Tercium aku pada wangi ihrammu
mengusap seluruh inderaku
menyelinap ke dalam diri
menebus segala rinduku yang memecar
aku sudah mendakap erat warna biru
langitMU yang menggaris pelangi
biar putih ihramMU kupilih melekat di hati
nanti harumnya kusua pada diri
titis rindu itu teralir dari naungan Kaabah
pada istilam yang kau susun ke hati
menggebu darah rindu padaNYA
aku bukan meminta ufti cinta
sekadar ingin mendakap ihramMU
kalau lingkar pada kulitku jadi terpejal
biarlah lilit seluruh ruang diri
menjadi gebar malamku yang melenakan
dan selendang siangku yang mendinginkan
nanti kuramas ke dada menjadi penawar
rindu itu Kaabah melambai
biar Sa'e jua memecah tumit
aku rela tumpahkan lakrima
nanti biarlah asmaraku menggebu
pada Sidratul Muntaha menghantar salam
ke ArasyMU menguntai harap
di dadaku ihrammu kudakap ke jasad
nanti biarlah ia menjadi bukti cinta
berlabuhlah dari bahtera rindu
mas kahwinku hanyalah sehelai ihramMU
dari siraman peluh dan airmata
di birai Kaabah
aku rela
mencium airmatamu
mengusap seluruh inderaku
menyelinap ke dalam diri
menebus segala rinduku yang memecar
aku sudah mendakap erat warna biru
langitMU yang menggaris pelangi
biar putih ihramMU kupilih melekat di hati
nanti harumnya kusua pada diri
titis rindu itu teralir dari naungan Kaabah
pada istilam yang kau susun ke hati
menggebu darah rindu padaNYA
aku bukan meminta ufti cinta
sekadar ingin mendakap ihramMU
kalau lingkar pada kulitku jadi terpejal
biarlah lilit seluruh ruang diri
menjadi gebar malamku yang melenakan
dan selendang siangku yang mendinginkan
nanti kuramas ke dada menjadi penawar
rindu itu Kaabah melambai
biar Sa'e jua memecah tumit
aku rela tumpahkan lakrima
nanti biarlah asmaraku menggebu
pada Sidratul Muntaha menghantar salam
ke ArasyMU menguntai harap
di dadaku ihrammu kudakap ke jasad
nanti biarlah ia menjadi bukti cinta
berlabuhlah dari bahtera rindu
mas kahwinku hanyalah sehelai ihramMU
dari siraman peluh dan airmata
di birai Kaabah
aku rela
mencium airmatamu
1 komen:
sayu hati ku
Post a Comment