Pembajaan Pokok Sawit

Pembajaan didefinisikan sebagai pemberian unsur-unsur pemakanan tumbuhan kepada tanaman dengan cukup mengikut kadar, masa dan cara yang disyorkan supaya tanaman tumbuh subur dan mengeluarkan hasil yang memuaskan.  Baja boleh dibahagikan kepada 2 kumpulan utama iaitu baja organik dan inorganik

Baja organik

Baja yang berasal dari proses dekompos atau pereputan secara semulajadi daripada hidupan atau organisma iaitu haiwan dan tumbuhan. 



Jadual 4:  Kebaikan dan keburukan penggunaan Baja Organik

Kebaikan
Keburukan
Mudah didapati
Kandungan unsur pemakanan kurang
Murah harganya
Perlu digunakan dalam kandungan yang banyak.
Membekalkan banyak jenis unsur pemakanan tumbuhan dari unsur utama N,P,K dan Mg

Membantu penghuraian mineral tanah den membekal unsur pamakanan tanaman kepada tanah dalam bentuk tersedia.  Baja organik mengeluarkan gas karbon dioksida yang akan larut menjadi asid karbonik lalu bersama-sama asid organik lain bertindak membebaskan unsur pada tanah ke dalam larutan tanah

Memperbaiki sifat-sifat fizikal tanah agar
i.  Tanah lebih gembur
ii. Mempunyai edaran udara dan air yang baik. 
iii.Ketelapan air bertambah baik iaitu tanah liat menjadi kurang padat, tanah berpasit menjadi kurang longgar.
iv.Meningkatkan keupayaan memegang air dan kation
v. Menampan perubahan pH.


Baja Inorganik (Kimia)

Baja inorganik atau baja kimia adalah hasil daripada bahan batu atau mineral yang diproses di kilang dan terdiri daripada butir-butir yang sama saiz, warna dan kandungan.

Jadual 5:  Kebaikan dan keburukan penggunaan Baja Inorganik

Kebaikan
Keburukan
Mempunyai peratus unsur makanan tetap dan tinggi
Penggunaan yang salah boleh merosakkan pokok
Senang didapati
Tidak dapat memperbaiki struktur tanah tetapi merosakkannya
Mudah digunakan
Sesetengah baja kimia sangat larut dan senang hilang ke dalam tanah melalui larut resap
Tiada kandungan lain seperti serangga dan penyakit yang boleh memudaratkan tanaman
Sesetengah baja kimia menyebabkan tanah menjadi lebih berasid seperti ammonium sulfat
Baja tunggal boleh digunakan pada masa tertentu


Jadual 6: Kebaikan dan keburukan 5 kaedah membaja

Kaedah membaja
Kebaikan
Keburukan
1.  Tabur
a. Kaedah paling mudah.
b. Jimat tenaga
a. Baja mudah hilang akibat proses hakisan, sejatan, pengikatan dan larut resap.
c. Kandungan asid dalam baja kimia boleh mencederakan pokok sekiranya tersentuh.
2. Pemusatan
a. Baja mudah diserap pokok
b. Baja tidak dihakis air
c. Kehilangan baja dielak
Perlu menggunakan tenaga kerja tambahan, masa dan perbelanjaan
3.  Larutan / Siraman
a. Penggunaan baja kurang/jimat
b. Boleh campur racun serangga
c. Kesan baja pantas
a. Unsur makanan dalam kadar yang tinggi
b. Tidak boleh diberi sekali gus
c. Tidak semua baja mudah larut.
4. Semburan Daun
a. Menjimatkan pengunaan baja
b. Boleh dicampur dengan racun makhluk perosak (kulat/serangga)
a. Penggunaanya kerap
b. Kepekatan rendah bagi mengelak kelecuhan
c. Perlu peralatan tambahan yang mahal
5. Letak/Gaul
Mengurangkan kehilangan baja
Baja tidak diserap semula dan taburan tidak sekata.

Kaedah pembajaan

Secara umum terdapat 5 kaedah pembajaan

1.   Tabur  – menabur baja dengan rata dan sekata ke seluruh permukaan tanah

2.   Perletakan pemusatan
i.    Bulatan – Menabur baja dengan rata ke dalam lurah yang dibuat di sekeliling pokok mengikut hujung daun dan kemudian dikambus semula
ii.    Lubang/Poket  - Meletakkan baja di dalam beberapa lubang yang dibuat disekeliling tanaman mengikut hujung daun dan ditimbus semula
iii.    Jalur – Meletakkan baja ke dalam alur/parit kecil yang dibuat di sisi tanaman yang ditanam berbaris kemudian menimbuskannya.

3.    Larutan/Siraman – Melarutkan baja ke dalam air lalu menjadi larutan kemudian disiram kepada tanah /tanaman.  Ia sesuai bagi baja yang mudah larut seperti urea

4.    Semburan daun – Melarutkan baja ke dalam air kemudian diisi dalam bekas penyembur kecil/mesin pam/kapal terbang untuk disembur kepada tanaman.  Unsur makanan seperti unsur pekit (mikronutrien) Kuprum, Zink, Ferum, Mg dan lain-lain akan diserap oleh daun untuk bekalan makanan.

5.    Letak/Gaul/Placement – Mengaul baja rata ke dalam tanah sebelum diaplikasi di kawasan ladang.  Kaedah yang lain adalah dengan menabur rata ke dalam tanah atau lorong kemudian dibajak atau gemburkan tanah supaya bergaul rata. 
Share:

0 komen:

Total Pageviews

Labels

Teman Blog

Pengikut