Kasih Ibu

Tatkala adik mengkhabarkan keadaan mak, terkejut yang amat sangat. Terasa dunia berhenti berputar...telinga terasa tuli, setiap helaan nafas bagai sembilu menghiris , aku hilang kata-kata.

Emak diserang stroke pada bahagian muka akibat penyakit darah tingginya. Aku terkedu . Tidak terbayang sakit yang terpaksa mak tanggung. Dan yang paling meruntun hati, aku hanya mengetahuinya setelah hampir tiga minggu perkara itu berlaku.Itupun dengan ehsan adik tidak sampai hati nak berahsia lebih lama. Semuanya atas permintaan emak yang tidak mahu perkara ini dikhabarkan kepada aku.

Perkara pertama yang terlintas di fikiran ... mengapa aku tidak diberitahu...mengapa mak mahu merahsiakannya daripada aku. Adakah aku telah menyinggung hati emak hingga membuatkan mak rasa terkilan. Aku anak mak juga kan... sedih dan sayu yang amat sangat.

Aku bekejar pulang ke kampung saat itu juga. Perjalanan pulang ke kampung pada kali ini dirasakan sangat lama.Kalau ikutkan hati rasa mahu terbang saat itu juga. Tidak sabar ingin melihat keadaan mak. Terasa bersalah yang amat sangat. Rasa sangat berdosa. Di saat mak sakit ,aku tiada di sisinya. Aku ingin menjaga mak, mohon ampun padanya kalau ada perbuatan yang menyinggung hatinya. Aku nak peluk mak, nak cium pipi mak , nak pegang tangan mak.

Sampai sahaja di kampung, aku berlari mendapatkan mak. Mak waktu itu berada di dapur. Mak sangat terkejut aku pulang. Aku hanya mampu menangis tatkala melihat wajah mak. Terasa ingin rebah saat itu juga. Tubuh mak aku peluk dan kami menangis bersama-sama.

Aku bertanya mengapa mak tak mahu beritahu akan penyakitnya? Jawapan mak mudah sahaja...mak tak mahu kau susah hati...Ya Allah..ini bukan demam biasa..ini stroke. Mak menyambung lagi...nanti kau migrain..kau dah ada masalah sendiri..kau sentiasa bersedih..mak tak mahu menambah kesedihan kau.. Terasa aku anak yang tak berguna..hanya memberikan gundah di hati mak..dalam keadaan sakit pun mak tak mahu menyentuh emosi aku. Ya Allah ampunkan dosa ku Ya Allah. Mak tak mahu anaknya susah hati, tak mahu anak-anak risau tentang dirinya...kata mak , mak masih boleh berjalan, boleh mengurus diri dan abah. Anak-anak ada keluarga sendiri, cucu-cucu dah bersekolah, masing-masing bekerja tak kan kalian nak ambil cuti. Simpan cuti tu mana tahu diperlukan nanti. Ya Allah...

Mak... jika aku perlu bercuti..saya akan bercuti untuk mak..jika saya perlu mencari ubat...ke ceruk mana pun aku sanggup cari..tapi mak tetap mak...esok kau balik, lusa cucu-cucu sekolahkan...jangan risaukan mak..tahulah mak menjaga diri. Puas memujuk agar mak mengikut pulang ...alasan mak ..ini rumah mak..lagipun dah nak raya , banyak persiapan nak dibuat.

Akhirnya akur..hati mak sekeras besi...akutahu mak tak mahu menyusahkan anak-anaknya...teringat kata-kata seorang ibu boleh menjaga sepuluh orang anak, tapi sepuluh orang anak belum tentu boleh menjaga ibu seorang. Aku rasa sangat tidak berdaya. Rasa sangat bersalah.Ya Allah ampunkan dosa ibuku Ya Allah,sembuhkanlah penyakitnya, hapuskanlah penderitaannya, berilah dia kesihatan yang baik. Aku merayu memohon kepadaMu Ya Allah berilah kesejahteraan, ketenangan jiwa kepada ibuku...insan yang bertarung nyawa untuk melahirkanku..berilah aku kesempatan untuk berbakti padanya..
Share:

0 komen:

Total Pageviews

Labels

Teman Blog

Pengikut