Puisi - Andai Sesaat Lagi

Andai sesaat lagi
atau esok hari,
atau kemudian nanti,
diri ku akan pergi,
maka ampuni diri ini

Andai melukakan hati,
Kalam bercampur duri,
Perbuatan tidak disenangi,
Maka ampuni diri ini..


Cukuplah bagiku  ilmu Tuhanku
daripada permintaan dan usahaku
doa dan permohonanku
adalah bukti pada kefakiranku
oleh kerana rahsia itu aku berdoa
pada saat aku senang dan susah
aku adalah hamba, menjadi kebanggaanku
dalam kefakiran dan keperluanku

Wahai tuhanku yang memiliki aku
kau Maha tahu akan keadaanku
dan apa yang berada dalam hatiku
dari kesedihan dan kesibukanku
maka tolonglah aku dengan kelembutan
dari-Mu Wahai Tuhan seluruh hamba

Wahai yang Maha Pemurah tolonglah hamba
bukanlah wujudku di dunia ini,
untuk mengemis pangkat, cinta atau seri,
jangan sesekali disalah fahami dan disalah erti,
jika diriku memberi manfaat, maka dekati
sebaliknya jika diri ku memberi mudhorat, maka ku pohon jauhi,
aku hamba yang faqir cinta Ilahi,
aku hamba yang hina di hadapan Nabi,

Wahai yang Maha dekat, dan menjawab
wahai yang Maha mengetahui dan mendengar
aku mengaku akan kelemahanku
dan ketaatan serta kesedihanku
aku sentiasa menunggu di hadapan pintu rahmat-Mu
wahai Tuhanku berikanlah rahmat padaku
pada lembah kurnia-Mu aku berada

Aku hamba yang derita kerana keinginan,
tapi bakal bahagia dengan keinginanNya
ku ingin berjalan bersama keinginanNya
keinginanku hanya keinginan Nya
moga keinginanku lebur di dalam keinginanNya
agar saat ku pergi, Keampunan adalah keinginanNya

Wahai Tuhanku, dalam jiwa ini terdapat hajat
tunaikanlah Wahai yang Maha Menunaikan
tenteramkanlah rahsia dan hatiku
dari kebimbangan dan pergolakannya
sungguh aku akan berada dalam ketenteraman dan ketenangan
dan juga ketenteraman dan ketenangan menjadi pakaianku
Share:

0 komen:

Total Pageviews

Labels

Teman Blog

Pengikut