Petang begini aku tekun menikmati senja
Bagaikan camar mencari sarang,
Kenangan silam,
kembali bertandang..
yang dulu..
kulontar jauh ke mana gerangan.
Di hening muka air yang tenang
kubawa lagu sendu
yang masih merdu..
di persada indah sekali
Anugerahmu Ya Rabbii
Ku tinggalkan senja,
Kerana sejadah menanti
Kelak kusujud penuh bererti,
Khusyuk dan tawaduk,
Apapun terjadi,
Dengan reda (redha) sekali.
Dalam sedih dan sepi,
Aku terima,
Ya Ilahi..ya Rabbi
dasima 9 am 8 aug 2011
Munif Hijjaz Akan Bergandingan Dengan Maliq Suhaimi lagi Dengan Single Yang
Seterusnya
-
Nantikan Julai ini single seterusnya oleh Munif Hijjaz & Maliq Suhaimi yang
akan menyanyikan semula lagu Aku Hanya Umar 2024...
Seperti yang di ketahui ...
4 weeks ago
0 komen:
Post a Comment