Maksud Kedaulatan mengikut DBP
Menurut kamus DBP edisi ke -2, daulat adalah membenarkan manakala kedaulatan diertikan sebagai kekuasaan yang tertinggi.
Maksud Kedaulatan Undang-undang
Istilah kedaulatan mungkin adalah terjemahan dari bahasa Inggeris "Sovereignty". Istilah-istilah itu diturunkan dari perkatan latin "superanus" yang berarti tertinggi. Kedaulatan berarti kekuasaan tertinggi atau kekuasaan yang tidak terletak di bawah kekuasaan lain.
Kedaulatan jika merujuk kepada sesuatu negara terletak kepada pelbagai faktor dan terkadang hanya sebagai slogan, mungkin memang diikuti tetapi secara konsekuen. Sesetengah negara menganggap bahwa kedaulatan di tangan rakyat, ertinya suara rakyat memang didengar keluhan dan penderitaannya. Menurut mereka inilah contoh negara demokrasi, oleh rakyat dan untuk rakyat.
Negara-negara komunis sering mengatakan sebagai negara demokrasi, tetapi memaksa kehendaknya demi parti tunggal dan sosialisme. Negara liberal sering mengucapkan demokrasi, tetapi mereka menyebarluaskannya melalui paksaan. Mereka sendiri dulunya adalah penjajah. Oleh karena itu, bila ada yang mengatakan bahwa kedaulatan di tangan rakyat maka yang membuktikannya adalah sejauh mana tanggungjawab kerajaan kepada rakyatnya, baik langsung maupun melalui perwakilan pada badan legislatif.
Negara yang mengatakan bahwa kedaulatan berada di tangan undang-undang, bererti peraturan dijunjung tinggi. Hakikatnya undang-undang dibuat oleh manusia. Oleh karena itu, kalau ada negara yang kedaulatannya berdasarkan undang-undang, maka sejauhmana hukum itu dibuat oleh wakil rakyat untuk mengatur dan mengurus hubungan rakyat dengan kerajaan secara baik dan benar. Kalau perlu dengan mencari kaitannya dengan moral agama.
Negara yang mengatakan bahwa kedaulatannya berada di tangan Pencipta. Maka, undang-undang Tuhan yang menentukan pemerintahan kerajaan. Jika undang-undang itu ditentukan oleh Pencipta, maka yang melanggarnya akan berdosa. Bagi tujuan pemantauan adalah perlu memerhatikan individu yang menjadi pelaksana pemerintahan itu sendiri.
Selain itu, ada pula yang mengatakan bahwa kedaulatan Negara berada di tangan raja/penguasa. Dan kedaulatan ini lah bentuk yang paling mengkultuskan manusia di muka bumi. Jika dikaji prinsip berhubung kedaulatan negara, pada dasarnya jika berlatarbelakang anggapan bahawa timbulnya adalah berdasarkan teori berikut:
- Teori ketuhanan ; anggapan yang menyatakan bahwa timbulnya suatu negara memang sudah kehendak yang Mahakuasa
- Teori sejarah ; teori yang menganggap bahwa negara itu memiliki lembaga sosial yang tidak dibuat dengan sengaja, tetapi tumbuh secara berevolusi sesuai dengan keperluan situasi, ruang dan waktu manusia. Sehingga secara sejarah berkembanglah sesebuah negara itu.
- Teori penaklukan ; teori yang menggangap bahwa timbulnya suatu negara karena adanya penaklukan
- Teori kekuatan ; teori yang menganggap bahwa timbulnya suatu negara karena adanya kekuatan. Yang kuat kemudian menentukan dan membuat undang-undang.
- Teori semulajadi ; teori yang menganggap bahwa negara itu adalah ciptaan semulajadi yang sudah terbentuk dan berkembang secara alamiah.
- Teori falsafah ; teori yang menganggap bahwa negara terbentuk berdasarkan renungan akan erti sebuah pemerintahan.
Hak Asasi Manusia
Konsep hak asasi manusia telah lama wujud dalam masyarakat dan agama. Sebelum undang-undang berkaitan dengan hak asasi manusia didokumenkan, masyarakat dan agama telah menerima dan mengiktiraf hak asasi manusia. Hak kemanusiaan ini dapat dilihat dari dua segi iaitu dari segi moral dan perundangan.
Dari segi perundangan, hak kemanusiaan ini merupakan satu bentuk hak yang dinikmati oleh seorang warganegara sebagaimana yang termaktub dalam undang-undang negara tersebut. Manakala dari segi moralnya, hak kemanusiaan merupakan satu tanggapan moral yang diterima dalam sekelompok masyarakat itu. Anggota-anggota masyarakat tersebut mangakui dan menerima hak-hak tertentu yang harus dinikmati oleh anggota masyarakat berkenaan walaupun perkara itu tidak terdapat dalam undang-undang.
Di Malaysia hak asasi manusia adalah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Penyertaan aktif negara dalam Suruhanjaya Bangsa- bangsa Bersatu bagi Hak Asasi Manusia (UNCHR) pada tahun 1993 merupakan titik permulaan untuk menubuhkan institusi hak asasi manusia. Di Malaysia,Suhakam bertanggungjawab dalam hal-hal pendidikan dan memupuk kesedaran rakyat berkaitan hak asasi manusia. Revolusi Pengisytiharan Hak Asasi Manusia sejagat pada tahun 1994 mendesak negara-negara anggotanya agar menegakkan sejumlah hak kemanusiaan termasuk hak sivil, hak ekonomi dan hak sosial.
Perlembagaan Persekutuan
Perlembagaan Persekutuan merupakan dokumen perundangan utama Malaysia yang telah didrafkan pada 1955 oleh sesebuah Jawatankuasa kerja yang dianggotai oleh perwakilan British, penasihat-penasihat Majlis Raja-raja dan ketua-ketua ahli politik. Draf itu kemudiannya telah dihalusi oleh Suruhajaya Reid yang membawa kepada kemerdekaan PersekutuanTanah Melayu. Hak asasi manusia telah disenaraikan di dalam Bahagian II Perlembagaan Malaysia dan mempunyai sembilan fasal. Antaranya adalah
Artikel 1 Hak untuk kebebasan dan sama rata dari segi maruah dan hak
Artikel 2 Bebas daripada diskriminasi
Artikel 3 Hak untuk hidup, kebebasan dan keselamatan diri terjamin
Artikel 4 Bebas daripada diperhambakan
Artikel 5 Bebas daripada seksaan atau layanan atau hukuman yang zalim, tidak berperikemanusiaan atau menghinakan.
Artikel 6 Hak kepada pengiktirafan di mana jua sebagai seorang insan di sisi undang-undang.
Artikel 7 Hak untuk pertimbangan sama rata di sisi undang-undang
Artikel 8 Hak untuk menuntut keadilan di mahkamah
Artikel 9 Bebas daripada ditangkap atau dipenjarakan tanpa sebab
Artikel 10 Hak perbicaraan mahkamah yang adil dan terbuka
Artikel 11 Hak dianggap tidak bersalah sehingga dibukti salah
Artikel 12 Bebas daripada diganggu kediaman, keluarga dan surat-menyurat
Artikel 13 Hak bebas bergerak dan bermastautin di dalam negara sendiri
Artikel 14 Hak mendapat perlindungan untuk pelarian
Artikel 15 Hak menjadi rakyat dalam sesebuah negara
Artikel 16 Hak untuk berkahwin dan perlindungan untuk keluarga
Artikel 17 Hak memiliki harta
Artikel 18 Kebebasan kepercayaan dan agama
Artikel 19 Kebebasan pendapat dan informasi
Artikel 20 Hak berhimpun secara aman dan persatuan
Artikel 21 Hak mengambil bahagian dalam kerajaan, mengundi dan menggunakan Kemudahan awam
Artikel 22 Hak keselamatan sosial
Artikel 23 Hak untuk bekerja dan mendapat upah yang setimpal
Artikel 24 Hak berehat dan bercuti
Artikel 25 Hak untuk taraf hidup yang sempurna untuk kesihatan dan keselesaan
Artikel 26 Hak mendapat pendidikan
Artikel 27 Hak mengambil bahagian didalam kehidupan bermasyarakat
Artikel 28 Hak untuk order sosial yang menjamin hak asasi manusia
Artikel 29 Bertanggungjawab terhadap masyarakat dalam perkembangan individu
Artikel 30 Kebebasan daripada campurtangan mana-mana pihak yang boleh memusnahkan hak dan kebebasan yang tersenarai .
Berdasarkan dari senarai di atas, dapat kita sebutkan, secara dasarnya Perlembagaan Persekutuan menyebut mengenai hak asasi manusia dan menjadi rujukan utama kepada hak asasi manusia di Malaysia.
Dalam kes-kes mahkamah yang melibatkan perlanggaran atau penafian hak-hak ini, dokumen asas perlembagaan negara inilah yang acapkal digunakan oleh pengamal-pengamal undang-undang. Keadaan ini seolah-olah negara kita terikat kepada hanya satu dokumen dan menolak tepi dokumen-dokumen antarabangsa yang lain, sedangkan Malaysia merupakan sebuah negara ahli dan menerima pakai dokumen seperti Perisytiharan Universal Hak Asasi Manusia, Konvensyen Anti Diskriminasi terhadap Pendidikan, Konvensyen Hak Kanak-kanak mahupun Konvensyen Penghapusan Diskriminasi terhadap Wanita.
Kajian kes hak asasi manusia di Malaysia
Dengan memantau kes-kes yang telah diputuskan di mahkamah Malaysia, kita dapat mengkaji pendekatan kehakiman terhadap imbangan antara hak ramai dan hak individu.
(a) Dalam kes Tunjuk perasaan di lebuhraya Kesas pada November 2000, penganjur Parti Pembangkang (PR) telah merancang mengadakan perhimpunan yang dijangka akan dihadiri sehingga 100.000 orang di tanah persendirian dan bukannya di kawasan awam dan dengan demikian tidak memerlukan permit polis. Walau bagaimanapun sejak awal-awal lagi polis telah memaklumkan tanpa permit perhimpunan tersebut adalah haram ,walau bagaimanapun demonrasi oleh golongan penduduk tempatan menentang perhimpunan yang akan diadakan itu dibenarkan polis tanpa membuat permohonan atau mendapat permit polis . Sebelum perhimpunan itu diadakan polis telah merancang bagi menghalang dan menguasai sepenuhnya termasuk menghalang orang ramai daripada sampai ke tempat perhimpunan dengan membuat sekatan jalanraya .Pada hari perhimpunan tersebut beratas-ratus kereta yang cuba masuk terperangkap dalam kesesakan lalu lintas di lebuhraya Kesas dan terpaksa meletakan kereta mereka ditepi jalan pada hari tersebut polis telah menyenbur air dan gas pemedih masa mengunakan hos untuk menyuraikan orang ramai semasa mereka cuba bergerak .Seramai 122 orang telah ditangkap dan mereka yang cedera tidak diberikan rawatan sehingga keesokan harinya dan direman selama 5 hari . Menurut pemerhati mendapati berhubung kebebasan berhimpun pihak polis wajar memberi kebebasan berhimpun, ekoran daripada itu dalam laporan siasatan Kesas 2001 Suhakam telah membuat beberapa cadangan antaranya
- undang-undang berkaitan dengan perhimpunan hendaklah dilaksanakan dengan saksama dan tiada diskriminasi ;
- Kaedah penyuraian orang ramai oleh PDRM perlu dikaji semula dan polis diminta mengawal diri semasa bertindak ;
- Orang ramai diberi masa secukupnya untuk bersurai dan bukanya dikejar dan atau dipukul dizalimi dan dilayan dengan tidak keperikemanusiaan dan rawatan perubatan perlu diberi segera.
(b) Dalam insiden yang lain pada feb 2004, seramai lebih kurang 60 orang termasuk wakil dari 46 NGO dalam parti politik telah berhimpun secara aman di hadapan pintu masuk pejabat Polis Bukit aman untuk menghantar memorandum berkenaan penyalahgunaan kuasa oleh polis hanya tiga orang wakil sahaja dibenarkan masuk dalam bangunan semasa menghantar memorandum tersebut sedangkan pihak penganjur telah meminta untuk menghantar sekurang-kurangnya 10 orang untuk masuk bagi membincangkan isu -isu yang akan dibangkitkan. Pegawai polis tidak mengendahkan permintaan ini dan mengarahkan supaya mereka bersurai , tanpa didengari oleh kebanyakan mereka dalam masa 3 minit trak penyembur air telah menyembur air yang dicampur dengan bahan kimia kearah orang ramai, semasa peserta melarikan diri dan terjatuh seramai 17 orang telah ditangkap dan dibebaskan dengan ikat jamin.
(c) Dalam satu kes yang lain, kes Hajjah Halimatussadiah, mahkamah memutuskan hak seorang kakitangan awam untuk memakai purdah adalah tertakhluk kepada perintah perkhidmatan awam. Dengan ini, hak ramai mengatasi hak individu seorang untuk memilih cara berpakaian demi alasan untuk mengekalkan disiplin di erkhidmatan awam. Menurut keputusan kes Susie Teoh dan kes Hajjah Halimatussadiah, adalah jelas terdapat kecenderungan untuk memberi tempat yang lebih utama kepada hak ramai daripada hak individu.
(d) Dalam kes Re Susie Teoh, Hakim Mahkamah Tinggi Yang Ariff Abdul Malek, memutuskan bahawa seorang bapa tidak mempunyai kuasa di bawah Akta Penjagaan Anak 1961 untuk memilih agama bagi anaknya. Anaknya mempunyai hak di bawah Perkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan untuk memilih agamanya sendiri. Ringkasnya, seseorang bukan Islam yang berumur di bawah umur 18 tahun boleh menentukan agamanya sendiri dan tidak tertakluk kepada kehendak penjaganya.Tetapi, keputusan ini dibalikkan di Mahkamah Agung. Di Mahkamah Agung telah diputuskan di bawah semua keadaan, demi kepentingan negara yang lebih utama (in the wider interests of the nation), seseorang minoriti tidak mempunyai hak automatik untuk menerima ajaran berkaitan sesuatu agama tanpa kebenaran ibu bapa atau penjaganya. Dalam keputusan ini, kepentingan ramai mengatasi hak seorang kanak-kanak untuk memilih agamanya yang dijamin di bawah Perkara 11.
Kesimpulan
Secara dasarnya, pegangan perundangan di Malaysia adalah berhubung kait dengan kepentingan masyarakat secara umum dan setelah berdekad dilihat sangat berdaulat. Namun, pendaulatan undang-undang di Malaysia secara terpencil turut dipengaruhi oleh agenda politik dan sentimen agama. Hal ini dapat dilihat daripada beberapa kes seperti perhimpunan awam yang dihalang oleh pihak berkuasa atas tiket ketenteraman awam walhal mempunyai agenda politik.Undang-undang sepatutnya berada pada neraca yang seimbang dan adil namun kadang kala tercemar di tangan pihak yang berkepentingan.