Selepas melaksanakan Solat Maghrib, dia mulakan make-up pada wajahnya, memakai pakaian pengantin putih yang cantik, mempersiapkan dirinya untuk majlis perkahwinannya sendiri, kemudian dia terdengar azan ‘Isyak dan menyedari bahawa wuduknya telah terbatal. Lalu dia berkata kepada ibunya: “Mak, saya perlu ambil wuduk dulu dan solat ‘Isyak “
Ibunya terkejut: “Apa kamu gila?!! Tetamu sedang menunggu, untuk melihat kamu! Bagaimana dengan make-up? ! Nanti habis dirosakkan oleh air.”
Tambah ibunya lagi: “Sebagai ibu, mak tak izinkan kamu solat sekarang! Wallahi… jika kamu ambil wuduk sekarang, mak akan tetap memarahi kamu.”
Anak perempuannya menjawab: “Wallahi… saya tidak akan pergi dari sini sehingga saya melakukan solat! Ibu sepatutnya tahu bahawa tidak ada ketaatan kepada mana-mana makhluk agar menderhaka kepada Maha Pencipta.!!”
Ibunya berkata: “Apa kata tetamu nanti jika kamu muncul dalam majlis perkahwinan sendiri tanpa make-up?! Tentu nampak hodoh atau tidak cantik di mata mereka! Mereka pasti akan mentertawakan kamu! “
Sambil tersenyum, anak perempuan itu bertanya: “Adakah ibu bimbang kerana saya tidak cantik di mata mereka? Bagaimana pula dengan Maha Pencipta saya? Saya bimbang kerana, jika saya terlepas solat saya, saya tidak lagi cantik di mata-Nya “
Dia mula berwuduk, dan semua make-up pada wajah telah hilang, tetapi dia tidak peduli.
Kemudian dia memulakan solat itu dan pada masa dia turun untuk sujud, dia tidak sedar bahawa ia akan menjadi satu sujud yang terakhir!
Ya! Beliau meninggal dunia ketika dalam sujud! Pengakhiran yang besar bagi Muslimah yang berkeras untuk mentaati Tuhannya! Ramai antara mereka yang mendengar cerita ini begitu tersentuh!!
Beliau mengutamakan Allah dan ketaatan kepadaNya sebagai yang pertama dalam keutamaan hidup beliau, jadi pengakhiran terbaik yang dianugerahkan oleh Allah pada mana-mana umat Islam yang layak memilikinya!
Dia mahu menjadi lebih dekat kepada-Nya, maka Allah mengambil nyawanya pada saat di mana umat Islam berada paling dekat kepada-Nya! SubhanAllah!
Dia tidak peduli jika dia tidak indah di mata makhluk, asalkan dia cantik pada Maha Pencipta!
[Kisah diceritakan oleh Syeikh ‘Abdul Mohsen al Ahmad’, ia berlaku di Abha (Ibu Negeri Asir di Arab Saudi)]
Berapa ramai pengantin yang seperti ini boleh kita temui. Kerapnya pengantin perempuan yang terlebih "excited". Sebelum kahwin minta macam-macam. Rumah dan kereta menjadi permintaannya atau setidaknya ada kerja tetap. Mak dan ayah kadang-kadang terlebih minta. Kalau masyarakat Murut Tagal di Sabah ada satu istilah "Berian sampai mati" atau "Mas kahwin sampai mati". Keluarga pihak perempuan berhak meminta atau mengambil sesuatu daripada harta atau milik anak menantu lelaki mereka. Adat ini perlu dipatuhi kerana semakin banyak harta yang diminta semakin rapatlah hubungan kekeluargaannya. Sekiranya adat ini diingkari, maka menantu lelaki tersebut akan menerima risiko yang berat iaitu boleh dipisahkan daripada isterinya atas arahan ketua adat. Antara mas kahwin yang biasa diminta oleh ibu bapa pihak perempuan ialah dua ekor kerbau atau lembu, satu tajau jenis Tiluan, satu tajau jenis Minukul, satu tajau jenis Belayung, satu tajau jenis Malalair, sebuah gong dan sebatang sumpitan.Permintaan ini akan tamat dengan satu majlis yang dipanggil "Majlis Tinauh".
Benar kata orang; Kahwin Itu Mudah Jika Kita Mudahkan! seperti yang telah di ceritakan.
Mac 2014, tarikh sepatutnya aku bertunang dengan suami aku, tapi lepas sesi sarung cincin dari mak mertua, ayah aku panggil suami aku datang dekat dia, depan tetamu semua dia tanya “mu nak nikah tak hari ni?”
Suami aku dengan terkejut terus angguk, sapa tak nak kan?. Ayah aku pun memanggil seorang ustaz yang kebetulan sepupu suami aku, dia tanya “ustaz apa hukum saya bagi anak saya kawin hari ni, saya dah ada 3 saksi dan saya wali dia?”
Ustaz tu cuma jawap ” boleh, memang sah, tapi tak pernah orang buat” ayah aku jawap “orang tak buat biar saya buat” dan paling best family mertua aku semua sokong, Alhamdullilah dapat keluarga mertua yang terbuka juga, dan kebetulan suami aku memang simpan dinar emas dalam dompet, dia keluarkan jadikan mas kawin, dan ayah aku la yang menjadi tok kadi, dialah yang bagi khutbah nikah, dialah yang akadkan nikah aku mudah tak nak halalkan hubungan? mudah sangat kalau kita mudahkan.
Inilah kisah bertunang sesaat ayah aku nikahkan pun cuma nak bagi aku dating secara halal, sebab dia tahu anak dia ni tak baik mana, takut seludup keluar dating berdua,
Ya! ada yang cakap dan hina kata ayah aku gelojoh, ada jugak yang hormat dengan tindakan gelojoh ayah aku,
Mei 2014 alhamdulillah,aku dah selamat nikah mengikut cara rasmi di Malaysia, memang tak perlu pun rasmi tu, tapi dah kita hidup dalam negara macam ni, kita ikutlah,
Sempoi tak baju nikah aku pertama aku?, suami aku dengan kemeja, aku dengan kurung moden. Inilah kisah yang aku akan simpan untuk cerita dekat anak-anak dan cucu-cicit kalau umur panjang, kisah tak berapa menarik tapi sedikit jarang berlaku.
[Kisah ku petik dari Facebook]
0 komen:
Post a Comment