Jaga Tepi Kain Sendiri


Makna perumpaan ‘jaga tepi kain orang’ terutama bagi mereka yang tak memahami elok rasanya berjumpa dengan cikgu Bahasa Melayu berdekatan di sekolah anda. Pelbagai ragam manusia di sekeliling kita. Ada yang becok, ada yang pendiam dan ada yang ikut-ikut sahaja. Semuanya mempunyai karektor tersendiri.

Namun pepatah ‘Jaga tepi kain orang’ tiada kaitan dengan kedai dobi atau pembuat kain songket. Hal ‘jaga tepi kain orang’ boleh didefinasikan sebagai menyibuk masuk campur dalam hal ehwal orang lain. Ianya tidak menjadi kesalahan sekiranya ia mempunyai objektif yang baik. Sebagai contoh, dalam sebuah komuniti sifat ‘menjaga tepi kain orang’ perlu bagi menjaga keamanan dan keharmonian . Namun perlu mempunyai sempadan dan matlamatnya sehingga lebih memorak perandakan . Jika berdasarkan kepada pengalaman dan pengamatan saya dapati kebanyakan hal ‘ menjaga tepi kain orang ‘ yang sering berlaku dalam komuniti adalah yang negatif. Berikut merupakan situasi ‘jaga tepi kain’ yang sering berlaku dalam komuniti kita :-

1. Mengkritik personaliti orang lain terutama individu yang sempoi dan tak pandai bergaya dengan pakaian mewah. Kononnya tiada standard. Mesti mau bergaya dengan pakaian yang mahal-mahal. Memang kecoh je.  Kalau bagi duit tak apalah juga. Ni dia pun asyik makan megi je. Lepas tu nak tuang minyak pun selalu pinjam orang. Ini baru betul ‘biar papa asal bergaya’. Cuba tengok apek-apek meniaga pakai baju pagoda pergi bank. Mereka pegi bank masuk duit beribu-ribu.. Yang pakai smart-smart siap bertie, nak keluar duit ASB. Tu pun keluar RM50 je. Bukan tak boleh mengkritik penampilan individu tapi biarlah berpada. Kadangkala mungkin mereka mempunyai sebab tersendiri untuk bergaya sempoi. Kita perlu menerima hakikat bahawa bukan semua orang mempunyai personaliti dan gaya serupa.

2. Ada je PHD (perasaan hasad dengki) bila tengok jiran sebelah beli barang mahal-mahal. Kalau setakat tengok je takpe lah juga. Ni siap canang cerita, bawa mulut kononnya jiran sebelah menang loteri dapat beli barang mahal. Eh tolonglah. Ni yang dikatakan buruk sangka. Macam yang Din Beramboi nyatakan dalam rancangan Raja Lawak ‘ Orang buruk sangka lebih bahaya dari orang buruk rupa’. Memang betul sekali sebab ini boleh menimbulkan pertelingkahan sekaligus perpecahan dalam komuniti itu sendiri.

3. Orang bela kucing dikatakan bodoh. Mungkin mereka berfikir membazir memelihara kucing ni. Maklumlah sebab ianya tidak memberi pulangan dari segi kewangan ( ini kucing kampung ye.. tak sesuai bertanding). Tapi sebenarnya perkongsian dengan kucing akan memberi banyak manfaatnya bagi yang membelanya. Sekiranya tak suka dengan sesuatu janganlah mengkritik dengan cara yang tidak sepatutnya.

4. Mengkritik orang lain tapi sendiri pun tak leh pakai. Golongan hipokrit ni sekiranya berjaya menguasai sesuatu komuniti mampu menjahanamkan organisasi. Mengkritik tanpa teladan tidak akan memberi makna. Sibuk je nak tahu hal orang lain tapi diri sendiri tak terjaga.. Kalau anda pernah menonton filem ‘Mami Jarum’ mungkin setuju bahawa watak yang dilakonkan oleh ‘Rita Rudaini’ memang wujud dalam kehidupan seharian.

5. Sibuk nak berlawan dengan jiran. Lawan yang dimaksudkan bukanlah secara fizikal tetapi dari segi lagaknya. Orang sebelah pakai tv 42′ nak dilawannya dengan tv 51′ ( saiz tv tu sekadar tembak je). Lama kelamaan duit pun kering. Setuju tak kalau saya katakan bahawa perkara ni selalu berlaku pada kaum bapa dimana isteri mereka cukup suka bertanding?.

Okay cukuplah setakat ini mengenai hal ‘jaga tepi kain orang’ yang agak negatif. Kalau nak cerita hal jaga tepi kain orang ni memang banyak sekali. Ini pun sedikit yang terlintas dan sekadar ingatan kepada anda dan diri sendiri agar sentiasa mengawal diri. Jangan sibuk ‘jaga tepi kain orang’ sehingga ‘kain sendiri berlubang di punggung’.
Share:

0 komen:

Total Pageviews

Labels

Teman Blog

Pengikut