Tips berhadapan Polis di bawah seksyen 112 Kanun Prosedur Jenayah ( CPC )

1. Andaikata anda dipanggil oleh polis bagi tujuan membantu siasatan, hakikatnya anda dipanggil  bawah seksyen 112 Kanun Prosedur Jenayah (Criminal Procedure Code atau CPC).

2. Seksyen 112 CPC adalah berkaitan sisatan polis di mana pegawai polis yang menyiasat satu kes jenayah boleh memanggil mana mana saksi yang ada pengetahuan tentang kes jenayah yang sedang disiasat itu.

3. Di bawah seksyen 111 CPC, notis bertulis perlu diberikan kepada seseorang yang ingin dipanggil oleh polis di bawah seksyen 112 CPC. Namun berdasarkan pengalaman saya, biasanya polis tidak berikan notis bertulis dan hanya menelepon sahaja.

Apa yang anda perlu lakukan jika anda diminta memberi keterangan di bawah seksyen 112 CPC ?

4.  Pertamanya , cuba dapatkan peguam untuk menemani anda. Keduanya, anda atau peguam anda boleh bertanya adakah polis yang ingin mengambil keterangan anda itu adalah  pegawai penyiasat ( Investigating Officer atau IO ) bagj kes itu. Jika beliau bukan IO, anda TIDAK perlu dan TIDAK wajib jawab apa apa soalan dari beliau.
Ketika saya menemani seorang pemimpin politik yang disoal di bawah seksyen 112 CPC, bila saya dapati pegawai polis itu bukan pegawai penyiasat bagi kes itu, saya minta polis itu tidak ambil keterangan anakguam saya selagi mana IO kes itu tidak hadir. Akhirnya polis itu balik dan sampai hari ini anakguam saya tidak dipanggil untuk disoal siasat.

5. Keduanya, anda boleh minta salinan laporan polis yang dibuat oleh pengadu daripada IO sebelum anda diambil keterangan. Ini bagi membolehkan anda tahu atas kes atau isu apa anda dipanggil.

6. Ketiganya, meskipun di bawah seksyen 112 anda bertanggungjawab menjawab semua soalan IO dan bercakap benar, undang undang juga benarkan untuk anda untuk berdiam diri dan tidak menjawab soalan soalan yang boleh cenderung untuk mendedahkan anda kepada pendakwaan jenayah.

7. Oleh kerana secara umumnya segala soalan polis dalam suatu siasatan biasanya cenderung untuk dedahkan seseorang itu kepada pendakwaan jenayah , maka berdiam diri adalah jalan yang paling selamat.

Wallahu 'alam.

28.02.2016

Pengerusi Kanun
Parti Amanah Negara
Share:

0 komen:

Total Pageviews

Labels

Teman Blog

Pengikut