Aku pun tidur ketika engkau tidur. Tika aku bangun, engkau pun bangun. Ada ketika aku tidur engkau bangun. Bila aku bangun dan berdoa. engkau pun jua. Apa yang aku doakan pastinya engkau akan berdoa tentang perkara yang berbeza. Namun kita berdoa kepada yang maha satu. Ketika berdoa kita akan berkisah tentang semalam. Kenapa ?. Bagaimana kita mahu mengenang dan berkisah tentang hari esok ?. Pastinya tidak kerana kita tidak pasti apa yang akan berlaku pada kita pada esok hari. Semua adalah ketentuan Allah. Tuhan yang satu. Kita hanya manusia yang amat lemah. Itu pernyataannya dan hakikatnya aku sudah rasa bila aku tidur dan dibangkitkan. Tidurku dan tidurmu mungkin bebeza kerana pasti rezeki kita berbeza. Kita harus pasrah dengan setiap rezeki yang dikurniakan.
Jikalau kau tidur, tidurlah hai manja
Tidurlah selesa, tidurlah nan nyenyak
Di Pinggir kayangan
Silalah kau kenang, kenangilah hamba, kenangkan adinda
Kenangilah sayang, bayang membayang
Kan ku hidangi santapan, bersulam-sulaman
Yang enak dan nyaman, sang buluh perindu menghibur merdu
Amboi tersusun, silang mengalun, indahnya berseri
Indahnya berseri, bak pantun memantun
Kan ku taburi rampai-rampaian
Kembangan cina yang harum semerbak
Engkaulah kekasih di alam impian
Tangan beralun jari menyusun
Sembah yang berseri, Bersopanlah santun
Sekiranya bangun, bangunlah berdoa
Bangunlah berkisah, berkisah semalam
Nah !!!. Pastinya bait-bait di atas itu biasa sahaja. Sebuah lagu lama karya penulis lama. Irama aslinya ghazal. Ayah amat gemar dengan irama ini. Orang Johor mana boleh dipisahkan dari Ghazal dan Keroncong. Bagi aku ada sesuatu dengan kata-kata ini. Kalau tidak masakan bait-bait lagu ini terus lalu di hadapan mataku. Pastinya ada sesuatu. "Pinggiran Kayangan ?".
0 komen:
Post a Comment