Warita mengikut kamus dewan edisi ke-4 adalah sinonim dengan "berita, cerita, khabar, warta atau urit"
Buat kali pertama selepas aku diizinkan untuk terus hidup di dunia, aku menuliskan warita yang berpena dan tintanya hatiku. Catatanku sudah berkubur lama apabila tibanya tanggal 31 Disember 2011. Detik yang menamatkan jejak musafirku di mzfaizal.org berserta data dan penulisanku yang sebelumnya di atas domain dan server berbayar. Ku kira tulisan ku akan kekal di sana walaupun ketiadaanku. Sangkaan ku meleset dan tidak seperti yang aku harapkan, lalu aku mengambil keputusan untuk melampirkan catatanku di tapak yang lebih kekal, mudah-mudahan agar nanti ada peninggalan ku di dunia.
Hendak ku titipkan harta aku pun miskin. Hendak ku titipkan kasih sayang, tiada akan nilainya di sisi manusia. Biarlah tulisan ini menjadi tanda bahawa aku pernah ada di sini merenung waktu dan tiap langkah kelanaku yang longlai.

Hari ini aku ingin menulis lagi di sini. Aku tidak mengharapkan apa jua
pengiktirafan atas catatan ini. Aku hanya ingin mencatatkan apa yang aku
rasa, bukan untuk memprovokasi sesiapa. Aku mencatat untuk keperluan
jiwa dan ragaku, bukan untuk kamu. Aku juga tidak mampu menghasilkan
babak romantis antara Romeo dan Juliet atau Laila dan Majnun atau apa
jua hikayat cinta yang tinggi nilainya. Aku ini hanya pencatat picisan.
Bukan aku mencari nama atau harta atau pangkat. Kerana aku tau
batasanku. Aku tak punya ilmu yang tinggi buat tatapan semua insan. Aku
hanya aku yang tidak punya apa-apa selain sekeping hati yang telah luluh
serta umurku yang semakin singkat. Belum sempat ku kira untuk berbuat
apa-apa lalu aku telah diingatkan akan detiknya kematian, tapi itulah
manusia cepat sahaja melupakan segala kepahitan dan keperitan. Ya Allah,
berikan aku kekuatan.
"Orang yang cinta Allah itu hilang dalam melihat Allah hingga lenyap dirinya, dan dia tidak boleh membezakan yang mana penderitaan dan yang mana kesenangan."
(Tazkiratul Auliya')
Al-Fakir