Kubariskan kuntum kuntum rindu
dari jebak kata yang berlanggir
harumnya dari kasturi putih
mewarnai ruang hatinya
pejal mentari musim panas
di gigi gelombang nafasnya
yang tak pernah diam
jangan bertanya tentang benci
kerana kebencian pernah mencalarkan segenap mimpiku
dari birai yang tak ingin kurebihkan
dan payal janji
jadi ranap di tembok musim tengkujuh
yang cuba kupertahankan
namun jemariku terlalu rapuh
dan dhaif
biarkan sayang dan kasih bersalutan
di antara ruang-ruang hati yang kemilau
bagai menghimpun segenap rona-rona kehidupan
dari gerbang datuk moyang
adam dan hawa
melumuri detik detik yang tak pernah kusam
dari keping keping harap
dan impi
~Dyza Ainun~
dari jebak kata yang berlanggir
harumnya dari kasturi putih
mewarnai ruang hatinya
pejal mentari musim panas
di gigi gelombang nafasnya
yang tak pernah diam
jangan bertanya tentang benci
kerana kebencian pernah mencalarkan segenap mimpiku
dari birai yang tak ingin kurebihkan
dan payal janji
jadi ranap di tembok musim tengkujuh
yang cuba kupertahankan
namun jemariku terlalu rapuh
dan dhaif
biarkan sayang dan kasih bersalutan
di antara ruang-ruang hati yang kemilau
bagai menghimpun segenap rona-rona kehidupan
dari gerbang datuk moyang
adam dan hawa
melumuri detik detik yang tak pernah kusam
dari keping keping harap
dan impi
~Dyza Ainun~
1 komen:
tiada lagi harapan
Post a Comment