Puisi - Cinta Terpendam Rahsia

Ilham puisi ini terhasil daripada permintaan seorang kawan yang katanya meletakkan hati kepada seseorang. Namun perasaan malu menebal tidak mampu beliau lontarkan kepadanya. Kekal sampai saat ini memendamkan rasa walaupun acapkali berjumpa di persekitaran kerja. Bagi tidak menghampakan beliau saya ilhamkan puisi dengan menyelami apa yang dirasainya. Saya kongsikan di sini untuk tatapan

Haruskah
ku lontarkan suaraku
agar kau dengar isi hatiku
biar kau fahami
perasaan ku yang membara

Haruskah
aku dendangkan cintaku
Biar kau dengar suara hatiku
atau aku lukis rasa sayangku
Hingga dapat
kau lihat ketulusanku

Haruskah
ku tulis semua kerinduanku
bait-bait kata cinta
dan rintihan hati
Agar kau mengerti
Betapa aku menantimu
dalam setiap hela nafas
dan deraian airmata
yang mengalir di pipiku

Selembar doa
ku layangkan padamu
mengharap kau tetap di sampingku
menemani ruang lingkup hidupku
Meski aku tahu
Tak mampu aku memilikimu

Hanya nukilan guritan rasa
Ku aturkan segenap hasrat
Yang kupendam
dalam puncak asmara
Tidakkan hilang
dalam hitungan masa

Letih hati ini
merintih menahan lirih
sekeras usahaku mengingatimu
biarpun hanya bagai buih di lautan
sebagai bukti cintaku untukmu

Jika tuhan mngizinkan
Izinkan aku menyayangimu
dalam derai tawa
Dalam tangis air mata
Dalam cinta yang terpendam rahsia

Share:

0 komen:

Total Pageviews

Labels

Teman Blog

Pengikut