Buat kali pertama di laman "FaceBook" aku disingkirkan dari sebuah kumpulan yang dinamai "mysuarafm". Hebat dan megah namanya di persada dunia maya sinonim dengan sebuah radio alam maya yang berpusat di Malaysia. Aku dijemput masuk ke kumpulan laman "Facebook" tersebut lalu pihak pengurusan mencadangkan agar aku menyukainya "like". Dengan rasa rendah diri aku pun menerimanya walaupun aku tahu tidak selayaknya aku di sana. Ketika aku berkunjung di PWTC sempena Pesta Buku 1 Malaysia dan bertemu dengan salah seorang perantaranya yang aku kenali serta menyanjungi beliau atas usaha dan kesungguhannya. Beliau ku kenali sejak dari penubuhan FungkurFM. Bukan mudah rasanya untuk menubuhkan mysuarafm setelah apa yang terjadi kepada FungkurFM. Tidak perlu ku ulas apa yang ku tahu mengenainya cukup lah ia menjadi pengajaran kepada yang tahu.
Waktu yang singkat di PWTC amat sukar untuk mengenali hati budi mereka. Silapnya aku mempromosi blog yang aku selalu menulis di dalamnya.
Itulah dia "Waritaku". Sebuah nama yang ku ambil dari perkataan sanskrit
yang telah diterima di kamus dewan antara salah satu perkataan dalam
bahasa malaysia. Sebelum itu aku ada komen tentang lagu yang bertajuk "Bintang" yang telah diminta oleh penulis lagunya untuk memutarkan di mysuarafm. Lantas aku menjawab "Marilah saya putarkan lagunya". Mungkin itulah kesalahan-kesalahan yang amat besar yang telah ku lakukan di sana sehingga aku disingkir. Jika aku lah yang bersalah kerana melakukannya di kumpulan tersebut sehingga aku dikatakan membuat onar di sana, aku hanya insan biasa. maaf kan aku.
Bukan kali pertama akau diperlakukan sedemikian di alam maya malah ia juga berlaku di alam realiti. Sejak zaman MIRC malah zaman yang sebelumnya di Yahoo Mesenger pun sudah berlaku. Begitulah manusia di mana-mana jua akan berlaku iaitu mereka yang berkuasa acap kali menggunakan kebolehan serta kuasa dengan sewenang-wenangnya. Ketika di MIRC selalunya penyingkiran akan dilalukan oleh pemilik server atau polis MIRC yang dilantik oleh pemilik pelayan. Bukan mudah untuk mendapatkan status polis mirc perlu menunjukkan kemahiran dalam bahasa program komputer. Suka atau tidak pengguna mirc yang tak tahu apa-apa atau mula berjinak kepada IRC akan menjadi tempat otai mencuba skrip dan program mereka. Acapkali juga pemilik dan sekutu pemilik pelayan ini menjadikan server mereka sebagai tempat atau pusat untuk menceroboh komputer lain. Kelajuan yang dimiliki oleh server MIRC tinggi sehingga 100 mbps sedangkan kelajuan yang digunakan secara purata di Malaysia pada masa itu hanya 1 mbps. Kelajuan yang tinggi mempercepatkan kadar komputer mengira pelbagai kemungkinan dan mempercepatkan proses pencerobohan. Pastinya beberapa "proxy" dan "firewall" telah digunakan dan menyukarkan proses mengesan penceroboh.
Waktu di Yahoo Messenger, tiada sesiapa yang menjadi miik sesuatu kumpulan itu. Ia adalah sebuah sistem yang terbuka dan sesiapa tidak boleh menyingkirkan sesiapa pun di dalam group tersebut. Kelemahan sistem di yahoo messenger adalah setiap pengguna tidak boleh menerima dua pesanan secara serentak. Jika berlaku pengguna akan diputuskan dari server yahoo. Kelemahan sistem telah dimanipulasi oleh sesetengah pengguna yang mahir lalu mengilham kan skrip dan program yang menghantar pesanan kepada mangsa dengan serentak. Tidak cukup diperlalukan demikian program yang mereka gelar "bomb" diubah suai bagi memberi amaran kepada mangsa sebelum membuat mangsa terputus atau mereka istilahkan sebagai "sudden death" dari pelayan "yahoo messenger".
Apa jua cara dan kaedahnya kuasa di tangan mereka yang memilikki. Kuasa perlu ditunjukkan ketika yang perlu dan bukan digunakan secara sewenangnya. Kuasa juga diambil oleh orang yang buruk akhlaknya pasti suatu hari dan masa yang tertentu akan menimpa kepada kita. harus kita berhati-hati memberi kuasa kepada manusia.
Apa jua cara dan kaedahnya kuasa di tangan mereka yang memilikki. Kuasa perlu ditunjukkan ketika yang perlu dan bukan digunakan secara sewenangnya. Kuasa juga diambil oleh orang yang buruk akhlaknya pasti suatu hari dan masa yang tertentu akan menimpa kepada kita. harus kita berhati-hati memberi kuasa kepada manusia.
0 komen:
Post a Comment