• Samad Said - Janda Setinggan

    Katanya: Derita itu aku. Dirinya cemas diterjah usia dalam kabus belasungkawa, dia tergigau hampir seminggu diancam lipan, angin dan debu yang sama. Desa bahagia, derita.

  • Samad Said - Nikmat

    Segala yang dihasrat, tapi tak didapat adalah nikmat yang paling padat.

  • Samad Said - Ombak

    Ombak yang menjamah kakiku sekali takkan dapat kukenali lagi..

  • Samad Said - Bahasa Terindah

    Sesudah demikian lama dicintai, sukarlah dilupakan. Inti pengalaman, kepedihan; akar kerinduan keresahan… Memang begitu banyak diperlukan kekuatan, kepangkalan batin, rakit ditambatkan bara kenangan dikuatkan .

  • Samad Said - Tetamu Senja

    Kita datang ini satu roh satu jasad, Bila pulang nanti bawa bakti padat berkat, Kita datang ini satu roh satu jasad Bila pulang nanti bawa bakti padat berkat .

What You Give is What You Get (WYGIWYG) !!!

What do you understand with this quote?. Yes life is a boomerang. Give good, then you will get good things and vice versa?. Macam kalau saya kasi awak lolipop kemudian saya akan dapat lolipop yang sama harga dan perisa, gituh?. Believe me, quote skema itu sangat-sangat deep. Sebuah kisah, di mana seorang budak universiti yang hidup di atmosphera universiti. Seronok dan bebas... 

Dia lelaki dan dia seperti lelaki lain, ada nafsu dan ada shaitan yang setia di sisi. Dia jatuh suka dengan seorang perempuan dan perempuan itu pun suka dia. Suka sama suka, dan mereka bersama mendekati zina. Hinggalah satu hari, mereka melakukan zina yang sebenar. Ini kisah benar. Berlaku dalam dunia realiti, bukannya mimpi. Setelah berzina, masa berlalu. Pregnant, itu berita yang lelaki itu terima. Yes, dia mengandung hasil zina mereka. Keluarga perempuan itu marah. Abang kepada perempuan itu berlari laju untuk serang si lelaki, dan setelah berdepan, jawapan lelaki itu mudah...

"Siapa dia, aku tak kenal. Aku tiada kaitan dengan dia. Langsung tiada." Jawapannya ringkas dan mudah. 

Kemudian si lelaki tinggalkan keluarga perempuan tersebut begitu sahaja. Masa berlalu dengan izin Tuhan, sehinggalah beberapa tahun selepas itu, si lelaki pelik Umi dia menangis. Menangis yang teresak-esak. Umi dia kerap pengsan dan menangis.

Dia tanya, "Kenapa ini? Astaghfirullah!". "Kakak kau, kakak kau mengandung, kakak kau berzina dengan jiran sebelah!"

Dia berlari laju menuju jirannya itu, dan jawapan jirannya sangat mengejutkan.

"Siapa kakak kau, aku tak kenal. Aku tiada kaitan dengan kakak kau. Langsung tiada."

MashaAllah, jawapan itu sangat sama dengan jawapannya suatu ketika dahulu. Istighfar. Dia beristighfar.

Detik masa berlalu, saat demi saat, minit demi minit, hinggalah tiba hari perkahwinan si lelaki. Keluarga lelaki dan keluarga perempuan datang dalam majlis mereka, Meriah. Pada hari pertama antara dia dan isteri dia, satu kata-kata isteri dia membuatkan dirinya sangat terkejut, lebih terkejut daripada berita kakaknya berzina dengan jiran.

"Awak, saya dah pernah berzina sebelum ini. Saya pernah buat hubungan seks dengan lelaki lain sebelum awak. Minta maaf."

Perempuan itu telah berzina, sama juga dengan dirinya yang pernah berzina. Istighfar. Dia beristighfar.

Keluarga mereka bahagia, ada seorang anak perempuan. Ketika itu, anak perempuan yang comel itu berumur 16 tahun. Hidup sepertimana kanak-kanak lain, bermain di luar rumah dengan kanak-kanak lain. Satu hari, si anak berlari jumpa si ayah. Dia teresak-esak menangis.

"Abah, pak guard rogol saya."

MashaAllah, jantung hati ayah mana yang tak terobek dengan berita anak berumur 16 tahun dirogol?

Istighfar. Dia beristighfar.

Skema ke tidak quote "you get what you give"? Skema tak skema, mohon jaga iman dalam jiwa. Terdetik nak bermaksiat? Ingat, you will get what you give. Skema pun skema lah kan, tapi dalam Quran Allah ada kata mengenai this quote but in different cara penyampaian.

Surah Ghafir, 40.
Dalam ayat ini, Allah kata:

"Sesiapa yang mengerjakan sesuatu perbuatan jahat maka ia tidak dibalas melainkan dengan kejahatan yang sebanding dengannya."

You will get what you give. Banyak lagi ayat describing about this, in my research, these are the ayats

Al-An-aam : 160
Al-Qasas : 84
Dan lain-lain ayat.

Well, kalau kamu buat zina kepada orang lain dan kamu buat bodoh seperti mana dalam cerita di atas, so you will get what you give. Dosa lain pun sama.

Mencuri.
Mengumpat.
Buat fitnah.

Dan pelbagai lagi maksiat yang ada di atas dunia ini. Haaaa, ni nak tambah bad news untuk kamu, buat benda baik you will not get what you give.

Ini serius. Kamu buat baik kamu tidak akan dapat yang setimpal. That's how it works so chill lah. So macam tak syok lah nak buat baik. Jadi macam buat kempen tak payah buat baik sebab buat baik tiada implikasi balik kepada kita. Buat baik tidak dibalas baik tapi buat jahat dibalas setimpal.

"Hm. Nak bertapa dalam bilik tak nak buat jahat dan tak nak buat baik. Muktamad!"

Yes. Bila kita buat baik, kita tidak akan dapat baik yang setimpal. Sebab, bila kamu buat baik, Allah akan bagi LEBIH BAIK daripada apa yang kamu buat baik.

Untuk istilah buat baik, namanya:

You Will Get Better From What You Give.
Gituhh! Macam kalau saya kasi awak lolipop kemudian saya akan dapat lolipop yang sama harga dan perisa, gituh?

Tak. Bukan gitu.

Kalau saya bagi awak lolipop perisa strawberi, i will get back lolipop perisa strawberi + vanilla + chocolate yang ada aiskrim tiga tingkat atas lolipop itu dan ada syrup chocolate dan krim import atas lolipop tersebut.

Berganda-ganda kan? Syoknya!

Tak skema kan? So ikhwah akhawat yang allergic dengan perkataan skema, jom kita allergic buat jahat sebab penjahat itu skema dan mulalah kita buat baik kerana orang baik itu tidak skema juga bakal ahli Syurga.
Share:

Tika aku kau tinggalkan

" Assalamualaikum, ini adalah surat terakhir saya kepada awak. Hati ini sudah tawar, setawar-tawarnya dengan awak..... kita tidak akan mungkin bersama disatukan dalam ikatan suami isteri... semuanya terlalu sempurna. Orang tua kata kalau mencari jodoh, carilah tidak sempurna. Maka akan sempurnalah ikatan suami isteri. " 

Mudah ayatnya. Jelas maksudnya. Kata-kata terakhir yang tersurat dalam nota yang dituliskan oleh Diana kepada Irfan yang meminta agar memutuskan perhubungan yang telah dijalinkan. 

Irfan termanggu duduk di anjung masjid yang telah dibina terletak di atas tanah berkeluasan 2 ha di pintu jalan masuk ke sebuah institusi pengajian tinggi di Malaysia. Masjid yang sering menjadi tempat dirinya bersuluk. Dalam senang, susah, suka dan duka di situlah Irfan berada iaitu di sebuah bilik di belakang mimbar di paras 3, sebuah bilik kecil yang tersorok di bahagian hadapan. 

" Ya Allah, hamba mu ini terlalu lemah. Luluh dan sebaknya dadaku amat mencengkam. Pecah berderai segala impian dan harapan. Aku lemah Ya Rabb, mengharap sebuah ikatan yang belum pasti. Semakin ku cuba untuk melupainya, semakin kuat ingatan ku terhadapnya. Ya Allah, berikan kekuatan kepadaku ". Begitulah rintihan Irwan setiap masa dan ketika.

Irfan masih lagi ingat pertemuan yang diaturkan oleh Akh Rosman naqib beliau bersama usrah ketika di IPT. Pertemuan dilakukan di bilik pejabat Akh Rosman di Fakulti Pengurusan Perniagaan. Keadaan sungguh sangat istimewa, memperkenalkan diri masing-masing dalam keadaan yang sangat terjaga mengikut syarie.

Masih segar saat Akh mencadangkan agar beliau berfikir tentang Bait Al Muslim yang menjadi topik ketika berusrah. Pada satu malam Akh Rosman datang ke rumah sewa Irfan. Mereka berbincang di dalam kereta Nissan Stanza yang dimiliki oleh Akh Rosman. Kereta itu meluncur tiada hala tujuan hingga tidak disedari ia sudah pun melewati Serdang. 

" Enta memang sudah sedia untuk menghadapinya ?. Enta yakin dengan pilihan ini ?. " Ujar Akh Rosman

" Insya Allah, jika itulah akh yang cadangkan rasanya baik untuk Jamaah maka baik juga untuk ana". "Tapi kenapa syeikh memilihnya untuk ana ?. " tanya Irfan yang agak ragu dengan cadangan Akh Rosman.

"Kefahamannya tentang agama serta kaitannya dengan kerja jemaah, komitment yang tinggi menyebabkan ana fikir sesuai dengan enta"

"Masya Allah tinggi expectation syeikh terhadap ana. Apalah sangat ana ni, ilmu tiada amalan sangat kurang. Harta dan pangkat apatah lagi. Jauh panggang dari api"

"Erm tak apa, insyallah ......... jika memang itu adalah ketentuanNya. Semua akan dimudahkan. Jika tidak adalah sebaliknya"

"Enta kena kuat menghadapinya. Sebelum ini ramai yang sudah mencuba tapi akhawat ini lain dari yang lain. Dia ada mempunyai pandangan dan kehendak dia".

"Ana pasrah ajalah syeikh. Ana memandang perkara ini sebagi salah satu proses yang perlu ditempuhi insyallah jika dapat selaras dengan konsep Bait Al Muslim yang kita bincangkan di dalam usrah. Itu yang sebaiknya. Namun ana faham dengan ketentuan Allah yang lebih membuat perancangan terbaik untuk semua."

Fikiran Irfan ingat lagi nota-nota usrah yang dikutipnya ketika perbincangan.

"Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya); dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang ia telah sediakan (dari amal-amalnya) untuk hari esok (hari akhirat). Dan (sekali lagi diingatkan): Bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Amat Meliputi PengetahuanNya akan segala yang kamu kerjakan" [59:18] 

Setiap muslim yang beriman bukanlah untuk tujuan keduniaan semata-mata tetapi juga untuk persediaan menempuh satu lagi kehidupan yang akan datang, alam akan kekal di dalamnya iaitu alam akhirat. Maka dengan itu, segala yang dilakukan di dunia perlu disandarkan kembali kepada Yang Maha Pencipta agar mendapat keredaan dan rahmat-Nya

Bait Al Muslim ini hanyalah bahagian kecil dalam kerangka hidup sebagai seorang Islam. Dan Baitul Muslim ini bukan sahaja ssuai untuk mereka yang sudah berkahwin, tetapi juga untuk mereka yang masih bujang

Bagi yang masih bujang, mereka perlu berusaha membentuk diri menjadi seorang muslim yang baik. Hidup di dunia ini adalah sebagai persediaan untuk menuju kehidupan yang kekal selepas mati. Oleh itu usaha melakukan yang terbaik dalam setiap tindakan tidak kira peringkat kehidupan.  

Dalam mencari jodoh, kebersamaan itu adalah sangat penting dalam usaha untuk membina Baitul Muslim yang ideal. Ini bukan bermakna pasangan yang tidak sefikrah itu tidak bahagia, tetapi seandainya hanya sebelah pihak sahaja yang berkecimpung dalam dunia dakwah, adalah dikhuatiri semangat dan keinginan untuk menyampaikan kepada orang ramai itu akan berkurang dan akhirnya terus menghilang. Adalah sangat disyukuri seandainya pasangan tidak meletakkan diri mereka dalam satu-satu jemaah untuk sama-sama berjuang bersama, tetapi seandainya terdominasi oleh mereka, bagaimana?

Oleh itu, pilih pasangan yang turut mempunyai fikrah yang sama demi memastikan kesinambungan perjalanan dakwah berterusan biarpun telah berumah tangga dan dikurniakan zuriat. Ini kerana, dengan hidup secara berjemaah, pergerakan dalam perjalanan dakwah menjadi lebih mudah dan dapat memastikan roh dan jiwa kita sentiasa hidup kerana adanya pergerakan yang bersama dalam hidup secara berjemaah ini.

Dengan adanya kehidupan secara berjemaah demi menyampaikan risalah Tuhan ini, perlu memastikan setiap individu itu 'hidup' selagi masih hidup, bukan hidup tetapi 'mati' dari segi ruhiahnya

Kini sudah lebih 20 tahun peristiwa itu berlaku. Rawan hati Irfan kebah bersama setiap kenangan yang telah dilalui. Masa dan ketentuan Allah memberikan kekuatan kepada Irfan yang telah melaluinya buat sekian lama. Irfan masih ingat lagi maklumat yang telah diberikan oleh Ust Suhaimie semasa berada di rumah no 31.

"Ir enta nak tau kan pondok yang ana cakap tu ari. Pondok Ust Ismaie Champakia di Selatan Thailand. Ni alamatnya bersama no telefon".

"Terima Kasih Ust. Jasamu tetap ana kenang seusia ana"

"Alahhhh.... jangan disebut-sebut lah, jasa tak seberapa tu. Insyallah nanti bila enta dah diterima belajar di sana, enta belajar bersungguh. Pondok tu dikelolakan oleh akh kita jugak. Lepas tu enta boleh mohon untuk meneruskan kuliyah di Umm Qura. Ust Salleh dah tunggu enta di sana." 

Suasana di makmal pada hari itu agak sepi. Dalam hatinya yang lara, hanya allah tempat mengadu. Lidahnya sentiasa disulami dengan zikir dan ayat-ayat memuji kebesaran Allah. Dalam keadaan tertentu terucap kata-kata itu sehingga mengejutkan saiful dari fokusnya dengan kerjanya.

"Hei ko sebut apa tu ?"

"Ops maaf ya aku terkuat sebut"

Persiapan barang-barang hampir usai. Khemah, kamera, net, piesometer, perangkap telah tersusun rapi di satu sudut hanya menanti diangkat untuk dimuatkan ke dalam kenderaan. Pak Mail telah maklum dia akan membawa Irfan ke lokasi penyelidikan, Sungai Weng, Baling, Kedah. Irfan dan Saiful akan ke sana esok hari manakala Mat Piah sudah bersiap sedia di kampung menyambut mereka tiba. Pastinya hidangan kopi kampung yang dibuat oleh Mak Tek ibu Mat Piah sudah tersedia ketika mereka tiba. 

"Assalamualaikum ... Apa khabar Mak Mah !!!" setelah nada dering berhenti dan disambut oleh ibu Diana yang berada di kampung di Rokan.

"Walaikum salam ..... Sihat... sesihatnya orang tua lah Irfan....". Suara Mak Mah agak lemah seperti seakan penat selepas bekerja. 

Walaupun Diana sudah memutuskan hubungan, namun Irfan tidak meninggalkan mereka ayah dan ibu Diana. 

"Diana sekarang sudah bertugas di Paloh. Lepas habis diploma aje tu ari dia dapat tawaran mengajar di sana"

"Alhamdulillah lah Mak Mah, semuanya baik-baik belaka" 

"Apa perkembangan Irfan sekarang ?."

"Oh saya masih macam itu aje .. masih bertungkus-lumus dengan kerja-kerja di makmal dan di lapangan. Banyak masa saya berada di hutan. Macam abah jugak la dulu kan askar. Macam itu jugak la saya. Duduk di hutan, Masuk dan keluar hutan buat kerja yang patut untuk kumpul data dan maklumat"

"Syukurlah Irfan sibuk dengan tugasan harian .... Ermmmmm!!!! Diana dah di lamar orang. Baru minggu lepas rombongan meminang sampai. Entah mana Diana jumpa barangkali di sekolah yang sama. 

"Baguslah Mak Mah. Baru 6 bulan dia putuskan hubungan ini.....dah sampai jodohnya. Tidak apa lah Mak Mah ...... Saya memang telah ditakdirkan untuk tidak berupaya membuka hatinya untuk menerima saya dan tak layak menjadi temannya di dunia dan akhirat".

"Abah tu macam kurang senang aje. Mak Mah rasa abah tu lagi pilih kau."

"Jangan kata macam tu Mak Mah, kecik hati Diana kalau dia tau. Dia dah berbahagia sekarang dengan orang lain yang dipilihnya. Biarkan lah dia. Mesti banyak keistimewaannya kalau nak dibanding saya. Dia pasti lagi tau tu."

Begitulah mesranya perbualan di antara Irfan dan Mak Mah bagaikan lama sudah berkenalan. Meskipun hanya sekali bertemu Mak Mah di Rokan itulah pertama dan terakhir.  

Berada di Hutan bagaikan satu anugerah buat Irfan, Jauh dari manusia. Fokus dan tumpuan hanyalah kepada tugasan penyelidikannya sehingga nanti dia beroleh Ijazah ke-2 yang telah didaftar di UPM Serdang di bawah bimbingan Prof Nordin dan Dr Zakariya.

Kedudukan dangau yang berhampiran dengan anak sungai yang amat mendamaikan. Air beralun turun mengufuk sambil memukul batu lalu mengeluarkan bunyi-bunyi yang indah dari alam semula jadi. Malamnya sangat hening tiada dicemari cahaya lampu neon hanya ditemani oleh bulan dan bintang yang bertaburan indah menghiasi malam. Cuaca amat dingin terutama di malam hari. Lalu tinggalkan Irfan, Saiful dan Mat Piah bagaikan 3 orang pelasuh kepenatan dan kesejukan kerana tiada kayu dibakar untuk memanaskan diri seperti dalam cerita hikayat 1001 malam.

Hari-hari siangnya Irfan sering bersendirian manakala Saiful dan Mat Piah ke hutan melakukan kerja. Jaring sudah di pasang hanya menanti burung lalu untuk ditangkap, diukur dan dilepaskan. Perangkap-perangkap yang terpasang harus di perhatikan. Jika ada hasil seperti tikus, tupai dan haiwan mamalia kecil lain perlu diperoses. Tidurkan dengan menggunakan klorofom, lalu di ukur dan ditanda untuk penyelidikan selanjutnya lalu dilepaskan semula.

Sambil menunggu dalam julat masa yang tertentu, perangkap dan jaring harus disemak masih adalah masa untuk bersama dengan Ilahi. Hamparan batu di dalam jeram menjadi pilihan. Angin sepoi-sepoi bahasa meniup indahnya suasana alam ciptaan Allah memberikan nikmat kepada setiap insan yang hidup di dunia. 

Helai demi helai Quran kecil pemberian Ust Salleh di semak. Quran yang lengkap dengan "Fahris" itu amat mudah jika berhadapan dengan kelas. Tatkala Ust membacakan "sanad" alquran tersebut senang untuk dirujuk di surah dan kedudukan ayatnya dengan merujuk kepada lembaran akhir mushabnya.

"Ya Allah, berikan aku kekuatan dan kelebihan kepadaku. Aku hanya insan yang lemah. Elakkan aku dari terus mengharapkan sesuatu dari manusia melainkan engkau. Jika aku masih lagi berguna kepada manusia maka hidupkanlah aku. Tatkala aku memberikan keburukan kepada mereka maka nyahkan aku dari dunia. Tapi Ya Allah aku tak mampu untuk menerima azabmu melainkan engkau berikan keselamatan kepadaku dunia dan akhirat. Ya Allah jika engkau matikan aku, ku harap ianya adalah suatu pengakhiran yang baik seperti yang telah engkau kurniakan kepada mereka yang solehin dan abidin sebelumnya. Ya Rabb semoga satu hari nanti engkau kurniakan kepadaku agar aku boleh mengulang doa ini di hadapan Kaabahmu dan Pusara Muhammad Rasulullah, Amin Ya Rabbal Alamin". 

Tetiba hati Irfan merindui nendanya yang berada di kampung. Kerinduan itu amat mengulit. Tidak pernah Irfan rasakan sebelum ini. 

"Masa ada seminggu lagi sebelum ada kenderaan untuk keluar dari hutan untuk menambah bekalan seharian." Kata Irfan dalam hati.

"Innalilahi wa inna ilaihi rajiun". Begitulah kata-kata Irfan ketika mendapat berita dari ibunya akan Pn Hj Aminah bt Yahya, nendanya yang telah kembali ke rahmatullah pada 29 May 1996, bersamaan 8 Muharram 1417 H Jam 425 petang.

"Ya Allah moga engkau letakkan nendaku dalam golongan solehin dan abidin. Alfatihah"

Perjalanan pulang ke kampung mengambil masa 7 jam. 

"Mungkin inilah masanya untuk aku terus dengan rancanganku setelah ku siapkan penyelidikan ini. Daerah Champa menungguku. Ya Allah aku pasrah kepadamu". Kata Irfan di dalam hatinya
Share:

Angin Menjatuhkan Daun

Jam 4 pm telefon genggam ku berbunyi. Sambil mengenalkan diri Sarjan Yunus memintaku hadir secepat mungkin di Seri Muda, Seksyen 25 Shah Alam untuk memberikan keterangan atas pengaduan yang dibuat kepadaku.

"Alhamdulillah, encik datang dengan pantas, memberikan kerjasama dengan baik dan memudahkan kerja kami."

"Syukur tuan, sampai saya di pejabat tuan ni. Insya Allah saya akan bersungguh membantu mana yang termampu

Kali terakhir aku berhadapan dengan situasi ini ketika aku sedang sibuk dengan kuliah dan tugasan yang diberikan oleh pensyarah. Ada ketikanya pada waktu itu Polis masuk ke rumah sewaanku dan mengambil komputer dan cakera liutku. Aku memang tidak melawan apa. Bagaikan daun jatuh ditiup angin lalu membiarkan ia begitu sahaja. Tidak melawan. Mengikhlaskan semuanya.

"Ini hanya prosdur biasa ya Encik. Nama, alamat tempat tinggal, pekerjaan, alamat tempat kerja .........., ..... Baik semuanya sudah lengkap".

"Encik diadu oleh kenalan. Katanya encik telah memviralkan dirinya"

"Oh!, ingatkan tuan panggil ni ada kaitan dengan saman laju yang saya ada. Saya selalu kerja luar, kadang kala terlebih had laju. Saya sudah rujuk di internet, nama saya belum disenarai hitam"

"Siapa ?. Kalau setahu saya kalau viral tu jadi popular la tuan. Macam klip video Yuna, Najwa Latip !!. Bukan begitu ke ?"

"Beliau pernah kerja bersama encik satu masa dulu..... Kalau viral video macam Kiki Kamaruddin tu popular malu la encik"

"Ada video apa tuan maksudkan yang berkait dengan pengadu. Dia ada video yang sama ke ?. Ini sangat pelik la tuan. Saya ada simpan ke ? .Setahu saya tiada. tapi apakah tujuan pengaduan dibuat sebenarnya ?. "

Viral secara istilahnya mengikut kamus dewan adalah berkaitan dengan perubatan. "Infeksi Viral, Hepatitis Viral Kanin" dan sebagainya. Tiada yang dikhususkan dengan aduan yang diberikan kepadaku.

"Ada pasangan tunang ni datang beberapa kali dengan keadaan yang tergesa dan panik ke balai polis SS9 dan ke sini . Balai SS9 tak dapat terima isu ini kerana melibatkan pengaduan sivil dan diambil oleh SS25." Jelas beliau.

"Tunang perempuannya tu sangat tak tentu arah serta kelihatan mendesak kami berkali-kali" katanya lagi seperti tidak selesa dengan kerenah mereka.

Erm datang berdua bersama, kiranya tidaklah sangat islamik pasangan ini seperti yang didakwa. Pergi ke kelas agama, belajar bahasa arab, Ikut kuliah Habib dan letak status alim-alim di laman muka buku. Betullah kata orang, perkataan tidak melambangkan diri sebenar seseorang. Aku pun bukan lah kisah sangat.

Orang dah jadi dalam kategori orang alim berbanding dengan aku yang hanya sekolah sekular yang tidak setinggi mana. Aku ini kan pernah digelarkan bodoh dalam agama. Mungkin sudah tidak boleh berkawan dan terus membenci. Begitulah resam keadilan dunia. Tika susahnya dibantu, tangisnya di pujuk dan jahilnya ditunjukajar pun begitu betapa dapatnya gading bertuah, akar rotan sudah tidak berguna lagi.

Tak peduli lewat apa penerimaan, pengertian, pemahaman itu datang. Tak masalah meski lewat kejadian yang sedih dan menyakitkan. Biarkan dia jatuh sebagaimana mestinya. Biarkan angin merengkuhnya, membawa pergi entah kemana.”

― Tere Liye, Daun Yang Jatuh Tak Pernah Membenci Angin

"Tuan boleh saya baca keseluruhan laporannya ?"

"Laporan ini masih dalam siasatan encik. Belum terperinci. Ini hanyalah satu langkah awalan. Kami menjalankan tugas. Menyiasat tentang aduan yang dibuat. Ternyata encik cepat bertindak balas. Saya macam tidak percaya laporan ini. Saya akan cadangkan laporan ini ditutup dan tidak dicadangkan untuk melanjutkannya"

"Iya lah tuan saya agak pelik laporan ini, tidak menerangkan perincian apa yang berlaku ?"

"Begini ajalah, kalau pengadu ini silap pertimbangan dan membuat tuduhan yang melulu dan encik tidak melakukannya, maafkan ajelah"

Eh mudah pulak menyuruh aku memaafkan pengadu. Bagaimana pula aku yang bersusah payah datang ke sini dan perasaanku pada ketika ini. Marah ? dan Kebingungan ?.

"Tapi tuan, apa hak saya dalam keadaan ini. Bukankah ini tuduhan melulu tanpa bukti ?

"Saya cadangkan encik buatlah laporan polis terutama jika encik mendapat ugutan dari sesiapa. Takut ada kaitan dengan aduan yang dibuat pengadu bertindak liar. Maklumlah pengadu tidak dapat nak kenakan encik, mereka akan gunakan cara lain"

"Astagfirullah mungkin sampai begitu sekali ye ?. Apalah yang saya telah perbuat sehingga sanggup pengadu berbuat demikian ?."

"Sabarlah Encik !!. Dunia ini macam-macam. Tidak puashati tentang sesuatu barangkali atau ada sesuatu maklumat yang encik tau dan takut orang lain tau. Katanya viral itu melalui e-mail".

"Kalau e-mail memang beratus dapat sehari. Kalau tak buka sehari seminggu dan jadi seribu tuan. Masalahnya yang mana satu agaknya ?"

"Tapi mengikut pandangan saya la encik, saya rasa pengadu tidak akan terus ketengahkan perkara ini kerana jika ya ia sebenarnya akan memviralkan dirinya sendiri. Daripada ramai tak tau jadi tau"

"Tuan, saya jadi bertambah bingung ni !!!"

"Tentang laporan ini pula apa hak saya ?. Maaf la tuan saya tidak arif dengan perundangan"

"Laporan ini dibuat dibawah mahkamah dengan peruntukan baru dalam SKM. Seperti yang saya kata, oleh kerana encik memberikan kerjasama yang baik dan tidak meragukan saya cadangkan kes ini ditutup. Tapi jika pengadu tidak berpuas hati dan ingin melanjutkan siasatan dia boleh berbuat demikian."

"Bagaimana dengan kos mahkamah ?." "Semua akan ditanggung oleh pengadu tidak kira encik bersalah atau tidak kerana ia tidak melibatkan jenayah kehilangan nyawa atau harta. Pernah ada kes yang saya selaraskan, pengadu membayar sebanyak RM10K"

Ah orang berada, bakalnya adalah taukey perabut. Setakat RM10K macam celah gigi padanya. Telefon genggamnya, semua perabot dan perkakasan lengkap di dalam rumahnya. Kalau setakat nak panggil tukang pukul mungkin boleh dapat bila-bila masa. Ada wang semua boleh jadi. Fikir di dalam hatiku.

"Ummi, saya ada di balai polis ni. Adik ada buat pengaduan terhadap saya !. Apa yang dimaksudkan saya tak faham. Kalau umi tau boleh bagi tau saya." Ujarku yang awalnya cuba menghubungi Boyah tetapi lalu dijawab oleh Ummi. Kedengaran suara ummi yang menggigil dan tidak tentu arah. Maafkan saya Ummi.

 “Orang yang memendam perasaan seringkali terjebak oleh hatinya sendiri. Sibuk merangkai semua kejadian di sekitarnya untuk membenarkan hatinya berharap. Sibuk menghubungkan banyak hal agar hatinya senang menimbun mimpi. Sehingga suatu ketika dia tidak tahu lagi mana simpul yang nyata dan mana simpul yang dusta.” 

 “Kau membunuh setiap pucuk perasaan itu. Tumbuh satu langsung kau pangkas. Bersemi satu langsung kau injak? Menyeruak satu langsung kau cabut tanpa ampun? Kau tak pernah memberi kesempatan. Karena itu tak mungkin bagimu? Kau malu mengakuinya walau sedang sendiri..Kau lupa, aku tumbuh menjadi dewasa seperti yang kau harapkan. Dan tunas-tunas perasaanmu tak bisa kaupangkas lagi. Semakin kau tikam, dia tumbuh dua kali lipatnya. Semakin kau injak, helai daun barunya semakin banyak.”

― Tere Liye, Daun Yang Jatuh Tak Pernah Membenci Angin
Share:

Puisi - Ucap

Telah lama ku diam di sebalik aksara yang tersimpan
butir-butir kata jadi lerai
hanya bias ucap
kamar hati yang senyap
tanpa suara namun mataku berbicara
kalaulah kau bisa mengerti
pada suara yang tersusup di sini

Angsana yang merelai
tak sempat jemariku menadah
hanya renung dalam senyum yang terkumpul
elus semilir bayu
lembutnya menggugur juta gugus
ingatan yang tertunggak
dan kenangan yang tersimpul

Biarlah bibirku jadi bisu
di antara kehadiran kata-katamu
yang luruh di ujung suara
yang kau guruhkan
segenap ucapan
dan akan tetap kusimpan di perdu masa
setiap payal yang kau torehkan
di sini

...dyza ainun...
Share:

Salam Hari Tua Buat Mu

Photo Credit To Dr Le Phat Quoi
Suatu masa dulu  gelaran "abang" atau "kanda" amat mesra sekali menyapa. Sekarang ramai yang menggelarkan "Pak Cik". Tidak lama gelaran "Atok" pula, jika takdirnya Allah masih memberikan ku waktu. 

Kadang-kadang di mata sendiri nampak masih sama seperti dahulu. Muda belia, kacak bergaya. Cepatnya masa berlalu, hakikat sebenarnya sudah pun mencapai senja. Hanya menanti malam yang menjelma. Tika sesak nafas dan betapa beratnya dada dihimpit batu. Rambut yang memutih serta garisan-garisan di wajah semakin menampakkan diri. Mataku yang kian kabur dan telinga yang sudah kurang mendengar.

Biasanya sendi, otot dan pancaindera lainnya masih tegap berdiri. Ketika diajak beraksi bisa dilakukan tanpa menoleh kebelakang lagi. Kini, sakit situ, sana dan sini. Acara sukan lasak kian kurang kasmaran. Bukan mengeluh mengenangkan nasib tapi buat ingatan kepada diri yang kerapnya mendam berahi.

Suatu masa dahulu, yang dikejar adalah impian peribadi, namun kini semakin ramai bertaut dihati. Tak mampu untuk membiarkan mereka cuma sebagai sendal gusi. Impian sendiri mulai terasa jauh dan angan-angan belaka.

Sudahkah kata janji membara suatu masa dulu telah dikota ? Oh masih banyak lagi yang belum terlaksana.

Miripkah aku dan engkau sama, terkial-kial mencari tempat yang mapan di dunia. Terhoyong-hayang meniti tetingkap dunia dan masih lagi mencari bisa yang mantap untuk ditembak ke arah musuh yang ramai di luar sana.

Oh !!? aku turut sama terlupa, bahawa engkau dan aku tiada bezanya. Baki umur yang ada semakin susut. Sedangkan dipundak masih terpaut tanggung-jawab.

Andainya masa ini ianya masih lagi dipegang, makanya tidak selesailah masalah selagi hanya dipandang. Tanpa mengalunkan genderang irama perang. Pencak dan langkah turut seimbang, berpantang undur maju terus kehadapan.

Terima kasih atas ingatan yang bertalu-talu. Mungkin aku tidak mendengarkan di telingaku atau coretanmu di mana-mana. Tentu Allah itu lebih mengetahui atas segalanya. 

Segala doa yang dititipkan pastinya akan sampai khusus kepada sang pendoa kerana Allah akan mengurniakan yang lebih kepada mereka yang mendoakan. Semakin banyak memberi insyallah akan diberikan yang berlipat kali ganda.

"Ya Allah, jika kehadiranku dalam hidupnya hanya membawa keburukan maka luputkanlah aku terus dari ingatannya agar dia terus menjadi hambaMu yang mulia sifatnya. Kekalkanlah dia dengan kemuliaan itu dan berkatilah hidupnya ".

"Ya Allah, pada ulang tahun kelahirannya yang bakal menjelma , aku pohon agar Kau kurniakanlah kepadanya kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat dan akhirilah kehidupannya kelak sebagai para syuhada yang memperjuangkan agamaMu. Perkenankanlah Ya Allah."

"Selamat ulang tahun yang bakal menjelang.
Tiada hadiah dari ku, hanya doa. Moga Allah perkenankan. Amin"

Sebuah doa yang terungkap menusuk kalbu. Tika diri ini terbuang jauh di hujung tanduk. Tidak ku fikir semua ini ada. Meski seuntai doa. Mengapa agaknya begitu mengusik ?. Mungkin atas lahirnya dari sebuah keikhlasan. Sedang di saat lain keikhlasan itu kian pupus. 
Share:

Riuh di Riau

Kata orang tua, melayu itu banyak petua dan gurindamnya. Meskipun aku dilahirkan di persekitaran masyarakat berketurunan Jawa di Johor, malah arwah embah berasal dari lingkungan Surabaya di kepulauan tanah jawa. Arwah embah ada pernah berkata beliau semasa mudanya menuntut ilmu di sebuah pesantren yang bernama "Gontor"  (http://www.gontor.ac.id/). Waktu itu aku kecil lagi dan tidak mengerti apa-apa sehingga aku berkesempatan berada di Surabaya dan bertanya dengan teman di sana tentangnya.

Sudah beberapa kali aku ke Riau. Kali ini amat berlainan sekali kerana aku bertemu secara langsung dengan komuniti tempatan. Tidak seperti sebelumnya aku hanya berkisar di kawasan perkebunan kelapa sawit dan ladang hutan akasia yang dimiliki oleh PT Rara Abadi di Sorek dan Lipat Kain, terperuk di dalam kem dan tertumpu kepada pekerjaan. Sorek merupakan sebuah kawasan kecil yang padat boleh ditemui dalam perjalanan ke Indragiri hilir.

Tujuan ku pada kali ini lebih mendekati komuniti di Kabupaten Indragiri Hilir, Kecamatan Tempuling di Desa Harapan Jaya. Selain itu kawasan Kabupaten Bengkalis di Desa Sepahat, Tanjung Leban. Pelintung-Guntung dan kawasan sekitarnya menjadi pilihan atas tujuan projek yang telah dijalankan di kawasan tersebut. 

Jelas sekali situasi di kawasan ini di dominasi oleh keturunan melayu. Jika dilihat dari kaca mata sejarah ini adalah kawasan asalnya kerajaan Johor-Riau yang telah diasaskan tetapi dipecahkan oleh perjanjian London 1824 di antara British dan Belanda.  Perpecahan ini menyaksikan masyarakat melayu yang berkerajaan di Indragiri, Siak, Riau-Lingga terpisah walaupun secara geografinya kawasan kepulauan Riau dan Melaka hanya dipisahkan oleh Selat Melaka dengan jarak 60 batu dan boleh diseberangi dengan menggunakan bearing 30 darjah.

Hampir keseluruhan jajahan Riau ku lalui. Bermula dari Pekan Baru, kota bandar udara utama yang dinamakan Lapangan terbang Sultan Syarif Kassim II di kawasan ini sehingga Dumai, Pelalawan, Duri serta Langkat.

Aku sempat berbual dengan penduduk setempat yang bernama Dodi Fadlullah. Beliau yang tergolong dari kaum banjar amat senang ku dampingi lantaran keramahannya. Sederhana orangnya meskipun beliau adalah Pengarah kepada sebuah organisasi NGO yang ternama di Riau.

"Dodi itu kan macam nama jawa ?." 

"Oh nama saya yang sebenar diberikan oleh arwah ayah adalah Fauzan Fadlullah tapi oleh kerana saya selalu sakit maka ayah mengambil nama teman rapatnya berbangsa jawa yang bernama "Dodi". 

Jelas selanga ketika berbicara dalam bahasa melayu Riau, selanga yang dipraktikkan di Malaysia. Beliau berkongsi lagi istilah-istilah banjar yang diambil dari bahasa jawa seperti manuk. mangan, banyu dan sebagainya. Katanya lagi, ini terjadi atas hasil perkahwinan raja banjar dan raja jawa pada suatu masa dahulu.

"Melayu ini secara keseluruhannya sangat kaya dengan petua dan gurindam". 

Termanggu aku mendengarkan katanya seperti berada dalam "de ja vu". Sudah sekian lama aku mendengarkannya tapi sehingga beliau menjelaskannya barulah aku mengerti apa maksudnya. Sebuah lagu gurindam 12 diputarkan memberikan aku sebuah kenangan ketika berada di Banjar Masin. Musiknya dan alunan gambusnya gemersik seakan-akan irama arab. Secara umumnya aku pernah mendengar alunan gurindam oleh roslan madun yang bergurindam 12 pasal pertama tapi tidak aku jelas akan asal usulnya sedang bahawa aku mengerti beliau ku anggap sebagai tergolong daripada golongan yang memperjuangkan sastera melayu. 

Begini lah pasal pertama dalam bait gurindam 12 yang sangat indah bahasanya.

Barang siapa tiada memegang agama,
sekali-kali tiada boleh dibilangkan nama.
Barang siapa mengenal yang empat,
maka ia itulah orang ma'rifat
Barang siapa mengenal Allah,
suruh dan tegahnya tiada ia menyalah.
Barang siapa mengenal diri,
maka telah mengenal akan Tuhan yang bahari.
Barang siapa mengenal dunia,
tahulah ia barang yang terpedaya.
Barang siapa mengenal akhirat,
tahulah ia dunia mudarat.

Setiap pasal terdapat 12 bait kata yang tersusun indah mengandungi petua-petua. Ada 12 pasal semuanya.

Ku tilik setiap bait gurindam yang tersusun dan ianya didatangkan dengan sebuah buku lengkap yang menerangkan setiap bait gurindam. Ternyata seperti puisi kalimat agung yang dicernakan oleh Raja Ali Haji ulama, ahli sejarah, serta pujangga Melayu-Bugis, pencatat pertama dasar-dasar tatabahasa bahasa Melayu melalui Pedoman Bahasa,  buku yang telah menjadi piawai bahasa Melayu. 

Raja Ali Haji ku lihat menyebarkan ajaran fikah ini dengan cara yang lebih menarik iaitu melalui bentuk puisi. 

Semua 12 pasal gurindam adalah petua yang amat bermakna tapi antara gurindam 12, Pasal 5 amat menarik bagiku. Begini baitnya. 

Jika hendak mengenal orang berbangsa,
lihat kepada budi dan bahasa,
Jika hendak mengenal orang yang berbahagia,
sangat memeliharakan yang sia-sia
.
Jika hendak mengenal orang mulia,
lihatlah kepada kelakuan dia.
Jika hendak mengenal orang yang berilmu,
bertanya dan belajar tiadalah jemu.
Jika hendak mengenal orang yang berakal,
di dalam dunia mengambil bekal.
Jika hendak mengenal orang yang baik perangai,
lihat pada ketika bercampur dengan orang ramai.

Bait-baitnya menerangkan tentang pentingnya pendidikan dan memperluas pergaulan dengan kaum terpelajar. Orang yang mulia boleh kita lihat dari perilaku dan tutur katanya. Orang yang bahagia adalah orang yang berhemat dan tidak melakukan perbuatan yang sia-sia. Untuk mengetahui apakah orang itu mulia maka lihatlah sikapnya. Orang yang pandai tidak pernah jemu untuk belajar dan memetik pelajaran dari hidupnya di dunia.  Orang yang berakal adalah orang yang telah mempersiapkan bekal waktu hidup di dunia ini. Jika ingin mengetahui sifat baik dari seseorang maka lihatlah ketika ia bergaul dengan masyarakat. Jika luhur perbuatanya dan percakapannya serta layanannya begitulah sikapnya. Jika kelihatan ia acuh tidak acuh maka begitulah sikapnya yang sebenar. 

Maka benarlah kata-kata "Berjalan bermusafirlah melihat kebesaran Tuhan, diciptakan untuk mereka yang berfikir dan bersyukur di atas nikmat dan kurniaNya."

"Riuh-riuh di Riau, Pulang berbekalkan Gurindam"


Share:

Puisi - Diam

Tika diam menghimpun kata
ku belek bicaranya dalam senyap
sedang matanya berbicara membilang suara
yang tersusup
di celah kerdipan

Bahasa diam itu
seakan menghulurkan aku juta kata
sukar untuk ku telah
Suara apakah yang terdampar
di celah matanya
yang bundar dan kuyu

Perlahan dan sopan
ku belek diari hatinya yang terbuka
di antara celik pejam
detik yang merangkak
meniti hari
Share:

Puisi - Setitis

Jatuh setitis di pelipis
Lakrima ini ku kutip dari celah kata
yang bergaris juntai
ucap bibir yang terkedu

Aku tidak pernah  menangis
hanya titis jernih yang merelai
berbingkai lembut
di penjuru mata
saljukah itu?
Biarkan mutiara  itu mengalir lembut
membilangi wajah luka dari persada hidup
dan ruang yang payal
segenap sanggar
 

Siapakah yang bakal mengutip
lalu menghimpun titis  jernih ini
dari lafaz hiba sejurai hati
Seorang aku
yang tertanggal dari segala reba
senyum yang hlang
dari ulas bibir

Menjadi kerongsang bersulam sendu
berpanjangankah ia?
melarik payah yang ngilu...
Share:

Sujud terakhir Pengantin

Selepas melaksanakan Solat Maghrib, dia mulakan make-up pada wajahnya, memakai pakaian pengantin putih yang cantik, mempersiapkan dirinya untuk majlis perkahwinannya sendiri, kemudian dia terdengar azan ‘Isyak dan menyedari bahawa wuduknya telah terbatal. Lalu dia berkata kepada ibunya: “Mak, saya perlu ambil wuduk dulu dan solat ‘Isyak “

Ibunya terkejut: “Apa kamu gila?!! Tetamu sedang menunggu, untuk melihat kamu! Bagaimana dengan make-up? ! Nanti habis dirosakkan oleh air.”

Tambah ibunya lagi: “Sebagai ibu, mak tak izinkan kamu solat sekarang! Wallahi… jika kamu ambil wuduk sekarang, mak akan tetap memarahi kamu.”

Anak perempuannya menjawab: “Wallahi… saya tidak akan pergi dari sini sehingga saya melakukan solat! Ibu sepatutnya tahu bahawa tidak ada ketaatan kepada mana-mana makhluk agar menderhaka kepada Maha Pencipta.!!”

Ibunya berkata: “Apa kata tetamu nanti jika kamu muncul dalam majlis perkahwinan sendiri tanpa make-up?! Tentu nampak hodoh atau tidak cantik di mata mereka! Mereka pasti akan mentertawakan kamu! “

Sambil tersenyum, anak perempuan itu bertanya: “Adakah ibu bimbang kerana saya tidak cantik di mata mereka? Bagaimana pula dengan Maha Pencipta saya? Saya bimbang kerana, jika saya terlepas solat saya, saya tidak lagi cantik di mata-Nya “

Dia mula berwuduk, dan semua make-up pada wajah telah hilang, tetapi dia tidak peduli.

Kemudian dia memulakan solat itu dan pada masa dia turun untuk sujud, dia tidak sedar bahawa ia akan menjadi satu sujud yang terakhir!

Ya! Beliau meninggal dunia ketika dalam sujud! Pengakhiran yang besar bagi Muslimah yang berkeras untuk mentaati Tuhannya! Ramai antara mereka yang mendengar cerita ini begitu tersentuh!!

Beliau mengutamakan Allah dan ketaatan kepadaNya sebagai yang pertama dalam keutamaan hidup beliau, jadi pengakhiran terbaik yang dianugerahkan oleh Allah pada mana-mana umat Islam yang layak memilikinya!

Dia mahu menjadi lebih dekat kepada-Nya, maka Allah mengambil nyawanya pada saat di mana umat Islam berada paling dekat kepada-Nya! SubhanAllah!

Dia tidak peduli jika dia tidak indah di mata makhluk, asalkan dia cantik pada Maha Pencipta!

[Kisah diceritakan oleh Syeikh ‘Abdul Mohsen al Ahmad’, ia berlaku di Abha (Ibu Negeri Asir di Arab Saudi)]

Berapa ramai pengantin yang seperti ini boleh kita temui. Kerapnya pengantin perempuan yang terlebih "excited". Sebelum kahwin minta macam-macam. Rumah dan kereta menjadi permintaannya atau setidaknya ada kerja tetap. Mak dan ayah kadang-kadang terlebih minta. Kalau masyarakat Murut Tagal di Sabah ada satu istilah "Berian sampai mati" atau "Mas kahwin sampai mati". Keluarga pihak perempuan berhak meminta atau mengambil sesuatu daripada harta atau milik anak menantu lelaki mereka. Adat ini perlu dipatuhi kerana semakin banyak harta yang diminta semakin rapatlah hubungan kekeluargaannya. Sekiranya adat ini diingkari, maka menantu lelaki tersebut akan menerima risiko yang berat iaitu boleh dipisahkan daripada isterinya atas arahan ketua adat. Antara mas kahwin yang biasa diminta oleh ibu bapa pihak perempuan ialah dua ekor kerbau atau lembu, satu tajau jenis Tiluan, satu tajau jenis Minukul, satu tajau jenis Belayung, satu tajau jenis Malalair, sebuah gong dan sebatang sumpitan.Permintaan ini akan tamat dengan satu majlis yang dipanggil "Majlis Tinauh". 

Benar kata orang; Kahwin Itu Mudah Jika Kita Mudahkan! seperti yang telah di ceritakan.

Mac 2014, tarikh sepatutnya aku bertunang dengan suami aku, tapi lepas sesi sarung cincin dari mak mertua, ayah aku panggil suami aku datang dekat dia, depan tetamu semua dia tanya “mu nak nikah tak hari ni?”

Suami aku dengan terkejut terus angguk, sapa tak nak kan?. Ayah aku pun memanggil seorang ustaz yang kebetulan sepupu suami aku, dia tanya “ustaz apa hukum saya bagi anak saya kawin hari ni, saya dah ada 3 saksi dan saya wali dia?”

Ustaz tu cuma jawap ” boleh, memang sah, tapi tak pernah orang buat” ayah aku jawap “orang tak buat biar saya buat” dan paling best family mertua aku semua sokong, Alhamdullilah dapat keluarga mertua yang terbuka juga, dan kebetulan suami aku memang simpan dinar emas dalam dompet, dia keluarkan jadikan mas kawin, dan ayah aku la yang menjadi tok kadi, dialah yang bagi khutbah nikah, dialah yang akadkan nikah aku mudah tak nak halalkan hubungan? mudah sangat kalau kita mudahkan.

Inilah kisah bertunang sesaat ayah aku nikahkan pun cuma nak bagi aku dating secara halal, sebab dia tahu anak dia ni tak baik mana, takut seludup keluar dating berdua,

Ya! ada yang cakap dan hina kata ayah aku gelojoh, ada jugak yang hormat dengan tindakan gelojoh ayah aku,

Mei 2014 alhamdulillah,aku dah selamat nikah mengikut cara rasmi di Malaysia, memang tak perlu pun rasmi tu, tapi dah kita hidup dalam negara macam ni, kita ikutlah,

Sempoi tak baju nikah aku pertama aku?, suami aku dengan kemeja, aku dengan kurung moden. Inilah kisah yang aku akan simpan untuk cerita dekat anak-anak dan cucu-cicit kalau umur panjang, kisah tak berapa menarik tapi sedikit jarang berlaku.

[Kisah ku petik dari Facebook]




Share:

Cinta Pak Teh

Sejurus aku menjejakkan kakiku di halaman rumah Pak Teh, ku lihat suasananya agak berlainan dari tahun-tahun yang sebelumnya.

"Assalamualaikum !!!, " Walaikumussalam ... kata Nizam dan Kak Ila sepupuku anak kepada Pak Teh dan Mak Teh.

Kalau tahun yang sebelumnya, Mak Teh melayan ketika bertandang ke rumahnya yang berada di Tiram. Pada kali ini tidak ku lihat senyuman Mak Teh. Selalunya hari raya baru sampai ke rumah mereka. Itulah kesempatan yang telah diberikan untuk meenziarahi pak cik dan mak cik ku. Pak Teh pencen askar manakala Mak Teh dikurniakan Allah pandai menjahit dan membuat kuih. Biskut Tat dan Kuih bangkit Mak Teh tiada taranya. Pakaian yang ditempah oleh pelanggan sering mendapat bayaran tinggi sehingga Tuanku Sultan Johor pun menjadi pelanggannya.

Sejurus masuk ke ruang tamu, tiada ku lihat Pak Teh. Kak Ila seakan paham soratan mataku. "Pak Teh baru aje naik. Kadang-kadang aje Pak Teh turun. Makan pun kadang-kadang di atas katil. Pak Teh dah tak kuat macam dulu." "Tak apa lah kak biar saya aje yang naik jumpa Pak Teh. Abang Syam apa khabar ?. Mungkin dah mula bekerja pada hari ini"

Tahun lalu Mak Teh kembali ke rahmatullah. Kencing manis, buah pinggang dan tekanan darah tunggi memang sakit yang dialami Mak Teh. Saat nafas terakhirnya dia berada di Hospital Tuanku Aminah Johor Baharu. Mengikut cacatan doktor, degupan jantungnya  tinggal 30 degupan seminit sebelum menghembuskan nafas yang terakhir. Aku pula pernah mengalami serendah 8 degupan seminit. Tapi Allah lebih sayangkan Mak Teh. Dia diambil dahulu menemuinya.

"Mak Teh ko dah tak ada. Rumah ni tak macam dahulu. Sunyi". "Sabar la Pak Teh, Kak Ila, Nizam dan cucu-cucu yang lain kan ada. " "Iya la mereka ada. Nanti kalau dia orang dah balik tinggal la Pak Teh seorang" "Ala abah ni kan Ila selalu ada kat sini" kata Kak Ila menyanggahkan kata-kata Pak Teh. 

Kelihatan tersusun kuih kegemaran Pak Teh di meja solek berdekatan. Muruku, Rempeyek dan biskut bakar. "Kuih bakar tu sapa yang buat Pak Teh ?. "Kak Ila yang buat. Dulu kalau Mak Teh ada dia yang selalu buat. "Rasanya sama ke macam Mak Teh buat ?." "Boleh le". Tanpa malu aku terus mencapai telap biskut yang dimaksudkan.

"Erm. pandai Kak Ila buat. iye la kan mana tak tumpahnya kuah ?"

"Ala tak perlu la puji-puji nanti Kak Ila bungkuskan buat balik. Boleh ngunyah-nyunyah masa memandu"

Wajah Pak Teh ku lihat bersisik dengan warna keputihan. Jauh berbeza dari dahulu pipinya yang layut dan kesegaran jelas di raut matanya. Tangan dan kakinya pun putih bersisik. "Aku ni dah tak selera nak makan, minum pun sama. Rasa macam nak terkeluar pun ada.

"Pak Teh baring la aje. Tak apa. berehatlah. Sambil-sambil tu kita boleh bersembang". "Bukan senang nak tengok ko ni. Setahun tu la sekali jumpa." Lalu ku bantu dan mendorong tubuh Pak Teh yang dulu nya gagah sasa kini hanya tinggal tulang. Mataku terpandang pada sehelai kain batik kegemaran Mak Teh menjadi alas tempat tidur Pak Teh. Kain itu agak keromot sedikit lalu aku betulkan agar nampak kemas.

"Kain batik Mak Teh" ujar Pak Teh dengan nada yang sayu. Ku lihat air mata meleleh di pipinya. Ku dapat rasakan betapa dalamnya kerinduan dan cintanya Pak Teh pada Mak Teh. Setiap cerita yang dilontarkan berkaitan Mak Teh. Aku mendengar dengan teliti. "Pak Teh kadang-kadang tidur pun sebut nama Mak Teh." Kata Ila.

"Alhamdulillah Pak Teh, Allah lebih sayangkan Mak Teh. Sebab tu Allah ambil dia dahulu". Kita yang hidup ni mari la sama-sama doakan agar roh al marhum diletakkan di kalangan yang soleh dan solehah. Moga dengan redha yang Pak Teh berikan kepada Mak Teh, dia pasti diterima Allah di sana. Insyallah."

Begitulah nada kehidupan yang ada akan tiada. Yang datang pasti akan pergi. Kadang kala kita tau ke mana perginya. Lebih menyedihkan jika perginya tiada pesan. Mungkin itu adalah balasan dan hukuman yang diberikan atas kesalahan yang telah dilakukan. Redhalah diri atas setiap ketentuan. Moga itu akan lebih memberikan ketenangan.
Share:

Amiraku Sayang

Seminggu lagi aku akan bernikah, tetapi hari ini aku masih di sini, kota besar, sendiri mengenangkan nasib. Tidak ada wang, tidak ada kereta, tidak ada kerja, tidak ada apa-apa selain, telefon murah, dan oh... telefon aku juga tidak punya kredit. Sewa rumah pun belum aku bayar, tetapi aku akan bernikah dalam tempoh lagi seminggu. Majlisnya sederhana, bernikah dengan gadis kampung sebelah, di rumah ibu gadis itu, dan aku tidak kenal lagi siapa gadis itu. Orang tua aku yang mengaturkannya, dan aku masih terfikir-fikir, mengapakah orang tua gadis itu sanggup mengahwini anaknya dengan seorang lelaki seperti aku.

Aku seorang lelaki yang apabila ditanya apa kerjanya, aku tidak tahu bagaimana harus menjawab. Aku memang bekerja, tetapi kerja sambilan di hotel, tolong kawan-kawan yang meniaga online di internet, ada sesekali mengikuti seminar MLM, dan banyak waktu duduk di rumah sewa, menatap akhbar mencari kerja.  Lalu, atas sebab apa ibu bapa gadis itu, mereka sanggup menikahkan anaknya kepada aku. Hantaran kahwinnya cuma senaskah Al-Quran dan mas kahwin pula cuma RM80.00. Lebih menghairankan, semua kenduri ditanggung oleh keluarga si gadis.

Mengapa? Bertambah aku tidak mengerti apabila orang tua gadis itu mengahwini aku dengan anak perempuannya yang cantik, sopan dan bertudung litup. Ya, aku ada melihat gambarnya, dan atas sebab kecantikan itulah walaupun dengan semua kehairanan itu, aku setuju juga dengan perkahwinan yang diatur keluarga ini. Gadis tersebut berkelulusan universiti luar negara, berkerja sebagai pegawai kerajaan yang gajinya cukup bagi membayar ansuran kereta BMW.

Pada mulanya, aku fikir aku ibarat tikus yang jatuh ke dalam guni beras, tetapi ketika majlis semakin hampir, aku mula terfikir, ada perkara yang disembunyikan. Adakah gambar yang diberi sama dengan wajah asli perempuan itu? Adakah perempuan itu sebenarnya ibu tunggal? Atau yang paling menakutkan aku, perempuan itu sedang mengandungkan anak orang lain, dan aku pula menjadi 'pak sanggup'. Alkisahnya, daripada sinilah kisah aku ini bermula.

***

Tengah hari itu aku nekad pulang ke kampung. Aku nekad, menyiasat latar belakang bakal isteriku, mengapa ibu bapanya sanggup melepaskan anaknya kepada lelaki seperti aku. Cuma tidak pasti, apakah cara untuk menyiasat.Semasa di dalam bas aku dikira beruntung, duduk di sebelah seorang lelaki yang peramah.

Aku bertanyakan soalan kepada lelaki itu, “Bagaimana mahu tahu latar belakang bakal isteri kita?”

“Senang sangat. Kalau dia ada FB, buka FB dia, atau taip sahaja nama penuhnya di internet. Nanti adalah maklumat tentang dia. Kalau susah sangat, pergi tempat kerja dia, tanya kawan-kawan dia, atau tanya jiran-jiran dia sahaja.”

Untuk menyiasat tentang tunang aku itu di internet, nama penuhnya pun aku tidak tahu. Aku cuma diberitahu nama pendeknya,Amira. Berapa ramai orang nama Amira di internet? Lalu aku ambil nasihat lelaki itu, tanya rakan-rakan sekerjanya, dan mujur aku tahu gadis itu bekerja di pejabat KEMAS di pekan.

Sampai sahaja di kampung, aku pinjam motosikal ayah.Aku terus memecut ke pejabat KEMAS. Aku lansung tidak tahu apa jawatannya, tetapi pejabat sebesar itu, berapa ramai sangatlah orang namanya sama. Tetapi agak tidak logik pula aku terus masuk ke pejabat dan bertanya berkenaan bakal isteri. Lalu akhirnya aku ambil keputusan menunggu dan memerhati di seberang jalan.

Aku mengagak kemungkin pada waktu makan tengah hari, Amira dan kawan-kawannya akan keluar dan apabila sudah megecam wajah kawan-kawannya, semasa balik nanti bolehlah aku tanya tentang Amira. Itulah rancangan aku, rancangan yang diatur kemas. Lalu aku pun duduklah di atas motosikal menghadap pejabat KEMAS yang cuma setingkat bangunannya.

Kemudiannya datang pula rasa menyesal, sebab pada jam 11 pagi, cuaca sudah pun terik. Di situ pula belum ada pokok yang rendang kerana semuanya baru sahaja dicantas dahannya. Sudah panas terik, pengawal keselamatan di luar pejabat pula asyik meninjau-ninjau. Bukan pengawal keselamatan, malah orang yang lalu lalang di situ turut memerhati.Aku lupa bahawa ini pekan kecil, jadi segala perbuatan yang bukan kebiasaan akan menjadi perhatian orang. Perbuatan aku yang duduk di hadapan pejabat kemas adalah bukan perkara biasa. Nampak terlalu aneh.

Akhirnya, aku semakin berasa menyesal kerana dari jauh aku lihat seorang perempuan keluar dari pejabat. Dia semakin menghampiriku. Semakin dekat perempuan itu, semakin aku berasa berdebar. Wajahnya semakin jelas, dengan tudung bawal kuning cair dan baju kurung biru muda. Memang aku sudah mengagak yang dialah bakal isteri aku itu, yang aku cuma kenal namanya sebagai Amira. Hanya itu.Aku fikir, mahu sahaja menghidupkan motosikal dan kemudiannya terus pergi dari situ tetapi semuanya sudah terlambat apabila Amira berkata, “Awak ke Firdaus?” Aku memberikan senyuman yang paling terpaksa pernah aku buat. Lebih terpaksa daripada senyum terpaksa apabila bertemu dengan cikgu semasa sekolah dahulu.

“Ya, saya Firdaus.Macam mana awak boleh cam?”

“Kawan di pejabat yang beritahu ada lelaki di seberang jalan. Mereka mengusik saya, mungkin saya kenal, dan saya mula perasan wajah awak sama dengan gambar yang emak saya beri.”

Satu pejabat perasan aku menunggu di hadapan pejabat? Teruk betul cara aku mahu menyiasat. Kemudian pantas aku memerhatikan wajahnya. Ternyata wajah aslinya jauh lebih cantik daripada wajah pada gambar. Mungkin sebab itu gambar pasport. Orang tua dia pun satu, ambillah gambar lain. Ini tidak, gambar pasport anak dia pula. Entah-entah, emak ayah aku pun berikan gambar pasport aku. Ketika itu juga aku rasa berdebar. Sebab, seingat aku semasa aku bergambar pasport, aku baru sahaja bangun tidur.

Aku perhatikan pula perutnya, tetapi tidak nampak ada apa-apa tanda perempuan mengandung. Pada ketika aku melakukan perbuatan tersebut, aku perasan dia terus silangkan tangannya di perutnya dan terus aku berasa malu yang amat. Mesti dia perasan aku pandang perutnya. Entah apalah dalam fikirannya sekarang.Kemudiannya, aku perasaan lagi yang Amira ini perempuan yang berani. Berani untuk keluar berjumpa dengan aku. Kalau perempuan lain, tentu mereka tidak berani. Barulah aku sedar, inilah pertemuan pertama aku dengan bakal isteri aku. Pertemuan dalam keadaan yang agak aneh.

Selepas pertanyaan itu, kami tiba-tiba diam. Kami hanya berdiri di tepi jalan raya, sambil memandang ke arah yang sebenarnya agak aneh untuk dipandang. Aku memandang ke arah pokok dan dia pula memandang ke arah motosikal ayah aku.Aku tahu, ini keadaan yang tidak betul dan aku sebagai lelaki perlu menunjukkan contoh yang baik kepada bakal isteri aku. Jadi, selepas puas berfikir dan memberanikan diri, aku berjaya memecahkan suasana janggal, “Sudah makan?”

“Saya diet.” jawabnya ringkas.

Nasib baik dia kata dia diet. Bagaimana kalau dia kata, marilah kita makan, memang aku akan jahanam sebab di dalam dompet aku cuma ada lima ringgit. Mana cukup. Selepas itu, keadaan kembali sepi.

”Saya mahu masuk pejabat balik,” kata Amira sopan dan membuatkan aku lega.

“Saya pun mahu balik,” balas aku.Rupa-rupanya lega aku tidak lama.

“Malam ini jemputlah datang rumah.

“Datang rumah awak?”

“Ya, makan malam dengan keluarga saya.”

Aku diam. Berdebar-debar.

“Jemputlah sekali ayah dan emak awak kalau mereka tidak ada halangan.”

“Baiklah, selepas maghrib saya saya sampai.”

***

Sepanjang perjalanan balik aku berasa tidak puas hati dengan diri aku sendiri. Mengapa aku tiba-tiba menjadi kaku. Sepatutnya, pada waktu itulah aku banyak tanya bagi menyiasat mengapa dia dan keluarga dia memilih aku.Cuma malam ini aku berasa sedikit gerun. Alamat rumah Amira, aku boleh tanya ayah aku, tetapi adakah aku patut bawa ayah dan emak aku sekali? Tidak.. tidak.... Bukannya aku tidak tahu, biasanya kalau emak ada sekali, habis semua rahsia anak dia ceritakan. Seronok betul cerita rahsia anak-anak.Lagipula aku ada banyak rahsia yang tidak patut Amira dan emak ayahnya tahu. Rahsia yang aku paling takut emak akan beritahu adalah hampir setiap bulan aku masih lagi meminta duit daripada emak aku. Memang memalukan tetapi untuk pergi seorang diri pula, memang aku tidak yakin.

Akhirnya, aku ada idea paling bernas. Aku terus melencong ke rumah kawan lama aku, Asyraf. Bukan setakat kawan lama, bahkan kawan karib. Aku yakin dia ada di rumah, kerana dia juga senasib dengan aku, belum ada kerja tetap. Bezanya, dia bertarung hidup di kampung, dan aku pula bertarung hidup di kota.Sampai sahaja di rumah Asyraf, aku lihat Asyraf sedang duduk di tangga sambil asyik bermain gitar. Itulah kemahiran Asyraf yang sangat aku cemburu. Aku tidak pandai bermain gitar dan akibatnya.... oh... ada lagi rupanya kemahiran Asyraf yang aku tidak ada. Asyraf pandai mengorat gadis dengan bermain gitar, dan dia sangat berani berhadapan dengan perempuan, tidak seperti aku. Itulah akibatnya, aku tidak ada keyakinan apabila berhadapan dengan perempuan.

“Lama tak nampak?” kata Asyraf sebaik aku duduk di sebelahnya.

“Taklah lama mana. Baru dua bulan lebih.”

“Lamalah tu.”

Aku diam. Aku cuba memasang telinga kepada petikan gitar lagu rock kapak yang Asyraf petik, 'Suci Dalam Debu'. Aku cuba menyusun ayat, bagi mengajak dia menemani aku malam ini, tetapi belum ada ayat yang bagus.

“Aku dengar seminggu lagi kau nak kahwin. Kau tak jemput pun aku,” kata Asyraf.Secara tidak langsung, persoalannya memberikan aku jalan bagi melaksanakan rancangan aku.

“Ini majlis sebelah pihak perempuan, jadi mereka jemput sebelah perempuan sahaja.”

“Sebelah lelaki bila?”

Aku diam sedetik.Aku tidak tahu bila. Sebab dengan kewangan aku sekarang ini, hidang mi goreng kepada tetamu pun aku tidak mampu lagi.

“Tengoklah. Kalau ada kad aku sampai ke rumah kau, kau pergilah.”

Asyraf semakin merancakkan petikan gitarnya. Kini lagu Adele pula, 'Someone like you'. Entah mengapa, lagu yang temanya kecewa sahaja dia mainkan petang ini.

“Dia cantik tak?” Asyraf memandang dengan senyuman penuh berharap.

“Cantik.”

“Macam mana kau tahu?” senyuman Rudy kini semakin tinggi harapannya. Harapan jenis apa aku pun tidak tahu. Mungkin harapan untuk melihat aku bahagia. Walaupun aku berasa seperti tidak logik pula harapan itu wujud daripada Asyraf.

“Ayah dan emak aku yang jodohkan. Aku terima sahaja.”

“Kau tidak pernah jumpa dia?”

“Baru tadi.”

“Memang dia cantik?”

“Memang cantik.” Asyraf kini memperlihatkan pula wajah orang yang sedang gusar dan berfikir panjang.

“Apa kerja dia?”

‘Pengawai di KEMAS. Aku tidak tahu jawatannya. Tetapi emak aku kata, pegawai tinggi juga.”

“Hmm... dia cantik, kerja bagus tetapi dia mahu kahwin dengan kau. Hairan.”

Aku menelan liur. Nampaknya Asyraf juga sudah perasan sesuatu yang tidak kena. Dia pandang wajah aku.

Asyraf menyambung, “Kau pun, bukannya kacak. Hairan...hairan.”

Aku tersenyum pahit. Aku akui.Aku memang tidak kacak dan itu pun sebenarnya merisaukan aku juga.

“Kau tidak hairan?” soal Asyraf.

“Memang aku juga hairan.”

“Kau sudah periksa latar belakang perempuan itu?”

Aku pandang wajah Asyraf. Akhirnya peluang aku tiba.

“Malam ini kau ikut aku. Temankah aku ke rumah tunang aku.”

“Buat apa?” Asyraf memandang hairan.

“Dia ajak aku makan malam dekat sana. Jumpa dengan ayah dan emaknya. Waktu itu aku fikir baru hendak siasat latar belakangnya.”

“Jadi kau pergilah sendiri.” Asyraf kembali menyambung memetik gitar.

“Kau bukan tidak tahu aku. Aku segan. Aku perlukan kau temankan aku. Lagipun kau berani, mungkin kau boleh tolong siasat-siasat juga.”

“Siasat-siasat? Macam mana?”

“Tanyalah apa-apa soalan yang patut. Engkaukah berpengalaman dalam dunia percintaan. Mestilah tahu.”

Akhirnya selepas lama aku pujuk, Asyraf pun setuju.

***

Malam itu, walaupun aku sudah salin alamat daripada ayah aku, aku tetap sesat. Aku sampai di rumahnya pun selepas isyak, bukannya selepas maghrib. Aku lihat makanan sudah sedia terhidang di atas meja.Nampak sudah sejuk. Mungkin perut Amira dan orang tuanya juga sudah lapar.

“Maafkan saya sebab lambat.”

“Tidak mengapa, masuklah,” kata seorang lelaki yang sebaya ayah aku. Mungkin dialah ayah Amira dan bakal ayah mertua aku.

“Ooh... inilah Firdaus. Ayah kamu kata kamu akan balik lusa, cepat pula kamu balik ni?” tegur seorang perempuan pula, yang aku yakin adalah emak Amira.

“Ada hal sedikit. Kenalkan ini kawan saya Asyraf. Emak dan ayah saya tidak dapat datang.”

Kemudiannya, Amira keluar dari dapur dengan kelihatan sangat cantik. Terpegun aku. Aku sempat melihat wajah Asyraf yang ikut terpegun sekali.

“Untunglah kau,” bisik Asyraf.

Selepas makan, kami duduk pula di ruang tamu dan pada waktu itulah aku jeling-jeling Asyraf supaya mula menjalankan kerjanya.

“Firdaus beritahu, yang ini kali pertama dia berjumpa dengan pak cik dan mak cik. Malah dengan Amira pun baru semalam dia berjumpa,” kata Asyraf memulakan bicara. Aku mula berdebar-debar.

“Ya, kali pertama berjumpa. Sebelumnya, kami lihat wajahnya dalam gambar pasport yang emak dia beri,” jawab ayah Amira.

Aku semakin berdebar-debar. Emak aku beri gambar pasport? Ah, sudah! Matilah aku.

“Tidak sangka, orang betulnyakacak juga,” sambung emak Amira pula.

Aku mula berasa pipi aku panas. Jarang betul orang puji aku kacak. Kalau puji kacak pun, ada makna di sebaliknya. Entah-entah emak Amira pun cuma mahu menjaga hati aku.

“Itulah saya hairan. Sebab dia beritahu yang orang tua dia yang aturkannya. Tidak sangka, zaman sekarang masih ada lagi perkahwinan yang diatur oleh orang tua. Apa rahsianya pak cik?” Asyraf memang tidak menunggu lama. Terus sahaja dia bertanya sambil ketawa-ketawa kecil. Jadi, walaupun soalan itu serius, tetapi Asyraf kelihatn seperti dia sedang bergurau.

“Tidak ada rahsia apapun. Firdaus tidak beritahu kamu?” Asyraf pandang aku, kemudian dia padang ayah Amira dan menggeleng.

Terus aku kata, “Sebenarnya saya pun tidak tahu apa-apa.”

“Kamu tidak tanya ayah dan emak kamu?”

Pada waktu itulah, aku mula berasa menyesal. Ya, aku tidak tanya pun ayah dan emak aku mengapa dia pilih Amira. Yang aku tahu, emak aku cuma tanya, “Mahu emak carikan kamu jodoh tak?”

Aku pun terus kata, “Boleh.”

Tahu-tahu, dua minggu selepas itu, aku sudah bertunang dan dalam masa sebulan akan berkahwin. Itupun tunang guna duit emak aku. Memalukan betul.

“Saya tidak tanya.”

Ayah Amira mula ketawa kecil.

“Begini, saya dan ayah kamu itu memang sudah lama kenal. Suatu hari, kami borak-borak di kedai kopi, kami bercerita tentang anak masing-masing, kemudiannya terus bercerita berkenaan jodoh, dan akhirnya, terus kepada rancangan mahu menjodohkan anak masing-masing. Selepas itu, inilah yang terjadi,” jelas ayah Amira.

“Begitu sahaja pak cik? Mudahnya!”Asyraf nampak terkejut, dan aku pun sebenarnya agak terkejut juga. Ya, mudahnya.

Emak dan ayah Amira hanya tersenyum lebar.

Ayahnya berkata, “Tidaklah semudah itu. Kami pun mahu yang terbaik untuk anak bongsu kami. Kami pun ada siasat latar belakang kamu Firadus.”

“Jadi pak cik tahu yang Firdaus ini menganggur dan tidak ada duit?” soal Asyraf dan membuatkan aku geram tetapi dalam masa yang sama berasa sangat malu. Tiba-tiba aku berdoa supaya tubuh aku menjadi kecil, supaya mudah untuk aku menyorok bukan sahaja muka, tetapi seluruh tubuh aku di balik bantal.

“Tahu,” jawab ayah Amira sambil ketawa kecil lagi.

“Jadi?” Asyraf menyoal sambil memusingkan tangan kanannya.

Aku dapat agak Asyraf sebenarnya mahu kata, “Jadi, mengapa masih pilih Firdaus?” Mungkin kerana tidak sampai hati, dia cuma buat isyarat tangan sahaja. Ya, aku tahu betul sebab sudah lama aku kenal dengan Asyraf.

“Itulah yang diberitahu oleh ayahnya. Katanya, anak dia tidak kacak, tidak ada kerja tetap, malahan, bulan-bulan masih minta duit daripada emaknya. Tetapi, daripada situlah pak cik tahu, Firdaus ini akan menjadi suami yang baik kepada anak pakcik.” Ayah Amira tidak lagi tersenyum, sebaliknya memandang aku dengan wajah serius. Aku pula terus tunduk malu. Malunya aku. Rupa-rupanya mereka sudah tahu yang aku ini minta duit bulan-bulan daripada emak aku sendiri lagi.

“Jadi?” Asyraf sekali lagi menggerak-gerakkan tangannya.

“Ayahnya juga memberitahu, anak dia akan menelefon mereka di kampung, paling kurang dua kali seminggu. Dan walaupun dia tidak ada pekerjaan tetap, kerjanya pun tidak menentu dengan gaji yang kecil tetapi setiap kali dia telah mendapat gaji, ayahnya memberitahu bahawa dia tidak pernah lupa memberikan sedikit kepada emaknya. Walaupun cuma sekadar RM50. Jadi, bayangkan walaupun hampir tiap-tiap bulan dia tidak cukup duit, tetapi dia masih ada perasaan bagi membantu orang tuanya. Itulah namanya tanggungjawab!” jawabnya panjang.

Aku tergamam. Aku sebenarnya tidak menyangka ayah aku menceritakan perkara itu juga kepada ayah Amira.

“Ooh... tanggungjawab,”Hanya itu kata Rudy sambil mengangguk-angguk.

Ayah Firdaus menyambung lagi, “Tanggungjawab itu, bukan bermakna apabila kita kaya sahaja kita perlu ada tanggungjawab. Tanggungjawab itu adalah sesuatu yang kita pegang semasa kita susah dan semasa kita senang. Dalam rumahtangga, bukan selamanya senang. Lebih banyak masa susahnya. Jadi, pak cik akan berasa legakerana pak cik dapat tahu anak pak cik berada dalam tangan lelaki yang bertanggungjawab.”

“Betul juga pak cik. Lagipun Fidaus ini, setahu saya dia tidak pernah tinggal sembahyang dan tidak ada ‘girlfriend’ sebab takut perempuan,” tambah Asyraf yang membuatkan aku tersipu-sipu. Tidak sangka Rudy memuji aku.

“Sembahyang itulah perkara utama yang pak cik tanya daripada ayah dia, dan ‘girlfriend’ pun pak cik ada tanya.”Ayah Amira kembali ketawa kecil.

“Susah mahu cari orang seperti pak cik pada zaman ini. Zaman sekarang, semua mahu menantu kaya sahaja,” tambah Asyraf lalu aku nampak wajahnya tiba-tiba murung. Mungkin dia sedang bercerita tentang dirinya secara tidak sedar.

“Semasa pak cik mengahwini ibu Amira, hidup pak cik pun susah. Pak cik juga orang susah, cuma bekerja sebagai kerani, sedangkan ibu Amira itu anak orang kaya kampung. Alhamdulillah, keluarga isteri pak cik jenis yang terbuka. Lalu, mengapa pak cik tidak memberi peluang kepada orang yang susah pula, sedangkan pak cik dahulu pun diberi peluang. Yang utama, sebab dia susah bukan kerana dia malas, tetapi belum sampai rezeki. Besar bezanya, orang malas dengan orang yang belum ada rezeki. Kalau susah sebab duduk rumah dan tidur berguling-guling, memang pak cik tidak terima juga,” jelas ayah Amira dengan panjang lebar.

Aku berasa mula sedikit lega. Tidak sangka betul aku, begitu fikiran ayah dan emak Amira. Perlahan-lahan, perasaan malu aku itu mula berkurang. Perlahan-lahan juga, curiga aku kepada Amira ikut berkurang.

“Anak pak cik pun hebat juga. Dia ikut kata pak cik. Zaman sekarang, biasanya semuanya sudah ada ‘boyfriend’ dan ‘girlfriend’,” kata Asyraf.

Aku tahu, Asyraf juga sedang memasang umpan bagi mengetahui latar belakang Amira pula. Aku kembali berdebar-debar.

“Alhamdulillah. Pak cik sangat bersyukur diberi anak sebegitu. Mulanya, pak cik khuatir juga, tetapi selepas seminggu, Amira setuju. Cuma pak cik tidak tahu sebab apa dia setuju, mungkin Firdaus boleh tanya dia sendiri selepas nikah nanti,” kata ayah Amira, lalu dia, isterinya dan Asyraf ketawa bersama. Tinggal aku dan Amira sahaja yang duduk terdiam-diam tersipu malu. Sempat aku menjeling Amira, dan bertanya dalam hati, “Mengapa kamu setuju dengan lelaki seperti aku?”

***

Alhamdulillah. Allah permudahkan kerja kami. Aku sudah sah menjadi suami kepada Amira, dan selepas bersalaman dengan Amira, gentar dan malu aku kepada Amira mula berkurang. Malah aku mula memanggil dia dengan panggilan“sayang”. Selepas kenduri, kini aku dan Amira sudah berada di dalam bilik, berdua-duaan untuk pertama kalinya.Aku masih ingat pertanyaan aku dalam hati, pada malam aku bertemu ayah dan emak Amira.

Kini pertanyaan dalam hati itu aku luahkannya dengan lidah, “Sayang, mengapa sayang setuju untuk bernikah dengan lelaki seperti abang? Lelaki yang belum tentu masa depannya, dan mungkin juga membuat sayang derita.”

Tidak sangka, pertanyaan melalui lidah aku menjadi lebih panjang dan ‘detail’ pula berbanding pertanyaan dalam hati. Amira yang waktu itu sedang duduk malu-malu, memandang aku lalu menyalami tangan aku, dan berkata, “Ampuni Amira bang, ampuni Amira...”

Aku mula berdebar-debar dan tidak sedap hati.

“Ampuni apa sayang?”

“SebabAmira sebenarnya sempat curiga juga dengan abang. Amira sempat tidak yakin dengan abang. Malah, Amira minta tolong kawan Amira, yang kebetulan tinggal berhampiran abang di kota supaya menyiasat latar belakang abang. Amira juga solat iskhtikarah hanya kerana ragu-ragu kepada abang.”

Debar aku kembali menurun. Rupa-rupanya, Amiraterlebih dahulu menyiasat latar belakang aku. Malunya aku. Tetapi sekarang dia sudah jadi isteri aku yang sah, lalu aku angkat kepalanya dan pandang ke arah matanya.

“Abang ampunkan. Abang pun minta maaf, sebab abang pun pernah juga berasa curiga kepada sayang.”

Amira tersenyum. Bukan senyum manis biasa, tetapi senyuman seorang perempuan yang bahagia, dan senyuman itu sangat ajaib kerana ikut membuatkan aku berasa bahagia. Mungkin inilah perasaan bahagia yang datang daripada kelakuan kita yang membahagiakan orang lain. Tetapi persoalan aku tadi masih belum terjawab sepenuhnya.

“Jadi, apa kata kawan sayang?” lanjut aku mahu tahu. Risau juga kawan dia cakap yang bukan-bukan.

“Katanya, abang ini kerja tidak tetap. Motosikal pun pinjam motosikal kawan, tetapi katanya dia sentiasa melihat abang membaca ruangan akhbar mencari kerja, menghantar surat dan sentiasa memeriksa peti surat. Maksudnya, abang ini seorang yang rajin berusaha. Katanya lagi, dia tidak pernah nampak abang keluar dengan mana-mana perempuan. Solat pun abang buat berjemaah di surau.”

Aku mula tersipu-sipu. Jadi bagi mengelak lebih tersipu-sipu, aku bertanya, “Tetapi orang secantik sayang takkan tidak ada orang mahu? Pasti ramai yang mahukan sayang, dan mungkin pasti juga yang ada sudah menghantar rombongan meminang, bukan?

Amira sekali lagi tersenyum. “Ya, memang ramai lelaki yang cuba dekat dengan Amira, tetapi Amira sangat takut. Sebab, teringat kepada kakak Amira”

“Mengapa dengan kakak, sayang?” soal aku segera.

Amira pun bercerita panjang lebar, dan tahulah aku yang kakak dia sudah kembali ke Rahmatullah. Kakak Amira dahulu juga seorang perempuan cantik dan ramai lelaki yang mahukan dia. Akhirnya, dia kahwin dengan lelaki pilihan hatinya sendiri. Lelaki yang kacak, berpelajaran tinggi, dan bekerja yang gajinya lumayan. Sayangnya, selepas setahun berkahwin, suami kakaknya mula berubah kerana belum mendapat anak. Mula balik lewat dan sering marah-marah.

Malah, apabila suami kakaknya dibuang kerja kerana krisis ekonomi, hidup mereka menjadi susah dan suami kakaknya juga semakin besar perubahannya. Dia sudah tidak balik berhari-hari, apabila balik pula, hanya bagi meminta wang, marah-marah dan memberi sepak terajang. Kemudian pecahlah rahsia, rupa-rupanya suami kakaknya itu sudah ada perempuan lain. Lalu pada hari itu, dengan hati yang kusut, kakak Amira gagal mengawal keretanya lalu kemalangan dan meninggal dunia.

Akhir ceritanya itu, terus aku genggam tangan Amira erat-erat.Sebab itulah, Amira takut bagi menerima mana-mana lelaki dalam hidupnya. Amira juga sebenarnya sudah mengamanahkan ayah dan ibunya untuk mencari lelaki yang sesuai untuk dirinya. Biar tidak kaya, biar tidak kacak, tetapi lelaki itu mampu membahagiakan hidup dengan kasih-sayang dan mendamaikan hati dengan agama.

Akhirnya, semuanya sudah jelas. Mengapa ayah dan ibu Amira memilih lelaki seperti aku, dan mengapa Amira menerima aku dalam hidupnya. Genggaman tangan aku semakin kuat.

“Abang... jagalah Amira. Jaga dan Amira mohon jangan lukakan hati Amira,” rayu Amira dan aku nampak matanya mula ada air mata yang berkolam, dan kemudiannya air itu jatuh ke bumi. Segera aku mengesat air mata kebahagiaan Amira.

“Abang, bukan lelaki terbaik, dan abang tidak mampu berjanji menjadi suami yang terbaik untuk sayang. Abang cuma mampu berjanji, abang berusaha menjadi lelaki yang terbaik itu, dan berusaha menjadi suami yang terbaik untuk sayang,” kata aku perlahan.Amira terus memeluk aku dengan erat. Bahu aku sudah basah dengan air matanya.
Share:

Aufa Zinnirah

Sepertiga malam ini kubangun dengan penuh senyuman. Kubasahi wajahku dengan wuduk. Aku hanyut dalam solat qiamku.

Jam sudah menunjukkan pukul 5.00 pagi selepas aku selesai tiga rakaat witir. Aku memegang perutku…

“ Ya Allah…Kau berkatilah kandunganku ini. Pelihara dan sejahterakanlah dia”.

Aku tersenyum seketika. Sejurus itu aku menoleh ke arah katil. Aku masih keseorangan. Keseorangan demi perjuangan. Air mataku tiba-tiba menitis. Tapi…aku mesti kuat dalam menghadapi semua ini. Suamiku…perpisahan yang kami relakan. Walaupun di kejauhan doa buatmu tidak pernah putus.

“ Macam mana nanti kahwin, sorang kat Kedah sorang kat Kuala Lumpur, susah kalau macam ni”, leter emakku.

“ Tak apalah mak. Bila cuti Intan pergilah Kuala Lumpur”, beritahuku.

“ Oo…Intan juga yang perlu bersusah payah ke sana. Mengaji lagi, suami lagi. Dah tu duduk jauh, sambung emak.

“ Emak, Insya Allah…Intan mampu untuk menghadapi semua tu. Mak jangan risau

Emak menarik muka masam. Bagi emak, dia tidak mahu aku menghadapi kesusahan apabila berada dalam gerbang perkahwinan. Dia lebih suka jika aku menghabiskan pengajianku di Universiti Utara Malaysia yang masih lagi tinggal dua tahun. Namun, bagiku inilah masanya untuk aku mendirikan rumah tangga. Aku mampu untuki menghadapi semua ini. Mungkin bagi orang yang melihat keadaan diriku mereka akan merasakan betapa susah dan sukarnya kehidupan yang akan aku lalui tanpa suami di sisi dalam beberapa waktu. Tidak semestinya perkahwinan itu perlu berada di sisi suami selalu. Jika kita mengimbau sejarah zaman sahabat Rasulullah dahulu, para suami sentiasa meninggalkan isteri mereka semata-mata mahu memperjuangkan Islam di kata dunia. Mungkin aku juga dipilih oleh Allah untuk semua ini. Walaupun perpisahan aku dengan suami bukan kerana suamiku pergi berperang tetapi bertugas juga untuk menyiarkan Islam. Aku redha semua itu.

“ Hai, nak ke mana pulak tu?” tanya Mak Long suamiku.

“ Nak balik kolej. Esok ada peperiksaan. Rasanya nak kena balik awal sikit, balasku.

“ Orang beli mahal-mahal suruh duduk kat rumah, ini baru je kahwin dah nak keluar rumah. Apa kena macam ni?” perli sepupu suamiku pula.

Aku Cuma diam mendengar kata-kata itu. Walaupun pedih aku terpaksa terima dengan hati yang redha. Apabila aku telah menempuh alam ini, aku perlu menghadapi segala dugaan dan rintangan yang mendatang. Mungkin ini ujian pertamaku dalam dunia perkahwinan. Itulah yang aku terima selepas dua hari kami diijabkabulkan. Peperiksaan yang akan aku hadapi dua hari lagi telah kupersiapkan lebih awal. Cuma aku perlu mengulangkaji kali terakhir sebelum aku masuk ke dewan peperiksaan. Aku memandang sayu ke arah suamiku. Dia memegang kuat jari jemariku. Memberikan kekuatan.

“ Jangan ambil hati ye Intan. Anggap itu sebagai suatu gurauan”, kata Iskandar, suamiku.

Aku Cuma mengangguk. Namun, dalam hatiku Cuma Allah sahaja yang tahu. Betapa sakit dan sedihnya kata-kata mereka itu kepada aku. Aku cuba kuatkan semangat.

Kring…Kring…

Lamunanku terhenti seketika. Aku mengangkat gagang telefon dengan penuh kekuatan, mengharapkan panggilan dari suamiku. Rupa-rupanya hasratku tidak sia-sia.

“ Assalamualaikum…

“ Waalaikumussalam…apa khabar orang di sana?

“ Alhamdulillah…ayang abang kat sana pula sihat ke? Macam mana dengan baby? Sihat?

“ Alhamdulillah…Cuma baby rindukan belaian babanya kot…lama sangat dah tak balik…telefon pun jarang sekarang…

“ Baby ke mama baby yang rindu. Sorrylah…abang banyak kerja. Tak boleh nak cuti, tak ada orang nak ganti tempat abang. Lagipun kat Masjid sekarang ni banyak sangat program yang perlu abang laksanakan. Mama fahamkan…

“ Oklah…minggu depan ayang ke sana.

“ Tak apalah ayang. Tak payahlah dalam keadaan ayang macam tu sekarang ni ayang berulang dari Kedah ke Kuala Lumpur. Bagi sihat sikit. Kandungan ayangpun masih baru lagi. Ayang kena jaga elok-elok. Lagipun dah dua kali ayang keguguran. Abang tak nak kali ini juga kandungan ayang bermasalah”, jelas Iskandar penuh harap.

“ Dah tak suka kita lah tu. Sekarang ni kita nak balik selalu tak bagi. Orang kat sana tak tahu orang kat sini rindu sangat. Tak apalah…biarlah orang kat sini terus bersendirian. Biarlah cuti ni kita balik kampung je. Duduklah kat sana sorang-sorang…Tentu bestkan…”, kataku dengan nada merajuk.

“ Oklah…datanglah…abang terlupa kata isteri abang ni cuti”.
Aku terdiam seketika. Sesekali aku merasakan kesakitan pada kandunganku.

“ Kenapa diam je ni? Dah tak nak cakap dengan kita ke?

“ Oklah…kita dah ngantuk…Minta maaf ye abang kalau ada tersilap cakap tadi”.

“ Oklah…ayang…Selamat malam. Jaga diri, jaga kandungan. Doakan abang selalu. Assalamualaikum”.

“ Waalaikumussalam. Insya Allah. Abangpun doakan ayang selalu ye”.

Aku tersenyum keseorangan. Aku memegang kandunganku yang sudah masuk bulan ketiga. Aku berdiri di hadapan cermin. Perutku masih belum kelihatan. Ya…masih baru. Aku perlu menjaga kandungan ini dengan baik. Inilah yang diharapkan oleh suamiku dan juga diriku sendiri. Apatah lagi bagi kedua orang tuaku dan juga kedua orang mertuaku. Inilah cucu pertama yang bakal mereka terima. Aku tahu betapa sedihnya Iskandar apabila aku dua kali keguguran. Itulah zuriat yang sangat-sangat dia harapkan.

Hari ini aku menerima kunjungan sahabat baikku semasa sekolah menengah dahulu. Dia mengunjungiku dan suami di Kuaters Imam Masjid Bangsar, Kuala Lumpur. Aku menerimanya dengan penuh kegembiraan. Hampir lapan bulan kami tidak bertemu selepas aku mendirikan rumah tangga dengan Iskandar.

“ Macam mana dengan kerja sekarang?” tanyaku kepada Fatihah.

“ Oklah…bolehlah…cukup makan”, balas Fatihah.

“ Oklah tu. Syukur tau sebab dah dapat kerja. Berapa ramai graduan yang dah tamat belajar menganggur. Kira rezeki kau ni kau dapat kerja”.

“ Yalah…kerja biasa je. Taklah gaji mahal sangat”. Balas Fatihah lagi.

“ Kerja apa sekalipun, janji kerja itu halal. Biar dapat sedikit tapi keberkatan daripada Allah itu lebih tinggi nilainya”, nasihatku.

“ Itu aku tahu, sebab itu aku masih terus berada di situ”.

“ Baguslah kalau macam tu. Jom kita pergi makan. Asyik bersembang lupa pula nak ajak makan. Jom…

Kami jalan beriringan ke dapur. Suamiku mengekori kami dari belakang.

“ Is, beruntung Is dapat kawan saya ni. Pandai masak. Pandai menjahit, lagi pandai apa lagi…

“ Pandai merajuk, pandai menangis…” balas Iskandar sambil menjeling ke arahku.

Aku mencubit paha kanannya. Dia melompat menahan kesakitan.

“ Adoi…sakitlah. Orang berguraupun tak boleh. Tengoklah Fatihah perangai kawan awak ni. Kadang-kadang saya tak tahan”, kata Iskandar.

“ Oo…sekarang dah pandai cakap tak tahan. Ni mesti ada hati nak kahwin lain ni. Dah jemu dengan kita la sekarang”, balasku.

“ Hai…nak abang kahwin seorang lagi ke? Buat apa cari jauh-jauh kat depan mata ni ada. Kan…Kan…

“ Dahlah tu Is, Intan…jom kita makan”, jelah Fatihah.
Kami bertiga ketawa. Ketawa dengan gurauan-gurauan tadi.

“ Oklah Intan, Is, aku balik dulu. Intan kau jaga diri baik-baik. Is jaga kawan aku baik-baik tau. Tu ha yang kat dalam tupun jaga juga tau. Terima kasih di tas layanan kamu berdua.

Assalamualaikum…

“ Waalaikumusslam….”

Kini kandunganku sudah menjangkau ke bulan yang ketujuh. Aku kini berada di kampus UUM. Dua minggu lagi aku akan menghadapi peperiksaan semester kedua untuk tahun kedua pengajianku. Ini bermakna ada lagi setahun untukku menghabiskan pengajian dalam bidang Pembangunan Sosial. Kadang-kadang aku berasa cukup letih. Sehari suntuk berada di kelas. Kadang-kadang terpaksa menghabiskan masa di perpustakaan untuk mengulangkaji pelajaran. Penat dengan tugasan yang diberikan oleh pensyarahku. Inilah cabaran yang perlu aku hadapi. Kandungan yang semakin membesar membuatkan aku cepat letih dan lesu. Namun…kekuatan yang diberikan oleh kawan-kawan membuatkan aku terus bersemangat.

Malam ini aku tidak dapat melelapkan mataku. Aku berasa perutku semakin sakit. Aku menahannya dengan kudrat yang ada. Buku yang kubaca kututup perlahan-lahan. Aku membaringkan diriku di atas katil sambil memegang perutku.

“ Ya Allah, berikan kekuatan untukku menahan kesakitan ini. Aku sedar ini adalah ujian yang terlalu kecil buat diriku. Namun…aku tidak mampu menahannya ya Allah terlalu lama…

Aku memejam mataku dengan rapat. Room mateku yang baru pulang terkejut melihat keadaan diriku.

“ Intan, kenapa dengan kamu ni? Kita pergi ke klinik ye”. Tanya Asiah.

“ Tak apa, memang macam ni selalu. Kejap lagi oklah ni. Jangan risau. Pergilah tidur”.

“ Macam mana aku nak tidur dalam keadaan kau macam ni”.

“ Ok…dah lega sikit”.

“ Kau biar betul Intan. Jangan kau tahan sakit sorang-sorang. Kalau rasa tak tahan kita pergi ke klinik je”.

“ Ok. Aku dah rasa ok sekarang. Jom-jom tidur”.
Asiah menggelengkan kepalanya. Dia sudah masak dengan perangai kedegilanku itu. Asiah menyelimutkan aku. Aku terharu dengan perhatian yang diberikan olehnya kepada diriku.

Hari ini sudah seminggu suamiku pulang ke Kedah. Dia mengambil cuti lebih awal untuk menanti kelahiran anak sulung kami. Pelbagai persiapan telah kami berdua sediakan. Saat- saat yang paling kami nantikan.

Aku sudah merasakan saat-saat untuk aku melahirkan telah tiba. Suamiku bergegas membawaku ke hospital dan ditemani oleh emak dan ayah. Ya Allah, permudahkan aku dalam melahirkan zuriat ini Ya Allah. KepadaMu jua aku memohon dan meminta pertolongan.

Jam 7.30 malam 19 Mei, aku selamat melahirkan bayi perempuan. Bayi itu aku namakan Aufa Zinirah. Nama yang telah lama aku pilih jika aku dianugerahkan oleh Allah mendapat anak perempuan. Aku mencium bayiku itu penuh kegembiraan. Iskandar tersenyum lebar di sisiku. Dia kini sudah menjadi bapa dan aku sekarang kini menjadi ibu buat anakku. Hatiku Tuhan sahaja yang tahu, betapa aku gembira dan bahagia dengan anugerah yang Allah berika kepada diriku dan juga buat suamiku.

Aku cuba menyusukan Aufa Zinirah. Tapi ternyata dia tidak mahu menerima penyusuanku itu. Aku cuba memasukkan air susuku ke dalam botol susu dan aku suapkan ke dalam mulut Aufa Zinirah, tapi dia tetap tidak mahu. Aku berasa cukup sedih dengan tindak balas Aufa Zinirah. Aku cuba meletakkan susuku itu di dalam sudu dan aku cuba sekali lagi menyuapkan ke dalam mulut Aufa Zinirah. Alhamdulillah susuku kini telah menyerap masuk ke dalam tubuh Aufa Zinirah.

Aku semakin cemas melihat tubuh Aufa yang kebiruan. Doktor yang merawatnya meminta kebenaranku dan suami untuk memasukan Aufa di wad kecemasan untuk rawatan susulan. Cadangan doktor aku terima dengan baik. Aku berdoa kepada Allah semoga Aufa berada dalam keadaan yang selamat. Itu yang aku harapkan.

Ternyata Allah mahu menguji aku lagi. Tepat jam 3.30 petang 22 Mei, Aufa menghembuskan nafasnya yang terakhir di hadapanku dan suami. Aku menitis air mata melihat anak yang aku kandung selama sembilan bulan dan selamat aku lahirkan kini telah dijemput pulang oleh PenciptaNya yang abadi. Lemah seluruh badanku. Aku cuba mencari kekuatan. Aku memeluk erat Iskandar. Kami berdua tidak dapat menahan kesedihan. Sembilan bulan kami nantika, Cuma tiga hari Allah beri kesempatan untuk kami bersama-samanya. Ya Allah…Aku terima ini dengan hati yang Redho. DaripadaMu kami datang, dan daripada Kamu kami kembali.

Share:

Total Pageviews

Labels

Teman Blog

Pengikut