Metakosmos adalah alam yang paling besar serta tidak terjangkau oleh pemikiran kasar minda mikro yang mengawal keseluruhan sistem mikro dan juga sistem makro. Metakosmos lebih dikenali sebagai ketuhanan. Kebanyakan pemikiran kasar minda mikro cuba untuk mengenali serta mencari untuk ketemu dengan Rabbnya. Lalu lahirlah berbagai-bagai teknik, kajian, sistem-sistem baru hanya kerana mahu mengenal atau lebih ekstrim lagi mahu mencari dan berjumpa dengan pemilik sistem-sistem mikro, makro dan meta ini.
Ada dikalangan sistem mikro yang kononnya telah menguasai sebahagian dari sistem makro, lalu mengaku diri adalah telah kenal kepada Pencipta sistem. Ada juga sistem mikro yang mengaku diri adalah penguasa/khalifah/kekasih kepada Pencipta sistem dan ada juga sistem mikro yang telah korup total mengaku diri ada Pencipta sistem.
Nukilan ini menggambarkan penciptaan Metakosmos yang disinari oleh kekuasaan Rabb yang menjadikan alam ini dengan sungguh sempurna bagi manusia mengambil iktibar. Wallahu Aklam.
Melayang dalam sinar yang ku pejam
dalam bintang-bintang raudah
yang ku gapai dan ku dakap
pada pagar-pagar An-Nur
yang memutih bercahaya
pada dinding langit yang memukau
dan bertasbih pada wujudnya DIA.
Metakosmosis tersergam dalam bayang AL-HAQ
yang berterbangan menari di awan-awan pesona
yang terbentuk daripada embun-embun zikir
menurunkan hujan-hujan rahmat
di sejadah rindu yang berkilau
lantas diangkat ke langit
hilang dalam roh-roh kudus.
Butir-butir cinta yang melimpah
dalam lautan menjadi rakit cinta
membawa diri melayang digerbang Metakosmos
yang terpahat ukiran Ar-Rahman
dan terjahit tulisan Ar-Rahim
pada layar cinta
yang tak mungkin terpadam
di Pesona Metakosmosis.
curasimanjakini 2006
(http://curasimanjakini.blogspot.com)
Deklamasi Ramadan 2014
0 komen:
Post a Comment