Mati itu adalah suatu kejutan. Apabila melihat atau mendengar berita kematian hendaklah mengucapkan:
“Sesungguhnya kita datang dari Allah, dan sesungguhnya kepada Allah jualah kita dikembalikan.”
Allah berfirman yang maksudnya:
” Setiap yang hidup akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan, dan kepada Kamilah kamu akan kembali”.(al-Anbiya ayat 35)
“Dan bagi umat ada tempoh ajalnya (yang telah ditetapkan), maka apabila datang ajalnya, tidak dapat mereka melambatkan walaupun sesaat, dan tidak dapat pula mereka mempercepatkannya.”
(al-A’raf ayat 34)
“Di mana jua kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (bila sampai ajal), sekali pun kamu berada dalam benteng benteng yang tinggi lgi kukuh.” (An Nisa’ ayat 78)
Ingin saya kongsikan sedikit ilmu yang ada dan semoga dengan penerangan yang ringkas semoga dapat membantu kita apabila tiba tiba kita terserempak dengan jenazah yang baru meninggal di rumah.
- Pegawai Hospital perlu mengesahkan kematian seseorang itu dan Mengesahkan kematiannya sama ada di hospital / di rumah. Jenazah berumur 40 tahun tidak perlu di bawa ke hospital.
- Ambil surat pengesahan Kematian & buat laporan di balai berdekatan untuk Pengesahan Pengebumian Jenazah
- Minta bantuan dengan pihak Qaryiah dalam menguruskan tempat pengebumian & proses menguruskan Jenazah untuk di mandi & di kafan menggunakan Set kelengkapan Jenazah
- Pastikan tempat pengebumian telah tersedia ada .
- Bawa Kad Pengenalan jenazah & Surat pengesahan pengebumian dan daftar kematian di jabatan pendaftaran negara untuk sijil kematian .
Perkara yang perlu menjaga kehormatan jenazah
- Tukarkan pakaiannya dan bersihkan kekotoran yang keluar dari duburnya.(Pastikan aurat jenazah tidak terdedah).
- Rapatkan kedua belah matanya dan berdoa (sunat) “Dengan nama Allah dan Rasul, Ya Allah ampunkan dia dan kasihanilah dia.”
- Qiamkan kedua tangannya saperti dalam solat.
- Rapatkan mulutnya
- Ikat dagunya dan simpul diatas ubunnya.
- Luruskan kakinya.
- Ikatkan kedua ibu jari kakinya.
- Letakkan sesuatu yang sederhana berat di atas perut jenazah untuk mengelakkan perut jadi buncit atau kembong.(Ada yang letak gunting atau quran)
- Letakkan jenazah di tempat yang tinggi.
- Tutup jenazah dengan sehelai kain yang nipis.Ini memudahkan wap keluar dan melambatkan ianya berbau.
- Sunat meletakkan jenazah dengan kakinya menghadap ke Qiblat Kepala di tinggikan sedikit, beralas dengan bantal, supaya mukanya juga dapat di hadapkan ke Qiblat.
- Orang yang berhak dan lebih afdal untuk menguruskan jenazah ialah dari kalangan ahli keluarganya atau warisnya yang terdekat misalnya ; anaknya sendiri kalau simati bapanya.
Langkah seterusnya, kalau waris tidak mampu mengurus jenazah , bolehlah diminta pengurus jenazah di qariah tempat tinggalnya untuk menguruskannya.
0 komen:
Post a Comment