• Samad Said - Janda Setinggan

    Katanya: Derita itu aku. Dirinya cemas diterjah usia dalam kabus belasungkawa, dia tergigau hampir seminggu diancam lipan, angin dan debu yang sama. Desa bahagia, derita.

  • Samad Said - Nikmat

    Segala yang dihasrat, tapi tak didapat adalah nikmat yang paling padat.

  • Samad Said - Ombak

    Ombak yang menjamah kakiku sekali takkan dapat kukenali lagi..

  • Samad Said - Bahasa Terindah

    Sesudah demikian lama dicintai, sukarlah dilupakan. Inti pengalaman, kepedihan; akar kerinduan keresahan… Memang begitu banyak diperlukan kekuatan, kepangkalan batin, rakit ditambatkan bara kenangan dikuatkan .

  • Samad Said - Tetamu Senja

    Kita datang ini satu roh satu jasad, Bila pulang nanti bawa bakti padat berkat, Kita datang ini satu roh satu jasad Bila pulang nanti bawa bakti padat berkat .

Pesanan Roh kepada Manusia

Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia. Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata : "Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut". Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu : "Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh".

Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu : "Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh" . Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat.

Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan : "Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meninggalkan isteriku menjadi Balu. Maka janganlah kamu menyakitinya. Anak-anakku telah menjadi yatim dan janganlah kalian menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari itu aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya".

Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir.

Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula berpesan: "Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku, jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikan aku". "Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung kesalahanku". "Adapun didunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku".

Ada satu riwayat daripada Abi Qalabah mengenai mimpi beliau yang melihat kubur pecah. Lalu mayat-mayat itu keluar dari duduk di tepi kubur masing-masing. Bagaimanapun tidak seorang pun ada tanda-tanda memperolehi nur di muka mereka. Dalam mimpi itu, Abi Qalabah dapat melihat jirannya juga dalam keadaan yang sama. Lalu dia bertanya kepada mayat jirannya mengenai ketiadaan nur itu. Maka mayat itu menjawab: "Sesungguhnya bagi mereka yang memperolehi nur adalah kerana petunjuk drpd anak-anak dan teman-teman. Sebaliknya aku mempunyai anak-anak yang tidak soleh dan tidak pernah mendoakan aku".

Setelah mendengar jawapan mayat itu, Abi Qalabah pun terjaga. Pada malam itu juga dia memanggil anak jirannya dan menceritakan apa yang dilihatnya dalam mimpi mengenai bapa mereka. Mendengar keadaan itu, anak-anak jiran itu berjanji di hadapan Abi Qalabah akan mendoa dan bersedekah untuk bapanya.

Seterusnya tidak lama selepas itu, Abi Qalabah sekali lagi bermimpi melihat jirannya. Bagaimanapun kali ini jirannya sudah ada nur dimukanya dan kelihatan lebih terang daripada matahari.

Baginda Rasullullah saw bersabda:

Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."

Sambung Rasullullah saw lagi:

"Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail as akan menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada di sekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail as "Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail as akan menebarkan sayap di sebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.

Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah swt menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata: "Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah swt " Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada Allah swt dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu.

Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud:

"Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain." Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah swt maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dari arah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah, tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan." Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata: Tidak ada jalan bagimu dari arah ini Kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu." Apabila gagal malaikat maut mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir." Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah." Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah swt.

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud:

"Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu. " Sebaik saja mendapat perintah Allah swt maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan Asma Allah swt. Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada Allah swt maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang.

Abu Bakar ra telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar ra:

"Roh itu menuju ketujuh tempat:-

1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.

2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.

3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.

4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.

5.Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.

6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.

7.Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat."

Telah bersabda Rasullullah saw: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-

1. Orang-orang yang mati syahid.

2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.

3. Orang berpuasa di hari Arafah.
Share:

Panggilan Kaabah

Musim haji masih jauh lagi namun panggilan Baitullah juga semakin terasa. "Labbaik Allahumma Labbaik, Labbaik laa syarikka laka labbaik, Innal haamda wanni'mata laka wal mulk, Laa syariika laka."

Kota Mekah sentiasa menerima tetamu-tetamunya yang bertuah, yang diberikan rezeki oleh Allah untuk mengunjungi 'rumahnya' paling tidak bagi menunaikan umrah, dan seterusnya menyucikan diri serta hati masing-masing.

Memang ia sebenarnya sebuah buku yang indah, bermula dari kulit hadapan dan cerita-cerita yang disiarkan, sehinggalah kepada pengajaran yang diperoleh daripada cerita-cerita itu.

Ia mengindahkan hati dan membuatkan kita dapat merasai bahawa Tanah Suci itu adalah sebuah tempat yang indah, dan segala yang berlaku di sana juga adalah indah-indah belaka. Secara umum, terdapat 34 buah cerita yang disiarkan untuk santapan pembaca. Ia dihimpunkan dalam 228 halaman dan dijalin dengan rapi, dihias pula dengan ilustrasi serta gambar hiasan. Ini membuatkan kita seperti 'membaca sebuah visual' dari Mekah. Semua ceritanya menarik belaka.

Ada beberapa kisah yang mesti dibaca oleh kita semua. Paling memberi kesan mungkin kisah seorang wanita yang tiba-tiba koma sebaik kakinya menyentuh bumi di Madinah.

Ketika koma inilah, wanita berkenaan 'diazab' dengan pelbagai seksaan. Antaranya, dimasukkan ke dalam api yang marak dan rambutnya ditarik dengan bara api, hingga otaknya panas menggelegak. Kemudian, wanita tersebut juga diberikan buah-buahan berduri serta bara api, minuman daripada nanah dan pelbagai seksaan lagi.

Pengalaman menakutkan yang dilaluinya itu menyebabkan apabila pulih dari koma, wanita berkenaan segera bertaubat dan seterusnya berubah menjadi seorang wanita yang solehah. Begitulah indahnya hidayah di Tanah Suci, walaupun perlu melalui satu ujian terlebih dahulu. Mengapakah wanita itu melalui ujian yang begitu menakutkan.

Kisah tiga sahabat yang bersumpah di hadapan Baitullah untuk meninggalkan segala maksiat pula pasti akan membuat sesiapa sahaja berasa insaf bahawa hidayah yang diberikan itu jangan dipermain-mainkan. Nama Allah juga jangan dipermain-mainkan, apatah lagi jika janji itu dibuat di hadapan Baitullah.

Kisah seorang anak yang membiarkan sahaja ibunya terlantar sehingga meninggal dunia di Tanah Suci pula meruntun perasaan sesiapa sahaja yang membacanya. Terdapat banyak kisah lain seumpama itu yang hidayahnya itu datang selepas melalui ujian dan dugaan.

Nostalgia saat-saat akhir Umi Kalthom bersama suaminya, Allahyarham Datuk S. Roomai Noor dan kisahnya menangis sewaktu menanti seseorang di tiang nombor sembilan Masjid Nabawi, Madinah, membangkitkan rasa sebak tentang cinta suami dan isteri, juga penyerahan diri seorang hamba kepada Penciptanya.

"Indahnya Hidayah Di Bumi Baitullah", begitulah tajuk buku yang sesuai dengan tajuknya. Insaf dengan analogi bekas pelakon itu mengenai sebutir mutiara di dalam seekor tiram, pendatang-pendatang miskin yang umpama skru, 99 keburukan dan satu keburukan, kaki digigit anak anjing serta memakan sisa makanan orang.

Selain cerita-cerita tersebut, keistimewaan buku ini ialah ia menginsafkan pembacanya melalui kisah-kisah yang pelik, misalnya petinju gagah tumbang di Mekah, bertemu dengan manusia aneh di hadapan Baitullah, nasib malang seorang ibu, balang zamzam turut bersolat, padah akibat enggan membayar dam dan sebagainya.

Inilah buku yang paling sesuai dibaca pada ketika ini dan patut dibaca oleh para jemaah sebagai penyucian jiwa serta persediaan mereka dalam menghadapi ujian di Tanah Suci.

Tambahan pula antara yang turut berkongsi pengalaman adalah tokoh-tokoh terkenal dalam bidang agama dan pengurusan haji serta umrah, misalnya Datuk Ustaz Md. Daud Che Ngah, Datuk Hassan Mahmud Al-Hafiz dan Datuk Ustaz Ismail Kamus.

Share:

Bila Ajal Bertamu

Mati itu adalah suatu kejutan. Apabila melihat atau mendengar berita kematian hendaklah mengucapkan:

“Sesungguhnya kita datang dari Allah, dan sesungguhnya kepada Allah jualah kita dikembalikan.”

Allah berfirman yang maksudnya:

” Setiap yang hidup akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan, dan kepada Kamilah kamu akan kembali”.(al-Anbiya ayat 35)

“Dan bagi umat ada tempoh ajalnya (yang telah ditetapkan), maka apabila datang ajalnya, tidak dapat mereka melambatkan walaupun sesaat, dan tidak dapat pula mereka mempercepatkannya.”
(al-A’raf ayat 34)

“Di mana jua kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (bila sampai ajal), sekali pun kamu berada dalam benteng benteng yang tinggi lgi kukuh.” (An Nisa’ ayat 78)

Ingin saya kongsikan sedikit ilmu yang ada dan semoga dengan penerangan yang ringkas semoga dapat membantu kita apabila tiba tiba kita terserempak dengan jenazah yang baru meninggal di rumah.

  • Pegawai Hospital perlu mengesahkan kematian seseorang itu dan Mengesahkan kematiannya sama ada di hospital / di rumah. Jenazah berumur 40 tahun tidak perlu di bawa ke hospital.
  • Ambil surat pengesahan Kematian & buat laporan di balai berdekatan untuk Pengesahan Pengebumian Jenazah
  • Minta bantuan dengan pihak Qaryiah dalam menguruskan tempat pengebumian & proses menguruskan Jenazah untuk di mandi & di kafan menggunakan Set kelengkapan Jenazah
  • Pastikan tempat pengebumian telah tersedia ada .
  • Bawa Kad Pengenalan jenazah & Surat pengesahan pengebumian dan daftar kematian di jabatan pendaftaran negara untuk sijil kematian .
Perkara yang perlu menjaga kehormatan jenazah
  • Tukarkan pakaiannya dan bersihkan kekotoran yang keluar dari duburnya.(Pastikan aurat jenazah tidak terdedah).
  • Rapatkan kedua belah matanya dan berdoa (sunat) “Dengan nama Allah dan Rasul, Ya Allah ampunkan dia dan kasihanilah dia.”
  • Qiamkan kedua tangannya saperti dalam solat.
  • Rapatkan mulutnya
  • Ikat dagunya dan simpul diatas ubunnya.
  • Luruskan kakinya.
  • Ikatkan kedua ibu jari kakinya.
  • Letakkan sesuatu yang sederhana berat di atas perut jenazah untuk mengelakkan perut jadi buncit atau kembong.(Ada yang letak gunting atau quran)
  • Letakkan jenazah di tempat yang tinggi.
  • Tutup jenazah dengan sehelai kain yang nipis.Ini memudahkan wap keluar dan melambatkan ianya berbau.
  • Sunat meletakkan jenazah dengan kakinya menghadap ke Qiblat Kepala di tinggikan sedikit, beralas dengan bantal, supaya mukanya juga dapat di hadapkan ke Qiblat.
  • Orang yang berhak dan lebih afdal untuk menguruskan jenazah ialah dari kalangan ahli keluarganya atau warisnya yang terdekat misalnya ; anaknya sendiri kalau simati bapanya.

Langkah seterusnya, kalau waris tidak mampu mengurus jenazah , bolehlah diminta pengurus jenazah di qariah tempat tinggalnya untuk menguruskannya.
Share:

Pengalaman Ust Haron Din masuk Kaabah

Oleh: Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din

Saya pernah tawaf di Baitullah seorang diri. Pelik tetapi benar. Waktu itu iaitu empat tahun sudah (2001) saya datang ke Mekah, Allah taala yang mengaturkannya, saya dapat peluang untuk masuk ke dalam Kaabah. Sebab saya datang atas jemputan seorang yang membuat dan membersihkan Masjidil Haram.Pagi itu saya datang awal. Pengawal keselamatan baru memagar keliling Kaabah dan saya dapat masuk ke dalam pagar itu sebab saya ada Pass VIP. Ketika itu tetamu-tetamu lain tak sampai lagi. Ketika itu lah saya tawaf seorang diri di hadapan Kaabah. Lepas saya habis tawaf baru tetamu-tetamu lain sampai. 

Ketika itulah saya nampak Hajarul Aswad seterang-seterangnya, ia tidak lagi hitam tetapi sudah kemerah-kemerahan. Bila pintu Kaabah di buka saya orang yang ke tiga masuk ke dalam. Pertama pembuka pintu Kaabah iaitu daripada Bani Syaibah. Pembuka pintu itu sudah tua, dia melatih anaknya yang berumur lebih kurang empat tahun untuk membuka pintu Kaabah itu.Sejarah pintu Kaabah itu, kalau orang yang lain tidak boleh buka. Dia hanya boleh di buka oleh pemegang kunci itu sahaja dari keturunan Bani Syaibah.Bila Nabi meninggalkan Mekah kerana berhijrah ke Madinah, Mekah di kuasai oleh Bani Syaibah. Bani Syaibah ini adalah keturunan yang di amanahkan untuk memegang kunci kaabah sejak turun temurun.Bila nabi balik semula ke Mekah dalam tahun 7 hijiriah, berlaku peperangan pembukaan Mekah, nabi menang dan orang Islam berkuasa ke atas Mekah. Nabi menghantar Sayidina Ali untuk mengambil kunci pintu Kaabah daripada Bani Syaibah. Sayidina Ali pergi ke Bani Syaibah dan rampas kunci tersebut. Bani Syaibah serahkan kunci kepada Sayidina Ali tetapi bila pintu Kaabah nak di buka tak boleh. Sekejap sahaja datang Jibrail kepada Nabi membawa wahyu dari Allah. Al-Quran (An-Nisaa’:58)

Mahfumnya “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya”Nabi bagi balik kunci itu kepada Bani Syaibah, walaupun ketika itu Bani Syaibah belum Islam lagi. Rupa-rupanya bila bagi balik, Bani Syaibah kata mesti dia seorang nabi. Kalau dia bukan seorang nabi pasti dia gila kuasa kerana memegang kunci ini adalah satu penghormatan turun temurun. Bila kunci ini dipulangkan balik, ketua Bani Syaibah terbuka hatinya memeluk Islam kemudian semua pengikutnya memeluk Islam sehingga hari ini.Budak kecil tadi dibawa tangannya untuk pegang kunci oleh bapanya kemudian di buka dan di tolak pintu itu.Saya lihat di depan saya.

Berapa besar pintu itu? Berapa tebalnya? Pintu itu dibuat dari Emas beratnya 8 tan. Dia tolak senang sahaja, kemudian kami masuk.Mula-mula sekali saya pergi sembahyang di satu ruang belakang pintu Kaabah yang menghadap ke arah Hajaral Aswad (dari dalam) iaitu di bahagian Multazam. Selama sejam saya berada di dalam Kaabah itu.Di dalam Kaabah itu masih ada lampu yang digunakan pada zaman nabi dahulu. Zaman Kerajaan Umaiyyah ditukar lampu lain seterusnya zaman Kerajaan Abasiyah juga tukar lampu. Apabila lampu di tukar, lampu yang lama di simpan di dalam Kaabah. Berpuluh-puluh atau mungkin beratus-ratus lampu lama ada disimpan di dalam itu.

Pengalaman kedua, saya membantu salah seorang yang terkaya di Saudi Arabia, multi-billionaire, semua projek di Saudi dia yang buat. Dia ada masalah keluarga mintak tolong saya ikhtiarkan. Allah nak tunjukkan bahawa masalah yang dihadapi itu telah terlalu lama, ada duit yang banyak pun tak boleh selesai.Dia tunggu saya di airport Jeddah dengan jet peribadi. Saya tak pergi imigresen dia terus ambil saya dari tangga kapal terbang terus masuk ke jet dia. Sungguh kuat pengaruh dia, saya tanya passport saya bagaimana, tak ada masalah dia dah uruskan. Naik jet dia pergi ke Madinah.

Saya selesaikan masalah dia dengan izin Allah SWT. Lepas itu biasalah adat orang Arab nak bagi itu nak bagi ini sebagai balasan.Saya kata kepada dia, “Kalau kamu nak masalah itu selesai selama-lamanya dan tak berulang semula, jangan bagi pada aku apa-apa, kalau kamu bagi, aku boleh terima tetapi masalah itu akan berulang balik.”Dia mintak maaf tetapi dia kata “Aku nak buat sesuatu untuk kamu apa yang kamu nak?”. Saya kata “Ok kalau begitu apa yang aku nak tolong bawak aku masuk ke dalam Kaabah.” Dia kata “Itu mudah sangat, esok pun aku boleh arah buka”. Saya kata “Tak apalah kamu arahlah”. Dia kata “Tak apa itu perkara kecil, mintak yang lain.”Saya kata “Tidak, itu paling besar pada saya. Kalau kamu boleh bawa masuk aku ke dalam Kaabah, itu sudah lebih daripada cukup.”Akhirnya saya dapat masuk. Saya masuk dengan dia ke dalam Kaabah, itulah kenangan yang tak boleh saya lupa sampai hari ini..
Share:

Total Pageviews

Labels

Teman Blog

Pengikut