• Samad Said - Janda Setinggan

    Katanya: Derita itu aku. Dirinya cemas diterjah usia dalam kabus belasungkawa, dia tergigau hampir seminggu diancam lipan, angin dan debu yang sama. Desa bahagia, derita.

  • Samad Said - Nikmat

    Segala yang dihasrat, tapi tak didapat adalah nikmat yang paling padat.

  • Samad Said - Ombak

    Ombak yang menjamah kakiku sekali takkan dapat kukenali lagi..

  • Samad Said - Bahasa Terindah

    Sesudah demikian lama dicintai, sukarlah dilupakan. Inti pengalaman, kepedihan; akar kerinduan keresahan… Memang begitu banyak diperlukan kekuatan, kepangkalan batin, rakit ditambatkan bara kenangan dikuatkan .

  • Samad Said - Tetamu Senja

    Kita datang ini satu roh satu jasad, Bila pulang nanti bawa bakti padat berkat, Kita datang ini satu roh satu jasad Bila pulang nanti bawa bakti padat berkat .

Suratannya, Aku Masih Di Sini (Bahagian 2)

Seingat Asyraf, ibunya pernah memberitahu bahawa beliau pernah berada di wad hospital Batu Pahat selama 5 hari dalam tahun 70 an. Waktu itu umurnya baru 3 tahun. Demam panas. Itu adalah pengalaman berada di wad hospital buat kali pertama. Hospital Batu Pahat terletak berdekatan dengan Simpang Rantai.

Sekarang hospital ini telah diberikan nama baru Hospital Sultanah Nora Ismail yang terletak berhampiran Taman Soga. “Engkau dulu Asraff memang susah nak membesar. Waktu ko lahir, bila bidan potong pusat darah mengalir tak henti-henti… Merah bedung yang membaluti tubuh ko … Ingat lagi arwah Atok Adut yang membidankan mak pada masa tu ” Ibu Asraff, menceritakan kisah lamanya.

Waktu di hospital Batu Pahat arwah embah yang menjaga. Ketika embah menceritakan kisah jururawat ingin memberikan ubat dengan injection beliau tersenyum dan ketawa kecil. “Asyraf masa tu nak tembak jururawat tu pakai pistol gabus yang bapak belikan. Nasib baik gabus tu terikat kepada tali yang melekat pada hujung pistol tu, kalau tidak mungkin dah berbekas pipi jururawat tu”.

“Dr, patient hiperaktif, mencabut semua tiup dan saluran yang dipasang” kata seorang jururawat. “Patient perlukan 6 pain darah untuk menggantikan darah yang telah tertumpah. Kita akan cuba siapkan dalam tempoh 2 jam tambahan”

“Embah, Asyraf di mana ye sekarang…..Asyraff rasa bingung la… keliru” Dunia seakan asing buat Asyraf. Gelap gelita seperti di dalam gua. “Yasinnnnnnnn…….”terngiang-ngiang suara itu kedengaran di telinga Asyraf. Sayup aje kedengarannya. Semasa kecil memang kerap arwah embah membacakan ayat-ayat suci sebelum tidur. “Embah…bacakan lagi embah… tenang sahaja bacaan al quran embah. Asyraff merindui bacaan al quran embah”

Terbayang Asyraf kepada arwah embah yang telah pergi tidak kembali lebih dari 30 tahun yang lalu. Embah Ismail sering dilihat bersolat di ruang tamu bahagian depan rumah. Embah Minah menjadi makmum. Asraff pula sering berlegar-legar di belakang jemaah arwah-arwah embahnya.

“Embah… dada Asyraff sakit sangat. Kepala Asyraff pening. Nafas Asyraff tak sampai. Sesak. Tak boleh tarik panjang-panjang. Kalau tarik nafas panjang rasa pedih di bahagian dada. Asyraff tarik sikit-sikit. “

Hai orang yang tertipu
Kenapa bermain dengan harapan
Ketika ajal menghampiri
Kamu harus tahu
Rakus adalah samudera luas
Menjauhkan bahtera dunia
Ke tengah-tengahnya
Kamu harus tahu
Kematian itu pasti menyergapmu
Rasanya sangat menyakitkan
Setelah tubuhmu dibungkus kafan
Lalu diusung ditimbuni tanah
Dan matamu terkatup rapat.

“Huh suara apa kah itu ?......” Kelihatan seorang lelaki yang berjubah putih datang… harum baunya… haruman yang tidak pernah tercium. Seperti haruman gaharu yang dibakar di atas dupa cendana. Wangi menusuk ke hidung Asraff.

Lelaki itu memandang dengan berkali-kali sehingga tidak terkira sambil berlegar-legar mengelilinginya. “Ya Allah. Tunjukkan ya Allah? Berikan hambamu kekuatan dan hilangkan rasa kebimbangan dan ketakutan serta kerisauan ini. Andai benarlah ini adalah hari terakhirku, ku pinta agar terimalah aku sebagai insan yang soleh.”

Tuhan dulu pernah aku menagih simpati
Kepada manusia yang alpa jua buta
Lalu terheretlah aku dilorong gelisah
Luka hati yang berdarah kini jadi parah

Semalam sudah sampai kepenghujungnya
Kisah seribu duka ku harap sudah berlalu
Tak ingin lagi ku ulangi kembali
Gerak dosa yang menhiris hati

Tuhan dosa itu menggunung
Tapi rahmat-Mu melangit luas
Harga selautan syukurku
Hanyalah setitis nikmat-Mu di bumi

Tuhan walau taubat sering ku mungkir
Namun pengampunan-Mu tak pernah bertepi
Bila selangkah ku rapat pada-Mu
Seribu langkah Kau rapat padaku

“Nyanyi-nyanyian apakah ini?. Aku seperti pernah mendengar nya…..!!!!”. Tiba-tiba pelbagai cahaya datang. Putih. Hitam yang dicemari bau-bauan busuk serta darah dan nanah. Lalu warna Hijau. Merah….Oren… Kuning …. “Adakah ini bayangan pelangi atau apakah aku dalam halusinasi?”.

Cahaya putih yang tiba-tiba terus terserak dengan luas. Kelihatan ramai orang yang bergerak ke suatu arah yang tidak diketahui. Ada yang berlari dengan pantas. Ada yang berjalan….. merangkak. Menyelar. Bergolek. “Di manakah aku ?”

Anak muda itu kelihatannya gagah tapi mengapa perlahan benar pergerakkannya. Orang tua itu kelihatan cerah dan tersenyum wajahnya.

“Oh! Pak Cik…. Ke manakah mahu pergi ? dan mereka ni semua mahu ke mana ?” Orang tua yang digelar pakcik hanya tersenyum tak menjawab apa-apa. Apatah lagi orang muda itu. Masing-masing dengan hal mereka.

Kemudian cahaya berwarna-warni itu datang lagi silih berganti. Hilang semua orang yang kelihatan ke satu arah yang tidak diketahui. Tiba-tiba cahaya putih datang lagi. Mula-mula kelihatan kecil sepeti satu titik yang dilihat dari jauh. Cahaya itu memecah dan terus berkembang sehingga menerangi Asraf.

Terang sehingga silau matanya. Ketika itu kelihatan lagi insan yang bergerak menuju ke suatu tempat yang tidak diketahui. Asraf pasrah tanpa bersoal banyak terus mengikut arus itu. Jauh perjalanannya. Letih. Penat. Sakit. Semuanya ada. Sejuk. Sangat sejuk yang tidak terkira.  Perjalanan itu tiba di sebuah pintu gerbang yang amat luas. Semua orang ke sana tak kira yang besar, kecil tua atau muda.

Selawat Syifa
“Heiiiii .. kau mahu ke mana ?. Berhenti engkau dari melintasi gerbang ini” Datang satu suara yang tak ketahuan arahanya.

“Aku tak tahu… Bantu lah aku mencari jalan nya”…..”Masa mu belum sampai”. “Aku keliru.. tak tau mana kah arahku.” Asraf sudah kira akan apa yang terjadi dan tidak mengendahkan larangan melintasi gerbang tersebut lalu melompat dengan sekuat hati.

Bismillah 5
Lalu tiba-tiba ada rasa yang sangat sakit “Aduh !!!... sakit dadaku.. sakit semuanya. Tanganku kebas…. Kakiku sejuk sangat. “ ”Pak cik… pakcik … “ sayup-sayup terdengar suara itu. “Siapakah itu ?”.

“Pak cik Asyraf tak sihat…. Ada di IJN ni. Dah dekat 5 hari pak cik di sini. Pak cik jangan la meronta lagi. Lagi kuat pak cik meronta lagi lambat pakcik baik”. Suara itu …terus hilang bersama setiap kesakitan yang dialamai Asyraf. “Oh!!!..

Tuan Guru…. Ust. “ … “Wahai orang muda, sudah lupakah engkau akan pesananku ketika menghadapi sakit?. Lafazkan lah selawat syifa berkali-kali dan lafazkan lah Bismillah 5 yang pernah aku ajarkan padamu”.

“Bapak….. Mak…..” buat kali pertama Asraff melihat Ayah dan Ibunya pada ketika itu. “Maaf kan atas kesilapan dan kesalahan Asraff. Halalkan segala makan minum dan susu yang mak berikan.”

“Yasinnnnnn…. Wal quranil hakim” Suara itu kedengaran lagi. Tapi kali ini bukan embah yang memperdengarkannya. “Oh!.... itu suara Jiha”. Sayup-sayup kedengaran suara Jiha mengalunkan bacaan Yasin. “Abang…. Ni Amar Bang!!!”

“Amar… kalau abah tak ada… Amar jaga Ibu… adik-adik terutama Naurah ye!!!”. Keluh Asyraf kepada Amar, anak sulungnya. Alat-alat yang membantu Asraf terus berbunyi. Jururawat tiba dan mengarahkan Amar untuk menangis di luar.
Share:

Suratannya, Aku Masih Di Sini (Bahagian 1)

Jam telah menunjukan 0730 pagi, tanggal 31 Disember 2011. Usai solat subuh berjemaah di surau Al-Islah kini terpacak Asraf di pos pengawal A.

“Janji pukul 7:30, sorang pun tak ada”. Rungut Asraf kepada pengawal keselamatan berbayar di kawasan kediamannya. Wak Nan tersengih mendengar rungutan Asraf. “Janji melayu, pukul 8 nanti sampai le”.

Basikal dan pakaian lengkap berbasikal telah tersedia. Hasrat hati mencabar dua bukit ladang sawit Glenworie sebelum menghirup udara bersih dan air yang dingin di Jeram Kedah.

“Awal ko sampai… Malam tadi pukul 3 pagi ko masih ada kat sini… Ko tak tido ke ?”. “Aku tido la Lee, sekejap pun jadi la” kata Asraf kepada Fadlee  salah seorang anggota Kelab Kayuhan F1L yang aktif. Hampir setiap dua minggu sekali Asraf akan berbasikal merentasi Semenyih ke Sungai Long pada hari Sabtu dan Ahad, masa untuk merentasi “off road”.
Jeram Kedah, syahdu menggamit rasa

“Engkau rasa boleh ke berkayuh hari ni ?”. Kata Fadlee kepada Asraf. “Engkau tengok aku tak boleh berkayuh ke ?”. “Ye la ko mesti tak cukup tido tau Tuan Syed Presiden kita tu memang tak boleh la ko berkayuh hari ni.” “Erk ko jangan la bagi tau Tuan Syed.”

“Weih cepat la sini dah la lambat, terhegeh-hegeh.” Kelihatan Bahari, Ben Nakata, Zul, Nik dan beberapa orang yang lain baru sampai dan memulakan sesi senaman “warming up” sebelum berkayuh.

Jam 0830 pagi, kayuhan yang diketuai oleh Fadlee dimulai menyelusuri rumah-rumah di kejiranan. Ramai yang masih tidur. Sunyi jalan menuju ke persimpangan ladang yang menjadi laluan kayuan pada setiap hari Ahad. Zul, Ben Nakata antara yang mendahului kayuhan. Asraf bergabung dengan Nik, Tuan Syed dan Zul mengikuti dari belakang.

Termengah-mengah Nik dan Zul lalu berhenti seketika dalam kayuhan menaiki bukit pertama. “Kau ok ke Asraf ?.... aku tengok muka ko pucat” ujar Zik. “Ko rasa aku tak ok ke Nik ?. Aku tak pun termengah-mengah lagi ni .” Kata Asraf. “Kita orang bukan apa .. ko cuma seperti kurang bertenaga dan pucat. Tak macam dua minggu lepas”. Ben menyokong kenyataan Nik.

Bukit pertama telah dilalui tinggal bukit yang kedua pula sebelum acara yang sangat menyeronokkan iaitu menuruni bukit. Asraf mulai merasakan nafasnya agak sesak diikuti oleh peluh yang agak luar biasa. Basah seluruh raut wajahnya. Kain sal yang dibawanya tersangkut di leher bagaikan tidak berupaya membendung basahnya peluh di wajah Asraff. “Lee aku rasa tak selesa la, aku rasa sesak nafas. Aku berhenti sekejap ye, ko orang jalan la dulu”. Lalu melepaskan basikalnya dan bersandar di pokok kayu berdekatan dengan laluan menuruni bukit.

Seteguk demi seteguk air dihirup oleh Asraf namun tak berkurang rasa sesak nafasnya apatah lagi rasa lelahnya. Dadanya terasa penuh dan sakit seperti ada batu besar yang menimpa dadanya walaupun pada hakikatnya tiada. Asraf menumbuk dada kirinya dengan harapan berkurang sakit dadanya.

Melihat keadaan Asraf, Fadlee menangguhkan hasratnya untuk menuruni bukit. Perlahan-lahan diurut dan diusapnya dada dan belakang Asraf. “Aris mintak tolong, ko naik bukit kat ladang ni bawak moto sekali eh”. Fadlee yang menelefon Aris meminta bantuan.

Jam 0930 pagi, Aris sudah pun sampai ke bukit. Asraf walaupun sedar tapi kelihatan amat lemah. Pucat membiru wajahnya dan dipenuhi peluh sambil terus menghentak-hentak dadanya. “Ko boleh bangkit lagi ke bang ?” kata Aris kepada Asraf. “Boleh!!” kata Asraf perlahan

Perjalanan pulang ke rumah Asraf mengambil masa 30 minit. “Abang …. Kenapa ?” pertanyaan isteri Asraf, Najiha “Sakit dada!!!” “Hantarkan abang ke klinik, abang tak tahan !!!”. Najiha bergegas bersiap untuk membawa suaminya ke klinik.

“Jiha, hantarkan abang terus ke Hospital Kajang ye. Abang rasa sakit abang ni teruk !!!”. “Ada minyak kapak ke kat kereta ni ?” Asraf sambil menghentak kuat dadanya dengan tangan kirinya.

Setibanya di wad kecemasan Hospital Kajang, pegawai perubatan terus sahaja membuat pemeriksaan dengan menggunakan Elektro Kardio Gram (ECG), lalu membuat amaran Kod Biru setelah mendapati memang ada simptom abnormal yang nyata pada jantung. Lima orang doktor bergegas membuat pemeriksaan terhadap Asraf.

“Berikan oksigen untuk membantu pernafasan. Aspirin untuk mencairkan darah dan menghalang saluran terus tersumbat. Nitroglicerin bagi merehatkan jantung dan menggalakkan peredaran darah melalui arteri koronari” Ujar doktor yang merawat Asraf.

Asraf dimasukkan ke ICU atau unit pemerhatian intensif di Kajang. “Kak Jiha, bagaimana keadaan Abg Asraf ?” Nazri yang berada di Rembau menelefon Najiha. “Ada di Hospital Kajang… Doktor kata tekanan darahnya semakin lemah dan mungkin akan dipindahkan ke IJN” “Eh, Pok Cik kata tadi dia dah ok !!”. “Entah la Nazri, Akak pun tak tahu”. “Tadi sedang doktor beri penerangan, Abg Asraf mengalami pendarahan yang teruk  dari mulut, telinga dan hidung”

Kelab Kayuhan F1L Bandar Tasik Kesuma
Bahari sampai di Hospital Kajang bersama teman seangkatan kayuhan basikal yang lain, Cikgu Azhar, Zul serta jiran-jiran setaman. Ketika di wad ICU Asraf berkata pada Bahari yang merupakan  salah seorang jiran yang amat rapat.

“Bahari, ko kirim salam pada yang lain ye. Kata kat deorang, aku tak apa-apa. Ko orang jangan la risau pasal aku” mengalir air mata Bahari dan yang lain ketika mendengarnya kerana sewaktu Asraf menyatakan hatinya, kelihatan darah mengalir di setiap inci mulutnya. Benarlah keadaan Asraf amat kritikal pada masa itu.

Asraf mungkin tidak mempunyai pertalian darah dengan Bahari, tapi hubungan kejiranan yang amat kuat membuat Bahari hiba. Beliau masih ingat lagi bagaimana dia dan Asraf bersusah payah membangunkan Surau Al Islah. Walaupun tiada peruntukan dari mana-mana agensi bahkan dengan bermodalkan tenaga dan kudrat empat kerat mereka setaman mampu membinanya bersama-sama. Siang berpanas dan malam berembun hampir 8 bulan menyiapkan surau itu secara perlahan-lahan.

Jam menunjukkan 0500 petang. Kepastian telah diperoleh. Asraf akan dipindahkan ke IJN. Bahari, Fazlee, Zul dan rakan yang lain telah bersedia di ambulan yang akan membawa Asraf. “Bang, bawa kawan saya ke IJN elok-elok ye bang” Fadlee mengesatkan air mata memberitahu kepada pemandu ambulan. Dr Hakim, mungkin seorang doktor pelatih tetapi seolah-olah telah lama bertugas sebagai doktor di Kajang bertemankan dua orang jururawat dan Najiha mengiringi Asraf ke IJN. “En Asraf…..En Asraf….. sini… sini…. Jangan tidur” berulang-ulang Dr Hakim memanggil Asraf yang terbaring di atas katil di dalam ambulan. Tersenyum Asraf bila terdengar namanya dipanggil.

Dr Hafidz Abd Hadi
Jam 0530 petang, Dr Hafidz bin Abd Hadi menyambut Asraf dan Najiha. Asraf segera disorong ke wad kecemasan. Takdir Tuhan jantung Asraf berhenti berdegup hingga menyebabkan keadaan kelam kabut , tanpa membuang masa Dr Hafidz melakukan CPR. Najiha terpaku di depan pintu wad kecemasan. Seakan tidak percaya dengan apa yang dilihatnya seperti dalam drama swasta, setelah nadi berjaya dipulihkan ..jantung Asraf berhenti lagi, kali ini Najiha tidak dapat lagi melihat Asraf, pintu wad kecemasan ditutup rapat. “Puan, sign surat menyurat ni” “Bagaimana harus saya tandatangan … saya belum baca lagi” “Emergency puan, percaya la kepada doktor di sini.” Dalam keadaan bingung Najiha menandatangani surat menyurat yang tersedia, sekujur tubuh Asraf terus disorong ke dewan pembedahan. “CPR….” Kelihatan dada Asraf ditekan beberapa kali oleh Dr Hafidz “… 10 saat jantung telah berhenti” sayup-sayup kedengaran suara Dr Hafidz. Najiha hanya mampu memegang tangan Asraf seketika sebelum tubuh Asraf ditolak ke dewan pembedahan.

Asraf mengalami serangan jantung yang kritikal, jantung telah terhenti sebanyak dua kali. Paras tekanan darah yang rendah, tidak cukup oksigen dan kod biru telah dikenal pasti sewaktu di Kajang lagi. “Puan kena bersedia terhadap segala kemungkinan, En Asraf mempunyai kebarangkalian sebanyak 50%. Panggil anak-anak dan suruh mereka datang ke sini sekarang”.Berderau darah Jiha mendengar penerangan Dr Hafidz. Terasa gelap seketika pandangannya..pagi tadi Asraf bersemangat ingin berbasikal, petang ini sudah terlantar di IJN.

Pembedahan bermula pada jam 0600 petang . Keluarga segera dihubungi . Berita Asraf sakit segera merebak dalam kalangan jiran dan rakan taulan. Kebanyakannya menjangka Asraf kemalangan jalan raya kerana selain berbasikal, Asraf gemar menyertai konvoi motosikal berkuasa besar. Jadi berita Asraf diserang sakit jantung amat memeranjatkan .

Malam tahun baru..seiring dengan meriahnya percikan bunga api di KLCC begitu juga lebatnya air mata Najiha menanti penuh debaran Asraf keluar dari dewan pembedahan. Najiha hanya dibenarkan melihat Asraf pada jam 1230 pagi. Asraf ditempatkan di wad CCU. Sayu hatinya bukan kepalang , tubuh Asraf dipenuhi wayar dengan pelbagai mesin mengelilinginya. Muka Asraf juga sudah berubah..pucat tidak bercahaya. Asraf bergantung sepenuhnya pada mesin untuk bernafas. Jika tidak kerana memikirkan anak yang empat orang itu, mungkin Najiha sudah pengsan di situ juga.

Datuk Dr Razali Omar
Seorang jururawat menyentuh bahu Najiha dengan lembut..”Puan , doktor ingin berjumpa ,” Dr Hafidz yang menyambut Asraf di wad kecemasan memperkenalkan Datuk Dr Razali bin Omar kepada Najiha. “Puan ini pakar kami yang mengetuai pembedahan,” Najiha hanya mampu mengangguk lemah.

“Suami puan mengalami serangan jantung yang kritikal. Kami telah melakukan prosedur Coronary angioplasty and stenting untuk menyelamatkan nyawanya. Kami memasukkan tiub kecil melalui peha kiri beliau untuk menuju kepada bahagian salur darah arteri yang tersumbat. Pada bahagian hujung tiub ada struktur yang dipanggil belon dan dikembangkan bila sampai di bahagian tersumbat. Pada masa yang sama struktur yang dinamai stent telah diletakkan bagi memastikan saluran darah yang tersumbat terus terbuka. Kami juga telah melakukan prosedur angiogram bagi mengenal pasti kawasan arteri yang tersumbat”.

“Biasanya dalam peringkat awal serangan jantung, teman atau kenalan boleh membantu dengan menghubungi hospital dengan lebih awal. En Asraf sangat kuat walaupon agak lambat tetapi beliau masih boleh bertahan. Subhanallah … His determination saves him.”

“Teman-teman boleh membantu dalam peringkat awal dengan melakukan teknik CPR atau cardiopulmonary resuscitation kepada pesakit. Ini akan membantu dalam menyerakkan oksigen ke tubuh badan dan otak”.

“Tekan dada pesakit lebih kurang dua inci atau lima centimeter dengan kadar 100 kali seminit. Jika mereka tau teknik CPR boleh la teruskan memulai tapi jika tidak tahu cukup la bantu dengan menekan dadanya”

Share:

Dua Permintaanku

Seorang pedagang yang sangat berjaya dan memiliki harta yang berlimpah berdagang keluar kota. Beliau sangat disegani oleh masyarakat di daerahnya. Namun kerena pergaulannya yang salah pedagang akhirnya terpengaruh dan mulai berjudi dan menghabiskan hasil jerih payahnya hanya untuk berjudi. Akhirnya beliau bangkrap.

Pedagang merasa malu dan agar masyarakat di derahnya tidak mengetahui bahwa kebangkrapannya akibat berjudi dan berfoya-foya, Dia menebar fitnah dengan menceritakan  sahabatnya yang baik hati telah mengkhianati dan menggelapkan banyak wangnya. Khabar fitnah itu tersebar sehingga sahabat yang bijak dan sangat setia itu jatuh sakit dan hidup menderita, dibenci oleh masyarakat dan dipulau dari pergaulan.

Pada suatu hari pedagang menyadari akan kesalahannya dan datang menjenguk sahabat lamanya yang jatuh sakit dengan maksud untuk meminta maaf atas segala kesalahannya. "Sungguh aku mengaku salah!.. Tidak seharusnya memfitnahmu.. Aku menyesal dan minta maaf. Apakah ada yang boleh aku kerjakan.. untuk menebus kesalahan yang telah kuperbuat ?."

Dengan keadaan yang semakin lemah, si sahabat berkata, "Ada dua permintaanku.

Pertama, tolong ambillah bantal itu dan bawalah ke atap rumah. Sesampainya di sana, koyak bantal itu dan ambillah kapas dari dalam bantal lalu kau sebarkan keluar sedikit demi sedikit ".Walaupun ia tidak mengerti maksud sahabatnya dia tetap melaksanakan perintah agar dosa-dosanya selama ini boleh ditebus, Setelah kapas habis di sebar, dia kembali menemui laki-laki yang Si sahabat.

"Permintaanmu telah aku lakukan, apa permintaanmu yang kedua?"..

"Sekarang, kumpulkan kapas-kapas yang telah kau sebarkan tadi", kata si sahabat dengan suara yang semakin lemah. Pedagang terdiam sejenak dan menjawab dengan sedih. "Maaf, aku tidak sanggup mengabulkan permintaanmu ini.. Kapas-kapas telah menyebar kemana-mana tidak mungkin boleh dikumpulkan lagi".

Ingatlah. "Begitulah fitnah yang telah kau sebarkan takkan berakhir dengan kata maaf mu dan penyesalanmu saja, harus ada tindakan yang berarti untuk memulihkannya" kata si sahabat.

"Aku tahu. engkau sungguh sahabat yang baik hati. Walaupun aku telah berbuat salah.. yang begitu besar tetapi engkau tetap mau memberi pelajaran yang sangat berharga bagi diriku.

Aku bersumpah, akan berusaha semampuku untuk memperbaiki kerosakan yang telah kuperbuat, sekali lagi maafkan aku dan terima kasih".

Dengan suara terbatuk-batuk dan berlinang air mata, dipeluklah sahabatnya.

Seringkali kita mendengar fitnah lebih kejam daripada pembunuhan. Dari pepatah ini kita boleh mengambil kesimpulan bahawa memfitnah tidak berakhir dengan penyesalan dan permintaan maaf. Jika kita telah berbuat salah kepada seseorang, jujurlah dan akui kesalahan kita jangan limpahkan kesalahan kita kepada orang lain apa lagi sahabat baik kita. Semoga kita tidak membuat orang lain menderita tapi membuat orang lain boleh tersenyum dan bahagia.
Share:

Kelana Sendirian

Ini tempat aku mendapat ilham
Satu hari ketika aku di Cameron Highland, ku tuliskan sebuah lagu.  Aku sayu. Lagu ini dirakam secara spontan di Elly Place, Brinchang dengan petikan gitar oleh Izuan dan nyanyian Elley. Terima Kasih kepada dua beradik yang menjadikan lagu ini bernyawa.

Ku turunkan lirik yang telah mengalami sedikit modifikasi. Cadangan Prof Dr Zaidi Isa, salah seorang guruku ketika di UKM. Barangkali lagu ini harus dirakamkan semula. 

Tika Syahadah

Tika syahadah jiwa ku bertanya
Jalan mana yang harus ku pilih
Ku tahu tak mampu
Ku tahu ku tak sanggup
Hanya kau tuhan
Tempat jawabanku

Aku pun tahu
ku tak pernah sendiri
Sebab kau ALlah yang menggendongku
Tanganmu membelaiku
Cintamu memuaskan ku
Kau mengangkatku ke tempat yang tinggi

Janjimu seperti fajar pagi hari
Yang tiada pernah terlambat bersinar
Cintamu seperti sungai yang mengalir
Kan ku tau betapa dalam kasihmu

Share:

Bila Ajal Menyeru

Hari berganti hari. Keadaanku semakin tenat. Tubuhku terkaku seperti mayat di atas katil di salah sebuah hospital yang aku sendiri tidak tahu mengapa aku di tempatkan di sini. Sebelum tu, yang aku ingat aku sedang mengayuh basikalku menyelusuri ladang kelapa sawit berhampiran dengan kawasan kediamanku.

Tapi selepas itu aku tidak ingat apa-apa. Pandanganku kabur. Tidak dapat ku pastikan siapa orang-orang yang berada di sekelilingku. Aku terasa dada ku teramat berat, sebak penuh bagaikan besi menimpa dan bahagian pinggangku sudah tidak berasa apa-apa lagi. Derita sungguh. Nafasku sesak.

Tiba-tiba tanganku di pegang kuat. ”Mengucap sayang, mengucap…….. Asyhaduallailahaillallah ………” Ucapan itu dibisikkan ke telingaku di sertai dengan tangisan. Itu suara ibu. Insan yang pernah mendodoikan daku semasa kecil. Manusia yang pernah menyuapkan nasi ke dalam mulutku serta pernah memberi susunya dan merotanku kerana degil. 

“Bagaimana dengan keadaannya doktor? ”Aku amati suara itu. Pasti itu suara abang. Mungkin abang baru sampai. “Tenat”, jawab doktor dengan ringkas. “Itu kata doktor bang, jangan berserah kepada takdir sahaja. Kita perlu usaha”. Sudah sembilan hari aku terlantar di wad ini, Kenapa baru sekarang abang menjengah? datang lah ke sini, aku ingin berbicara denganmu. Datanglah…..Tapi mataku…….semakin gelap namun sesekali agak cerah berubah-ubah warnanya merah, biru, kuning seperti warna pelangi bersilih ganti. Adakah aku sudah buta? Tidak!!!! Aku tidak mahu buta. Aku masih ingin melihat dunia ini. “Sabarlah dik, banyak-banyak ingatkan Allah.”Abangkah yang bersuara itu? Apa yang aku tanggung ini tidak semudah yang kau lafazkan, abang.Tolonglah adikmu ini. Tolong bukakan mataku.

“Tekanan darahnya amat rendah”. sayup kedengaran suara doktor. "Tahap oksigen badan pun sangat rendah. Bersedialah untuk apa keadaan dan doalah yang terbaik buat beliau!". Kedengaran juga ibu menangis teresak. Ibu, kau hanya mampu menangis saja dan bila tiba saatnya, kita akan berpisah. Tapi, ibu…..aku tidak mahu berpisah denganmu. Tolonglah ibu, selamatkan lah daku. “Yassin……”. Bacaan Yassin terngiyang-ngiyang di telingaku. Aku tahu itu suara abang. Tetapi kenapa aku diperdengarkan dengan suara itu ?.

Apakah aku sudah menghampiri maut ? Aku takut ! Sedetik lagi sakaratul maut datang. Sedetik lagi Izrail datang. Sedetik lagi malaikat maut datang.Aku di ambang sakaratul maut…… Aku semakin tegang dan semakin sendat nafas di dada. Ketika itu, aku tidak ingat apa-apa lagi. Aku tidak kenal sesiapa di sekelilingku.Tapi yang pastinya sekarang, aku berdepan dengan sakaratul maut. Terngiang di telingaku "Tuhan dulu pernah aku menagih simpati..........Tuhan dosaku menggunung tinggi...........tapi rahmatmu..... melangit luas."

“Tolong ibu, tolonglah aku, aku takut”.Tapi rintihan ku tidak di pedulikan. Apa mereka semua sudah pekak? Aku di lambung resah, gelisah dan penuh kesah. Keluhan dan rintihan “Panas, dahaga, haus, panas……..”.tapi tiada siapa pun yang peduli. Nenekku datang, ”Nenek………..”. “Kau dahaga Cu, kau lapar Cu, mahu air?? Ini gelas penuh air madu, kalau cucu mahu masuk syurga, minum air ini”.

“Ibu……”. Ibuku datang. Ibu menggoyangkan buah susunya.” Ini ibumu. Air susu ini membesarkanmu, nak. Buangkan islam, matilah dalam agama yahudi…..”.

Ayah…….kau datang ayah…….”. “Matilah dalam agama yahudi anakku. Matilah dalam agama nasrani Itulah agama yang membantu kau masuk ke syurga”. “Nenek….ibu…..ayah……suara kau kah tadi ? Kenapa kau berubahlaku ? Atau suara syaitan yang ingin memurtadkan aku ?" "Mengucap sayang, mengucap. Asyhaduallailahaillallah……". Ucapan itu diajukan sekali lagi ke telingaku. Itu suara ibu. Tapi lidahku sudah menjadi kelu.

Manusia-manusia berjubah hitam datang. ”Mari ikut kami”. Manusia-manusia berjubah hijau datang membawa bersamanya payung hijau, katanya ”Mari ikut kami”. Cahaya putih datang. Datang hitam. Datang sinaran kuning. Cahaya merah datang .”Apa ini, apa ini?. Akulah sakaratul maut…….!!!!!!”. Kedinginan menjalar, merayap perlahan-lahan dari hujung kaki ke hujung rambut dan kini seluruh jasadku di selimuti sejuk.dan kemudian datanglah malaikat maut di hujung kepalaku. “Hai jiwa yang keji, keluarlah dari kemurkaan Allah…….”. Aku tersentak. Roh ku berselerak di dalam tubuhku. Lalu, innalillahi wainnailaihi rajiuun…. Malaikat-malaikat yang menunggu sesayup mata memandang dan menghemburlah bangkai yang sebusuk-busuknya.

Tiba-tiba bau busuk menusuk ke hidungku,seperti bau sampah yang amat busuk. “Apa yang busuk ni? Tak adakah orang yang mengangkat sampah ni ? Ah, busuknya, hanyirnya, hancingnya……”.

“Assalamualaikum……”. “Siapa yang memberi salam itu?”. “Aku”. “Kau siapa wahai pemuda???”. Seorang lelaki tercegat di hadapan katilku.Aku tidak pernah melihat orang yang sehodoh, sekotor dan sebusuknya di dunia ini. Rambutnya yang tidak terurus, baju yang di pakai berlumut hijau, kuning, coklat dan entah apa-apa warna lagi,dari lubang hidung, telinganya dan mulutnya terdapat nanah dan darah pekat keluar.Tanpa di pedulikannya……jijik, loya, aku rasa……..teramat loya melihatnya.

“Kau tak kenal aku?”. “Tidak, jawabku tegas.Mana mungkin aku kenal kau sehodoh dan sejijik ini”. “Aku sahabatmu,kau yang membuat aku hari-hari”. “Bohong!”.Aku menjerit sekuat hati. Biar semua penghuni wad ini mendengarnya. “Aku tak kenal engkau! Lebih baik kau pergi dari sini”. “Akulah amalanmu yang keji……….”.

Aku terdiam. Aku tidak mampu berkata apa-apa teringat kini, semuanya telah pernah ku dengar dan ku pelajari dulu. Segala dosa dan keburukan yang kita lakukan di dunia,akan di jelmakan dalam sebagai suatu makhluk yang teramat hodoh di hadapan kita di alam barzakh nanti. 

Oh! Tuhan, aku banyak dosa. Aku memang lalai,cuai dan lupa dengan segala nikmat yang telah kau kurniakan. Solatku kerana kawan,dan bukannya ikhlas kerana Allah. Pergaulanku bebas, tak kenal muhrim atau pun tidak. Tapi itu semua telah berlalu dan dan sudah terlambat untuk bertaubat. Apa yang aku harus lakukan!. Surah yassin yang abang pegang di letakkan di atas dahiku. Aku melihat kak long dan kak ngah menangis.Aku juga lihat mata abah bengkak. Tiba-tiba badanku di sirami air. Air apa ini ?.

“Tolong….sejuk! Kenapa air ini berbau air kapur barus. Tolong jangan tekan perutku dengan kuat, sakit! Kenapa ramai orang melihat aku? Aku malu…..malu…..malu……!”.

Aku di usung ke suatu ruang. Aku lihat kain putih dibentangkan. Lalu diletakkannya aku di atas kain putih itu. Kapas di bubuh di celah-celah badanku. Lalu aku di bungkus satu demi satu dengan kain itu. “Nanti, tunggu! jangan bungkus aku. Kenapa kalian semua buat aku macam ini ? Tolong rimas….panas……..”. Kemudian aku di letakkan di suatu sudut. Beberapa orang termasuk tok imam menyembahyangkanku. Kelihatan ayah dan abang berada di saf yang pertama. Tapi kenapa aku di sembahyangkan?

Bukan kah aku boleh sembahyang sendiri ?. Aku teringat kata-kata ustazku dahulu. “Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan”. Dan kini baru aku sedar aku sudah tidak mampu lagi untuk mengangkat takbir, ruku’, sujud dan tahiyyat. Aku di angkat perlahan-lahan kemudian diletakkan di dalam kotak kayu.

"Kotak apa ini?” Aku diusung oleh enam orang termasuk ayah dan abang. Aku diusung setapak demi setapak”. “Al-Fatihah!” Kedengaran suara tok imam. Kelihatan ibu, Kak Long, Kak Ngah dan lain-lain mengekori di belakang. Tapi kemana dia bawanya aku?”. Nun jauh di sana, kelihatan tanah perkuburan kampungku. “Ke situkah aku dibawanya? Tolong turunkan aku, aku takut!”. 

Setibanya di tanah perkuburan, kelihatan satu liang yang besaiz dengan jasadku. Beberapa tangan memegangku, dan aku di turunkan ke dalam liang itu. “Perlahan-lahan”, aku terdengar suara tok imam memberitahu.”Tolong keluarkan aku dari sini! Aku seram!”. Kini aku berada di dalam liang kedalam enam kaki. Sedikit demi sedikit pasir dan tanah menutupiku.

“Tanah apa ini?”. “Aduh sakitnya badanku di timbusi tanah”. “Innalillahiwa innailaihi rajiuuun…….Dari Allah kita datang dan kepada Allah jualah kita kembali”. Kedengaran bacaan talkin dari tok imam.

”Sesungguhnya mati itu benar alam barzakh itu benar, Siratul Mustaqim itu benar, syurga dan neraka itu jua benar……..”.

Bismillahhirrahmannirrahim. Maha Suci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa’ dan Qidam. Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawaMaha Suci Tuhan yang menjadikan mati. Dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewaMaha Suci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaranUntuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai. Dan sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidupIngatlah! Bahawa sekalian mahluk Allah akan jahanam dan binasa. Melainkan zat Allah Taala, Dialah Tuhan yang Maha Besar berkuasa menghukum. Manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadhrat Allah Taala

Wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA Hendaklah kamu ingat akan janji-janji AllahYang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini. Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat. Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah. Dengan sebenar-benarnya melainkan Allah. Dan bahawasanya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah Ingatlah wahai SAYA Bin IBU SAYA, apabila datang kepada kamu dua malaikat yang serupa dengan kamu iaitu Mungkar dan Nangkir, maka janganlah berasa gentar dan takut. Janganlah kamu berdukacita dan risau. Serta janganlah kamu susah-hati dan terkejut.

Ketahuilah wahai SAYA Bin IBU SAYA. Bahawasanya Mungkar dan Nangkir itu hamba Allah Taala, Sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala. Apabila mereka menyuruh kamu duduk. Mereka juga akan menyoal kamu. Mereka berkata:

Siapakah Tuhan kamu? Siapakah Nabi kamu? Apakah agama kamu? Apakah kiblat kamu? Siapakah saudara kamu? Apakah pegangan iktikad kamu? Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?

Pada masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka. Dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul. Janganlah berasa gementar, janganlah cuak. Dan janganlah bergopoh-gapah. Biarlah tenang dan berhati-hati, hendaklah kamu jawab begini:

Allah Taala Tuhanku, Muhammad nabiku, Islam agamaku, kitab suci Al-Quran ikutanku, Baitullah itu kiblatku, Malahan solah lima waktu, Puasa di bulan Ramadhan, Mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku, Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku, Bahkan dari masa hidup hingga aku mati. Aku mengucap: “La ila ha illallah Muhammaddur rasulullah”.

Wahai SAYA Bin IBU SAYA tetapkanlah hatimuInilah dia suatu dugaan yang paling besar. Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal di dalam alam Barzakh. Sehingga sampai satu masa kelak. Kamu akan dibangunkan semula untuk berkumpul di Padang Mahsyar

Insaflah wahai SAYA Bin IBU SAYA, Bahawasanya mati ini adalah benar. Soalan malaikat Mungkar dan Nangkir di dalam kubur ini adalah benar. Bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benarBerkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar. Dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar. Minum di kolam air nabi adalah benar. Ada syurga dan neraka adalah benar. Bahawasanya hari Kiamat tetap akan adanyaBegitu juga Tuhan yang Maha Berkuasa. Akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur

Pada akhirnya kami ucapkan selamat berpisah. Dan selamat tinggal kamu disisi Allah Taala. Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu. Tuhan jua yang menetapkan hati kamu. Kami sekalian berdoa mudah-mudahan Allah Taala. Menjinakkan hati kamu yang liar. Dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamuYang berdagang seorang diri di dalam kubur iniMudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan. Dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu.

Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya tidak diseksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW.

Subhana rabbika rabbil izati amma ya sifun wassallamu alalmursalinwalhamdulillahi rabbil alamin.

Setiap yang bernafas, pasti akan mati – “Kullu nafsin za iqatul maut” Firman Allah swt, “Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada di dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, yang ingat-mengingati supaya mentaati kebenaran, dan yang ingat-mengingati dengan kesabaran.” Surah Al-A’sr

Sayup sayap aku terdengar tok imam terus membaca talkin, tetapi makin lama makin hilang. Pandanganku makin kabur dan terus tidak kelihatan. Tubuhku terasa telah di timbusi sedikit demi sedikit pasir dan tanah yang di lemparkan ke atasku. Terasa semakin gelap dan ……aku kini keseorangan.

“Nanti! Nanti! Tolong! Tolong ayah, ibu! Jangan tinggalkan aku seorang. Aku takut!!!Gelap!!!Panas!!!Tolongggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggg!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Share:

Berikanlah, Meski Engkau Terbuang Sepah.

Pelbagai usaha telah dilakukan untuk menyakitkan teman sekerjanya itu. Ada sahaja cerita-cerita yang memburukan. Habis seluruh kakitangan dan teman sepejabat memandang serong. Kisah-kisah fitnah Faiz tu tersebar dengan cepat ibarat setiap pintu yang ada di pejabat pun seakan berkata-kata. Teman yang dianggap rapat, Muz pun seakan tepedaya dengan jaja yang dilakukan oleh Syima.
Faiz tak sangka yang Muz akan termakan fitnah yang dilontarkan oleh Syima. Sayu hatinya mengenangkan bagaimana rapatnya persahabatan beliau dengan Muz sebelum ini. Setiap aktiviti syarikat memang selalu dilakukan bersama. Susah atau senangnya dihadapi secara berganding bahu. Bagaikan isi dan kuku. Faiz tak mengerti kenapa Muz sejak akhir ini membelakangkan atau bahkan cuba menghindarkan diri daripadanya.

Ibaratnya habis madu, sepah dibuang. Mendapat rotan, akar disisih. Sejak Muz mendapat jawatan yang lebih baik di syarikat. “Mungkin ini adalah sebabnya Allah tidak pernah memberikan aku seorang teman yang rapat. Cepat perkara ini ditunjukkan oleh Allah kepada aku. Ya Allah beri aku kekuatan dan  beri aku keredhaan atas ketetapan dan takdir yang telah engkau berikan kepada ku”. Detik dan doa di hati kecil Faiz.

Tersentak Faiz ketika bahunya ditepuk. “Ilmu kita terbatas. Tak terlangkau hikmah takdir yang telah ditentukan kepada kita. Jika belum nampak kebaikkannya pada masa kini, insyallah masa akan datang” seorang tua yang berjanggut menyapa Faiz ketika beliau duduk sambil menanti solat isya di ruang solat Masjid Kuala Pajam, tempat yang dikunjungi Faiz ketika memikirkan sesuatu yang tak jumpa jalan penyelsaiannya. Buntu. “Jadi harus bagaimanakah saya akan hadapi”. “Tenang, keluar dari apa yang terlalu difikirkan dan hadapinya dengan tabah”. “Ah… susahnya macam mana tu”.

Anggapkan setiap yang telah diberi itu sebagai hadiah dan sedekah. Biarkanlah orang membuat durjana kepada kita. Kita maafkan lah sahaja. Dengan itu hati akan menjadi tenang

“Dunia ini memang tidak adil kan. Manusia kejam dan tidak berperi kemanusiaan. Apakah salah yang saya perbuat kepada mereka sampai mereka tergamak buat demikian. Bukan terima kasih yang diterima. Bahkan kata kejian yang dilontar” kata Asyraff sambil merenung sayu terhadap orang tua tersebut. Memang orang tua itu la yang selalu akan menemani dan memberikan kata-kata kekuatan. Kehadirannya amat memberi kesan kepada Asyraff.

“Oh tidak. Dunia tetap adil. Manusia yang tidak adil. Manusia zalim. Berikanlah kepada mereka Asyraf. Kalau kita yang kerdil ini tidak member hanya kerana orang tidak berterima kasih kepada kita, cuba kita bayangkan Allah yang maha hebat masih memberi walaupun hambanya tidak bersyukur. Siapalah kita ?”.

“Berikanlah, kerana sesiapa yang tidak memberi ertinya tidak memberi kepada dirinya sendiri. Asyaraf berikanlah apa yang mereka perlukan. Kelak nanti bila kita pergi kita masih diberikan oleh Allah atas Rahmat Allah yang tidak bersempadan, Insyallah”. Azan Isya pun berkumandang.

~ Satu-satu hatiku bersuara ~ 
Share:

Aku Ini Hanya Gagak di Rimba

Farid mengetuk pintu bilik pejabat Pengarah Urusan Kumpulan syarikat beliau bekerja. "Ya Tengku panggil saya ?". ujarnya kepada Tengku Alisa yang telah dikenalinya sejak tahun 90an ketika memulakan perniagaan. "Ramai kakitangan dah lupa I ni pemegang saham terbesar syarikat ini. Dia orang ni lupa yang selama ini I yang bayar gaji" Farid hanya mendiamkan diri, pura-pura tidak faham akan kata-kata yang diberikan oleh Tengku. Malas Farid mahu melayan kerenahnya. "Kalau rasa I dah tak mampu nak bayar gaji dia orang tu, keluar sahaja la dari syarikat ni. Mengapa dia orang tunggu lagi ?". Farid masih teringat lagi apa yang dilakukan oleh Tengku untuk menyingkirkan beberapa orang staff yang dikatanya tidak produktif dan memberi beban kepada syarikat. " I ni kalau nak buat boleh lebih kasar dari zionis. I ni dulu pernah belajar dari orang yahudi tau, semua teknik-teknik yahudi berkaitan sosiologi dan fisikologi I tau". Memang Farid tak dapat nafikan bahawa Tengku pernah belajar di luar negara, di University of Florida " I was studied from a politically correct country, dont you agreed with that ?" ujar Tengku Alisa lagi. "Dia orang tu ingat hebat sangat ke ?. Setakat belajar dalam negara, english pun entah ke mana". Begitulah hujah Tengku setiap kali membahaskan tentang isu keupayaan kakitangan di bawah jagaannya. Farid masih ingat lagi bagaimana Tengku lakukan untuk menyingkirkan salah seorang Pengarah syarikat yang tidak mempunyai kuasa eksekutif, Tengku Hidayah. Farid tak pasti teknik apa yang telah digunakan tapi pasti cerita yang disebarkan di kalangan syarikat dan "klien". Habis digembar-gemburkan Tengku Hidayah mempunyai ilmu hitam dan menyebabkan Linda kerap sakit dan bercuti. Kerani akaun pun terbabit sama dan sakit perut yang dialami Ros sering kali dikaitkan dengan kekejaman Tengku Hidayah mengguna-guna. Sebelum Tengku Hidayah mengundurkan diri dari syarikat, hampir setiap minggu Tok Bomoh datang ke pejabat menebarkan garam. Kadang-kadang sampai lima orang Tok Bomoh yang datang membantu. Masing-masing membawa sebaldi besar garam yang dicampurkan dengan lada hitam yang katanya telah dijampikan semalaman. Kami dihalau keluar sebelum upacara menggaram diadakan. Mula-mula talian elektrik dipadam dan dihidupkan beberapa kali. Gelap seluruh lantai pejabat. Ada kalanya aktiviti menggaram dilakukan pada waktu malam. Penuh pencetak di meja Farid dengan garam dan lada hitam. Terpaksalah pulak Farid membersihkan pencetak sebelum digunakan atau pencetak itu akan rosak.

Bekerja sudah tidak seindah dan semanis dahulu. Farid merasakan banyak perubahan yang berlaku terhadap syarikat dalam tempoh 10 tahun kebelakangan. Pihak pengurusan atasan sudah tidak semesra dahulu. Mungkin peningkatkan terhadap profail syarikat kah yang menyebabkan ianya berlaku demikian. Sejak jualan meningkat dan syarikat semakin membesar semakin Farid merasakan perubahannya. "Aku tak tau berapa lama aku boleh bertahan dengan keadaan di syarikat ini." Kata Farid kepada Musa teman sekerjanya. "Kalau lah Boss boleh buat kepada Tengku Hidayah, dia boleh buat yang lebih hebat lagi kepada aku". "Sabarlah Rid, nak buat macam mana."ujar Musa."Aku mengeluh kat kau ni pun entah-entah boleh sampai kat Boss"."Haish, dah mula la tu nak kata yang macam-macam. Ko ni Rid macam tak percaya kat aku pulak". "Entah la Sa aku pun tak kisah kalau ko nak cerita kat Boss. Kot-kot macam tu ko boleh naik pangkat dan gaji.""Erm ko dulu jadi Senior Manager sebab ko jadi spy Boss la kan"."Tidak pernah aku buat kerja macam tu Sa, Orang lain tak tahula. Erm engkau pun tau kan macam mana aku perlahan-lahan bina kerjaya aku di sini. Boss bukan favour aku sangat. Masa aku dinaik pangkat dulu ko tau apa katanya?."He he he. Ya Linda dah bagi tau kat aku. Masa tu Boss kata ko punya kualiti kerja tak bagus". Musa mencelah. "Itu la kan kenapa eh ?. Kalau la aku tak bagus kenapa dia naik kan pangkat aku. Pelik". "Kau tau apa aku kata kat Boss masa interview tu"

Sambil menghirup secawan Milo yang baru dibancuh di pantri tadi Farid menyambung ceritanya kepada Musa. "Aku tanya kat Boss atas kriteria dan indikator apa yang dirujuk untuk menunjukkan kerja aku tidak berkualiti."Farid menunjukkan fail-fail tugasan yang telah dilakukan sejak berkeja dengan syarikat kepada Musa. Bersusun penuh di dalam 3 almari. Setiap fail dikategorikan kepada beberapa pengkelasan. Fail kajian internal, usahasama dengan klien dan kajian dengan beberapa badan dan organisasi penyelidikan tempatan seperti Universiti Islam, Universiti Kebangsaan, Institut Teknologi MARA dan badan penyelidikan pihak berkuasa tempatan seperti MPOB dan IOPRI. Malah sebahagian besar penemuan telah di terbitkan di dalam jurnal-jurnal antarabangsa dan tempatan seperti Sains Malaysiana, Malaysian Jurnal of Biochemistry and Molecular Biology dan Malayan Nature Jurnal. Itu tidak termasuk pelbagai ceramah dan syarahan perdana yang telah dibuat oleh Faried. "Bos menyalahkan aku kerana ada satu laporan yang tidak lengkap. Klien di Sabah." Kata Farid kepada Musa sambil menyelak fail Syarikat Benta Wawasan lalu mengeluarkan satu memo yang ditulis kepada Pejabat Pengarah Urusan, Tenku Alisa menyatakan bahawa segala aktiviti penyelidikan Benta Wawasan telah di serahkan kepada kakitangan Unit Pengurusan Pengetahuan, bukan tugasan Unit Penyelidikan lagi."Aku pun tak faham kenapa saat akhir unit kita ni dah nak selsaikan laporan tu tiba-tiba diambil begitu sahaja tanpa alasan yang munasabah. Kemudian menyalahkan aku kerana laporan itu tak siap". "Entahlah Rid, Boss is a Boss" "Ye la kan,mungkin betul la kata Boss, ramai staff dah lupa bahawa dia adalah pemegang saham yang tertinggi di syarikat ini. Aku pun sedar tu Sa. Siapalah aku ini. Hanya pekerja. Disepak aku ke Utara, ke sanalah aku. Disuruh ke selatan, maka ke selatan lah aku.""Betul la Rid, selangi kita masih bekerja di sini, teruskan sahaja la"."Alhamdulillah ramai kawan-kawan dah pun bertemu dengan rezeki lain di syarikat yang lebih baik.""Aku pun tumpang gembira dengan dia orang tu dah selesa dengan tempat kerja yang baru dan lebih terjamin".
Share:

Bertemu Untuk Berpisah

Official 2nd Ngeteh
"Yo Bro Assalamualaikum" begitulah kata-kata yang dihumbarkan kepada ku sebaik sahaja mengangkat telefon genggamku. Baru sahaja aku meletakkan status di "Facebook" bahawa aku sedang menikmati Cendol Hj Shariff yang terletak di Seremban. Terasa pekatnya santan yang menjadi antara ramuan cendol tersebut. Jam masih menunjukkan pukul 9 pagi tapi ramai peminat cendol yang berada di sana. Mungkin hari sabtu, hari untuk bersantai. Kelihatan beberapa orang cina dalam satu kumpulan membawa kamera lalu aku teringat kamera lagenda aku di dalam kereta Nikon D60. Kamera yang akan aku gunakan untuk mengambil gambar sekitar aktiviti perjumpaan dua tahun sekali "Old Boys High School Batu Pahat". "Weih dah pukul berapa ni ko tak sampai-sampai lagi" seperti tak sabar-sabar akan kehadiranku.

"Ala Bro rileks la baru pukul berapa ni, Program pukul 430 petang, lepas zuhur aku sampai la Batu Pahat". "Che Wan lambat, aku tak kira. Bungkus kan aku cendol 10" kata Dali atau gelarannya sewaktu sekolah dulu "Gek" bersungguh-sungguh cuba mengusik. " Ko kat mana ni Gek ?." "Aku ada kat Parit Sulung dah ni". "Ko rehat la dulu, Pisang, James, Katak, Topex dah sampai ke ?" aku bertanya sambil menggunakan nama-nama gelaran yang digunakan sewaktu umurku belasan tahun di sekolah.

Seperti Gek aku pulang ke kampung dahulu setibanya aku di Batu Pahat menjengok ayah dan ibuku yang berada di Senggarang. "Mak tak ada dia ke rumah adik di sebelah" Ayahku berkata sambil duduk di pangkin rumah memegang durian yang diambil dari raga buluh miliknya. Sedap durian pusaka arwah embah ku yang berada di Parit Tengah. Besar jasa arwah embah bila meninggalkan sebidang dusun yang penuh sarat dengan buah-buahan. Macam-macam ditanam semasa hayatnya. Manggis, Pulasan, Duku, Langsat dan berjenis-jenis lagi buah-buahan yang ditinggalkan buat kami anak cucu dan cicitnya. Ayah menyuakan aku beberapa ikat buah manggis. Sungguh besar kekuasaan Allah, dikeluarkan buah durian yang sedap tapi panas dan pada masa yang sama dikeluarkan manggis untuk menyejukkan badan. Jam 430 petang, sampai aku ke kawasan program. Minyak Beku AgroPark memang terletak di Feri Penambang ke Selat Panjang, Bengkalis, Dumai dan Tanjung Balai Indonesia dengan harga serendah RM170 pergi dan balik. Aku cuba menghubungi Katak namun tiada jawapan, sibuk dengan barangan untuk program barangkali. Akhirnya Topex dapat ku hubungi.

"Aku pun masih mencari-cari di manakah tempatnya ni." Ujarnya yang seperti rasa bersalah kerana aku telah sampai dahulu. Hujan sangat lebat. Angin bertiup kuat sehingga melentok-lentok pohon kelapa yang ditanam oleh pihak AgroPark. Tiba-tiba ku dengar tingkap keretaku di ketok.

"Whoi.... hahaha" afiat menggelakkan aku. Aku membuka tingkap kereta sedikit. "Whei basah la wei. Jom la kita tunggu kat lobi resort ni".

"Mana semua". "Manalah aku tahu."

Habis lah program luar yang sudah dirancang pada hari ini. Hujan terus mencurah-curah dengan lebat. Aku terus bertanya kepada pelayan di kaunter. Ramai jugak yang sudah ada di sana. Tok Mat, Seli, No Neng dan beberapa orang nampaknya sedang membuat persiapan. "Kat mana surau, aku lom solat lagi ni ?".

Menyelusuri Pantai Minyak Beku
Usai solatku, alhamdulillah hujan pun mulai reda. Kelihatan jeti dan feri penambang serta beberapa perahu berhampiran dengan jeti. Salah satu perahu sedang menurunkan penumpang. Aku bergegas ke jeti dan berharap dapatlah aku naik perahu hari ini. Perahu dikendalikan oleh seorang cina tua yang aku panggil "apek". Mungkin dalam sekitar 60 tahun umurnya tapi masih gagah.

"Apek, perahu pergi ke mana ?" aku berteriak dengan penuh semangat.

"Pulau Sialu, boleh pusing-pusing tengok kawasan rumah api. Ambil tiket di kaunter" katanya

Aku membayar RM10 dan dengan pantas terus melompat masuk ke perahu apek. Perahu yang besar, kataku di dalam hati. Boleh memuatkan dalam 30 penumpang.

"Mahu tunggu penumpang lagi ka apek ?" "Oh tidak la, kita berdua aja" katanya. Memang peramah kelihatannya. Aku memberikan beliau sebungkus air teh tarik yang aku beli selepas mendapatkan tiket. Perahu meluncur dengan perlahan. Sambil menghirup teh tarik yang ku bungkus apek bercerita.


"Pulau Sialu ni dulu kawasan lanun. Ramai orang kuala yang tinggal di pulau ini. Sekolah pun sudah ada. Cukup untuk memberi peluang pelajaran kepada lebih kurang 700 penduduk yang terdiri dari orang kuala dan cina."

Sambil menunjukkan segerombolan pemancing beliau berkata lagi

"Semua orang tu saya hantar pagi tadi, esok saya kena ambil lagi". "Di hadapan sana tu rumah api lama, tapi sudah tidak digunakan lagi hampir 20 tahun sudah ditutup. Kerajaan buat yang baru di atas Bukit Segenting dengan sistem radar yang canggih".

Mengenai nama pulau itu, ia dikatakan berasal daripada perkataan ‘sial lalu’ dan terdapat dua versi mengenainya.

Menurut versi pertama, suatu ketika dahulu pulau itu menjadi tempat persembunyian lanun untuk merompak kapal pedagang sehingga golongan yang menjadi mangsa menggelarkan lokasi tersebut sebagai sial lalu. Versi kedua pula menyatakan, lanun yang merancang merompak kapal pedagang menjadi marah dan menyumpah seranah pulau itu sebagai sial lalu setelah penat menunggu namun tiada kapal lalu di situ.

Setelah lanun dibersihkan dari pulau itu, ia menjadi kediaman selama ratusan tahun oleh keturunan Orang Kuala, iaitu pahlawan yang mengawal samudera serta menjadi mata dan telinga kepada Sultan pada zaman Kesultanan Melaka dan Johor suatu ketika dahulu.

Orang Kuala yang beragama Islam dan merupakan sebahagian masyarakat Orang Laut daripada suku Duano di tenggara pantai Sumatera dan Kepulauan Riau.

Pada 1 Mac 1894, ketua masyarakat Orang Kuala dipertanggungjawabkan menjaga rumah api di Pulau Sialu yang menjadi panduan kapal-kapal yang berlalu di situ, sekali gus mengangkat kepentingan masyarakat Orang Kuala dan pulau tersebut. Datuk Bentara Luar Johor mengamanahkan Tok Batin Rahmat untuk menjaga rumah api yang ketika itu setinggi tujuh meter dan diperbuat daripada kayu balak sebelum digantikan dengan rumah api berstruktur konkrit pada 1913.

Alu-alu Pulau Sialu
Sayang Segenting Kampung Cina
Ikan tergantung, kucing menunggu
Belum tahu siapa yang punya

Jam telah menunjukkan pukul 7:15 petang. Azan sudah berkumandang. Sayup-sayup dari Pulau Sialu. Seusai solat maghrib, aku terus ke dewan majlis diadakan. Ramai yang sudah ada. Belanda, Mat Bond, Kiding, Codeh, Tok Moh, Toyol, ku dengar suara mereka memecah keheningan waktu malam di kawasan resort. girang kedengarannya. Masing-masing sudah terlihat garis-garis usia di wajah mereka. Ia mencerminkan wajahku juga yang sudah seusia dengan mereka. Masing-masing dengan cara dan gaya mereka tersendiri tapi sebahagian besar dari perangai mereka tidak berubah seperti waktu kami beumur belasan tahun. Paling unik ada bunga dari kalangan kami sedangkan semasa di dalam kelas, kami semua sama jantina. "Lelaki". Tidak ku tahu bagaimana mereka ketika berada di pejabat menjadi ketua jabatan, pemilik syarikat yang besar bahkan ada sebahagian daripada kami yang sudah menjadi jutawan. Itu adalah bahagian masing-masing. Rezeki yang telah dikurniakan oleh Allah kepada semua.

Penyertaan mungkin agak kurang berbanding perjumpaan kali pertama pada tahun 2010. Kira-kira 30 orang yang hadir pada tahun 2012 berbanding 60 lebih orang pada tahun 2011. Sebahagian besarnya mempunyai komitment serta perkara yang tidak dapat dielakkan. Maklumlah peneraju sebuah syarikat atau "CEO", "Pengarah Urusan" dan pegawai-pegawai besar dalam kerajaan. Yang hadir terus berprogram yang tidak, berkirim salam.

Pisang mengendalikan program seperti acara dua tahun yang lalu. Pastinya beliau banyak pengalaman mengendalikan program "Human Resource" di pejabatnya. "Tuan semua enjoy ?". Makanan pula telah dikendalikan oleh Zack Mat Bond pemilik tunggal Restoran Mat Bond yang terdapat di seluruh tanah air menyediakan masakan nasi baryani yang cukup "mantop" dan "sentap".

Namun acara yang paling memberikan kesan adalah tahlil terhadap teman-teman yang telah pergi tidak kembali. Doa dan "al-fatihah" buat Almarhum, Haizam Adam, Musa Sahir, Muzafar Johar, Nor Azman Katmin dan Aminuddin Yusof serta beberapa orang kawan ku yang tidak teringatkan nama mereka.

Haizam kembali sewaktu beliau belajar di Maktab Perguruan Batu Pahat kemalangan jalanraya seusai solat jumaat, Saudara Musa dengan sakit yang tak dapat dinyatakan. Muzafar yang merupakan salah seorang kawan rapatku di sekolah. Sewaktu meninggal sudah beristeri dan meninggalkan 3 orang anak yang comel. Perginya beliau kerana mengalami komplikasi darah tinggi dan kencing manis. Mereka telah meninggalkan kami lebih dari berbelas tahun yang lalu. Saudara Aminuddin kembali sebulan selepas kami bertemu buat pertama kali selepas lebih 10 tahun mengalami serangan jantung ketika bertugas di ITTHO. Saudara Nor Azman tidak pernah ku temui sejak berpisah di bangku sekolah namun sempat bertanya khabar melalui telefon ketika aku keluar bertugas ke Perlis satu masa dahulu. Beliau sering terdedah dengan bahan kimia sehingga beliau disahkan mengalamai ketumbuhan tengoroknya dan menderita selama beberapa tahun sebelum menemui saat akhirnya. pada tahun 2010.

Begitulah umumnya sebagai manusia yang bertemu untuk berpisah. Acapkali kita dihasut untuk menerima setiap pertemuan untuk perpisahan. Namun ada yang marah dan melemparkan pertanyaan "Mengapa perlu bertemu kerana hanya untuk kita berpisah ?". Dalam novel-novel cinta kerap kita disogok dengan kisah pertemuan yang tiada berhujung noktah. Cinta memang patut diakhiri dengan perkahwinan. Hairannya setiap pertemuan seperti ini kita bagaikan akur dengan perpisahan yang bakal melanda. Selepas bertemu masing-masing bertebaran di kawasan "nic" masing-masing. Mereka yang berhampiran terus pulang ke rumah masing-masing atau pulang tidur ke rumah ayah dan bonda. James yang berasal dari Sarawak pula perlu menunggu sehingga esok hari menanti pesawat yang akan berangkat jam 5 petang.
Share:

Puisi - Tika kelanaku menjenguk

Kini aku melangkah berkelana
Sendirian, sepi aku sendiri lagi
Kemanakah arahnya ?
Ke tanah yang terapung
tanah tandus
kering dan kontang
Ku dengar laungan
Gema bergaung
menyebutkan namaku


Aku tidak mengharap
akan sesiapa menemani
aku tahu takdir menetapkan
Pergi aku menempuh badai
Untuk apa lagi
Aku melangkah
Sedang aku sedang
diulit bayangan masa silam

Ingin sahaja aku
berlari di bawah pelangi senja
Tika hadirnya purnama
Dakian ke lurah yang dalam
Terbang tinggi untuk menjejak bumi
Tanpa Prasangka

Jika ini adalah jejak kelanaku terakhir
biarlah ia menjadi sesuatu yang indah
biarlah ia menjadi cita-cita ku terakhir
biarlah ia menjadi bukti
Bahawa aku juga seorang yang tabah

7 Dis 2012
Share:

Puisi - Terbanglah

Berbicaralah
hidangkan suara sepimu merencah kesumba
menjadi jingga mentari
yang tak pernah merebih pada warna
tersisa pada ufuk

pada singgahmu yang melekat
jaringan waktu hanya detiknya melarut
hambarlah kini samar malam
melihat jelatik yang singgah pada peraduan senja
adalah juntaian perjalanan
yang entah bila akhirnya

bukalah hijab matamu
melihat remang mimpi yang tak tersingkap
oleh kelam rambulan
di telapak tanganku menguntai suara
dalam diam tapi sempat kulakarkan makna
dari peradaban kosamu
tertinggal di perdu usia

terbanglah unggasku
andai benua tujuhmu sudah menggamit
mencium sayap kembangmu melebar maya
dan meniti bayu di celah gemawan
aku tetap di sini
menanti luruhnya warna emas
dari dulang langit
yang Kau pasungkan pada dadaku
merekah pada rinduNYA
yang membiru

Ilham: Dyza Ainun
Share:

Layar berbelok, sauh dibungkar

“Kanda lupa cinta dinda seagung maya” Hang Tuah “Cinta kanda? Bukan semesta luasnya?” Gusti Putri “Masih kecil berbanding cinta dinda!” Hang Tuah “Tapi kanda ke mari juga” Gusti Putri “Laksana orang haus dahaga, berjumpa air satu telaga. Setapak melangkah, dua langkah ingatan kanda pada dinda” Hang Tuah “Adinda bersumpah jikalau kekanda tidak kembali, adinda akan menyusul kekanda, meminjak pada tanah yang sama, bernafas pada udara yang sama” Gusti Putri “Apakan daya, tangan terikat dilangit, kaki terpasak dibumi, jasad tidak setanding mimpi.
  
Layar berbelok-belok, 
Sauh dibungkar di tempat tenang, 
Yang tinggal hati tak elok, 
Yang pergi hati tak senang. 

Bila sampai waktu, kita akan bersama. Tanah mana yang aku pijak? Berdirinya aku kasih berguguran. Pasir mana yang aku genggam? Erat tanganku semakin layu. Bunga berkembang. Bumi luas aku seorang Kalau nak menurut biar berakal, kalau mengikut biar pintar”

(Petikan dialog M.Nasir dalam filem Puteri Gunung Ledang)

Gunung Ledang memang amat rapat dengan hidupku. Sejak zaman persekolahan aku pernah ke sana mengikuti naluriku yang inginkan ketenangan suasana hutan, indahnya ketenangan dan bau-bauan yang amat menyegarkan. Malah tika aku sakit, kerap juga aku kesana dan selalunya pulang dengan satu kekuatan yang berlainan. Tidak ramai yang tahu ramai yang bersuluk di sana. Pernah seorang tua yang bersama kami mendaki menceritakan kisah panglima hitam yang bertapa di salah sebuah gua yang berada di sana. Gua Majapahit dan Gua Masjid merupakan gua yang popular di antara para pensuluk di Gunung Ledang. 

Gua Masjid dikatakan tempat Datuk Adi Putra, Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu bersolat dan bersuluk. Pada asalnya gua ini rata, tetapi disebabkan ekosistem kita berubah, gua ini tidak rata dan diliputi tanah. Pada masa ini masih boleh lagi bersolat dan bersuluk di sini. Selalu di masuki oleh orang orang yang mahu beruzlah dan berkhalwat kepada Allah, Jauh dari kebisingan manusia. Dalam Gua ini memang sangat tenang dan nyaman.Hanya insan yang berhati waja mampu berada dan mendiamkan diri sambil berfikir tentang kebesaran Allah dan alam ciptaannya. Mencari satu kekuatan yang lebih kekal.

Gua Majapahit biasa nya tempat bersuluk para pensilat. Memang aman dari kejauhan kota. Perjalanan ke Gua Majapahit ialah kira kira setengah jam berjalan kaki. Ada sebuah batu rata,yang di gunakan untuk munajat. Gua ini tidak berapa popular seperti Gua Masjid. Batu Alif juga merupakan tempat yang amat popular di kalangan ahli persilatan. Kerap juga didatangi oleh pesilat dari Singapura, Brunei dan Indonesia. Batu ini terletak di gelanggang Silat Hang Tuah pada ketinggian 4000 kaki dari aras laut. Batu ini berdekatan dengan Gua Masjid. Kebiasaan Peserta Silat Tempatan akan bermalam di hadapan Batu Alip.

Buluh malam atau perindu boleh dijumpai jika kita amati dengan teliti. Acap kali orang tuan yang saya hubungi ketika berada di Gunung Ledang, jika ingin mengambil buluh perindu rapatkan matamu di batu dasar buluh perindu. Ambil daun yang pertama terjuntai keluar. Itu adalah hakmu. Namun pesanan ayah memaksa aku membatalkan mengambil apa sahaja yang terhidang di sana. Pesan ayah Jin itu wujud dan tidak akan memberikan apa-apa miliknya kepada manusia. Oleh itu manusia yang inginkan barangan Jin tidak akan memperolehinya sedangkan sesiapa yang tak mahu acap kali akan di suakan beberapa barangan. Jin kalau memberikan sesuatu pada kita, pasti akan disertakan syarat-syarat tertentu.

Naik bukit perlahan-lahan
Buluh perindu tidak berbunga
Sakit demam boleh di tahan
Sakit Rindu susah ubatnya

Kalau dilurut buluh perindu
Baru nampak kelibat bunga
Apa dirisau penyakit rindu
Saya ada penawar ubatnya

Gunung Ledang Jalannya Lurus
Puncak Mahligai Paling Menguja
Kalau dah rindu makan tak terurus
Kami ada penawarnya Tiga

Buluh Perindu akar Cenuai
Untuk kekasih yang belun tiba
Usah diturut hati yang kusai
Terlompat ke Gaung Ajal Tiba
Share:

Kenangan ku, Majalah Bujal

Pastinya ramai kalangan kita yang masih ingat kenangan lama yang tidak mungkin luput dari ingatan kita. Kenangan antara kenangan itu adalah majalah "Bujal" yang popular dalam tahun-tahun akhir 70 dan 80an. Saya sendiri memang memilikinya. Hampir setiap bulan ayah akan menghidangkan aku dengan bacaan ini yang katanya memang sesuai dengan peringkat hidup umurku. Malah ayahku jua yang mengkompilasi semua majalah Bujal yang tersimpan rapi di rumah ayahku di kampung. "Berhibur sambil belajar" begitulah kata-kata yang menjadi "tagline" terhadap majalah ini.

Bujal juga merupakan buah tangan Rizalman dan rakan-rakannya yang diterbitkan oleh Raz Studio. Nama majalah ini merujuk pada watak utama dalam siri kartun yang terdapat dalam majalah berkenaan, iaitu "Bujal", kanak-kanak lelaki nakal yang sering berpakaian baju belang, tetapi bijak. Karakter tersebut  boleh dikatakan menjadi ikon penting kepada peminat.

“Bujal” yang mengisahkan kehidupan harian kanak-kanak dalam suasana kampung, mempunyai unsur pengajaran atau pendidikan menerusi karakter-karakter yang ada seperti Dogol, Raju, Wak Segan, dan Cikgu Markonah. Selain siri kartun, majalah ini juga memuatkan ruangan Mari Berpantun, AGEBU (Aku Geng Bujal), dan cerpen. Malah ia menjadi majalah untuk golongan kanak-kanak belajar bahasa Inggeris melalui ruangan “Story Time” di samping menulis jawi kerana memuatkan artikel atau cerita bertulisan Jawi.

Saya lampirkan di bawah salah satu adegan yang mengesahkan Wak Segan YangYok, mengisahkan seorang tua di kampung yang tiap kali bulan ramadhan akan meninggalkan ibadah puasa. Kisah-kisah seperti ini pastinya menjolok rasa dan memberikan pengajaran kepada semua.
Namun, tahukah anda siapa pelukis dan penciptanya? Dalam komik itu, pelukis terbabit dikenali dengan nama pena Nasah.

Bakat dan kredibiliti kartunis yang ada dalam diri Nasah membuatkan Bujal diterima ramai. Malah, sewaktu di sekolah, guru penulis pernah menjadikan Bujal sebagai contoh berikutan mesej yang disampaikannya.

Kini komik Bujal sudah berkubur. Namun, pelukisnya, Nasah atau Sharif Hasan, 58, masih lagi aktif melukis dan membuat lakaran.

Karyanya kini terpampang di ruangan Jawi, akhbar Harian Metro serta majalah Pendidik dan Cahaya terbitan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Namanya mungkin tidak sepopular Datuk Lat atau kartunis generasi baru seperti Ujang, Gayour dan Aie. Bagaimanapun, nama Sharif sebaris dengan kartunis lama seperti Rejabhad, Halim Teh, Wahidi, Mishar dan Raja Hamzah. Sharif mempunyai sentuhan dan gaya tersendiri dalam menghasilkan kartun.

Kartun dan komik memang dekat dengan jiwanya ketika dia masih kanak-kanak lagi. Hasil dorongan gurunya, Yaacob Rais, dia bergiat cergas dalam bidang berkenaan seawal 1969.

Karya pertamanya tersiar dalam majalah Hiburan sebelum dia mendapat ruangan tetap, iaitu Renungan Hari Ini di akhbar Utusan Melayu dan Utusan Zaman.

Mulai 1973, Sharif bekerja dengan syarikat Suarasa yang menerbitkan majalah seperti Bujal, Anak Rusa Nani dan Rina. Dia kemudian menyertai syarikat penerbitan Raz Studio sebelum berpindah ke syarikat Graphic Comic pada 1995.

Selain bertugas di situ, Sharif berkarya untuk beberapa majalah lain seperti Gelihati, Kuntum, Mingguan Kanak-Kanak, Pelita Rakyat, Gema RTM dan Pemimpin dengan menggunakan pelbagai nama pena.

Di samping majalah, karya Sharif tersiar di akhbar Berita Harian dan Utusan Malaysia. Komik Ima dan Nizam, Pak We Malang dan Gurau Senda mengangkat namanya.

Bukan itu saja, Sharif juga aktif sebagai penulis ruangan di beberapa majalah seperti Majalah Filem, Berita Filem, Mastika Filem, Seni, Hiburan, Utusan Filem dan Fesyen.

“Sebenarnya saya dah nak bersara sejak 1996 lagi sebab keadaan kesihatan tak mengizinkan. Tapi seorang rakan kemudian mempelawa saya untuk bekerja secara kontrak dengan Utusan Melayu. Tawaran itu sukar untuk saya tolak dan saya kembali bersemangat walaupun tak berapa sihat,” kata Sharif.

Kini beliau dalam perancangan untuk mengumpul koleksi kartun Miau bertulisan Jawi yang disiarkan dalam Harian Metro dengan sasaran pembaca kanak-kanak.

Menurutnya, kanak-kanak mudah tertarik dengan watak kartun tanpa mengira apa bahasanya. Contohnya walaupun kartun itu disiarkan dalam bahasa Inggeris, Kantonis atau Jepun, mereka tetap menghayatinya dengan penuh imaginasi.

Baginya, penghasilan buku bergambar dan komik Jawi dapat menarik kanak-kanak untuk meminati tulisan Jawi. Ini terbukti ketika majalah Bujal yang diterbitkan dengan konsep sebegitu pada tahun 70-an dan 80-an mencatat jualan yang tinggi berbanding majalah kanak-kanak lain waktu itu.

“Sekiranya komik dapat diterbitkan dalam tulisan Jawi berserta watak yang boleh mengkagumkan kanak-kanak, saya yakin ia boleh menjadi serampang dua mata untuk pendidikan moral dan jawi sekali gus,” kata Sharif.

Bermula pada tahun 90-an, majalah kartun semakin mendapat tempat di kalangan masyarakat dan ia terbukti apabila jualan majalah seperti Gila-Gila, Ujang dan Gelihati begitu tinggi. Kerjaya kartunis juga semakin dipandang tinggi dan ramai kartunis yang hidup selesa.

Bagaimanapun, Sharif berasa penerimaan masyarakat terhadap majalah kartun tidak seperti dulu berikutan jualan kebanyakan majalah komik merosot, malah ada yang gulung tikar!

“Ini mungkin kerana kemunculan banyak stesen televisyen yang menyiarkan kartun dan khidmat internet yang meluas. Tapi, saya juga melihat idea dan persembahan sesetengah kartunis baru kurang menarik. Mungkin ini juga antara faktornya,” katanya.
Share:

Issues on Organic Wastage

Oil palm (Elaeis guineensis) was first introduced into Malaysia as early as in the late 1870s as an ornamental plant and commercial planting started only in 1917 on a small scale.  Large scale commercial cultivation of the crop picked up during the 1960s as a result of government's crop diversification policy to avoid over dependence on a single commodity rubber.  From then on, the oil palm industry has witnessed phenomenal growth and has evolved from a mere exporter of crude palm oil into more diversified products and supporting industries.

Therefore, the palm oil industry generates an abundance of oil palm biomass such as the Empty Fruit Bunch (EFB), shell, frond, trunk and Palm Oil Mill Effluent (POME). For 88 million tons of Fresh Fruit Bunch (FFB) processed in 2008, the amount of oil palm biomass was more than 26 million tones. Previously, EFB has been dumped for soil mulching in the plantation area. Subsequently the industry had adopted composting technology in order to solve its waste management issue in compliance with RSPO requirements to reduce greenhouse gasses emission.

However, composting of EFB requires high inputs in terms of land, time and logistics. The compost produced through accelerated composting normally contains low nutrient, high moisture and impractical to be applied in plantation due to its bulkiness and low quality characteristics. Furthermore, composting of EFB would contribute to environmental hazards through releasing of leachate to the environment.

There are 3 major sources of waste coming from the operations of the Palm Oil Mill. First, Empty Fruit Bunch (EFB) waste is normally land-filled in the plantation. This involves costs for transportation, manpower resources and land usage whilst bringing no benefits.

Next is that the Palm Oil Mill Effluent (POME) lagoons require constant maintenance and modifications to meet the constantly demanding Department of Environment (DoE) discharge requirements. And finally, the decanter cake or sludge and boiler ash are required to be transported out and disposed off incurring costs whilst giving nothing back to the plantation.

The biggest problems facing the palm oil millers in Malaysia is the disposal of the Empty Fruit Bunch (EFB), after the oil has been extracted. The current trend among the millers is limited to allowing the EFB to rot in the estates, burning in incinerators, converting into low grade fertilizers or use as low-grade low-burn fuel in boilers.

Historical data shows conversion rate between 75-100%. Higher volume to handle against original estimated plan (50%)

The compost plants are not able to take more than one third of POME, leaving behind a huge volume to be treated.Most of the closed system plants are not able to accommodate all the EFB, leading to frequent incidences of EFB piling up

Mechanized application limited to flat and undulating areas and limiting compost application to more areas. For FY 2011/12 application plan, mechanized application is planned for 60% of total area identified for compost application. Balance 40% mainly at East Malaysia where 100% is facilitated by manual application.

In general, all the compost samples average nutrient content were lower in N, P2O5, K2O and MgO content as against the minimum guaranteed level (1.8:0.5:3.4:1.0).  Inconsistent quality of different batches of compost will have different nutrient contents and highly variable from time to time. Hence, there is a need to supplement with inorganic fertilizer but with variable rates in order to meet the palm minimum nutrient requirement

Based on 2010-11 average results, generally need to supplement Ammonium Sulphate at the range of 1.00-2.00 kg/palm and MOP at the range of 0.25-3.00 kg/palm for those fields applied with these batches of compost material.
Share:

Total Pageviews

Labels

Teman Blog

Pengikut