Aku Ini Hanya Gagak di Rimba

Farid mengetuk pintu bilik pejabat Pengarah Urusan Kumpulan syarikat beliau bekerja. "Ya Tengku panggil saya ?". ujarnya kepada Tengku Alisa yang telah dikenalinya sejak tahun 90an ketika memulakan perniagaan. "Ramai kakitangan dah lupa I ni pemegang saham terbesar syarikat ini. Dia orang ni lupa yang selama ini I yang bayar gaji" Farid hanya mendiamkan diri, pura-pura tidak faham akan kata-kata yang diberikan oleh Tengku. Malas Farid mahu melayan kerenahnya. "Kalau rasa I dah tak mampu nak bayar gaji dia orang tu, keluar sahaja la dari syarikat ni. Mengapa dia orang tunggu lagi ?". Farid masih teringat lagi apa yang dilakukan oleh Tengku untuk menyingkirkan beberapa orang staff yang dikatanya tidak produktif dan memberi beban kepada syarikat. " I ni kalau nak buat boleh lebih kasar dari zionis. I ni dulu pernah belajar dari orang yahudi tau, semua teknik-teknik yahudi berkaitan sosiologi dan fisikologi I tau". Memang Farid tak dapat nafikan bahawa Tengku pernah belajar di luar negara, di University of Florida " I was studied from a politically correct country, dont you agreed with that ?" ujar Tengku Alisa lagi. "Dia orang tu ingat hebat sangat ke ?. Setakat belajar dalam negara, english pun entah ke mana". Begitulah hujah Tengku setiap kali membahaskan tentang isu keupayaan kakitangan di bawah jagaannya. Farid masih ingat lagi bagaimana Tengku lakukan untuk menyingkirkan salah seorang Pengarah syarikat yang tidak mempunyai kuasa eksekutif, Tengku Hidayah. Farid tak pasti teknik apa yang telah digunakan tapi pasti cerita yang disebarkan di kalangan syarikat dan "klien". Habis digembar-gemburkan Tengku Hidayah mempunyai ilmu hitam dan menyebabkan Linda kerap sakit dan bercuti. Kerani akaun pun terbabit sama dan sakit perut yang dialami Ros sering kali dikaitkan dengan kekejaman Tengku Hidayah mengguna-guna. Sebelum Tengku Hidayah mengundurkan diri dari syarikat, hampir setiap minggu Tok Bomoh datang ke pejabat menebarkan garam. Kadang-kadang sampai lima orang Tok Bomoh yang datang membantu. Masing-masing membawa sebaldi besar garam yang dicampurkan dengan lada hitam yang katanya telah dijampikan semalaman. Kami dihalau keluar sebelum upacara menggaram diadakan. Mula-mula talian elektrik dipadam dan dihidupkan beberapa kali. Gelap seluruh lantai pejabat. Ada kalanya aktiviti menggaram dilakukan pada waktu malam. Penuh pencetak di meja Farid dengan garam dan lada hitam. Terpaksalah pulak Farid membersihkan pencetak sebelum digunakan atau pencetak itu akan rosak.

Bekerja sudah tidak seindah dan semanis dahulu. Farid merasakan banyak perubahan yang berlaku terhadap syarikat dalam tempoh 10 tahun kebelakangan. Pihak pengurusan atasan sudah tidak semesra dahulu. Mungkin peningkatkan terhadap profail syarikat kah yang menyebabkan ianya berlaku demikian. Sejak jualan meningkat dan syarikat semakin membesar semakin Farid merasakan perubahannya. "Aku tak tau berapa lama aku boleh bertahan dengan keadaan di syarikat ini." Kata Farid kepada Musa teman sekerjanya. "Kalau lah Boss boleh buat kepada Tengku Hidayah, dia boleh buat yang lebih hebat lagi kepada aku". "Sabarlah Rid, nak buat macam mana."ujar Musa."Aku mengeluh kat kau ni pun entah-entah boleh sampai kat Boss"."Haish, dah mula la tu nak kata yang macam-macam. Ko ni Rid macam tak percaya kat aku pulak". "Entah la Sa aku pun tak kisah kalau ko nak cerita kat Boss. Kot-kot macam tu ko boleh naik pangkat dan gaji.""Erm ko dulu jadi Senior Manager sebab ko jadi spy Boss la kan"."Tidak pernah aku buat kerja macam tu Sa, Orang lain tak tahula. Erm engkau pun tau kan macam mana aku perlahan-lahan bina kerjaya aku di sini. Boss bukan favour aku sangat. Masa aku dinaik pangkat dulu ko tau apa katanya?."He he he. Ya Linda dah bagi tau kat aku. Masa tu Boss kata ko punya kualiti kerja tak bagus". Musa mencelah. "Itu la kan kenapa eh ?. Kalau la aku tak bagus kenapa dia naik kan pangkat aku. Pelik". "Kau tau apa aku kata kat Boss masa interview tu"

Sambil menghirup secawan Milo yang baru dibancuh di pantri tadi Farid menyambung ceritanya kepada Musa. "Aku tanya kat Boss atas kriteria dan indikator apa yang dirujuk untuk menunjukkan kerja aku tidak berkualiti."Farid menunjukkan fail-fail tugasan yang telah dilakukan sejak berkeja dengan syarikat kepada Musa. Bersusun penuh di dalam 3 almari. Setiap fail dikategorikan kepada beberapa pengkelasan. Fail kajian internal, usahasama dengan klien dan kajian dengan beberapa badan dan organisasi penyelidikan tempatan seperti Universiti Islam, Universiti Kebangsaan, Institut Teknologi MARA dan badan penyelidikan pihak berkuasa tempatan seperti MPOB dan IOPRI. Malah sebahagian besar penemuan telah di terbitkan di dalam jurnal-jurnal antarabangsa dan tempatan seperti Sains Malaysiana, Malaysian Jurnal of Biochemistry and Molecular Biology dan Malayan Nature Jurnal. Itu tidak termasuk pelbagai ceramah dan syarahan perdana yang telah dibuat oleh Faried. "Bos menyalahkan aku kerana ada satu laporan yang tidak lengkap. Klien di Sabah." Kata Farid kepada Musa sambil menyelak fail Syarikat Benta Wawasan lalu mengeluarkan satu memo yang ditulis kepada Pejabat Pengarah Urusan, Tenku Alisa menyatakan bahawa segala aktiviti penyelidikan Benta Wawasan telah di serahkan kepada kakitangan Unit Pengurusan Pengetahuan, bukan tugasan Unit Penyelidikan lagi."Aku pun tak faham kenapa saat akhir unit kita ni dah nak selsaikan laporan tu tiba-tiba diambil begitu sahaja tanpa alasan yang munasabah. Kemudian menyalahkan aku kerana laporan itu tak siap". "Entahlah Rid, Boss is a Boss" "Ye la kan,mungkin betul la kata Boss, ramai staff dah lupa bahawa dia adalah pemegang saham yang tertinggi di syarikat ini. Aku pun sedar tu Sa. Siapalah aku ini. Hanya pekerja. Disepak aku ke Utara, ke sanalah aku. Disuruh ke selatan, maka ke selatan lah aku.""Betul la Rid, selangi kita masih bekerja di sini, teruskan sahaja la"."Alhamdulillah ramai kawan-kawan dah pun bertemu dengan rezeki lain di syarikat yang lebih baik.""Aku pun tumpang gembira dengan dia orang tu dah selesa dengan tempat kerja yang baru dan lebih terjamin".
Share:

Total Pageviews

Labels

Teman Blog

Pengikut