi, ini terjadi atas hasil perkahwinan raja banjar dan raja jawa pada suatu masa dahulu.
"Melayu ini secara keseluruhannya sangat kaya dengan petua dan gurindam".
Termanggu aku mendengarkan katanya seperti berada dalam "de ja vu". Sudah sekian lama aku mendengarkannya tapi sehingga beliau menjelaskannya barulah aku mengerti apa maksudnya. Sebuah lagu gurindam 12 diputarkan memberikan aku sebuah kenangan ketika berada di Banjar Masin. Musiknya dan alunan gambusnya gemersik seakan-akan irama arab. Secara umumnya aku pernah mendengar alunan gurindam oleh roslan madun yang bergurindam 12 pasal pertama tapi tidak aku jelas akan asal usulnya sedang bahawa aku mengerti beliau ku anggap sebagai tergolong daripada golongan yang memperjuangkan sastera melayu.
Begini lah pasal pertama dalam bait gurindam 12 yang sangat indah bahasanya.
Barang siapa tiada memegang agama,
sekali-kali tiada boleh dibilangkan nama.
Barang siapa mengenal yang empat,
maka ia itulah orang ma'rifat
Barang siapa mengenal Allah,
suruh dan tegahnya tiada ia menyalah.
Barang siapa mengenal diri,
maka telah mengenal akan Tuhan yang bahari.
Barang siapa mengenal dunia,
tahulah ia barang yang terpedaya.
Barang siapa mengenal akhirat,
tahulah ia dunia mudarat.
sekali-kali tiada boleh dibilangkan nama.
Barang siapa mengenal yang empat,
maka ia itulah orang ma'rifat
Barang siapa mengenal Allah,
suruh dan tegahnya tiada ia menyalah.
Barang siapa mengenal diri,
maka telah mengenal akan Tuhan yang bahari.
Barang siapa mengenal dunia,
tahulah ia barang yang terpedaya.
Barang siapa mengenal akhirat,
tahulah ia dunia mudarat.
Setiap pasal terdapat 12 bait kata yang tersusun indah mengandungi petua-petua. Ada 12 pasal semuanya.
Ku tilik setiap bait gurindam yang tersusun dan ianya didatangkan dengan sebuah buku lengkap yang menerangkan setiap bait gurindam. Ternyata seperti puisi kalimat agung yang dicernakan oleh Raja Ali Haji ulama, ahli sejarah, serta pujangga Melayu-Bugis, pencatat pertama dasar-dasar tatabahasa bahasa Melayu melalui Pedoman Bahasa, buku yang telah menjadi piawai bahasa Melayu.
Raja Ali Haji ku lihat menyebarkan ajaran fikah ini dengan cara yang lebih menarik iaitu melalui bentuk puisi.
Semua 12 pasal gurindam adalah petua yang amat bermakna tapi antara gurindam 12, Pasal 5 amat menarik bagiku. Begini baitnya.
Jika hendak mengenal orang berbangsa,
lihat kepada budi dan bahasa,
Jika hendak mengenal orang yang berbahagia,
sangat memeliharakan yang sia-sia.
Jika hendak mengenal orang mulia,
lihatlah kepada kelakuan dia.
Jika hendak mengenal orang yang berilmu,
bertanya dan belajar tiadalah jemu.
Jika hendak mengenal orang yang berakal,
di dalam dunia mengambil bekal.
Jika hendak mengenal orang yang baik perangai,
lihat pada ketika bercampur dengan orang ramai.
lihat kepada budi dan bahasa,
Jika hendak mengenal orang yang berbahagia,
sangat memeliharakan yang sia-sia.
Jika hendak mengenal orang mulia,
lihatlah kepada kelakuan dia.
Jika hendak mengenal orang yang berilmu,
bertanya dan belajar tiadalah jemu.
Jika hendak mengenal orang yang berakal,
di dalam dunia mengambil bekal.
Jika hendak mengenal orang yang baik perangai,
lihat pada ketika bercampur dengan orang ramai.
Bait-baitnya menerangkan tentang pentingnya pendidikan dan memperluas pergaulan dengan kaum terpelajar. Orang yang mulia boleh kita lihat dari perilaku dan tutur katanya. Orang yang bahagia adalah orang yang berhemat dan tidak melakukan perbuatan yang sia-sia. Untuk mengetahui apakah orang itu mulia maka lihatlah sikapnya. Orang yang pandai tidak pernah jemu untuk belajar dan memetik pelajaran dari hidupnya di dunia. Orang yang berakal adalah orang yang telah mempersiapkan bekal waktu hidup di dunia ini. Jika ingin mengetahui sifat baik dari seseorang maka lihatlah ketika ia bergaul dengan masyarakat. Jika luhur perbuatanya dan percakapannya serta layanannya begitulah sikapnya. Jika kelihatan ia acuh tidak acuh maka begitulah sikapnya yang sebenar.
Maka benarlah kata-kata "Berjalan bermusafirlah melihat kebesaran Tuhan, diciptakan untuk mereka yang berfikir dan bersyukur di atas nikmat dan kurniaNya."
"Riuh-riuh di Riau, Pulang berbekalkan Gurindam"
"Riuh-riuh di Riau, Pulang berbekalkan Gurindam"