Puisi - Ingatan Mendalam Lagi Setiap AidilFitri

Setiap Aidilfitri yang berkunjung lagi,
mengalir air mata ini
mengingatimu
merinduimu
Ibu dan ayahku..

Sebaknya nya kurasa
sungguh mencengkam jiwa
siapalah yang tahu
senduku sayu menyayat kalbu

terasa panas jejarimu
kusambut dalam salam syahdu
terasa lagi pelukanmu
ibu,
Ketika memaafkan salah lakuku

Setiap tahun berlalu
kita bersama selalu
melayan tetamu,
Melihat kerenah anak buah
menjamu kuih dan juadah.

Kini ketika berkunjung di pusara,
ku usap batu penanda
sambil menghadiahkan
Ummu Alquran
Dengan sebak yang tertekan
Kupohon doa padamu Tuhan,
'Semoga mereka dipilih ke syurgamu
Di alam baqa..'


Telah ku cuba dan cuba
sedaya upaya
tepikan rasa hiba
ayahnda bonda,
namun kau datang lagi
setiap hari
rinduku meninggi,
Setiap Aidil fitri..


Share:

0 komen:

Total Pageviews

Labels

Teman Blog

Pengikut