Puisi - Aku akan pergi tak lama lagi

Aku akan pergi tak lama lagi

Bangsa yang merdeka
Bangsa yang mulia
Sekarang sanggup menjual hak yang sedikit
Hak memilih, hak mengundi
Untuk mendapat kesenangan
tanpa usaha
Kesenangan yang sedikit
Maruah dijual
bangsa dijual
Tanahair dijual
Segalanya dijual
Untuk nikmat yang tidak kekal
Nikmat yang sementara yang sedikit sahaja
Politik yang menyelamat
Menjadi politik yang menghancur
Pemimpin semakin tamak
Untuk tempat dan kedudukan tinggi
Perbuatan yang haram dihalalkan
Nama Allah diperalatkan
dijual untuk nikmat yang sementara di dunia
Akan kembalikah bangsaku ?
Menjadi bangsa dijajah, dihina dan diperhamba
Wahai bangsaku
Begitu mudahkah kamulupa
Aku akan pergi tak lama lagi
Dapatkah aku pejam mata dan hembus nafas terakhir
Kerana bangsaku
Negaraku
Masih mulia
Masih bermaruah
Masih dipandang tinggi
Atau mataku terbeliak
Nafasku tersesak terhenti
Kerana segala yang diperjuangkan luput ditelan nafsu
Ya Allah lindungilah bangsaku
Sedarkanlah mereka
Sedarkan mereka bahawa
Engkau tidak akan mengubah nasib bangsa
Melainkan bangsa itu cuba mengubahnya
Mengubah sendiri, membendung nafsu
Kerana Allah
Kerana Agama
Kerana Bangsa
Kerana Negara
Biarkan aku pergi
Mata terpejam rapat
Nafas perlahan berhenti

Dr Mahathir bin Mohamad
10 Julai 2015


Share:

0 komen:

Total Pageviews

Labels

Teman Blog

Pengikut