5 March 2013. Kisah serangan kaum Suluk yang berasal dari kepulauan Sulu, Filifina di Lahad Datu, Sabah sudah menjelang 20 hari diperkatakan. Kisah menjadi lebih hangat kerana hampir dengan pilihan raya umum ke-13 (PRU13).
Sukar untuk menggali cerita yang sebenar. Berita yang digabungkan tidak semestinya benar kerana sukar untuk membuat kesimpulan dan tiada berita resmi yang boleh dipercayai. Ini bukan sekadar Pencerobohan Lahad Datu, ianya lebih tepat lagi kalau disebut Pencerobohan Sabah.
Sukar untuk menggali cerita yang sebenar. Berita yang digabungkan tidak semestinya benar kerana sukar untuk membuat kesimpulan dan tiada berita resmi yang boleh dipercayai. Ini bukan sekadar Pencerobohan Lahad Datu, ianya lebih tepat lagi kalau disebut Pencerobohan Sabah.
Sabah adalah sebuah negeri yang dipajak kepada Malaysia oleh Kesultanan Sulu melalui perjanjian pajakan akan berakhir pada pertengahan bulan Mac ini. Filipina akan membawa kes tuntutan Sabah sebagai hak Filipina ke mahkamah dunia. Pembuktian hak perlu dibuat di mahkamah untuk tuntutan tersebut. Bukti yang perlu di ketengahkan ialah kehadiran rakyat Filipina di Sabah sebagai penduduk tetap.
Hari ini lebih dari setengah juta rakyat Filipina berketurunan Suluk sudah berada di Sabah. Mereka bukan saja diiktiraf sebagai "Penduduk Tetap" malah diberi kerakyatan melalui Projek Pemberian Kad Pengenalan kempen pilihanraya umum semasa zaman Tun Mahathir Mohamad.
Penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) telah diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Mohd Najib bin Abdul Razak pada 1 Jun 2012. RCI adalah hasil pandangan rakyat dan kerajaan Barisan Nasional. Ia membabitkan kewarganegaraan, keselamatan, sosio ekonomi, kesihatan dan politik. Jabatan Peguam Negara telah diamanahkan untuk mengemukakan cadangan Terma Rujukan (TOR) dan draf asas telah disediakan. Jumlah pendatang asing tanpa izin di Sabah dianggarkan menjangkau 500,000 orang pada 2012.
Pendengaran Awam RCI
Hari pertama pendengaran umum Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) pada 14 Januari 2013 di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu. Terdapat tiga saksi yang dipanggil ketika pendengan awam RCI di hari pertama.
Pertama, pengkaji sejarah Prof Datuk Ramlah Adam
Ikatan Sabah dan Filipina adalah disebabkan oleh sejarah lama, negeri ini dulunya diperintah oleh Kesultanan Sulu, dan segelintir orang di negara itu merasa Sabah masih lagi di bawah pemerintahan kesultanan dahulu.Walaupun Kesultanan Sulu sudah tidak wujud lagi, namun masih ada orang di sekitar kawasan selatan Kepulauan Sulu mengamalkan sistem kesultanan, yang mereka warisi dari orang tua. Sehingga kini perkara itu masih berlaku. Orang dari Kepulauan Sulu merasakan mereka masuk ke Sabah secara sah, padahal jika mengikut perundangan mereka dianggap pendatang asing tanpa izin. Datuk Ramlah menegaskan isu ini perlu dibincangkan melalui aspek nasional dan masalah negara secara professional, bukan dipolitikkan.
Kedua, bekas ketua Unit Penempatan Jabatan Ketua Menteri Abdul Jaafar Alip
Seramai 73,000 pelarian dari Filipina disahkan status ‘pelarian’ yang mempunyai hak untuk tinggal di Sabah sekitar tahun 1976 sehingga 1985, dengan niat mereka haruslah berasal dari Mindanao Barat dan berniat untuk kekal tinggal di Sabah. Abdul Jaafar memberitahu, orang pelarian tidak semestinya Islam untuk tinggal di sini, tetapi mereka adalah golongan tidak berumah dalam konflik di selatan Filipina pada masa itu. Beliau menambah lima lagi perkampungan ditubuhkan pada tahun tersebut, di Telipok dan Kinarut di Kota Kinabalu, Kampung Bahagia di Sandakan, Kampung Selamat di Sempoerna dan petempatan Hidayah di Tawau. Pelarian ini, setelah disahkan status, dirujuk ke Jabatan Imigresen di mana mereka boleh memohon untuk dokumen IMM13 yang lebih dikenali sebagai ‘Pas Lawatan Kerja’. Selepas itu, mereka juga diberikan kad pengenalan khas untuk membenarkan mereka tinggal di kelima-lima perkampungan yang tetetapkan, tetapi malangnya kad itu tidak diiktiraf oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Abdul Jaafar menambah skim penempatan itu dihentikan pada tahun 1985, berikutan pertukaran kerajaan dari Parti Berjaya kepada Parti Bersatu Sabah (PBS). Di bawah pentadbiran PBS, Abdul Jaafar berkata bancian peringkat negeri diadakan untuk mengenalpasti angka pelarian yang tinggal di Sabah. Bancian itu dilakukan dalam dua fasa, di mana fasa pertama melawat setiap rumah yang dipercayai tempat tinggal pendatang asing itu, manakala fasa ke dua mendaftar mereka dengan kad sementara yang dipanggil ‘Kad Burung Burung’. Katanya, dokumen itu yang diberikan kepada pendatang dari Filipina, Pakistan, Indonesia dan India juga tidak diiktiraf oleh JPN sebagai kad pengenalan.
Filipina melihat isu RCI sebagai ancaman keatas tuntutan yang bakal dibuat oleh Filipina ke atas Sabah di mahkamah dunia dan kemungkinan besar, rakyat Filipina berketurunan Suluk yang berada di Sabah kebanyakannya penerima IC Projek akan dibatalkan Kerakyatan Negara Malaysia dan dihantar pulang ke Filipina.
Jika ini berlaku, Filipina akan gagal dalam pembuktian utama dalam tuntutan yang bakal dibuat di mahkamah dunia. Persefahaman yang dimeterai antara kerajaan Filipina dengan pejuang Sulu dengan Perjanjian Pengiktirafan Sabah (sekiranya berjaya dituntut) akan diberi kepada Kesultanan Sulu dan menjadi salah sebuah negeri dalam negara Filipina.
Persetujuan yang dicapai ialah tentera Sultan Sulu menyusup masuk ke Malaysia dan membuat tuntutan mereka sedangkan agenda utama pakatan tersebut ialah bagi menggagalkan usaha Malaysia dalam OPS RCI. Kegagalan OPS RCI bermakna kemungkinan besar Filipina berjaya dalam tuntutan hak keatas Sabah di mahkamah dunia terbuka luas.
Sabah adalah sebuah negeri yang kaya dengan hasil buminya iaitu petroleum, balak dan hasil laut. Isu paling besar bagi sekarang ialah "Kemana Arah Pemikiran Pimpinan Malaysia Pada Masa Ini ?" Situasi Politik di Sabah sekarang mempengaruhi keputusan yang bakal dibuat. Angin perubahan yang kencang sedang berlaku di Sabah. Laungan "Inikalilah" bergema dimana-mana termasuk di kalangan kaum Suluk berstatus warganegara Malaysia di Sabah.
Tindakan keras ke atas tentera Sulu akan mengakibatkan kehilangan undi dalam PRU13 dan ditambah pula sentimen "Inikalilah" ditambah pula dengan kesan "Kemarahan" atas tindakan keatas saudara-saudara mereka para tentera Sulu. Jika dibiarkan tentera Sulu bermaharajalela. Kesannya ialah kemungkinan untuk Malaysia kehilangan sebuah negeri yang kaya. Isu "Pajakan Sabah" jika tidak cuba diselesaikan dari awal, terlepas pandang atau tiada kalangan Pimpinan yang "mampu berfikir" itu kita tak tahu.Pepatah terbaik pada masa ini: "Nasi Sudah Menjadi Bubur".Majoriti Rakyat Sabah yang prihatin tahu akan kebenaran hal ini.
>>Rujukan Selanjut<<
>>Rujukan Selanjut<<
0 komen:
Post a Comment