Pelbagai usaha telah dilakukan untuk menyakitkan teman sekerjanya itu. Ada sahaja cerita-cerita yang memburukan. Habis seluruh kakitangan dan teman sepejabat memandang serong. Kisah-kisah fitnah Faiz tu tersebar dengan cepat ibarat setiap pintu yang ada di pejabat pun seakan berkata-kata. Teman yang dianggap rapat, Muz pun seakan tepedaya dengan jaja yang dilakukan oleh Syima.
Faiz tak sangka yang Muz akan termakan fitnah yang dilontarkan oleh Syima. Sayu hatinya mengenangkan bagaimana rapatnya persahabatan beliau dengan Muz sebelum ini. Setiap aktiviti syarikat memang selalu dilakukan bersama. Susah atau senangnya dihadapi secara berganding bahu. Bagaikan isi dan kuku. Faiz tak mengerti kenapa Muz sejak akhir ini membelakangkan atau bahkan cuba menghindarkan diri daripadanya.
Ibaratnya habis madu, sepah dibuang. Mendapat rotan, akar disisih. Sejak Muz mendapat jawatan yang lebih baik di syarikat. “Mungkin ini adalah sebabnya Allah tidak pernah memberikan aku seorang teman yang rapat. Cepat perkara ini ditunjukkan oleh Allah kepada aku. Ya Allah beri aku kekuatan dan beri aku keredhaan atas ketetapan dan takdir yang telah engkau berikan kepada ku”. Detik dan doa di hati kecil Faiz.
Tersentak Faiz ketika bahunya ditepuk. “Ilmu kita terbatas. Tak terlangkau hikmah takdir yang telah ditentukan kepada kita. Jika belum nampak kebaikkannya pada masa kini, insyallah masa akan datang” seorang tua yang berjanggut menyapa Faiz ketika beliau duduk sambil menanti solat isya di ruang solat Masjid Kuala Pajam, tempat yang dikunjungi Faiz ketika memikirkan sesuatu yang tak jumpa jalan penyelsaiannya. Buntu. “Jadi harus bagaimanakah saya akan hadapi”. “Tenang, keluar dari apa yang terlalu difikirkan dan hadapinya dengan tabah”. “Ah… susahnya macam mana tu”.
“Anggapkan setiap yang telah diberi itu sebagai hadiah dan sedekah. Biarkanlah orang membuat durjana kepada kita. Kita maafkan lah sahaja. Dengan itu hati akan menjadi tenang”
“Dunia ini memang tidak adil kan. Manusia kejam dan tidak berperi kemanusiaan. Apakah salah yang saya perbuat kepada mereka sampai mereka tergamak buat demikian. Bukan terima kasih yang diterima. Bahkan kata kejian yang dilontar” kata Asyraff sambil merenung sayu terhadap orang tua tersebut. Memang orang tua itu la yang selalu akan menemani dan memberikan kata-kata kekuatan. Kehadirannya amat memberi kesan kepada Asyraff.
“Oh tidak. Dunia tetap adil. Manusia yang tidak adil. Manusia zalim. Berikanlah kepada mereka Asyraf. Kalau kita yang kerdil ini tidak member hanya kerana orang tidak berterima kasih kepada kita, cuba kita bayangkan Allah yang maha hebat masih memberi walaupun hambanya tidak bersyukur. Siapalah kita ?”.
“Berikanlah, kerana sesiapa yang tidak memberi ertinya tidak memberi kepada dirinya sendiri. Asyaraf berikanlah apa yang mereka perlukan. Kelak nanti bila kita pergi kita masih diberikan oleh Allah atas Rahmat Allah yang tidak bersempadan, Insyallah”. Azan Isya pun berkumandang.
~ Satu-satu hatiku bersuara ~