Jenis-jenis gaya bahasa
- Diksi ialah pemilihan dan penyusunan kata-kata yang indah sehingga membawa pengertian yang mendalam dan tepat penggunaannya. Contoh: Mukanya berisi keriangan.
- Personifikasi merujuk bahasa yang memberikan sifat manusia kepada sesuatu benda, keadaan atau suasana. Contoh: Pokok kelapa itu melambai-lambai ke arahnya.
- Metafora pula ialah bahasa kiasan yang tidak menggunakan kata-kata bandingan. Metafora boleh terdiri daripada konsep logik dan abstrak. Contoh: Lautan fikirannya (Lautan bermaksud laut dan banyak ilmu. Fikiran pula hanya ada satu maksud iaitu berfikir atau otak).
- Simile ialah kiasan yang membandingkan dua benda yang berbeza tetapi ada persamaan. Penggunaan bak, umpama, seperti, bagai dan laksana banyak digunakan dalam ayat jenis ini. Contoh: wajahnya pucat umpama mayat.
- Hiperbola pula perbandingan yang tidak logik atau melampau. Contoh: matanya berapi-api.
- Paradoks merujuk pernyataan yang ganjil atau bertentangan tetapi mempunyai maksud yang tepat. Contoh: benci tetapi rindu.
- Asonansi ialah pengulangan vokal. Contoh: segar angin laut (pengulangan vokal a).
- Aliterasi ialah pengulangan konsonan. Contoh: segar angin laut. (pengulangan konsonan n)
- Pengulangan/ repitasi ialah pengulangan perkataan dalam ayat atau rangkap yang sama. Contoh: tenaga pemuda tenaga beerti.
- Inversi ialah pembalikan susunan kata. Contoh: sihat badan wajah berseri (sepatutnya; badan sihat wajah berseri)
- Anafora ialah pengulangan kata di depan baris. Contohnya: bila diikat dia jalan, bila dibuka ia berhenti.
- Responsi ialah pengulangan kata di tengah baris. Contohnya: mencipta rumah tempat berlindung, membina bilik tempat berteduh.
- Epifora ialah pengulangan kata-kata di akhir baris puisi
- Simbol/ perlambangan. Contoh: Ombak melambangkan cabaran dalam kehidupan.
- Sinkof/ sinkope ialah singkatan. Contoh: tak (tidak), ku (aku), mu (kamu).
- Jenis bahasa iaitu bahasa Arab, bahasa Jawa, bahasa Klasik dan lain-lain.
- Imej Alam. Contoh: padi, bulan, rumput.
0 komen:
Post a Comment