Sejurus aku menjejakkan kakiku di halaman rumah Pak Teh, ku lihat suasananya agak berlainan dari tahun-tahun yang sebelumnya.
"Assalamualaikum !!!, " Walaikumussalam ... kata Nizam dan Kak Ila sepupuku anak kepada Pak Teh dan Mak Teh.
Kalau tahun yang sebelumnya, Mak Teh melayan ketika bertandang ke rumahnya yang berada di Tiram. Pada kali ini tidak ku lihat senyuman Mak Teh. Selalunya hari raya baru sampai ke rumah mereka. Itulah kesempatan yang telah diberikan untuk meenziarahi pak cik dan mak cik ku. Pak Teh pencen askar manakala Mak Teh dikurniakan Allah pandai menjahit dan membuat kuih. Biskut Tat dan Kuih bangkit Mak Teh tiada taranya. Pakaian yang ditempah oleh pelanggan sering mendapat bayaran tinggi sehingga Tuanku Sultan Johor pun menjadi pelanggannya.
Sejurus masuk ke ruang tamu, tiada ku lihat Pak Teh. Kak Ila seakan paham soratan mataku. "Pak Teh baru aje naik. Kadang-kadang aje Pak Teh turun. Makan pun kadang-kadang di atas katil. Pak Teh dah tak kuat macam dulu." "Tak apa lah kak biar saya aje yang naik jumpa Pak Teh. Abang Syam apa khabar ?. Mungkin dah mula bekerja pada hari ini"
Tahun lalu Mak Teh kembali ke rahmatullah. Kencing manis, buah pinggang dan tekanan darah tunggi memang sakit yang dialami Mak Teh. Saat nafas terakhirnya dia berada di Hospital Tuanku Aminah Johor Baharu. Mengikut cacatan doktor, degupan jantungnya tinggal 30 degupan seminit sebelum menghembuskan nafas yang terakhir. Aku pula pernah mengalami serendah 8 degupan seminit. Tapi Allah lebih sayangkan Mak Teh. Dia diambil dahulu menemuinya.
"Mak Teh ko dah tak ada. Rumah ni tak macam dahulu. Sunyi". "Sabar la Pak Teh, Kak Ila, Nizam dan cucu-cucu yang lain kan ada. " "Iya la mereka ada. Nanti kalau dia orang dah balik tinggal la Pak Teh seorang" "Ala abah ni kan Ila selalu ada kat sini" kata Kak Ila menyanggahkan kata-kata Pak Teh.
Kelihatan tersusun kuih kegemaran Pak Teh di meja solek berdekatan. Muruku, Rempeyek dan biskut bakar. "Kuih bakar tu sapa yang buat Pak Teh ?. "Kak Ila yang buat. Dulu kalau Mak Teh ada dia yang selalu buat. "Rasanya sama ke macam Mak Teh buat ?." "Boleh le". Tanpa malu aku terus mencapai telap biskut yang dimaksudkan.
"Erm. pandai Kak Ila buat. iye la kan mana tak tumpahnya kuah ?"
"Ala tak perlu la puji-puji nanti Kak Ila bungkuskan buat balik. Boleh ngunyah-nyunyah masa memandu"
"Ala tak perlu la puji-puji nanti Kak Ila bungkuskan buat balik. Boleh ngunyah-nyunyah masa memandu"
Wajah Pak Teh ku lihat bersisik dengan warna keputihan. Jauh berbeza dari dahulu pipinya yang layut dan kesegaran jelas di raut matanya. Tangan dan kakinya pun putih bersisik. "Aku ni dah tak selera nak makan, minum pun sama. Rasa macam nak terkeluar pun ada.
"Pak Teh baring la aje. Tak apa. berehatlah. Sambil-sambil tu kita boleh bersembang". "Bukan senang nak tengok ko ni. Setahun tu la sekali jumpa." Lalu ku bantu dan mendorong tubuh Pak Teh yang dulu nya gagah sasa kini hanya tinggal tulang. Mataku terpandang pada sehelai kain batik kegemaran Mak Teh menjadi alas tempat tidur Pak Teh. Kain itu agak keromot sedikit lalu aku betulkan agar nampak kemas.
"Kain batik Mak Teh" ujar Pak Teh dengan nada yang sayu. Ku lihat air mata meleleh di pipinya. Ku dapat rasakan betapa dalamnya kerinduan dan cintanya Pak Teh pada Mak Teh. Setiap cerita yang dilontarkan berkaitan Mak Teh. Aku mendengar dengan teliti. "Pak Teh kadang-kadang tidur pun sebut nama Mak Teh." Kata Ila.
"Alhamdulillah Pak Teh, Allah lebih sayangkan Mak Teh. Sebab tu Allah ambil dia dahulu". Kita yang hidup ni mari la sama-sama doakan agar roh al marhum diletakkan di kalangan yang soleh dan solehah. Moga dengan redha yang Pak Teh berikan kepada Mak Teh, dia pasti diterima Allah di sana. Insyallah."
Begitulah nada kehidupan yang ada akan tiada. Yang datang pasti akan pergi. Kadang kala kita tau ke mana perginya. Lebih menyedihkan jika perginya tiada pesan. Mungkin itu adalah balasan dan hukuman yang diberikan atas kesalahan yang telah dilakukan. Redhalah diri atas setiap ketentuan. Moga itu akan lebih memberikan ketenangan.
0 komen:
Post a Comment