Puisi - Titisan Hati

Pagi yang muram.
Ku telah ditemani oleh pelangi..
Ku lihat sejenak awan mendung berarak.
Mengapa bayangan mu masih ada di hatiku..
Ingin ku berlari meninggalkan memory ku.
Mengejar sesuatu yg belum pasti menjadi milikku.
Kata kata naif janji mu pegangan kita berdua..
Terlerai sudah di persimpangan perpisahan..
Maafkan diriku ini..
Andai aku bukan yg terbaik buatmu..
Ku tahu ku tak bisa menjadi seorang bidadari.
Ku tahu juga kamu bukan milikku..
Kerana hatiku telah terpateri menjadi hakiki insan lain..
Kerana kamu ..
Dingin malamku menjadi hangat..
Tiada lagi bintang di langit mampu ku petik.
Untuk ku dendangkan lagu yg tercipta..
Hadirmu sebagai suatu persinggahan sementara..
Menanti untuk di sakiti dan di tinggalkan..
Tiada guna air mataku..
Terus mengalir.
Harapan yang suci.
Menjadi kaku.
Jika ini ceriteranya,
Tidak mungkin aku menerima mu.
Dalam hidup ku.
Janji cintaku sampai syurga..
Abadiku bersama mu bidadari..
Tetapi adakah benar sampai ku bertanya,
Mengapa jiwa yang suci sering di sakiti..
Mungkin ini memang takdirku..
Mengharap mu mengetuk sanubariku..
Mengetuk benak diri nie tanpa di sedari..
Meninggalkan ku jua tanpa kerelaan hati..
Pergilah dikau dari jiwaku.,
Rindu ku padamu umpama bulan retak seribu..
Ku harap kau bertemu pengganti diriku ini..
Moga kau terus melupakan daku buat selama lamanya....

Nukilan Tun Teja
SKS
Isnin 25 Sept 2017 21:15:15


Share:

0 komen:

Total Pageviews

Labels

Teman Blog

Pengikut