Klasifikasi Jenayah siber
Kesemua
peringkat penggunaan komputer adalah sentiasa berhadapan dengan
aktiviti jenayah. Sama ada sebagai mangsa kepada jenayah atau peralatan
bagi jenayah atau kedua-duanya. Operasi input, pemprosesan data,
operasi output dan komunikasi data telah digunakan dengan teliti untuk
tujuan yang tidak sihat. Jenis jenayah siber yang biasa kita dengar
1.
Penipuan 2. Kerosakan atau pengubahsuaian keatas program atau data
komputer. 3. Kecurian maklumat. 4. Capaian secara tidak sah keatas
sistem 5. Menyalin perisian secara tidah sah. 6. Pengintipan 7. Judi
siber 8. Skim cepat kaya 9. Pornografi 10. Penggodam atau "Hacker" 11.
Penyebaran virus
dan banyak lagi dan mungkin juga kita
akan berhadapan dengan bentuk jenayah baru selaras dengan kepesatan
pembangunan komputer .Isu yang ingin di bincangkan di sini bukanlah
berkenaan bagaimana jenayah dilakukan tetapi mengapakah jenayah ini
sukar dibendung. Antara beberapa faktor yang dikenal pasti
ialah...............
1. Sukar dikenalpasti siapakah
penjenayahnya 2. Kepentingan ekonomi 3. Berbeza takrifan jenayah 4.
Kepentingan ketenteraan 5. Sikap manusia "Human attitude"
Sukar dikenalpasti siapakah penjenayahnya.
Siapakah
penjenayah siber? Apakah jenayah yang dilakukan? Di mana jenayah
dilakukan? Soalan-soalan yang sukar di jawab. Kalau jenayah lain senang
dikenali contohnya perompak tentu sekali memegang senjata, penculik
tentu sekali meminta wang tebusan tetapi bagaimana mengenali penjenayah
siber. "Satu masalah utama untuk membezakan ancaman siber dengan
ancaman fizikal adalah untuk menentukan siapa yang menyerang sistem
kita, mengapa, bagaimana, dan dari mana," Michael A. Vatis dari FBI.
Umumnya penjenayah siber adalah golongan berpengetahuan ataupun
profesional. Munkin kawan kita , mungkin pelajar, mungkin profesor atau
siapa sahaja. Mereka akan melakukan jenayah terhadap intitusi mereka
sendiri atau intitusi pesaing atau mereka diupah oleh pihak tertentu
contohnya.
Organisasi perniagaan mungkin menjadi sasaran
pesaingnya, pekerja atau bekas pekerja. Bank serta institusi kewangan
oleh perompak dan penjenayah profesional. Manakala, pihak universiti
menjadi sasaran pelajar atau bekas pelajar. Agensi kerajaan pula mungkin
menjadi mangsa pengganas dan komputer militari mungkin disabotaj.
Kalaulah
orang yang melakukan jenayah tidak di kenali undang-undang yang di
rangka untuk membendungnya tidak akan bermakna. Di Amerika yang canggih
teknologinyapun gagal mengesan perancang trajedi 11 September. Semasa
Peristiwa 11 September 2001, 19 orang perampas kapal terbang memasuki
Amerika Syarikat dengan menggunakan visa yang sah. Selain secara
peribadi, mereka berhubung melalui Internet atau membuat panggilan
telefon dengan menggunakan kad prabayar untuk merancang serangan
terhadap New York dan Washington.
Kepentingan ekonomi
E-commerce
dan K –ekonomi menjadi begitu penting sekarang. Dalam era globalisasi
sekarang sesebuah negara akan ketinggalan jika masih bergantung kepada
kaedah traditional sahaja dalam urusan ekonomi. Mereka perlu bergerak
seiring dengan negara-negara yang mengamalkan K- ekonomi. Bagi
negara-negara membangun kepakaran dalam bidang teknologi maklumat amat
terhad. Untuk mengatasi masalah ini mereka perlu membuka pintu untuk
perlaburan luar. Malaysia contohnya telah membina Multimedia Super
Corridor (MSC), iaitu sebuah kawasan seluas 15 km x 50 km selatan Kuala
Lumpur. MSC mensasarkan untuk menarik syarikat teknologi bertaraf
dunia menggunakan MSC sebagai pusat untuk mengujian teknologi. Tujuh
aplikasi perdana telah dibentuk untuk mengujudkan aktiviti di dalam MSC.
Ianya terdiri daripada sekolah bestari, kad pintar,teleperubatan,
kluster R&D, kerajaan elektronik, rangkaian pengilangan sedunia dan
pemasaran tanpa sempadan.
Untuk menarik pelaburan asing
yang berstatus MSC Malaysia telah memperkenalkan sebuah senarai yang
dikenali sebagai Rang Jaminan (Bill of Guarantees) yang antara
jaminannya ialah tiada pernapisan internet.selain malaysia banyak
negara lain mengambil langkah yang sama contohnya Indonesia, India,
mexico dan boleh dikatakan semua negara maju tidak menapis internet.
Tidak menapis internet bermakna semua orang boleh menggunakan internet
dengan bebas ini termasuklah penjenayah siber. Oleh itu tidak bermakna
dirangka undang-undang jenayah siber. Beberapa contoh peristiwa akibat
tiada penapisan internet : melalui alam siber Zapatista National
Liberation Army di Mexico semakin bertenaga dalam menegakkan perjuangan
mereka , aktivis siber di Indonesia berjaya menumbangkan rejim Suharto
pada bulan Mei 1998, Pelampau Hindu yang merobohkan masjid pada awal
tahun 1990-an dan menyerang penganut Kristian pada akhir tahun 1990-an
terdiri daripada golongan pekerja di India yang menggunakan kaset video
dan Internet untuk menyebarkan mesej serta tragedi 11 sept juga
menggunakan komunikasi internet.
Berbeza takrifan jenayah :
Sebelum
kita melangkah lebih jauh lagi untuk membincangkan jenayah siber ini,
terlebih dahulu marilah kita lihat terlebih dengan definisi jenayah
siber itu sendiri. Jenayah membawa maksud aktiviti seperti kecurian,
penipuan, pemalsuan, peras ugut dan sebagainya. Jenayah komputer pula
melibatkan segala aktiviti jenayah yang biasa dilakukan seperti
kecurian, penipuan, peras ugut dan segala aktiviti yang melibatkan
jenayah.
Walau bagaimana, definisi yang lebih baik dan
komprehensif telah dibuat oleh Mr Donn B. Parker seorang penyelidik di
dalam jenayah komputer dan keselamatan untuk SRI International di Menlo
Park, California. Beliau menyatakan bahawa jenayah komputer adalah
mana perlakuan yang mempunyai niat dan dikaitkan dengan komputer
melalui apa-apa cara dan menyebabkan mangsa menderita atau boleh
menyebabkan penderitaan, kerugian dan berterusan.
Jabatan
Kehakiman US menguatkan lagi definisi ini dengan mengatakan bahawa
jenayah komputer adalah mana-mana aktiviti yang tidak sah dimana
pengetahuan mengenai teknologi komputer digunakan untuk
merealisasikannya.
Namun demikian kita harus akui bahawa
ujudnya takrifan jenayah siber antara negara. Bagi negara-negara islam
judi, pornography, pengiklanan sex adalah suatu jenayah tetapi bukan
jenayah dikebanyakan negara.contohnya di America syarikat hal-hal
sebegini dianggap remeh hanya pornography kanak-kanak saja dianggap
jenayah . Mereka lebih memberi tumpuan kepada keselamatan dan
perdagangan. Berbagai –bagai undang yang berkait rapat dengan
keselamatan dan perdagangan di rangka seperti trademark low, copyright
low,undang yang berkaitan hacker dan penyebaran virus dan sebagainya.
Dengan adanya takrifan yang berbeza ini sukar untuk dikuatkuasakan
undang-undang siber. Dimalaysia yang terikat dengan janji tidak menapis
internet terpaksa merelakan jenayah ini.
Kepentingan ketenteraan :
Dunia
tanpa sempadan menjanjikan peluang serta ancaman, kesejahteraan serta
kemusnahan, dan keamanan serta peperangan. Akibat semakin saling
berhubungan, maka sistem dan rangkaian maklumat kini terdedah kepada
pelbagai ancaman dan mudah diserang. Keadaan ini mewujudkan isu baru
tentang keselamatan, seperti yang disebut dalam OECD Guidelines for the
Security of Information Systems and Networks: Towards A Culture of
Security. Sesetengah negara, seperti Amerika Syarikat meletakkan
perlindungan daripada serangan berasaskan siber dan jenayah teknologi
tinggi sebagai salah satu keutamaan yang penting. Ekoran Peristiwa 11
September kerajaan dalam OECD merangka Garis Panduan Keselamatan Sistem
dan Rangkaian Maklumat yang baru untuk bertindak balas terhadap
keganasan siber, virus komputer, penggodaman, dan ancaman lain.
“Walaupun
Zaman Maklumat ini menjanjikan kecekapan yang semakin meningkat, namun
keselamatan negara lebih sukar untuk diurus,” kata Eliot A. Cohen,
pakar strategi dan kuasa ketenteraan, semasa Persidangan Tahunan Keenam
di Abu Dhabi. Teknologi maklumat bukan sahaja mengaburkan sempadan
antara perkhidmatan dan sempadan antara dunia ketenteraan dengan dunia
awam, tetapi juga mengaburkan sempadan keselamatan.
Peperangan
zaman teknologi maklumat bukan sahaja peperangan yang melibatkan
kekuatan fizikal ketenteraan sahaja malahan peperangan ilmu
pengetahuan. Pihak musuh akan menggunakan teknologi ini untuk menyerang
sistem komputer kita. Serangan dilakukan dengan berbagai cara
temasuklah mencuri maklumat dan merosakkan sistem .kita sebagai pihak
yang diserang perlu melengkapkan diri dengan ilmu bagaimana
mempertahankan diri dan menyerang balas. Situasi ini secara tidak
lansung akan menggalakkan ilmu bagaimana untuk menceroboh sistem dan
merosakkan komputer berkembang. Secara tidak langsung hacker dilahirkan.
Hacker ini jika disalahgunakan terhadap awam akan menjadi jenayah
jenayah. Dalam masa undang undang siber di rancang dan dalam masa yang
sama kita melahirkan hacker. Sampai bila masaalah ini akan selesai.
Sikap manusia :
Sikap
manusia memang sesuatu yang sukar di kawal. Kita tidak boleh mengubah
attitude sesaorang melainkan orang itu sendiri mengubahnya. Jenayah
siber sering dilakukan oleh manusia yang mempunyai attitude negetif.
Mereka menyerang sistem hanya sekadar suka-suka ataupun mencuba ilmu
yang baru mereka pelajari. Kebanyakan mereka ini adalah remaja ataupun
dalam lengkongan 20 an. “Pertumbuhan penduduk dunia kira-kira 20
peratus hingga tahun 2010, dengan 95 peratus daripadanya berlaku di
negara membangun, dan kemunculan golongan remaja, berdasarkan pengalaman
sejarah, merupakan faktor utama ketidakstabilan.” Leftenan Jeneral
Patrick M. Hughes, Pengarah Agensi Perisikan Pertahanan, Amerika
Syarikat menyatakan kebimbangan ini kepada Jawatankuasa Perkhidmatan
Bersenjata Senat pada Februari 1997.
Golongan remaja
mempunyai sikap yang sukar diramal. Mereka belum cukup matang untuk
berfikir tentang akibat jenayah yang mereka lakukan. Lebih malang
kerana kecanggihan teknologi gagal mengenal pasti penceroboh. Misalnya,
pada Februari dan Mac 2000, pencerobohan telah berlaku terhadap lebih
500 sistem komputer tentera, kakitangan kerajaan, dan sektor swasta di
Amerika Syarikat. Ketika itu Amerika bersiap sedia dengan angkatan
tenteranya di Teluk Parsi ekoran ketegangan antara Iraq dengan pemeriksa
senjata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Apabila berlaku pencerobohan
sedemikian, pihak berkuasa Amerika Syarikat mengesyaki Iraq, tetapi
terbukti bahawa pihak yang bertanggungjawab ialah dua orang juvenil dari
Cloverdale, California, dan beberapa orang penduduk Israel.
Soalnya
dari mana remaja atau mereka yang gemar menceroboh mempelajari ilmu
ini. Mereka ini sebenarnya mahir tentang komputer. Mereka bukan belajar
khusus untuk menceroboh tetapi dengan mempelajari ilmu komputer secara
tidak lansung mereka boleh mencuba untuk menceroboh sistem atau cuba
mencipta virus. Oleh itu semakin tinggi teknologi IT berkembang semakin
tinggi juga teknologi bagaimana jenayah dilakukan.
"Pembangunan
teknologi meningkatkan keselamatan sistem maklumat secara
keseluruhan," kata Gillespie dan Nakatomi dari Direktorat Sains,
Teknologi, dan Industri OECD. "Namun begitu, teknologi juga menyediakan
kapasiti kepada bakal penyerang atau penceroboh untuk melakukan
penerobosan yang lebih pantas dengan kesan yang sangat luas dan
mendalam, yang sukar dijejak."
Oleh itu undang-undang
siber tidak bermakna jika masih terdapat orang yang bersikap negetif
dan menggunakan kemajuan komputer ke arah negetif.
Kesimpulan
Daripada
perbincangan di atas undang-undang siber tidak boleh kita harapkan
untuk melindungi kita dari ancaman jenayah komputer. Dalam dunia tanpa
sempadan, serangan mungkin dilakukan beribu-ribu batu jauhnya ataupun
dari orang yang di sebelah kita dan amat malang sekali kita sukar
mengenali siapa mereka dan dari mana mereka menyerang kita. Walau
bagaimanapun kita kena mengambil langkah untuk melindungi sistem
komputer kita sendiri. Lengkapkan diri kita dengan ilmu tentang komputer
dan mungkin kita boleh lindungi sistem komputer kita dengan perisian
yang ada di pasaran seperti anti-virus, firewall, pop-up blocker,
anti-spyware dan apa saja perisian keselamatan yang lain.
Untuk memahami lagi isu keselamatan dalam internet lawati laman http://www.niser.org.my niser adalah singkatan dari "national ict security and emergency response centre" Polis Siber :
Polis
Siber atau dalam bahasa Inggeris "Cybercop", adalah polis yang
mengawal alam siber dari berlakunya jenayah siber. Ini dapat dilakukan
dengan memantau Internet dimana orang-orang yang ekstrim boleh membuat
kacau-bilau melalui penyebaran berita yang palsu. Disamping itu dengan
wujudnya perniagaan melalui Internet iaitu "e-commerce", penjenayah
boleh mencuri maklumat penting seperti nombor kad kredit dan sebagainya.
Kebanyakan polis siber beroperasi dalam unit teknologi maklumat.
0 komen:
Post a Comment