Suratannya, Aku Masih Di Sini (Bahagian 2)

Seingat Asyraf, ibunya pernah memberitahu bahawa beliau pernah berada di wad hospital Batu Pahat selama 5 hari dalam tahun 70 an. Waktu itu umurnya baru 3 tahun. Demam panas. Itu adalah pengalaman berada di wad hospital buat kali pertama. Hospital Batu Pahat terletak berdekatan dengan Simpang Rantai.

Sekarang hospital ini telah diberikan nama baru Hospital Sultanah Nora Ismail yang terletak berhampiran Taman Soga. “Engkau dulu Asraff memang susah nak membesar. Waktu ko lahir, bila bidan potong pusat darah mengalir tak henti-henti… Merah bedung yang membaluti tubuh ko … Ingat lagi arwah Atok Adut yang membidankan mak pada masa tu ” Ibu Asraff, menceritakan kisah lamanya.

Waktu di hospital Batu Pahat arwah embah yang menjaga. Ketika embah menceritakan kisah jururawat ingin memberikan ubat dengan injection beliau tersenyum dan ketawa kecil. “Asyraf masa tu nak tembak jururawat tu pakai pistol gabus yang bapak belikan. Nasib baik gabus tu terikat kepada tali yang melekat pada hujung pistol tu, kalau tidak mungkin dah berbekas pipi jururawat tu”.

“Dr, patient hiperaktif, mencabut semua tiup dan saluran yang dipasang” kata seorang jururawat. “Patient perlukan 6 pain darah untuk menggantikan darah yang telah tertumpah. Kita akan cuba siapkan dalam tempoh 2 jam tambahan”

“Embah, Asyraf di mana ye sekarang…..Asyraff rasa bingung la… keliru” Dunia seakan asing buat Asyraf. Gelap gelita seperti di dalam gua. “Yasinnnnnnnn…….”terngiang-ngiang suara itu kedengaran di telinga Asyraf. Sayup aje kedengarannya. Semasa kecil memang kerap arwah embah membacakan ayat-ayat suci sebelum tidur. “Embah…bacakan lagi embah… tenang sahaja bacaan al quran embah. Asyraff merindui bacaan al quran embah”

Terbayang Asyraf kepada arwah embah yang telah pergi tidak kembali lebih dari 30 tahun yang lalu. Embah Ismail sering dilihat bersolat di ruang tamu bahagian depan rumah. Embah Minah menjadi makmum. Asraff pula sering berlegar-legar di belakang jemaah arwah-arwah embahnya.

“Embah… dada Asyraff sakit sangat. Kepala Asyraff pening. Nafas Asyraff tak sampai. Sesak. Tak boleh tarik panjang-panjang. Kalau tarik nafas panjang rasa pedih di bahagian dada. Asyraff tarik sikit-sikit. “

Hai orang yang tertipu
Kenapa bermain dengan harapan
Ketika ajal menghampiri
Kamu harus tahu
Rakus adalah samudera luas
Menjauhkan bahtera dunia
Ke tengah-tengahnya
Kamu harus tahu
Kematian itu pasti menyergapmu
Rasanya sangat menyakitkan
Setelah tubuhmu dibungkus kafan
Lalu diusung ditimbuni tanah
Dan matamu terkatup rapat.

“Huh suara apa kah itu ?......” Kelihatan seorang lelaki yang berjubah putih datang… harum baunya… haruman yang tidak pernah tercium. Seperti haruman gaharu yang dibakar di atas dupa cendana. Wangi menusuk ke hidung Asraff.

Lelaki itu memandang dengan berkali-kali sehingga tidak terkira sambil berlegar-legar mengelilinginya. “Ya Allah. Tunjukkan ya Allah? Berikan hambamu kekuatan dan hilangkan rasa kebimbangan dan ketakutan serta kerisauan ini. Andai benarlah ini adalah hari terakhirku, ku pinta agar terimalah aku sebagai insan yang soleh.”

Tuhan dulu pernah aku menagih simpati
Kepada manusia yang alpa jua buta
Lalu terheretlah aku dilorong gelisah
Luka hati yang berdarah kini jadi parah

Semalam sudah sampai kepenghujungnya
Kisah seribu duka ku harap sudah berlalu
Tak ingin lagi ku ulangi kembali
Gerak dosa yang menhiris hati

Tuhan dosa itu menggunung
Tapi rahmat-Mu melangit luas
Harga selautan syukurku
Hanyalah setitis nikmat-Mu di bumi

Tuhan walau taubat sering ku mungkir
Namun pengampunan-Mu tak pernah bertepi
Bila selangkah ku rapat pada-Mu
Seribu langkah Kau rapat padaku

“Nyanyi-nyanyian apakah ini?. Aku seperti pernah mendengar nya…..!!!!”. Tiba-tiba pelbagai cahaya datang. Putih. Hitam yang dicemari bau-bauan busuk serta darah dan nanah. Lalu warna Hijau. Merah….Oren… Kuning …. “Adakah ini bayangan pelangi atau apakah aku dalam halusinasi?”.

Cahaya putih yang tiba-tiba terus terserak dengan luas. Kelihatan ramai orang yang bergerak ke suatu arah yang tidak diketahui. Ada yang berlari dengan pantas. Ada yang berjalan….. merangkak. Menyelar. Bergolek. “Di manakah aku ?”

Anak muda itu kelihatannya gagah tapi mengapa perlahan benar pergerakkannya. Orang tua itu kelihatan cerah dan tersenyum wajahnya.

“Oh! Pak Cik…. Ke manakah mahu pergi ? dan mereka ni semua mahu ke mana ?” Orang tua yang digelar pakcik hanya tersenyum tak menjawab apa-apa. Apatah lagi orang muda itu. Masing-masing dengan hal mereka.

Kemudian cahaya berwarna-warni itu datang lagi silih berganti. Hilang semua orang yang kelihatan ke satu arah yang tidak diketahui. Tiba-tiba cahaya putih datang lagi. Mula-mula kelihatan kecil sepeti satu titik yang dilihat dari jauh. Cahaya itu memecah dan terus berkembang sehingga menerangi Asraf.

Terang sehingga silau matanya. Ketika itu kelihatan lagi insan yang bergerak menuju ke suatu tempat yang tidak diketahui. Asraf pasrah tanpa bersoal banyak terus mengikut arus itu. Jauh perjalanannya. Letih. Penat. Sakit. Semuanya ada. Sejuk. Sangat sejuk yang tidak terkira.  Perjalanan itu tiba di sebuah pintu gerbang yang amat luas. Semua orang ke sana tak kira yang besar, kecil tua atau muda.

Selawat Syifa
“Heiiiii .. kau mahu ke mana ?. Berhenti engkau dari melintasi gerbang ini” Datang satu suara yang tak ketahuan arahanya.

“Aku tak tahu… Bantu lah aku mencari jalan nya”…..”Masa mu belum sampai”. “Aku keliru.. tak tau mana kah arahku.” Asraf sudah kira akan apa yang terjadi dan tidak mengendahkan larangan melintasi gerbang tersebut lalu melompat dengan sekuat hati.

Bismillah 5
Lalu tiba-tiba ada rasa yang sangat sakit “Aduh !!!... sakit dadaku.. sakit semuanya. Tanganku kebas…. Kakiku sejuk sangat. “ ”Pak cik… pakcik … “ sayup-sayup terdengar suara itu. “Siapakah itu ?”.

“Pak cik Asyraf tak sihat…. Ada di IJN ni. Dah dekat 5 hari pak cik di sini. Pak cik jangan la meronta lagi. Lagi kuat pak cik meronta lagi lambat pakcik baik”. Suara itu …terus hilang bersama setiap kesakitan yang dialamai Asyraf. “Oh!!!..

Tuan Guru…. Ust. “ … “Wahai orang muda, sudah lupakah engkau akan pesananku ketika menghadapi sakit?. Lafazkan lah selawat syifa berkali-kali dan lafazkan lah Bismillah 5 yang pernah aku ajarkan padamu”.

“Bapak….. Mak…..” buat kali pertama Asraff melihat Ayah dan Ibunya pada ketika itu. “Maaf kan atas kesilapan dan kesalahan Asraff. Halalkan segala makan minum dan susu yang mak berikan.”

“Yasinnnnnn…. Wal quranil hakim” Suara itu kedengaran lagi. Tapi kali ini bukan embah yang memperdengarkannya. “Oh!.... itu suara Jiha”. Sayup-sayup kedengaran suara Jiha mengalunkan bacaan Yasin. “Abang…. Ni Amar Bang!!!”

“Amar… kalau abah tak ada… Amar jaga Ibu… adik-adik terutama Naurah ye!!!”. Keluh Asyraf kepada Amar, anak sulungnya. Alat-alat yang membantu Asraf terus berbunyi. Jururawat tiba dan mengarahkan Amar untuk menangis di luar.
Share:

0 komen:

Total Pageviews

Labels

Teman Blog

Pengikut