Dalam mengutus puisi demi puisi
Kehidupan hariku kian tandus
Menakung hasrat mencari erti
Mendamba kuntuman mekar kudus
Menyingkir kosongan esok lusaku
Maksud bukan mahuku segalanya
hanya kepastian bukan jangkaan semata
Mula langkahku ke pesisir pantai
Ditemani gemawan dan pepasir dipijak
Membelek kerikil disapu ombak
Kepupusan siang aku berarah lain
Dihasut rasa di dalam hati
Langkahku lajuseakan pasti
Kiambang itu dipinggir kali
Penciptaku
Yang hina ini sepadu doa
Agar ia tiada terus berenggang
Izinkan aku mengikis jarak
Walaupun tangan terikat mati
Dekati kiambang yang kian layu
Menghembus nyawa mengusir sayu
Bayu singgah tika ku usaha
Jana bantu menepis lelah
Putus asa bertempiaran digertak ikhlas
Tetapi
Sekira takdir tidak menghulur restu
Andai kiambangbukan untukku
Ku redha bertaut pasrah
cukup sekadar bertaut pasrah
cukup sekadar telah ku jumpa
Kiambang anggun yang dicita
Nukilan
Elmi Zulkarnain
0 komen:
Post a Comment