• Samad Said - Janda Setinggan

    Katanya: Derita itu aku. Dirinya cemas diterjah usia dalam kabus belasungkawa, dia tergigau hampir seminggu diancam lipan, angin dan debu yang sama. Desa bahagia, derita.

  • Samad Said - Nikmat

    Segala yang dihasrat, tapi tak didapat adalah nikmat yang paling padat.

  • Samad Said - Ombak

    Ombak yang menjamah kakiku sekali takkan dapat kukenali lagi..

  • Samad Said - Bahasa Terindah

    Sesudah demikian lama dicintai, sukarlah dilupakan. Inti pengalaman, kepedihan; akar kerinduan keresahan… Memang begitu banyak diperlukan kekuatan, kepangkalan batin, rakit ditambatkan bara kenangan dikuatkan .

  • Samad Said - Tetamu Senja

    Kita datang ini satu roh satu jasad, Bila pulang nanti bawa bakti padat berkat, Kita datang ini satu roh satu jasad Bila pulang nanti bawa bakti padat berkat .

Di Bawah Lindungan Kaabah: Pandanganku

Ini adalah cerita biasa. Cerita yang boleh sahaja berlaku di mana-mana dan dalam apa bentuk persembahan. Cinta tidak kesampaian kerana darjat atau keturunan. Manusia yang meletakan label walau hakikatnya kita adalah sama.

Begitu juga cinta Zainab dan Hamid dalam filem "Di Bawah Lindungan Kaabah" yang diadaptasi daripada novel dengan tajuk yang sama, karya Bung Hamka. Tiada perbezaan yang nyata atau melahirkan sesuatu yang luar biasa.. Cinta Zainab dan Hamid dalam "Di Bawah Lindungan Kaabah", tidak jauh berbeza dengan cinta Hayati dan Zainuddin dalam "Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck", juga karya Bung Hamka. Pengakhiran cerita juga lebih kurang serupa. Tema Surat yang berperanan dalam menghubungkan makna perasaan bagi watak-watak utama dalam kedua-dua karya tersebut, juga lebih kurang sama.

Namun, sebanyak mana sekalipun persamaan sesuatu perkara, tentu sahaja ada sekurang-kurangnya satu perkara lain yang membuatkannya lebih tertonjol. Begitu jugalah dengan Di Bawah Lindungan Kaabah yang mempunyai temanya yang biasa. Pengolahan jalan cerita dan bahasa menjadikan cerita ini menempuh jalannya yang berbeza.

Cerita cinta yang memiliki harapan berbeza, lalu menempuh satu laluan yang berpusat di Mekah. Kota yang diimpikan oleh setiap Muslim. Mungkin ini adalah olahan pengalaman Bung Hamka ketika berada di kota suci itu. Surat yang mempertemukan mereka. Harapan Hamid yang paling besar ialah untuk menunaikan haji, dan pada sisi Zainab pula, menikah dengan lelaki yang mencintai dan dicintanya adalah harapan yang teratas, sehinggakan impian itu dititipkan kepada Hamid untuk disebut di hadapan Kaabah. Namun, kedua-dua harapan yang berbeza itu sebenarnya berada dalam satu keinginan.

Luahan perasaan tidak perlu dengan perkataan yang berjela. Masing-masing memahami sendiri walaupun tanpa pengakuan secara langsung. Sabut kelapa berisi kalam tertulis nama ‘Zainab’ dihanyutkan lewat arus sungai sehingga disambut oleh Zainab sendiri ditafsir sebagai satu bentuk penyampaian perasaan dari pihak Hamid walaupun susuk tubuh lelaki itu tidak kelihatan.

Bahasa tetap akan jadi penghubung yang baik dalam apa-apa sahaja situasi. Pengakuan cinta Hamid walaupun tidak secara langsung lebih ‘berdarjat’ dengan kata-kata bermakna ketika ditanyakan perasaannya kepada Zainab oleh Engku dengan soalan langsung dan didesak: “Apakah engkau mencintai Zainab?” Lalu jawab Hamid; “Saya hanya bisa mengatakan bahawa apa yang saya rasakan untuk Zainab terlalu besar dibandingkan dengan kesedihan ketika saya difitnah dan diusir dari kampung ini.”

Kata-kata indah yang dituliskan oleh Bung Hamka yang selalu akan aku ingat. ;

“Sampai kapanpun; emas takkan setara dengan loyang, dan sutera tak sebangsa dengan benang.” – ibu Hamid

“Apapun yang akan terjadi, Hamid; ingatlah bahawa ketika engkau tak punya siapa-siapa selain Allah, Allah itu lebih dari cukup.” – ibu Hamid

“Untuk melewati badai kita harus terus berjalan, bukan berhenti. Dan untuk terus berjalan, hanya ada dua hal yang harus terus kita bawa; keyakinan, dan cinta.” – Hamid.
Share:

Damba Perhatian Allah

Detik dan saat ini, aku mendambakan perhatianmu kepadaku duhai Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang. Diri ini bukan berniat melupakan mu. Tetapi diri ini terkadang tersasar dari landasan jalanmu yang lurus. Terbuai dengan hasutan nafsu dan syaitan durjana.

Ya Allah aku berazam dengan jemputan yang mulia ini aku ingin sekali menemuimu dalam detik waktu yang hanya ada kau dan aku. Waktu umat manusia melayari bahtera mimpi yang menghijab diri dari 'nur' mu ya Allah .

Kadang-kadang diri ini lelah melihat kelakuan yang aneh pada pandangan mataku. Seringkali dinasihat tetapi seringkali juga nasihat itu aku keronyok, aku patahkan dan meleburkan umpama mengeronyok, mematah dan meleburkan sekeping biskut yang tidak enak pada pandangan.

Oleh itu ya Allah aku sering meminta pada mu agar dikuatkan kakiku ini dalam terus meniti di jalan mu. Agar aku dapat menegakkan kebenaran pada akhir zaman ini dan seterusnya memelihara diriku.

Jika aku tersasar dari jalan yang lurus, jika aku tergelincir dari jalan redhamu, jika aku rebah, jika aku rapuh kau kuatlah ya Allah.  Kau bimbinglah diriku menuju jalan yang engkau redhai dan jalan yang yang engkau berkati.

Kerana aku seorang hamba mu yang hina, fakir, miskin, jahil berbanding dengan hamba-hamba mu. Moga dengan jemputan yang mulia ini dapat aku kuatkan lagi semangatku tekadku dan dapat juga aku dekatkan diriku pada mu ya Allah .

Ku laungkan sebuah harapan demi sebuah kenyataan,
Agar aku bisa raih sebuah impian ..
Akan ku jadikan ia pedoman untuk hidupku di masa hadapan ,
Singkirkan duka di pesisir gelombang
Agar ia lenyap ditelan gelora ..
Kembalikan keceriaan demi suatu senyuman ..
Ku genggam erat di tangan agar tetap jadi kenangan
Dalam sejarah islam telah tercatat adanya firqah .
dilingkungkan umat islam yang diantaranya satu sama lain bertentangan fahaman secara tajam yang sulit untuk didamaikan apatah lagi untuk disamakan.

Sesiapa yang belajar Al-quran besarlah harganya
Sesiapa yang belajar hadith kuatlh hujahnya
Sesiapa yang belajar feqah gagahlah wawasannya
Sesiapa yang belajar ilmu hisab cerahlah otaknya
Sesiapa yang belajar akhlak lembutlah wataknya
Sesiapa yang menahan nafsunya bermanfaatlah ilmunya

-Imam As Syafi'ie-
Share:

Akibat kejahilan Manusia

Kematian Kamal Atartuk yang menyeksakan di saat kematiannya, telah didatangkan beberapa penyakit oleh Allah SWT kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia.
Antaranya ialah:

1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki dimana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.
2. Sakit jantung.
3. Penyakit darah tinggi.
4. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24 jam. Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau. Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang. Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu. Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggung jawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk. Allah itu Maha Besar, panasnya tak jugak hilang!
Pada 26 September 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas dan sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan. Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau.

Mayatnya diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya. Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya (tak dapat nak bayangkan bagaimana tanah tidak menerimanya). Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke dalam muzium yang diberi nama EtnaGrafi (kalau tak silap catatan) selama 15 tahun sehingga tahun 1953.

Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 tan.

Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar. Apa yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa, "jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!"

Apa yang telah dia lakukan hingga sedemikian azab dunia yang diterimanya?

1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt.
2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher dan topi (sesuai dengan kehendak barat).
3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di satu parti umum yang pertama di Ankara.
4. Beliau pernah menegaskan bahawa "negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden."
5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.
6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki.
7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.
8. Mengambil arkitek- arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya di seluruh bandar Turki.
9. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.
10. Agama Islam juga di buang sebagai Agama Rasmi negara.
11. Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan.
12. Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.
13. Menukarkan Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.
14. Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.
15. Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.
16. Membatalkan undang-undang waris, faraid secara Islam.
17. Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.
18. Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun. Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya "siapa tuhan dan di mana tuhan tinggal?" oleh kerana takut, askar tersebut menjawab 'Kamal Atartuk adalah tuhan" beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.

Wallahua'lam. Benar ataupun tidak....sesungguhnya Allah SWT sahaja yang mengetahui kebenarannya. Seeloknya kita mengambil iktibar dari kisah ini
Share:

Doa Si Teraniaya

Doa orang yang teraniaya itu makbul seperti yang telah dikhabarkan oleh Bukhari & Muslim yang maksudnya

"Ibnu Abbas r.a. meriwayatkan bahawa Nabi SAW telah mengutus Mu’adz ke Yaman dan Beliau berkata kepadanya : “Takutlah kamu akan doa seorang yang terzalimi, kerana doa tersebut tidak ada hijab (penghalang) di antara dia dengan Allah”.

(H.R. Bukhari dan Muslim)

Sebagai mangsa kita boleh berdoa terus kepada Allah kerana pastinya ia akan termakbul. Allah lebih tau masa serta cara yang terbaik untuk penzalim. Usah lah bergantung kepada perantara atau bomoh dikhuatiri akan menuju kehancuran.

Barangsiapa yang mendatangi bomoh lalu ia mempercayai apa yang bomoh itu katakan maka kafirlah ia terhadap apa yang Allah turunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w.

(Riwayat Al-Bazzar dengan sanad yang kuat ; berkata al-Haithami perawinya shohih kecuali 'Uqbah bin Sinan 5/117)

Cukuplah kita sebagai orang teraniaya bermunajat dengan cara yang sederhana. Bahkan mungkin bomoh mengambil kesempatan terhadap keburukan yang telah kita alami.

Doalah kita seperti ini

1. Mohon pada Allah, untuk menggantikan penipuan dan sebagainya dengan rezeki yang lebih baik dan bertambah-tambah

atau
 2. Ya Allah. Mereka ini ( sebut nama mereka ) zalim pada aku. Aku mohon balasan yang setimpal ke atas mereka. Serta bantulah aku keluar dari kesusahan ini.

atau
3. Biarkan Allah balas mereka di Padang Mahsyar. Tuntut dari Allah segala pahala mereka dan minta Allah campakkan dosa-dosa kita pada mereka. Mereka akan kekal memikul dosa kita dan menerima balasan buat selama-lamanya.

Teruk teraniaya sekalipun elak lah dari mendoakan keburukan kepada insan yang lain. Biarkan ketentuan itu kekal milik pencipta. walaupun doa keburukan itu dibolehkan oleh orang yang teraniaya.

 “Allah tidak suka kepada perkataan-perkataan buruk yang dikatakan dengan berterus-terang (untuk mendedahkan kejahatan orang lain), kecuali oleh orang yang teraniaya. Dan ingatlah Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.” (an-Nisaa’: 148)

Mari bersama menghayati kata-kata ahli sufi "Jadilah seperti pohon yang berbuah lebat, dibaling dengan batu, tetapi dibalas dengan buah yang manis"

Salam Eid Fitri 2013 - Maaf dan Halalkan setiap rezeki yang telah diberikan.

Terima Kasih
Share:

Total Pageviews

Labels

Teman Blog

Pengikut