Dalam amalan mendekati perintahmu Ya Allah,
Aku pasrah...segala ujian yang mungkin menyapu dosa nan lalu.
Maka aku sujud,
Dalam setiap solat,
dalam setiap tahjud.
pohon Kau ampun,
semua sanggahku yang terhimpun.
Setiap ayatMu,
Setiap perintahMu,
Dalam kitabMu AlQuran,
Kau atur untuk panduan....Setiap insan.
Sunah Rasulmu,
Membimbing kami umatMu,
Ke jalan yang kau redai(redhai),
bekalan Ke alam yang abadi.....
Ampunilah aku ya Rabbi,
Berikanlah aku sinar,
Menempuh jalan sehala ini,
Berikan aku hidup yang sihat,
Tenaga yang kuat,
Untuk terus beribadat,
pasrah dengan keluhuran hati...
Hingga sampai waktunya,
Ketika dihampiri masanya,
Aku akan bersedia ke sana,
Ke alam kekal,
bersemadi buat selama-lamanya...
Dasima
Ramadan Ogos 2011
Aku pasrah...segala ujian yang mungkin menyapu dosa nan lalu.
Maka aku sujud,
Dalam setiap solat,
dalam setiap tahjud.
pohon Kau ampun,
semua sanggahku yang terhimpun.
Setiap ayatMu,
Setiap perintahMu,
Dalam kitabMu AlQuran,
Kau atur untuk panduan....Setiap insan.
Sunah Rasulmu,
Membimbing kami umatMu,
Ke jalan yang kau redai(redhai),
bekalan Ke alam yang abadi.....
Ampunilah aku ya Rabbi,
Berikanlah aku sinar,
Menempuh jalan sehala ini,
Berikan aku hidup yang sihat,
Tenaga yang kuat,
Untuk terus beribadat,
pasrah dengan keluhuran hati...
Hingga sampai waktunya,
Ketika dihampiri masanya,
Aku akan bersedia ke sana,
Ke alam kekal,
bersemadi buat selama-lamanya...
Dasima
Ramadan Ogos 2011
0 komen:
Post a Comment