Puisi - Sahabatku. Seutus Doa BuatMu

Sahabatku,
Sekiranya engkau sukar melihat ku tersenyum germbira dan ceria. Harap sudikanlah mengusik diriku kerana pastinya ku akan tersenyum mendengar usikan dan telatahmu. Ukirkan senyuman di bibirmu dan aku akan tersenyum melihat manisnya lesung pipit di wajahmu tatkala kau tersenyum. Sekiranya kau melihat aku kurang menjamah selera perutku, aku sedang mengawal nafsuku dari menguasai diriku. Aku tahu asal kejadian diriku. Aku diciptakan dari tiga unsur penting iaitu tanah yang menjadikan jasad diriku yang nyata menyelaputi roh dan nafsuku yang tidak mungkin dapat disentuh oleh tangan. Ketika Allah menjadikan nafsuku di azali. Lalu ditanya kepada nafsuku siapakah nafsu di sisi Allah. Lalu menjawab nafsu, engkau adalah engkau manakala aku adalah aku. Nafsu kemudiannya diletakkan di neraka yang panas selama seribu tahun sehingga nafsu dikembalikan kepada Allah untuk menjawab soalan yang sama. Nafsu menjawab seperti yang terdahulu engkau adalah engkau, aku adalah aku. Jawaban yang sama diberikan oleh nafsu tatkala Allah campakkan nafsu di neraka yang paling dingin selama seribu tahun dan dikeluarkan semula. Namun setelah nafsu diletakkan di dalam neraka yang tiada makanan, nafsu mula meminta Allah keluarkan lalu akur bahawa Allah adalah penciptanya manakala dia adalah hambanya hanya setelah diletakkan di neraka tersebut selama tiga hari. Sedarlah diriku bahawa 'puasa itu perisai' menjaga diri daripada segala syahwat yang boleh merosakkan.

Sahabatku,
Kurusnya jasad ku bukan tandanya aku tidak bahagia dan tidak seceria dulu melainkan aku hanya cuba membentuk jiwaku dengan melawan kehendak nafsu di samping memohon doa dari ALlah agar diberikan kekuatan agar dapat melawan nafsu dan memohon agar sentiasa ALlah pelihara diriku dari memperbuat dosa. Ya ALlah, izin kan diri ku terus rapat dan berdamping dengan mu. Ku tahu dosa dan noda yang sering ku lakukan namun aku memohon rahmat dan restumu agar aku dapat terus dapat mendampingi mu. Ketika aku berdoa kepada mu Ya ALlah, aku pasrah dengan ketentuanmu kerana ku sedar bahawa ALlah akan menunaikan setiap doa yang ku iringkan dengan setiap usahaku. Namun ku juga tahu bahawa ALlah menunaikan doa dengan beberapa cara. ALlah maha mengetahui segalanya ketika menunaikan setiap permintaan ku. ALlah jua yang mengerti ketika aku berdoa, aku tak memperoleh apa yang ku hajati tetapi ALlah hindari aku dari segala malapetaka ketika doa ku tidak ditunaikan. Allah juga amat memberikan rahmahnya ketika doa aku tidak ditunaikan. Selagi aku redha dengan apa yang ditentukan kepada ku ketika di dunia sekalipun merananya jasad dan jiwaku namun aku pasti bahawa ALlah akan menaikkan darjat ku ketika di hari akhirat nanti. Wahai tuan sekelian alam, ku pohon ketika doaku tdak tertunai ketika di dunia, berikan kepada ku sifat keredhaan dengan apa yang telah ditentukan semoga engkau meningkatkan darjat aku ketika di hari akhirat kelak. Ya ALlah, ku pohon agar kau lindungi aku dari menetapkan dan melakukan dosa-dosa baru. Selamatkan aku dari dunia sehingga aku kelak aku dipanggil mengadap mu dan pada ketika itu aku momohon agar engkau redha kepada aku dengan segala rahmah dan mawaddahmu.

Sahabatku
Semoga engkau jua redha dengan apa yang telah ditentukan kepadaku sebagaimana redha aku dengan setiap ketentuan yang telah ALlah berikan kepada diriku. Semoga ALlah terus memberikan perlindungan dengan lembayung rahmatnya kepada ku dah kepada mu sahabatku.

Dari Abu Huriarah ra. katanya Rasulullah saw. bersabda:

"Setiap amal anak adam dilipat gandakan pahalanya. Satu macam kebaikan diberi pahala sepuluh sampai tujuh ratus kali. Allah 'Azza wa Jalla berfirman: "Selain puasa; kerana puasa itu untuk KU. Aku akan memberi pahala bagi orang yang puasa, kerana dia meninggalkan nafsu syahwat dan nafsu makannya kerana KU. Dan bagi orang yang puasa ada 2 macam kegembiraan: pertama ketika dia berbuka dan kedua ketika dia bertemu dengan Tuhannya. Sesungguhnya bau mulut orang puasa lebih harum di sisi Allah daripada bau kasturi."

(Terjemahan Hadis Sohih Muslim oleh Ma'mur Daud, Jilid 2, Halaman 263.)

Share:

1 komen:

Anonymous said...

Jom kita amalkan berpuasa

Total Pageviews

Labels

Teman Blog

Pengikut