Bismillahir Rahmannir Rahiim
Mahasuci Allah yang maha pemurah lagi maha penyang
Marilah kita bersyukur terhadap Allah atas nikmat iman dan islam yang telah dikurniakan kepada kita
Pengenalan
Secara khusus seorang Juruhebah perlu memiliki ciri-ciri keperibadian dan sakhsiyah yang baik kerana ia akan menjadi “role model” dan boleh mempengaruhi pendengar dan itulah harapan kepada semua juru hebah satu konsep yang lama iaitu “kepimpinan melalui teladan”. Ciri keperibadian yang tinggi mempengaruhi tahap penerimaan para pendengar terhadap sesi bersama juruhebah serta topik atau perbincangan yang sedang dilakukan bersama pendengar.
Para juruhebah perlu memahami dan memelihara matlamat utama mereka menjadi juruhebah. Ianya perlulah selaras dengan matlamat penubuhan komuniti
Ciri-ciri umum
Ikhlas ~ Juruhebah perlulah hendaklah mengendalikan sesi radio dengan hati yang ikhlas dan setulus hati. Segala maklumat yang diberikan mestilah dengan ikhlas tanpa rasa bersalah demi mewujudkan integriti di kalangan pendengar. Perlu ditegaskan bahawa niat mencari nama atau populariti bukan tujuan utama kita menjadi juruhebah.
Amanah ~ Juruhebah perlu menjalankan tugas dengan amanah. Acapkali juruhebah akan dipantau oleh pihak pengurusan namun ia tidak akan berlaku pada setiap masa. Oleh itu, sebaik sahaja mikrofon dan konti diambil alih oleh Juruhebah maka dia perlulah menjalankan tugasnya dengan penuh amanah dan berdedikasi. Sifat amanah ini amat digalakkan oleh ajaran Islam.
Bertanggungjawab ~ Juruhebah juga hendaklah menerima tugas yang diberikan dengan rasa bertanggungjawab, iaitu menjalankan tugas. Juruhebah perlu mengadakan ‘home work’ dan mencari maklumat yang betul dalam setiap penyampaiannya melalui radio.
Peramah ~ Juruhebah mestilah seorang yang peramah. Ciri ini penting kerana sifat yang peramah ini melambangkan keikhlasan juruhebah tersebut. Namun tidak semestinya menunjukkan keramahan semasa menjadi penyampai, tetapi sifat ini juga boleh ditunjukkan semasa di luar pengendalian radio. Sifat peramah dengan beramah mesra sebelum ucapan memberikan ataupun melayan permintaan ucapan yang dibuat melalui wadah yang perlu dibuat bagi menyediakan suasana yang kondusif di antara juruhebah dan pendengar.
Berkeyakinan ~ Juruhebah perlu mampu membina keyakinan diri sebelum berkongsi dengan pendengar. Seseorang yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi sahaja mampu mewujudkan keyakinan pada diri orang lain. Keyakinan hanya dapat dicipta apabila seseorang insan itu memiliki kekuatan tertentu. Kekuatan yang dimaksudkan itu tidak perlu banyak perkara, memadai dalam satu atau dua perkara tertentu yang dilibatkan olehnya termasuklah sama ada dalam bentuk ilmu pengetahuan atau kemahiran tertentu yang sudah tentu berdasarkan ilmu dan pengalaman juruhebah. Misalnya juruhebah yang mempunyai kelayakan dalam bidang kedoktoran boleh menggunakan ilmu dan pengalamannya untuk berkongsi dengan semua pendengar. Namun juruhebah jangan pula terlampau yakin dan dan dengan sifat merendah diri pastinya tidak akan menyombong diri jauh sekali berbangga dengan kejayaan diri. Bidang juruhebah bukan suatu bidang yang mudah dan santai. Lepas cakap dan lepas laku. Juruhebah adalah seorang perantara yang menyampaikan mesej yang perlu disampaikan pula dengan tepat, jelas dan perlu dan pengisian
Tolong menolong ~ Juruhebah perlu mempunyai sikap suka menolong orang lain. Sikap ini menjadikan beliau dihormati dan dikenang oleh orang lain terutamanya pendengar yang sentiasa memerlukan bantuan misalnya dalam menghadapi soal-soal teknikal dalam mendengar radio. Jika tidak bersedia atau tidak tahu, para juruhebah perlu berterus terang dengan pendengar dan elak daripada memandai-mandai. Amalkan sikap merujuk kepada mereka yang lebih memahami.
Rajin berusaha ~ Usaha yang gigih juga hendaklah diadakan bagi melengkapkan diri dengan pengetahuan yang mendalam bagi melengkapi segala keperluan ilmu yang masih berkurangan pada diri individu-individu yang lain. Orang berkata ‘rajin dan usaha tangga kejayaan’, maka peribahasa ini mengajar kita dan semua orang termasuk juruhebah supaya bersifat rajin dalam apa jua bidang yang diceburi.
Berpandangan jauh ~ Berpandangan jauh bermakna berfikir secara global dan tidak menghadkan fikiran kepada isu-isu kecil yang tidak mendatangkan faedah kepada banyak pihak. Apabila kita berpandangan jauh kita nampak segala peluang serta kelemahan yang wujud dalam masyarakat. Maka dengan ini juruhebah tentu dapat mengagak isu apakah yang perlu diketengahkan semasa mejalankan tugas. Sudah pasti isu yang diketengahkan itu isu yang belum pernah terfikir oleh pendengar. Inilah kelebihan yang dapat digarap oleh juruhebah demi mewujudkan masyarakat yang lebih kritis. Berpandangan jauh juga merujuk kepada semangat jati diri seseorang juruhebah itu yang tidak perlu mudah berputus asa dalam mengharungi kehidupan dalam bidang apa yang diceburi.
Perjuangan yang jelas ~ Setiap manusia dilahirkan sebagai khalifah dan bertanggungjawab kepada bangsa dan agama. Oleh itu, tidak wajarlah seseorang itu terus melupakan tanggungjawab serta peranan yang dipikulkan ke atas setiap insan. Dengan kepercayaan hidup ini adalah sementara, maka perjuangan yang perlu diteruskan adalah memartabatkan agama dan bangsa ke mercu kejayaan. Perjuangan yang ikhlas ini sudah tentu akan mendorong juruhebah untuk terus memberi bakti kepada masyarakat dengan memberikan pengorbanan yang tidak berbelah bagi kepada mereka. Seorang juruhebah yang tidak mempunyai perjuangan ibarat mencurahkan air di daun keladi kerana jasa yang diberikan tanpa niat yang ikhlas sebagai bukti dan ibadat kepada yang Maha Pencipta.
Berdikari ~ Juruhebah hendaklah mampu berdiri atas kaki sendiri tanpa mengharapkan bantuan dan pertolongan orang lain. Jika kita terlalu bergantung kepada orang lain maka bagaimana suatu hari nanti jika orang lain itu tiada bersama kita. Bagaimana kita hendak meneruskan kerjaya yang mempunyai kredibiliti tinggi? Kekuatan seekor ayam terletak pada taji kakinya dan hanya dengan ketajaman taji itu ia dapat mengalahkan musuhnya. Kita tidak boleh mengharapkan kejayaan bersandarkan kepada kegagalan orang lain. Kejayaan juruhebah ditentukan oleh kekuatan jururhebah itu sendiri. Bagaimana untuk membina kekuatan itu dengan cara yang berkesan? Sudah tentulah dengan cara berdikari tanpa bergantung kepada orang lain. Bagi menambah ilmu pengetahuan, juruhebah perlu berusaha menggali ilmu yang boleh didapati melalui perpustakaan, Internet, pusat sumber dan sebagainya. Persoalannya adakah kita mampu berdikari bagi memperlengkapkan diri ataupun kita masih mengharapkan orang lain menyediakan segala-galanya kepada kita.
Mempunyai cita-cita ~ Juruhebah mestilah mempunyai cita-cita tinggi. Semangat ini memungkinkan kita akan terus menerus mencari bahan dan melengkapkan dir untuk mengendalikan konti. Ibarat air yang disimpan di dalam kendi apabila ia telah habis, maka kendi perlu diisi dengan air yang baru untuk digunakan bagi tujuan lain pula.
Tidak mudah putus asa ~ Persaingan mendapatkan ilmu bukan mudah untuk dilalui oleh setiap juruhebah. Walaupun sukar mencari bahan namun kita tidak perlu cepat putus asa untuk mencarinya. Juruhebah adalah orang yang pendengar dalam sesi yang diadakan. Oleh itu ia juga boleh mempengaruhi keberkesanan bersiaran atau pengucapan yang bakal dipersembahkan.
Secara ringkas Menurut Rahmat di dalam buku Setiausaha dan Kesetiausahaan, untuk menjadi seorang pengacara yang berkualiti beliau hendaklah mempunyai kebolehan fizikal dan mental seperti berikut:

- Fasih dalam penggunaan bahasa.
- Mudah mesra.
- Mempunyai pengetahuan protokol.
- Empati
- Tidak gagap.
- Tidak darah gemuruh.
- Emosi yang stabil.
- Sedia bekerjasama.
- Cepat dalam pergerakan.
- Mengikut prosedur.
- Tidak mudah panik.
- Menggunakan budi bicara.
- Sabar dan tenang.
- Tidak berwatak serius.
- Memahami bahasa isyarat.
- Mengawal suara dengan baik.
Pantang larang semasa pengendalian segmen
Elakkan daripada menggunakan bahasa kasar ~ Gunakan bahasa yang baik dan elak daripada menggunakan bahasa kasar dan kesat dan gaya perlulah bersederhana. Budi bahasa adalah budaya kita, perlu mengawal emosi dan tak boleh melampau. Seorang pengacara atau juruhebah juga perlu menjaga tatatertibnya, disiplinnya dan tak seharusnya melakukan apa yang tidak disukai. Seorang pengacara perlu jaga mulut, jaga tatasusila. Kawal nafsu amarah. Memang kita manusia biasa. Tapi bila tidak ada keimanan yang teguh, kita tak boleh mengawal diri dan akhirnya hanya mengaibkan diri sendiri. Juruhebah perlu melihat dirinya manusia yang sama anda lihat sama ada sedang bekerja atau ketika atau tidak. Ingatlah pesanan orang tua-tua, kerana pulut, santan binasa, kerana mulut, badan binasa.
Hormat menghormati ~ Elakkan dari menyentuh peribadi seseorang semasa mengendalikan segmen. Perbuatan seperti mengumpat adalah ditegah namun pengajaran daripada peristiwa yang berlaku boleh diambil sebagai contoh dengan tidak menyebut nama sebenar pelaku.
Unsur jenaka ~ Pelaksanaan unsur humor boleh dibuat semasa pengendalian. Namun ianya perlu diberi kebenaran oleh pendengar. Ia boleh dibuat kerana Juruhebah boleh terus berkomunikasi dengan pendengar melalui pesanan peribadi. Ulasan terhadap pendengar mungkin boleh dibincangkan sebelum ucapan atau siaran lagu yang dipinta oleh pendengar.
Elak dari membuat keputusan sendiri ~ Perlu diingat bahawa kerja-kerja juruhebah adalah kerja yang dibuat kolektif. Segala keputusan adalah keputusan bersama. Ini melibatkan dalam apa-apa program yang dijalankan dalam radio. Perlu dikuatkan bahawa setiap program perlu dijalankan secara tersusun dan melibatkan semua pengendali radio dan laman sesawang dalam menyediakan soal-soal promosi program yang bakal dijalankan.
Kerahsiaan ~ Sesuai dengan kaedah umum ciri Juruhebah, setiap juruhebah perlu menjaga amanah yang telah diberikan terutama tentang maklumat-maklumat pengendalian juruhebah, sistem teknikal dan lain-lain tips yang telah diberikan kepada mereka untuk tujuan penyiaran di radio atau apa-apa kerahsiaan yang telah diwartakan oleh pihak pengurusan.
Kaedah pengendalian asas Juruhebah
Bahagian 1 – Tatacara memulakan pengendalian segmen Juruhebah
Mulai sesuatu kerja dengan memohon kekuatan daripada Allah dengan sesuatu amalan doa yang biasa iaitu membaca "bismillah" sekurang-kurangnya. Kemudian diikuti dengan memberi salam kepada semua pendengar. Lebih baik para juruhebah susuli dengan zikir yang ringkas seperti "alhamdulilah" "subhanallah" dan "allahu akhbar". Sekiranya ianya tidak mahu dilafazkan para juruhebah boleh melafazkannya di dalam hati atau siarkan audio nasyid atau zikir yang ada menyebut kata-kata yang telah disebutkan di atas.
Contoh kata-kata aluan untuk memulakan sesi juruhebah
Bismillahir Rahmannir Rahiim
Mahasuci Allah yang maha pemurah lagi maha penyang
Marilah kita bersyukur terhadap Allah di atas nikmat iman dan islam yang telah dikurniakan kepada kita
Baginda s.a.w. pernah bersabda:
"Ismullahil-A'zham ialah Allah. Apakah engkau tidak lihat bahawasanya pada semua
pembacaan al-Qur'an dimulai dengan Bismillaahir rahmaanir rahiimi sebelum menyebut nama-nama Allah yang lain." (Riwayat Imam Bukhari dari Jabir)
“Dua kalimat yang ringan di lidah, pahalanya berat di timbangan (hari Kiamat) dan disenangi oleh Tuhan Yang Maha Pengasih, adalah: Subhaanallaah wabihamdihi, subhaanallaahil ‘azhiim.” (HR. Al-Bukhari 7/168, Muslim 4/2072.)
Bahagian 2 – Tatacara memperkenalkan lagu sebelum menyiarkan
Dalam kaedah juruhebah, sering lagu yang diputarkan adalah sebanyak 2 buah lagu sebelum memberikan ulasan atau hebahan atau apa-apa makluman yang dikongsikan bersama pendengar. Kaedah ini memang telah digunakan oleh kebanyakan stesen radio dan didapati amat berkesan dan diterima oleh pendengar. Satu julat masa yang optimum bagi menarik pendengar terus setia bersama
Bahagian 3 – Tatacara menyampaikan ucapan dan menyiarkan permintaan lagu
Acapkali permintaan dan ucapan memang digemari oleh pendengar. Selain komunikasi secara langsung dibuat melalui yahoo messenger dan ruangan sembang-sembang kelebihan radio internet ia boleh didengar dari seluruh dunia. Jadi dalam hal ini juruhebah mestilah cekap untuk membacakan ucapan dengan baik sesuai dan tersusun ayatnya mengikut bahasa melayu yang piawai agar mudah difahami walaupun terkadang bahasa yang digunakan oleh pendengar adalah bahasa yang tidak sempurna. Sila dapatkan kepastian dahulu dari pendengar sekiranya tidak faham maksud yang ditulis.
Bahagian 4 – Tatacara membincangkan topik untuk perbincangan
Juruhebah juga disarankan agar membuka segmen untuk membuka tajuk untuk dibincangkan kepada pendengar. Sebahagian besar pendengar adalah golongan intelek yang sedang mengikuti pengajian di Institusi Pengajian Tinggi di dalam dan di luar negara. Membuka tajuk perbincangan membolehkan mereka bertukar-tukar pandangan bagi memahami sesuatu isu. Namun tajuk yang dibuka tidak akan menyentuh mana-mana individu atau berbincang tentang profail individu yang boleh menjadikan sebahagian pendengar menjadi tidak selesa. Tajuk berhubung dengan isu politik tidak dibenarkan sama sekali. Perlu diingat bahawa antara kewujudan adalah untuk mencari satu titik persamaan bukan mencari salah orang atau mencari perbezaan pandangan.
Bahagian 5 – Tatacara menutup pengendalian segmen Juruhebah
Sesi penutupan mesti dimulai dengan memohon kemaafaan dan memberi penghargaan kepada pendengar, penaja serta individu yang meletakkan radio di blog mereka.

0 komen:
Post a Comment