• Samad Said - Janda Setinggan

    Katanya: Derita itu aku. Dirinya cemas diterjah usia dalam kabus belasungkawa, dia tergigau hampir seminggu diancam lipan, angin dan debu yang sama. Desa bahagia, derita.

  • Samad Said - Nikmat

    Segala yang dihasrat, tapi tak didapat adalah nikmat yang paling padat.

  • Samad Said - Ombak

    Ombak yang menjamah kakiku sekali takkan dapat kukenali lagi..

  • Samad Said - Bahasa Terindah

    Sesudah demikian lama dicintai, sukarlah dilupakan. Inti pengalaman, kepedihan; akar kerinduan keresahan… Memang begitu banyak diperlukan kekuatan, kepangkalan batin, rakit ditambatkan bara kenangan dikuatkan .

  • Samad Said - Tetamu Senja

    Kita datang ini satu roh satu jasad, Bila pulang nanti bawa bakti padat berkat, Kita datang ini satu roh satu jasad Bila pulang nanti bawa bakti padat berkat .

Memperingati kejatuhan Khilafah Uthmaniah 3 Mac 1924

Ramai yang tidak menyedari tarikh 3 Mac ialah sejarah pilu ummah, akibat runtuhnya sebuah kerajaan Islam yang telah memayungi sarwajagat dunia Islam termasuk alam Melayu. Kerajaan Islam yang berpusat di Turki itu melingkar jauh kekuasaannya sehinggalah ke Balkan di Eropah.

Negara Turki terletak di Asia kecil dan di sebelah Tenggara Benua Eropah. Kedudukan Turki memang unik, kerana sebahagian besar wilayahnya terletak di Asia, dan sebahagian kecilnya terletak di Eropah. Kedua-dua wilayah yang terpisah ini dihubungkan dengan jambatan yang merentasi Selat Bosporus.

Turki mempunyai sejarah panjang sebagai pusat pemerintahan Islam yang menaungi sebahagian besar ummat Islam. Khilafah Uthmaniah Turki diasaskan oleh Uthman Orthogol, berada di zaman kemuncak semasa pemerintahan Sultan Muhammad Al-Fatih yang telah berjaya menawan Kota Konstantinople daripada Byzantin.

Kehebatan kerajaan Uthmaniah mula semakin lemah diakibatkan oleh perancangan jahat orang-orang Yahudi Dunnama, di mana mereka ini telah memeluk Islam dengan niat untuk menghancurkan Islam daripada dalam (gunting dalam lipatan). Golongan Yahudi juga telah menduduki jawatan-jawatan penting dalam kerajaan Turki. Kemuncak perancangan mereka golongan Yahudi merancang untuk menghancurkan Khilafah Islam.

Golongan Yahudi antarabangsa melalui gerakan Freemason yang menguasai media massa telah menonjolkan Mustafa Kamal. Media massa juga telah memainkan peranan penting memburukkan kerajaan Uthmaniah Turki terutama kecacatan peribadi Khilafah yang bergelumang dengan keseronokan.

Di Turki, telah ditubuhkan "The Young Turks" pada tahun 1908 gerakan Yahudi ini digerakkan dengan bantuan Freemason. Golongan ini sangat agresif untuk menggulingkan Sultan Abdul Hamid II.

Di negara-negara Arab lain pula semangat Nasionalisme Arab telah ditiupkan dengan menganggap kerajaan Turki sebagai penjajah. Negara Barat berusaha meniupkan semangat negara bangsa kepada negara-negara Arab, melalui semangat Nasionalisme Arab inilah Turki mahu dipisahkan daripada saudara-saudara Islam lainnya di seluruh dunia. Perancangan keji Yahudi ini akhirnya berjaya meruntuhkan khilafah secara rasmi pada 3 Mac 1924. Mustafa Kamal telah naik ke takhta kuasa dan mula menunjukkan kebenciannya kepada Islam dan orang-orang beriman.

Seluruh dasar kerajaan telah dipisahkan daripada Syariat Islam di antaranya menurut Ahmadi Al-Aziz (1998):

1. Tidak mengambil Al-Quran dan Hadis sebagai dasar perlembagaan dan pemerintahan negara.

2. Golongan pemerintah (atasan) dan konco-konconya hinggalah ke menteri-menteri dan wakil-wakil rakyatnya, adalah perompak-perompak terhormat yang mengaut kekayaan rakyat untuk menjadikan mereka kaya-raya hasil menyertai politik.

3. Kebanyakan siaran-siaran radio dan televisyen serta isi kandung majalah, 95% adalah maksiat. Memang ada yang baiknya tetapi cuma sekadar 5% sahaja.

4. Terdapat binaan tugu-tugu dan patung-patung dalam negara, yang mana tugu-tugu dan patung-patung tersebut dibesar-besarkan.

5. Muzik-muzik haram, tari-menari, bergaul bebas, panggung-panggung wayang lucah, mengangkat sembah, pendedahan aurat, arak, judi, zina dan lain-lain lagi dibenarkan berleluasa.

6. Waktu-waktu sembahyang, masjid kosong. Majoriti manusia berkeliaran di luar masjid dengan segala bentuk urusan duniawi.

7. Peminta sedekah, fakir miskin, anak yatim, orang-orang tua dan janda-janda disisihkan.

8. Banyak projek yang sia-sia atau membazir, dengan menggunakan wang berjuta-juta seperti membesarkan tempat-tempat peleseran yang digunakan untuk orang-orang besar sahaja.

9. Polis dan tentera yang sepatutnya bertugas menjaga keamanan tetapi merekalah yang banyak membuat rakyat berasa tidak aman.

10. Para pemimpin apabila ditegur, mereka melenting dan marah-marah. Maka mereka pun berdendam dan mencari peluang mendedahkan pihak yang menegur untuk diambil tindakan.

11. Di satu Bandar bernama Balikesir, Mustafa Kamal berucap bahawa agama terpisah dengan urusan harian dan mendakwa Nabi Muhammad s.a.w. juga telah berbuat demikian. Ini jelas menentang Al-Quran dan Sunnah.

12. Dalam satu ceramahnya Mustafa Kamal pernah menegaskan bahawa mana mungkin sebuah Negara maju jika orangnya tidak berpakaian secara moden (mendedahkan aurat). Akibatnya ramai yang telah dibunuh hanya kerana enggan berpakaian secara barat dan mematuhi arahan negara Turki moden.

13. Mustafa Kamal tidak membenarkan kuasa talak pada suami (seperti yang ada dalam ajaran Islam) kerana mengikut undang-undang sivil dari Sweeden. Ironisnya, undang-undang ini diperkenalkan beberapa bulan selepas dia menceraikan isterinya.

Kejatuhan Islam yang telah memayungi umat selama 600 tahun lebih ini akhirnya telah mewajahkan dunia Islam yang baru, kemunculan negara bangsa akibat pemetaan baru dunia Islam dengan arkitek utamanya ialah empayar Pax Britanica dan Peranchis.

Negara umat Islam juga telah difaraidkan dan menuju titik kelemahan paling parah dengan pelebaran faham ilmaniah atau sekularisme. Umat Islam dijajah dan mengalami keterpurukan nilai serta tersudut dalam semua sektor sehingga memunculkan faham pan islamisme untuk mendobrak hegemoni Barat.

Empat tahun selepas kejatuhan khilafah Uthmaniah juga menyaksikan Imam Hasan Al-Banna menubuhkan Ikhwanul Muslimin untuk mengembalikan semula pemerintahan Islam, seterusnya gerakan Islam ditubuhkan di bumi umat Islam yang lain.

Jamiat Islami ditubuhkan di Sub Continent, Masyumi di Indonesia, Hizbul Muslimin di Malaya, an-Nur di Turki dan pelbagai gerakan Islam kontemporari yang lain. 3 Mac 1924 adalah sejarah luka umat Islam dan ianya akan kembali sembuh dengan ummah kembali berjuang untuk mengembalikan ketuanan Islam. Islam yang berdaulat, negara yang mendokong Syariat serta menjadi pembenteng kepada agama Allah sebagaimana yang telah dilakarkan dalam sejarah Khilafah Uthmaniah.

DR RIDUAN MOHAMAD NOR | 03 Mac 2016.
Share:

Pilitik, Jihad Dan Tasbih

Terasa dunia ini semakin tua apabila semakin hari semakin banyak fitnah, kezaliman dan penipuan berlaku. Di luar negara, kita menyaksikan pelbagai rampasan kuasa, pembunuhan, peperangan, kejatuhan harga minyak, usaha penjajahan baru dan pelbagai skandal yang berterusan.
Di dalam negara pula kita menghadapi pemimpin-pemimpin yang acapkali cuba menipu dan memperbodohkan rakyat. Kita sudah muak dengan isu-isu penyalahgunaan kuasa, pemecatan dan ampu mengampu.

Reputasi negara di mata dunia merudum. Mata wang negara pula semakin jatuh dan GST tetap dilaksanakan walaupun membebankan rakyat.

Hati yang sudah terluka ini bagaikan dicincang-cincang apabila melihat wang negara mengalir ke saku-saku pemimpin politik tertentu dan mereka menayangkan kehidupan mewah mereka itu pula.
Sebenarnya terlalu banyak perkara lagi yang menyakitkan hati dan tubuh rakyat yang tidak cukup ruang untuk disenaraikan di sini.

Penjawat awam semakin meluat, ahli-ahli perniagaan terasa berbuku di hati, manakala ulama pula sekadar ingin menjadi "Penasihat".

Anak-anak muda... semakin resah, bosan dan marah dengan keadaan begini.

Saya terjumpa semula beberapa buah hadith Nabi SAW yang sangat berkaitan; buat penyejuk hati dan pembakar semangat, yang sangat relevan dengan suasana yang dirasai sekarang.

سَيَكُونُ بَعْدِي أُمَرَاءُ يَكْذِبُونَ وَيَظْلِمُونَ ، فَمَنْ صَدَّقَهُمْ بِكَذِبِهمْ وَأَعَانَهُمْ عَلَى ظُلْمِهمْ ، فَلَيْسَ مِنِّي وَلَا أَنَا مِنْهُ ، وَمَنْ لَمْ يُصَدِّقْهُمْ بِكَذِبِهمْ وَلَمْ يُمَالِئْهُمْ عَلَى ظُلْمِهِمْ ، فَهُوَ مِنِّي وَأَنَا مِنْهُ ، أَلَا وَإنَّ دَمَ الْمُسْلِمِ كَفَّارَتُهُ ، أَلَا وَإِنَّ سُبْحَانَ اللَّهِ وَالْحَمْدُ للَّهِ وَلَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهَ وَاللَّهُ أَكْبَرُ ، هَنَّ الْبَاقِيَاتُ الصَّالِحَاتُ "

“Akan berlaku selepasku nanti para pemimpin membuat pembohongan dan kezaliman, maka sesiapa membenarkan pembohongan mereka dan membantu mereka dalam melakukan kezaliman, mereka bukan dari kalanganku dan aku bukan dari kalangannya. 

Sesiapa yang  menolak pembohongan yang dilakukan serta tidak membantu perbuatan zalim mereka, mereka adalah dari kalanganku dan aku dari kalangan mereka.

Bukankah (ketahuilah) darah seorang Muslim (darah syuhada’) dikira kaffarah baginya (penghapus dosa-dosanya).

Bukankah (ketahuilah) ucapan tasbih merupakan zikir yang menjadi amal salih yang kekal.” (Hasan)
Ada tiga perkara yang disentuh oleh hadith di atas.

Perkara 1: POLITIK

Nabi SAW telah meramalkan bahawa akan datang satu zaman nanti, muncul pemimpin-pemimpin yang banyak berbohong dan banyak melakukan kezaliman.

Natijahnya akan lahir bersama pemimpin begitu, dua golongan.

Golongan yang pertama akan mengiyakan pembohongan itu dan akan bersekongkol dengan kezaliman itu. Nabi SAW tidak mengaku golongan begini sebagai umatnya dan tidak mahu bersama mereka.

Golongan yang kedua pula akan menolak dan menafikan pembohongan itu serta tidak bersama dalam kezaliman pemimpin tersebut. Nabi SAW mengakui mereka inilah umat baginda dan Nabi bersama mereka.

Saya percaya penjelasan hadis yang sangat mudah ini membantu rakyat Malaysia mengambil sikap yang betul ketika berhadapan dengan suasana sebegini.

Perkara 2: JIHAD

Hadith ini disambung dengan satu ungkapan yang merangsang jiwa bahawa jihad mempertahankan agama dan hak manusia adalah sesuatu yang besar di sisi Allah SWT.

Sudah tentu ia mempunyai kaitan dengan perkara dan suasana sebelumnya (sikap menentang kezaliman).  Golongan yang diperakui sebagai umat dan Nabi SAW bersama mereka tentunya akan mendapat kepayahan dan kesusahan kesan daripada bangkit berhadapan dengan pemimpin yang penipu dan zalim.

Mereka tidak terpengaruh dan sekadar bertahan sahaja, malah bangkit untuk membetulkan keadaan. Titisan peluh, air mata, masa, tenaga, dipenjara dan entah apa lagi akan terbentang di hadapan mereka.

Lantas Nabi SAW menjanjikan itu semua akan menjadi penebus dan pemadam dosa-dosa silam yang akan menempa keredhaan dan syurga Allah SWT.

Perkara 3: TASBIH

Bahagian ketiga hadith ini mengingatkan bahawa dalam apa keadaan sekalipun, mereka yang bangkit berhadapan dengan pemimpin yang penipu dan zalim ini perlu mempunyai hati yang kuat membesarkan Allah SWT.

Aturlah langkah dan strategi untuk menurunkan dan menukar si penipu dan si zalim ini dalam keadaan kita kekal bertasbih, bertahmid, bertahlil dan bertakbir. Dalam keadaan sibuk atau letih bagaimana sekalipun, hati dan lidah kita akan terus basah mengungkapkan zikir:

سُبْحَانَ اللَّهِ وَالْحَمْدُ للَّهِ وَلَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهَ وَاللَّهُ أَكْبَرُ
Maha Suci Allah, Segala Pujian bagi Allah, dan Tiada Tuhan Melainkan Allah dan Allah Maha Besar.”

Kalimah ini akan kekal bersamanya ketika menang atau kalah, senang atau susah, sihat atau sakit, untung atau rugi malah hidup atau mati.

Semoga terubat hati yang keluh kesah berhadapan dengan suasana negara yang kucar-kacir ini. Semoga tiada yang bersekongkol lagi dengan si penipu dan si zalim. Semoga kita kekal menjadi umat Nabi Muhammad SAW dalam keadaan kita menjadi ahli politik yang berjuang tetapi hati kita segar berzikir dan bertasbih kepada Allah SWT.

Ustaz Haji Hasanuddin Mohd Yunus 
Naib Presiden Parti AMANAH Negara
Rabu 15 Jamadil Awal 1437H 
24 Februari 2016
Share:

Kejatuhan Kesultanan Melayu

Petang semalam, penulis berborak dengan rakan-rakan di dalam whatsapp. Berbeza dengan hari-hari lain, petang ini penulis bicara mengenai faktor-faktor kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka seperti yang telah didengar daripada kuliah bulanan Professor Madya Dr. Hafidzi Mohd Noor 2 minggu lepas

Ia amat penting untuk dikongsi bersama kerana penulis tidak mahu rakyat Malaysia mengulangi sejarah yang telah berlaku beratus tahun lamanya. Sejarah yang telah membuktikan bahawa sebuah tamadun yang begitu hebat seperti Melaka itupun boleh hancur kerana tamak haloba, rasuah dan wanita. Sama-sama kita ikuti ringkasan kuliah beliau, semoga beroleh manfaat.

Beliau memulakan cerita dengan 2 kata kunci penting. Sejarah yang kita belajar hari ini adalah catatan yang TERPILIH dan dipersembahkan dalam konteks yang SEMPIT.

Ramai yang mengatakan bahawa kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka adalah salah orang Cina dan India pada ketika itu. Macam selalu kita dengar, bukan? Kita ikuti kisahnya terlebih dahulu.

Kisah bermula apabila Bendahara Seri Maharaja (Tun Mutahir) mengahwinkan anaknya, Tun Fatimah dengan Tun Ali. Orang-orang dahulu, mereka cukup menjaga maruah anak dara mereka, sehinggakan selain daripada ahli keluarga mereka sendiri tidak pernah tahu bagaimana rupa paras sang dara.

Sehinggalah tiba hari perkahwinan, Sultan Mahmud juga diundang oleh Bendahara Seri Maharaja ke majlis perkahwinan Tun Fatimah dan Tun Ali.

Tersangat anggun dan indah rupa paras Tun Fatimah, sehinggakan apabila pertama kali wajahnya dijamah oleh pandangan Sultan Melaka (Sultan Mahmud), saat itu juga Baginda jatuh cinta, lalu menanam dendam berahi yang teramat kepada anak Bendahara.

Suatu hari, datang seorang saudagar bernama Nina Sura Dewana untuk memohon perlindungan daripada Syahbandar Melaka, Raja Mendaliar. Akan tetapi oleh kerana hari sudah gelap, maka disuruhnya saudagar pulang ke rumahnya.

Tetapi Nina Sura Dewana tidak berpuas hati, lalu berkata di dalam hati.

"Raja Mendaliar itu kaya orangnya. Sekiranya dia mendekati Datuk Bendahara, pasti aku kalah olehnya."

Lalu sang saudagar pergi berjumpa dengan Bendahara Tun Mutahir pada malam itu juga, sambil membawa bersamanya emas sebahara.

"Tunku, emas ini persembah sahaya akan pembeli sirih pinang," kata Nina Sura Dewana kepada Bendahara.

Bendahara menjawab,

"Baiklah, tuan hamba memberi hamba, hamba ambillah."

RASUAH

Perkara di atas diketahui oleh seorang ahli keluarga Nina Sura Dewana bernama Kitul. Kitul ini berhutang dengan Raja Mendaliar sekati emas.

Lalu keesokan malamnya, beliau bertemu dengan Raja Mendaliar, membawa khabar berita,

"Malam tadi Nina Sura Dewana datang kepada Datuk Bendahar, persembah sepuluh kati emas, hendak menyuruh bunuh tuan hamba, tuan hamba hendak dikerjakannya".

FITNAH UNTUK KEPENTINGAN DIRI

Apabila mendengar kata-kata Kitul itu, Raja Mendaliar menjadi sangat marah, lantas mengambil surat hutang Kitul dan mengoyakkannya.

"Yang hutang tuan hamba sekati emas itu, halallah dunia akhirat, tuan hambalah saudara kepada hamba, kembalilah tuan hamba."

AMARAH, PERCAYA TANPA USUL PERIKSA

Raja Mendaliar lalu bergegas menghadap Laksamana Khoja Hassan, yang merupakan Laksamana (pahlawan) yang rapat dengan Sultan Mahmud pada ketika itu, Datangnya Syahbandar bukan dengan tangan kosong, tetapi bersama dengannya emas sebahara, permata-permata dan pakaian yang indah-indah.

Berkata Syahbandar,

"Sahaya mengadap Orang Kaya ini, sahaya berlepas taksir, supaya jangan sahaya dikatakan orang sebicara dengan penghulu sahaya (Bendahara); kerana telah sahaya ketahui bahawa Datuk Bendahara hendak derhaka.

Orang Kaya peresembahkanlah ke bawah Duli Yang DiPertuan, sudah ia (Bendahara) berbuat takhta kerajaan, menempa ciu dan kaus emas; kasadnya hendak naik raja dalam negeri Melaka ini."

FITNAH

Setelah Laksamana melihat harta yang terlalu banyak itu, maka hilanglah pertimbangan akalnya yang waras. Berkata Laksamana,
"Hei emas, Tuhan bukan engkau, tetapi kehendak hati berlaku olehmu."

RASUAH & TAMAK HARTA DUNIA

Setelah menerima harta yang banyak itu, lantas dikhabarkan oleh sang Laksamana bahawa Bendahara ingin derhaka kepada Sultan.

Maka Sultan yang telah dipenuhi hatinya dengan dendam berahi terhadap Tun Fatimah itu, tanpa berfikir panjang terus mengarahkan seluruh keluarga Bendahara termasuk Tun Ali dihukum bunuh kerana derhaka kepada Sultan Melaka.

Lalu diambil oleh Sultan akan Tun Fatimah sebagai isteri Baginda.

NAFSU SHAHWAT & TIDAK PANGGIL BICARA

Tidak lama selepas itu, semua tembelang Si Kitul dan Raja Mendaliar pun pecah, Dikhabarkan bahawa seluruh keluarga Si Kitul dibunuh oleh Sultan dan tapak rumahnya dicabut lalu dicampakkan ke dalam laut. Maka tamatlah kisah sang pengadu domba,

Dengan mangkatnya Bendahara Seri Maharaja, Melaka kehilangan seorang pembesar yang sangat pandai mentadbir negeri. Peristiwa ini berlaku ketika Portugis sedang menyusun strateginya untuk menakluk kota Melaka.

Maka benarlah seperti kata bijak pandai, Arnold Toynbee,

"Tamadun mati kerana membunuh dirinya sendiri, bukannya kerana dibunuh."

Kisah di atas hanya secebis daripada perkara yang dikupas dengan begitu santai oleh Prof.
Apa yang lebih penting adalah pengajaran yang boleh kita ambil daripada sejarah yang telah berlaku pada zaman nenek moyang kita.

Penulis sebagai anak kelahiran Melaka, merasa sangat terkesan dengan kemungkaran-kemungkaran yang sudah berlaku pada zaman itu, dan berazam untuk mencegahnya daripada berlaku di zaman ini.

Tetapi, sekiranya pembaca pandai mengubah nama karakter dan plot berdasarkan cerita di atas, bukankah ianya sedang berlaku sekarang ini?


20 Feb 2016.
Share:

Syiah dan Peyelewengannya

PENGENALAN 

Perbezaan pendapat di kalangan umat islam dalam bidang syariah atau perundangan Islam dianggap satu rahmat kerana di sebalik perselisihan pendapat ini telah membawa kepada pertemuan, perbincangan dan perbahasan di antara alim ulama yang pakar dalam bidang tersebut sehingga satu keputusan dapat dibuat

Walaubagaimanapun perbezaan dalam bidang politik dan akidah lebih cenderung kepada malapetaka serta peperangan saudara umat islam. Ia mengakibatkan perpecahan di kalangan umat ISlam yang tidak diinginkan oleh Rasulullah SAW dan seluruh umat Islam. Demikianlah kewujudan fahaman Syiah telah menimbulkan perpecahan di kalangan umat Islam

Syiah Imam Dua Belas (Ja'afariah)

Kumpulan ini merupakan golongan Syiah yang terbesar di Iran dan merangkumi hampir 60 % daripada penduduk Iraq. Golongan ini juga menjadi kumulan minoriti di beberapa buah negara seperti Pakistan, Afganistan, Lebanon dan Syria

Syiah Zaidiyah

Kumpulan yang dikenali dengan nama Syiah Imam Lima dan ia berkembang di Yaman dan hampir 40% daripada penduduk negara tersebut adalah pengikut Syiah Zaidiyah.

Syiah Ismalilyah

Kumpulan ini mempunyai Imam tujuh dan pengikutnya dianggarkan seramai 2 juta orang. Kumpulan ini sekarang berpusat di India dan bertaburan di sekitar Asia Tengah, Iran, Syria dan Timur Afrika.


FAKTOR KEMUNCULAN SYIAH


1. Kewafatan Rasulullah SAW

Terdapat sesetengah pihak yang berpendapat bahawa Saidina Ali lebih berhak menjadi iman lalu bepihak oleh sebahagian kepadanya. Pendapat ini juga dipegang oleh sebahgian puak Syiah dengan penafsiran khas mereka sendiri. Sementara selain Syiah pula mengaitkan pendapat ini dengan pandangan yang mengatakan bahawa talian darah dengan Rasulullah SAW lebih berhak menjadi khalifah selepas Rasulullah SAW.

2. Kemunculan Pergerakan Abdullah B.SABA’ di Penghujung Zaman Uthman R.A.

Abdullah b.SABA’ adalah seorang yahudi dari Yaman dan pengasas golongan Syiah AL-SABA_iyah yang merupakan golongan Syiah pelampau. Dia telah memeluk islam pada zaman Uthman r.a dan menjelajah ke kota-kota islam dalam percubaannya untuk menyesatkan umat islam.


3. Peperangan Siffin dan Majlis Tahkim. 


Reaksi kepada puak Khawarij yang menentang Saidina Ali r.a dalam pristiwa Tahkim. Mereka melaungkan bahawa iman itu adalah hak umum bagi semuas kaum muslimin tanpa wujud keutamaan antara orng Arab dengan bukan Arab dan antara bangsa Parsi atau Habsyah. Puak Syiah dalam keadaan itu menjadikan iman hak di kalangan ahli bait Rasulullah SAW sahaja, dari keterunan Saidina Ali r.a .


4. Pembunuhan Hussein R.A. 


Selepas peristiwa menyayat hati ini, lafaz Syiah mula digunakan untuk merujuk kepada mereka yang digunakan untuk merujuk kepada mereka yang menykong Saidina Ai r.a dan keturunannya.

KESIMPULAN: Sebahagian prinsip akidah bagi Syiah telah lahir pasda tangan Abdullah b. SABA’ tetapi tidak timbul secara berkumpulan. Hanya selepas berlaku peristiwa di atas, terutam selepas pembunuhan kumpulan yang berkembang berdasarkan prinsip-prinsip tertentu yang dilontarkan oleh ibnu SABA’ di dalam suasana pemikiran bagi puak Syiah ketika itu.

SYIAH DI MALAYSIA

Syiah di Malaysia merupakan satu kelompok pecahan dari umat islam yang merangkumi lebih kurang 10% dari seluruh umat islam di dunia. Di Malaysia terdapat 3 kumpulan Syiah yang berkembang semenjak beberapa tahun yang lalu iaitu :

Syiah Taibi Bohra (Dawood Bohra). 

Kumpulan ini beraasal dari india dan di Malaysia ia dikenali dengan golonga yang memiliki Kedai Bombay. Kumpulan yang berpusat di daarah kelang ini mempunyai tanah perkuburan dan masjidnya sendiri dan pengikutnya dianggarkan seramai 200 hingga 400 orang.

Syiah Ismailiyah Agha Khan 

Kumpulan yang dikenali dengan nama Kedai Peerbhai ini bergerak di sekitar lembah kelang. Jumlah pengikut tidak diketahui tetapi bilangannya lebih kecil dari kelompok Bohra.

Syiah Ja’fariyah @ Imamah Ithna Assyariyyah (Iman Dua Belas)

Kumpulan Syiah ini dipercayai mula bertapak di Malaysia selepas kejayaan Revolusi Iran pada tahun 1979. Pengaruh ajaran dan fahaman kumpulan ini menular ke negara ini melalui bahan-bahan bacaan dan orang perseorangan sama ada yang ke Iran atau yang datang dari Iran.

Fahaman Syiah ini bertambah meruncing apabila beberapa orang Pensyarah universtiti tempatan telah memainkan perana untuk menyembarkan fahaman Syiah Ja’fariyah secara serius kepada para pelajar di institute pengajian Tinggi.

PENYELEWENGAN FAHAMAN SYIAH

1. Penyelewengan Dari sudut akidah.
  • Khalifah diwasiatkan secara Nas.
  • Imam adalah maksum.
  • Ilmu Allah berubah-ubah mengikut sesuatu peristiwa yang berlaku kepada manusia.
  • Kemunculan semula Imam Mahdi dan kumpulan orang yang telah mati untuk memberi keadilan.
  • Berpura-pura iaitu menyatakan dengan lisan yang menyalahi hati kerana takut kemudhratan diri walaupun yang disembunyikan itu perkara yang benar.
  • Konsep al –Mahdiah iaitu kepercayaan kepada Muhammad bin Hassan al-Askari sebagai Imam Mahdi al-Muntazar.
  • Penyanjungan yang keterlaluan kepada Sayidina Ali.
  • Mengkafirkan para sahabat Rasulullah SAW.
  • Menuduh Abu Bakar , Umar , Uthman dan Muawiyah sebagai empat berhala Quraisy serta pengikut- pengikut mereka adalah musuh Allah.
  • Hanya Ali dan para Iman sahaja yang Menghafal dan menghimpun al-Quran dengan sempurna.
  • Menghalalkan nikah mut’ah.
  • Menambah nama Sayidina Ali dalam Syahadah.
  • Menolak Hadis yang diriwayatkan oleh Ahlu Sunah Wal Jamaah sekalipun Hadis Mutawatir.
2. Penyelewengan Dari Sudut Syariat
  • Menolak Ijmak Ulama.
  • Menolak Qias.
  • Mengamalkan nikah mut’ah.
3. Pelbagai Penyelewangan Umum.
  • Menzirahi kubur Saidina Hussein , ganjarannya syurga.
  • Menyiksa tubuh badan sempena 10 Muharram bagi menangisi kematian Saidina Hussein.
  • Menghina isteri-isteri nabi SAW.
  • Mengharuskan jamak sembahyang dalam semua keadaan tanpa sebarang sebab.
  • Imamah dan Khalifah sebahagian daripada rukun islam dan ianya berlaku melalui nas.
  • Sembahyang dhuha adalah bidaah.
  • Islam buikanlah syarat wajib Haji.
  • Wajib menyapu kedua-dua kaki dan tidak memadai hanya dengan membasuh kedua-duanya

PERBANDINGAN AKIDAH ANTARA AHLI SUNAH DAN SYIAH 

                       AHLI SUNAH
                               SYIAH
AL-Quran adalah terpelihara dan bebas dari kekurangan mahupun penyelewengan.
Al-Quran ada sekarang ada kekurangannya dan terseleweng.
Beriktikad bahawa penafsiran al-Quran hendaklah berpandukan pada apa yang dating daripada Nabi SAW.
Berpendapat penafsiran al-Quran hendaklah berpendukan daripada apa yang telah diriwayatkan Aali-Bait dengan riwayat-riwayat yang mencela para sahabat dan mendakwa Imam Ali sebagai tuhan serta Imam selepasnya.
AL-Quran diturunkan sepenuhnya ke atas  Rasulullah SAW, tiada kekurangan padanya dan tiada kitab lain selepasnya.
Berktikad bahawa di sana ada mashaf yang diturunkan selepas kewafatan Nabi SAW dan dinamakan mashaf Fatimah.
Sunah Nabi adalah apa shaja y=ang dating daripada Nabi sama ada Percakapan, perbuatan mahupun taqrir.
Mengatakan bahawa percakapan Imam 12 seperti firman Allah Taalah dan sabda Rasulullah SAW. Meriwayatkan daripada Nabi kerana mereka juga adalah maksum.
Syariat islam adalah sempurna.
Bahawa Rasulullah SAW menyampaikan sebahagian daripada Syariat sahaja sedangkan sebahagiannya disembunyikan dan ditinggalkan pada Imam Ali.
Menerima periwayatan sahabat r.a kerana mereka adil dan thiqah.
Menolak periwayatan sahabat, meraka beriktikad bahawa para beriktikad bahawa para sahabat semuanya menipu seperti Abu Hurairah
Menerima semua hadis-hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim serta kitab-kitab hadis soheh yang lain.
Tidak berpegang dengan kitab-kitab hadis Ahli Sunah melainkan yang ada persamaan dengan akidah pegangan mereka.
Berpegang dengan al-Quran , Sunah dan Ijmak sebagai prinsip asas kepada syriat Islam.
Tidak percaya dengan Ijmak sama asa ada  dari sahabat mahupun selain mereka tanpa kewujudan orang yang maksum bersama mereka .
Tiada yang maksum melainkan Rasulullah SAW, para anbiya’ dan rasul-rasul terdahulu.
Para Imam-imam adalah maksum dan kemaksuman mereka adalah perkara dasar dalam prinsip Imamah. Imam tidak akan terkena dosa sama asa sengaja atau tidak.
Mukjizat yang dianugerahkan Allah kepada para Nabi dan Rasul adalh satu bukti tentang kebenaran.
Mukjizat hanya untuk para Imam, mereka mampu menghidupkan yang mati, menyebuhkan penyakit bisu, kusta serta mereka memiliki semua mukjizat yang dimiliki oleh para Nabi.
Tiada yang mengetahui perkara-perkara ghiab melainkan Allah.
Para Imam mengetahui perkara-pekara ghiab, tidak terhijab daripada mereka ilmu-ilmu apa yang di langit, di bumi, di syurga dan neraka.


Share:

Total Pageviews

Labels

Teman Blog

Pengikut