Ketenangan bagi yang beriman

Sahabat sekalian, 

Cara pemikiran kita dengan orang yang bukan Islam tidak boleh sama dan cara kita mencari ketenangan yang hakiki bukan dari luar ke dalam tetapi ia adalah dari dalam ke luar.

Bagi orang yang bukan Islam mereka mencari ketenangan dari luar ke dalam, maksudnya mereka melakukan perbagai aktiviti untuk memberi ketenangan ke dalam jiwa mereka justeru tidak hairanlah mereka banyak menghabiskan kehidupan mereka melalui hiburan di dalam mencari sebuah ketenangan. Kerana itu mereka mencipta pelbagai alat/program/aktiviti hiburan seperti fear factor, konsert, pertandingan hiburan/nyanyian, lakonan, banyak melancong, taman tema, roller coster dan macam-macam lagi.

Namun kita sebagai orang yang beriman tidak sepatutnya mengikut jejak langkah mereka kerana cara mendapat hiburan atau ketenangan yang hakiki bagi seorang muslim itu adalah dari dalam ke luar. Iaitu dengan mengingati Allah menerusi zikir, al-Quran, majlis ilmu, ziarah, solat serta muamalah seperti menyertai program membantu untuk muslim yang lain. Dari sinilah akan terbitnya sebuah ketenangan & hiburan yang sangat membahagiakan serta merupakan jalan selamat yang akan memberi manfaat yang besar selepas kematian.

Menjalani hidup berdasarkan syariat Islam menerusi jalan-jalan yang bersesuaian dengan sunnah  akan membuatkan masa seseorang muslim itu terpenuhi dengan pelbagai aktiviti yang tidak sia-sia. Seseorang muslim yang beriman itu tidak akan mensia-siakan masa hidupnya tatkala masa hidupnya akan diluangkan kepada perkara yang akan memberi keberuntungan terhadap dirinya untuk akhirat. Dunia adalah kampung sementara dan akhiratlah kampung yang kekal abadi tatakala rehat yang sebenar bagi orang beriman adalah ketika ia mati iaitu setelah penat lelah melakukan amal soleh untuk dirinya demi mendapatkan kesenangan yang kekal abadi di akhirat.
Hakikat bagi orang yang beriman itu ia tidak ada masa lapang yang cukup kerana masanya akan terpenuhi dengan banyak perkara yang berfaedah. Setiap waktu yang terluang itu amat penting untuk dimanfaatkan kerana ia telah menjadi sumpah dari Yang Mana Pencipta bahawa manusia itu di dalam kerugian kecuali bagi orang yang sentiasa melakukan amal soleh, berpesan-pesan kepada kebenaran & kesabaran. Mana mungkin bagi seseorang muslim itu ia boleh sibuk dengan karaoke sedangkan membaca al-quran masih merangkak-rangkak, mana mungkin seseorang itu ada masa dengan panggung wayang dan banyak menonton movie sedangkan ilmu Agama yang sangat luas banyak yang tidak diketahui. Mana mungkin seseorang muslim itu banyak pergi melancong sedangkan taman-taman syurga (majlis ilmu) sentiasa terhidang tetapi tidak dihadiri. Mana mungkin orang beriman boleh sibuk enjoy dengan kekayaan sedangkan si miskin masih ramai yang kelaparan. Mana mungkin seseorang muslim banyak window shopping sedangkan sahabat-sahabat kita yang sakit tidak diziarahi.

Justeru, fikir-fikirkanlah ingatlah bahawa kita telah dijanjikan dengan sebuah kematian lalu kematian yang bagaimanakah yang kita cari?
Share:

0 komen:

Total Pageviews

Labels

Teman Blog

Pengikut