Saat sore itu
Melepas pandang laut cina selatan
Rasa sejuk nyaman disapa angin masin
Buih-buih ombak menyentuh lembut jemari
Seakan terapi sangat menenangkan
Mata tertancap pada olengan sabut
Meliuk lintuk dibuai ombak kecil
Begitulah hidup tiada pernah berhenti berhayun
Mengikut rentak arus tenang dan air pasang
Melihat gulungan ombak menghempas pantai
Serasa gerun di tangkai hati
Bagai ada kuasa yang ingin ikut menarik
Tubuh karam ditelan lautan
Mendongak melihat burung berterbangan
Sesekali turun menyambar ikan
Untung jika ikan tersepit di hujung muncung
Gerhana jika hanya air laut menjadi santapan
Menoleh si ketam deret berjalan
Tangkas bersembunyi saat pantai dibanjir air
Seperti insan yang bijak memacu peluang
Agar bisa terus berjalan walaupun tempang
Saat sore itu
Tika cahaya jingga mula sirna
Burung berterbangan kembali ke sarang
Kelip-kelip lampu samar di tengah lautan
Diri terpaku melihat alam
Betapa agung kuasa yang Satu
Segala sesuatu siap terencana
Untuk hamba yang mahu bersyukur...

0 komen:
Post a Comment