Maafkan kami...
Ketika kamu berpuasa...
Kamu dihujani peluru yang kami cipta...
Kami cuba buat sesuatu untuk kamu...
Kami cuba boikot setiap barangan Israel...
Tapi kami tertewas dengan hanya sebiji burger dan secawan kopi panas...
Kami tertewas dengan beli satu percuma satu..
Kami tertewas dengan 50%off barangan Israel...
Maafkan kami...
Ketika kamu berbuka...
Kamu bermandian darah..
Kami cuba merasai keperitan yang kamu lalui..
Kami cuba berlapar seperti kamu...namun..
Lagi sekali kami tewas di bazar Ramadhan..
Hawa nafsu yang tinggal dalam diri merajai segalanya...
Di kanan murtabak,roti john,ayam percik
Di kiri air tebu,air soya,air buah...
Maafkan kami...
Ketika kamu bertahajud dan bersahur...
Rumah kamu musnah...
Kami juga bertahajud...
Tapi bukan menyembah Tuhan...
Kami bangkit untuk menyaksikan World Cup...
7-1 membuatkan seluruh dunia menangis...
Tetapi kami tidak menangis kerana mu GAZA...
Maafkan kami...
Ketika kamu bunyi letupan kehancuran...
Ramai anak-anak kecil dan wanita menjadi mangsa...
Kamu menjadi mangsa bukan disebabkan kamu...
Tapi kerana buatan tangan yang tidak berperikemanusiaan..
Kami di sini turut kedengaran...
Tetapi kedengaran kami di sini tidak seperi kamu sangka...
Kami mendengar letupan kerana Aidilfitri akan menjelma tidak lama lagi..
Kami hilang tangan,hilang jari tetapi buatan kami sendiri...
Maafkan kami...
Ketika kamu menjadi mangsa pelarian...
Kamu tiada masa untuk fikir menyambut Aidilfitri...
Kami di sini sudah bersiap siaga...
Bersiap siaga dengan lagu raya...
Pasaraya-pasaraya telah penuh kembali...
Masjid telah berkurangan...
Ikon-ikon artis menjadi model baju raya untuk melariskan perniagaan...
Cahaya lampu klip-klip dan pelita menyelubungi malam...
MAAFKAN KAMI...MAAFKAN KAMI...MAAFKAN KAMI...
ALLAH MENJANJIKAN SYURGA BUAT MU GAZA...
Bashiruddin Mohamad Sekeri
Ramadan 2014

0 komen:
Post a Comment