Organik memang signifikan


Pengenalan

Penggunaan baja kimia acapkali dipraktikkan untuk menjaga kesuburan tanah. Peningkatan harga baja kimia yang mendadak menyebabkan penggunaan baja organik menjadi popular. Menurut Taryo- Adiwiganda et al. 1998, pengurangan sebanyak 25 % dan 50 % baja kimia tidak mempunyai sebarang perbezaan yang ketara terhadap teknik membaja secara konversional.  Kombinasi baja kimia dan baja organik dengan nisbah 25:75 peratus cukup untuk membekalkan nutrien kepada kawasan ladang yang mempunyai pengeluaran sehingga 26 tan sehektar setahun, manakala pengurangan sehingga 50 % baja kimia, selamat untuk dipraktikkan untuk kawasan pengeluaran kurang daripada 16 tan/ha/tahun.

Peranan Mikrob

Mikrob memainkan peranan yang penting dalam meningkatkan tahap kualiti tanah.  Berikut merupakan beberapa contoh peranan mikro organisma yang penting.
  1. Aktiviti bacteria Azospirilium dan Azotobakter untuk memerangkap gas nitrogen dari atmosfera dan menukarkan kepada bentuk ammonium yang boleh digunakan oleh tumbuhan.  Menurut Geonardi et al.  1999, aktiviti mikrob boleh memerangkap 2 – 2000 kg N per ha setahun. 
  2. Aeromonas boleh mengeluarkan enzim phosphorylase untuk mengungkai P yang terikat di dalam tanah.
  3. Aspergilus berupaya meningkatkan partikel aggregat tanah sehingga system pengudaraan tanah menjadi lebih baik. Kehadiran pelbagai mikrob di dalam tanah meningkatkan kestabilan partikel aggregat tanah (Lynch, 1983., Geonadi et al., 1999)
Baja Bio-organik adalah sejenis baja organik yang diperbu at daripada hasilan pemerahan minyak sawit seperti Buah Tandan kosong, POME dan produk sampingan lain yang diambil dari kilang.  Proses pengkomposan dilakukan secara teliti di kawasan persekitaran yang terkawal dan diletakkan di atas platform bersimen bagi mengelakkan kehilangan kandungan nutrien dan mengawal pencemaran terhadap alam sekitar.
Proses pereputan dibantu dengan menambahkan pupulasi mikrorganisma yang terdiri daripada bacteria, kulat dan protozoa iaitu Bacillius spp, Actinomycetes spp, Trichoderma spp, Aspergillus spp, Azotobakter dan sebagainya.

Proses pengkayaan terhadap ABO  dilakukan dengan menambahkan microrganisma berfaedah iaitu Mikoriza dan Trichiderma spp.  Zeolite atau bahan mineral semulajadi yang kaya dengan sumber nitrogen organik juga ditambahkan kepada AKP da ABP sebagai bahan tambahan.

Bahan-bahan sampingan kilang kelapa sawit perlu direputkan sebelum dijadikan ABO kerana,

  1. Membunuh kebanyakan bakteria di dalamnya supaya N dapat dibebaskan dari sel-sel mikrorganisma kepada tanah dan ditukarkan kepada bentuk yang dapat diserap oleh tumbuhan.
  2. Mengawal dan menentukan bahan-bahan mentah dalam keadaan yang optimum dari segi kelembapan, struktur dan tekstur sebelum di serahkan kepada pengguna.
  3. Membantu dalam membunuh benih rumpai, kulat, telur serangga, pembawa penyakit semasa proses pereputan berlangsung.
Ramuan utama dalam penghasilan biorganik selain bahan hasilan perahan minyak sawit yang sudah terkompos adalah mikoriza, Trikoderma, Zeolite dan Bahan Organik N dengan peratusan berat masing-masing sebanyak 5, 0.1, 5 dan 0.1 peratus. Mikoriza (5 % w/w)

Asosiasi mikoriza bersama akar berupaya membantu meningkatkan kemandirian tumbuhan dan secara tidak langsung meningkatkan penghasilan.  Hubungan simbiosis di antara pokok dan mikrorganisma meningkatkan kadar penyerapan nutrien, air dan struktur tanah.  Tumbuhan perumah membekalkan karbohidrat kepada kulat mikoriza manakala kulat membentuk sistem akar pokok membantu meningkatkan kecekapan pokok menyerap nutrien dan air (Redeker, 2005).  Ia mempunyai interaksi yang unik di antara akar pokok dan sistem hifanya bagi meningkatkan pertumbuhan pokok (Idris, A.S dan Shamala, S., 2009).

Trikoderma (0.1 % w/w)
Zeolite (BM 383 – 5.0 % w/w)
Organik N (0.1 % w/w)

Pengendalian dan penyimpanan produk ini mungkin ada sedikit perbezaan daripada pengendalian baja kimia.  Perbezaan ramuan kandungan AKP anda ABO adalah kandungan organisma hidup yang diperkayakan di dalamnya. Oleh itu penyimpanannya perlu 

  1. diletakkan berasingan dari baja kimia yang lain atau perlu dielakkan sama sekali diletakkan bersama racun kulat kerana racun ini berupaya memberi keburukan kepada mikro organism hidup yang ada di dalamnya. 
  2. disimpan di dalam kawasan penyimpanan yang bertutup dan berbumbung untuk mengelakkan pendedahan secara langsing dari sinaran matahari, hujan dan air.
Penggunaan baja organik ini adalah lebih baik sekiranya terus ditabur di ladang bagi memaksimum kesan mikro organisma.  Keaktifan mikro organisma masih berada ditahap optimum sekiranya disimpan dalam tempoh kurang daripada setahun.

Kadar penggunaan biorganik berbeza mengikut jenis dan umur tanaman.   Secara umum penggunaan sebanyak 20 tan adalah dicadangkan atau dengan kadar 1 paun biorganik bagi 1 kaki persegi.  Bagi lubang penanaman biorganik perlu dimasukkan ke dalam lubang penanaman dan jalankan penanaman seperti biasa.  biorganik juga boleh digunakan sebagai sungkupan dengan menabukan di keliling tanaman untuk mengurangkan kehilangan air, mengurangkan rumpai, menjadi baja, membaiki struktur tanah dan menyuburkan tanaman.  Bagi tanaman sayuran, gaulkan biorganik ke dalam tanah atau taburkan di atas batas  penanaman

Jadual 1: Kadar penggunaan mengikut jenis pokok

Jenis tanaman
Kadar (kg/ekar)
Kekerapan
Padi
500 – 1000
Semusim
Kelapa Sawit
25
1 kali setahun
Sayuran
500 – 1000
2-4 kali setahun
Buah-buahan
5 – 10
2 kali setahun

Jadual 2: Kadar penggunaan mengikut umur pokok kelapa sawit

Peringkat Penanaman
Kadar
Rujukan
Tapak semaian
Penggunaan dengan nisbah 1:2:3 bagi baja organik, Pasir dan Tanah.  1 bahagian baja organik bagi menggantikan bahagian tanah atasan
Rajah 1
Sungkupan
20 kilo bagi setiap pokok
Rajah 2
Kawasan tanam semula dan sungkupan bagi tahun pertama
5 kilo sepokok
Rajah 3
Kawasan rata atau beralun sederhana bagi pokok sawit muda (1 – 3 tahun)
10 kilo sepokok
Rajah 4
Kawasan rata atau beralun sederhana bagi  pokok matang muda (4 – 7 tahun)
10 kilo sepokok
Rajah 5
Kawasan rata atau beralun sederhana  bagi pokok sawit matang (lebih daripada 8 tahun)
20 kilo setiap 2 pokok
Rajah 6
Kawasan teres bagi pokok sawit matang (lebih daripada 8 tahun)
20 kilo bagi setiap pokok
Rajah 7

Pembajaan di ladang menumpukan kepada 3 kawasan iaitu semasa penanaman, ketika pokok sawit berumur 1 hingga tahun dan pokok yang telah matang iaitu berumur 4 tahun ke atas. Ringkasan kaedah membaja adalah seperti yang ditunjukkan di jadual.

Jadual 3: Ringkasan kaedah menggunakan ABO di ladang

No
Usia pokok
Kaedah membaja
1
Semasa menanam
Baja organik AKP atau ABO perlu diletakkan di dalam lubang penanaman dengan kadar yang telah ditetapkan

2
Pokok muda (1 – 3 tahun)
AKP atau ABO perlu ditabur secara serakan di keliling pokok mengikut pusaran daun
3
Pokok matang
Baja perlu ditabur secara berserak dengan jarak 2 meter dari pangkal pokok dan selari dengan timbunan pelepah
Nota
i.                     Program pembajaan boleh dijalankan dengan memerhatikan keadaan cuaca dan hujan yang bersesuaian.
ii.                   Kerja-kerja penyemburan racun dan baja kimia perlu dilakukan 7 hari sebelum atau selepas pembajaan menggunakan AKP atau ABO.
Rujukan
  1. Taryo-Agiwiganda, Y., Tarigan, T., dan Purba, B., 2006.  Effect of Bio Fertilizer on Mature Oil Palm in North Sumatra and Riau.  Indonesian Journal of Agricultural Science 7(1). 20-26.
  2. Geonardi, G.H., Saraswati, R., Herman, Y., Santoso, I., Sukin, Y., Haryanto., Rais, A.A., Roemalia, J., Ariffin., D., Damarjati, S., Santi, L.P. dan Gunawan, S., 1999. Produksi Biofertilizer untuk Efisiensi Penggunaan Pupuk dalan Budidaya Tanaman yang aman Lingkungan. Laporan Akhir Penelitian Riset Unggulan Kemitraan II 1996/67-1998/99. Unit Penelitian Bioteknologi Perkebunan bekerja sama dengan PTP Nusantara I/III/IV/VII/XIV hlm 214.
  3. Lynch, J.M, 1983. Soil Biotechnology: Microbial factors in crop productivity. Black Sci Publi London 191 ms.
Share:

Total Pageviews

Labels

Teman Blog

Pengikut